Anda di halaman 1dari 95

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pendahuluan

Menurut John Lakoff dan Mark Johnson (1987), umumnya metafora dilihat sebagai suatu
alat yang menggambarkan imaginasi puitis yang kaya dengan aspek retorikal di mana
metafora biasanya dianggap sebagai suatu bentuk bahasa yang luar biasa. Tambahan
pula, metafora biasanya dilihat sebagai karakteristik bahasa sahaja iaitu sebagai sesuatu
perkataan dan bukannya sebagai alat pemikiran atau perbuatan. Oleh sebab itu,
kebanyakan orang beranggapan bahawa mereka dapat hidup dengan sempurna tanpa
kehadiran metafora.1

Walau bagaimanapun, didapati bahawa metafora adalah sesuatu yang terserap


dalam kehidupan seharian bukan sahaja dalam bahasa tetapi dalam sistem pemikiran serta
perlakuan iaitu dari segi bagaimana kita berfikir dan bertindak. Keadaan ini merupakan
satu dasar penting yang berlaku secara semulajadi dalam aspek metafora. Konsep yang
mengawal pemikiran kita bukan sahaja ke atas keupayaan intelek malah ia mengawal
fungsi seharian kita termasuklah aspek-aspek duniawi. Konsep kita membina apa yang
kita fahami dan bagaimana kita mengadaptasi persekitaran kita serta bagaimana
kehidupan kita mempunyai kaitan di antara satu sama lain.2

Sumbangan terhadap teori metafora oleh Lakoff & Johnson (Lakoff & Johnson
1980; Lakoff 1987, 1993) sebenarnya merupakan kesinambungan daripada kajian-kajian
yang dijalankan oleh ahli-ahli falsafah dan linguistik tradisional mengenai teori kognitif

1
Lakoff, G & Johnson, M., Metaphors We Live By, The University of Chicago Press, Chicago, 1980
hlm. 3.
2
Ibid.
2

dalam metafora.3 Selain itu, kemunculan teori kognitif dalam bidang linguistik juga
merupakan suatu pendekatan ke arah pengkajian metafora dari aspek pemikiran dan
konseptual.4 Keadaan ini sekaligus telah mengubah paradigma masyarakat umum tentang
konsep matafora.

Sehubungan dengan itu, kajian ini menganalisa tentang aspek metafora dari sudut
semantik kognitif dalam peribahasa Melayu sebagai suatu wadah untuk merefleksikan
dan mengkonseptualisasikan kebudayaan serta kepercayaan orang Melayu. Metafora
diaplikasikan untuk mengupas ketersiratan dan perkaitan yang terselindung di sebalik
struktur fizikal peribahasa Melayu untuk menerokai kandungan dan intipatinya. Secara
harfiahnya, konteks peribahasa Melayu terbentuk daripada kebudayaan, alam pemikiran
dan persekitaran semulajadi orang Melayu.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., penutur natif bahasa Melayu
mempelajari bahasa kiasan secara alamiah, seperti mana mereka belajar perkataan-
perkataan bahasa Melayu yang lain. Mereka belajar bentuk-bentuk bahasa kiasan dan
menghafal makna-makna bahasa kiasan tersebut. Keadaan ini adalah kerana
sememangnya tiada jalan lain selain menghafalnya. Selain itu, bahasa kiasan dicipta oleh
semua penutur sesuatu bahasa sewaktu mereka mula bertutur dan menulis. Keadaan ini
merupakan suatu proses yang berlaku tanpa disedari.5

Pada suatu masa dahulu, kemahiran mencipta bahasa kiasan dianggap sebagai
bakat semulajadi yang dimiliki oleh para pengarang karya-karya sastera. Mereka seolah-
olah memiliki bakat istimewa yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada golongan tertentu
sahaja. Pandangan ini telah berubah di atas kesedaran bahawa bakat tersebut sebenarnya
adalah sejenis kemahiran berbahasa. Sesiapa sahaja boleh menguasainya dengan cara

3
Olaf Jäkel, Some Forgotten Contributions to the Cognitive Theory of Metaphor, Dlm. Gibbs R.W. &
Steen J.G. (pnyt.), Metaphor in Cognitive Linguistics, Amsterdam, 1997, hlm. 9.
4
Cameron, L., Metaphor in EducationalDiscourse, MPG Books Ltd, London, 2003, hlm. 2.
5
Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari,PTS Publisher, Kuala Lumpur.
3

mempelajari teknik yang berkenaan dan berlatih menggunakannya kerana ia adalah suatu
kemahiran.6

