Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YDP PIBG SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG

SK FELDA PURUN KALI KE-27 2018

Bismillahirrahmanirrahim…..Assalamualaikum w.b.k

Yang Berhormat, Datuk Norul Azali bin Sulaiman, ADUN kawasan Guai

Yang berusaha En. Anuar bin Idris, Guru Besar SK Felda Purun

Yang dihormati barisan Penolong-Penolong Kanan

Guru-Guru mata pelajaran,

AJK PIBG, guru-guru, para ibu bapa, hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
rahmatNya maka kita dapat bersama-sama berkumpul pada petang ini untuk
bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK Felda Purun Kali Ke-27 Tahun
2018.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Norul Azali bin Sulaiman, Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Guai yang sudi hadir untuk merasmikan majlis kita pada
petang ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutama
Guru Besar, En. Anuar bin Idris yang juga merupakan penasihat PIBG serta kepada para
guru yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Felda
Purun Kali Ke-27 Tahun 2018.

Yang Berhormat Datuk, Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

PIBG merupakan sebuah medium yang berkesan untuk mengeratkan lagi hubungan
antara pihak sekolah dengan komuniti. Justeru, PIBG sewajarnya bergerak seiring
dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah sekolah. Sejak ditubuhkan PIBG SK Felda Purun telah banyak
bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti diperingkat
sekolah. Oleh yang demikian saya amat berharap agar program dan aktiviti yang
dirancang untuk meningkatkan kecemerlangan para pelajar dapat dijayakan sepenuhnya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua
AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam
pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya
juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama menyumbang idea
untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.

Menyentuh tentang sumbangan tidak kira dari segi kewangan dan kepakaran. Saya
percaya ramai dikalangan ibubapa yang sudi menyumbang. Dikalangan ibubapa
berkerjaya professional bolehlah menyumbang kepakaran tuan-tuan disini, jadi PIBG
amat memerlukan sokongan dikalangan ibubapa yang ada disini untuk menyumbang idea
dan kepakaran dalam apa jua bidang.

Untuk Makluman Datuk dan hadirin dan hadirat sekalian.

Sekolah ini telah bekerjasama dengan pihak Charity Right dan telah berjaya membantu
menyumbang barang keperluan harian bagi beberapa keluarga di Felda ini. Saya
berharap dengan sumbangan ini ianya sedikit sebanyak dapat meringankan perbelanjaan
harian tuan puan. Bagi keluarga yang tidak dapat sumbangan usah lah berkecil hati
kerana sumbangan Charity Right sebenarnya diberi kepada keluarga yang lebih
memerlukan. Jadi di sini tidak timbul isu pilih kasih bagi pemilihan penerima sumbangan.

Akhir sekali,

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat
meneruskan kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan
cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya
menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan visi dan misi SK Felda Purun.

Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat
meneruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SK Felda
Purun.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai