Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 12

(29.4.2019 hingga 03.5.2019)

ISU DAN MASALAH


Pada minggu kedua belas ini seperti minggu-minggu yang lepas proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan untuk mencapai objektif
pembelajaran. Namun begitu, permasalahan semasa proses pengajaran dan pembelajaran masih
berlaku.
Pada minggu ini, saya telah memilih slot pengajaran dalam Subjek Fizikal dan
Estetika(Kreativiti). Aktiviti ini memang agak mencabar kanak-kanak kerana ia memerlukan
fokus dan komitmen yang lebih daripada mereka. Selain itu, kanak-kanak perlu banyak bersabar
untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini saya dapati permasalahan mereka
ialah kurang mahir dalam teknik menggunting bentuk dengan betul seperti yang ditunjuk oleh
guru. Ini disebabkan ada diantara mereka masih belum pandai memegang gunting dengan cara
yang betul. Tugasan tersebut ialah membuat mozek kapal layar. Walaubagaimanapun saya
dapati kanak-kanak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkannya.

ANALISIS ISU DAN MASALAH


PUNCA / SEBAB
Apabila permasalahan ini berlaku, maka permerhatian telah dijalankan pada minggu ini.
Berikut merupakan hasil daripada pemerhatian tersebut.

1. Hanya enam orang kanak-kanak boleh memegang gunting dengan betul dan menggunting
bentuk dengan betul.
2. Terdapat kanak-kanak yang tidak mendengar arahan guru dengan baik.
3. Meletakkan gam terlalu banyak di atara permukaan lembaran kerja.
4. Terdapat banyak kanak-kanak yang memerlukan bimbingan semasa proses menyiapkan
tugasan

CADANGAN IDEA UNTUK MENYELESAIKAN KELEMAHAN


Untuk memastikan permasalah ini tidak berlarutan maka saya telah membuat tindakan
susulan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah tersebut antara ialah:
a) Memberi arahan yang jelas dan menggunakan bahasa yang mudah di fahami oleh kanak-
kanak
b) Melakukan aktiviti begini dalam bentuk kumpulan.
c) Bersikap tegas dengan kanak-kanak supaya mereka mematuhi peraturan semasa
melakukan aktiviti.
d) Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan “hands on” supaya mereka terbiasa
melakukannya.
e) Memberi pendekatan yang positif kepada kanak-kanak untuk meningkatkan keyakinan diri
mereka.

TEMPOH MASA YANG DIBERIKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH


Untuk mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik maka saya
akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.

TINDAKAN SUSULAN
Saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh menjadikan pengajaran dan pembelajaran saya
berjaya menarik minat kanak-kanak dan merangsang minda mereka ke arah sesuatu yang
positif.

Pelajar
.....................................
(HALIZAH BINTI HAMZAH)