Cerita
Cerita
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita
pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita
masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai
menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan
arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata
tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.”
Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,”
kata arnab.
KERBAU BALAR
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam
seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar
selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur
sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan
menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau.
Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu
selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan.
Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah
untuk ditangkap lagi.
BUJANG TERBOYOI
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang
anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu
boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.
Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung.
Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.
“Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang.
Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak
ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi
pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa
kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya.
Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia
berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya.
Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang
Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.
Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah
mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.
Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan.
Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya?
Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya .
Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi.
“Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat mereka,” kata
Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana.
“Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air
terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia member
mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin
saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat
terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.
“Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah,”
kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis
kegembiraan.
Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang
Terboyoi di tabalkan menjadi raja.