Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI

MINGGU: 4 TARIKH: 3/7/2019

*KEKUATAN
 PdPc hari ini berjalan dengan baik.
 Murid dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dirancang dengan cergas dan tangkas.
 Set induksi menjadi tarikan utama murid. Dalam set induksi murid telah bermain permaina “Train Is
Coming” sebagai aktiviti pemanasan badan. Aktiviti ini telah menarik minat murid dan telah berjaya
meningkatkan rasa ingin tahu dalam proses pembelajaran akan datang. Melalui aktiviti ini murid
telah dapat memanaskan badan dengan betul sebelum melakukan sesuatu aktiviti yang kompleks.
 Aktiviti “Beat The Ball” yang dijalankan menjadi asas kepada murid untuk memahami proses
memukul bola dengan hola. Disebabkan aktiviti ini dijalankan seperti sebuah pertandingan maka,
murid telah berjaya menguasai kemahiran hari ini seiring dengan perasaan ingin memenangi
kumpulan lawanan. Demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru membantu murid untuk memahami dan
mengaplikasikannya dalam proses permainan.
 Aktiviti “First Attempt” juga merupakan aktiviti yang membantu murid mengaplikasikan kemahiran
yang dipelajari dengan lebih giat. Disebabkan aktiviti ini juga berkonsepkan pertandingan, setiap
murid sama ada dari kumpulan Hulk ataupun Iron Man telah cuba sedaya upaya untuk membaling
bola dan memukul bola dengan lakuan betul. Hal ini demikian kerana, murid yang tidak dapat
membaling bola dan memukul bola dengan betul akan kehilangan markah. Tuntasnya, aktiviti ini
telah berjaya membantu murid dalam menguasai kemahiran hari ini dengan sepenuhnya.
 Dalam kemuncak, permainan “ Who Is The Champion” yang dilaksanakan dengan berkonsepkan
pertandingan telah melibatkan murid dengan seronok. Pada masa yang sama guru dapat menilai
setiap murid dalam aspek mengaplikasikan konsep kemahiran yang telah dipelajari.
 Aktiviti gerak kendur yang dilaksanakan adalah berkonsepkan “1,2,3,4 Freeze”. Penutup PdPc perlu
menjadi sesuatu yang dapat menimbulkan rasa kegembiraan dalam diri murid serta rasa ingin
belajar pada PdPc seterusnya. Maka dalam aktiviti ini murid bukan sahaja menyejukkan badan
malah telah melakukan aksi-aksi yang mereka minati mengikut rentak lagu.
 Murid telah menjawab soalan yang diajukan oleh guru dengan betul.
 Secara keseluruhannya, PdPc hari ini telah berjaya mencapai objektifnya seoerti yang dirancang.
*KELEMAHAN
 Murid tidak dapat mendengar arahan dengan jelas disebabkan bunyi bising yang kuat.
*CARA MENGATASI

 Guru perlu menggunakan wisel untuk menarik perhatian murid semasa mereka

melakukan sesuatu kerja. Keadaan ini akan menjurus murid fokus untuk

mendengar apa yang disampaikan oleh guru.


ULASAN GURU DAN PENSYARAH
PEMBIMBING

MINGGU

KEKUATAN

KELEMAHAN

TANDATANGAN GURU ATAU PENSYARAH PEMBIMBING


(
)

Anda mungkin juga menyukai