1.1 Definisi Istilah


1.1.1 Metafora

Hawkes (1986), mendefinisikan metafora sebagai suatu cara untuk mendeskripsikan


sesuatu dengan mengatakan bahawa terdapat suatu perkara lain yang mempunyai kualiti
terhadap sesuatu yang hendak dijelaskan. Perkataan metaphora dikatakan berasal
daripada perkataan Greek, di mana meta membawa maksud ‘atas’ manakala pherein
mendukung makna ‘diangkat’. Oleh itu, metafora merujuk kepada satu set proses
linguistik di mana sesetengah karakteristik sesuatu subjek ‘diangkat ke atas’, atau
dipindahkan kepada objek yang lain. Oleh yang demikian, objek yang kedua dituturkan
atau diaplikasikan seolah-olah ia berada pada kedudukan objek yang pertama.7

Menurut Asmah Haji Omar (1996), definisi metafora tidak hanya terbatas sekadar
bunga-bunga bahasa atau bahasa yang indah tetapi lebih dalam daripada pengertian itu di
mana metafora juga menggambarkan sistem konseptual sesuatu bahasa dan kepercayaan
terhadap kebudayaan para penutur asli bahasa tersebut.8

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. pula berpendapat bahawa metafora ialah
kiasan yang tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti seolah-olah, ibarat, seakan-
akan, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama. Dalam ayat “ Budak itu lembu ”,
‘lembu’ ialah metafora. Dalam ayat “ Budak itu bodoh seperti lembu ”, ‘lembu’ ialah
perumpamaan kerana terdapat perkataan ‘seperti’ sebelum ‘lembu’.9
6
Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari,PTS Publisher, Kuala Lumpur.
7
Hawkes, T., Metaphor:The Critical Idiom, Methuen & Co. Ltd., London, 1986.
8
Asmah Haji Omar, Metaphors of Anatomy as a Reflection of Malay Cultural Belief, Jurnal Bahasa Jendela
Alam Jilid 1, 1996, hlm. 7.
9
Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari,PTS Publisher, Kuala Lumpur.
4

1.1.2 Peribahasa Melayu

Abdul Razak Abdul Karim (1994), menyatakan bahawa peribahasa ialah ayat atau urutan
kata-kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang
tertentu. Peribahasa telah sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman-
berzaman dan digunakan dengan meluas dalam kehidupan mereka sehari-hari khususnya
dalam masyarakat Melayu dahulu. Keadaan ini adalah kerana kata-kata dalam peribahasa
sedap didengar serta luas dan benar tujuannya. Kata-kata ini digunakan sebagai
perbandingan, teladan dan pengajaran.10

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., bahasa kiasan tergolong kepada dua
jenis iaitu peribahasa dan bukan peribahasa. Kiasan yang sudah mantap dari segi bentuk
bahasanya dan maknanya diistilahkan sebagai peribahasa. Kiasan yang tidak mantap
bentuk dan maknanya diistilahkan sebagai bukan peribahasa. Sebagai contoh, bentuk
‘kacang lupakan kulit’ tidak boleh diubah kepada bentuk yang lain, umpamanya ‘kulit
dilupakan oleh kacang’ dan ‘lupanya kacang kepada kulit’. Oleh yang demikian, bahasa
kiasan tersebut adalah peribahasa. Keadaan ini lebih mudah digambarkan dengan
merujuk kepada rajah di bawah:
Bahasa Kiasan

Bukan Peribahasa Peribahasa

Bidalan
Personifikasi Metafora Perumpamaan
Hiperbola Pepatah
Simpulan Bahasa
Rajah 1.1 menunjukkan kedudukan metafora dan peribahasa dalam bahasa kiasan.

1.2 Objektif Kajian

10
Abdul Razak bin Abdul Karim, Rujukan Lengkap Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1994,
5

Ahmad Mahdzan Ayop (1983:30) mengatakan, “ tujuan sesuatu penyelidikan dijalankan


ialah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jawapan kepada beberapa
persoalan ”. Dengan kata lain, tujuan kajian meliputi perkara-perkara yang ingin
dilaksanakan atau dicapai dalam sesuatu projek penyelidikan. Secara ringkasnya, tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk mengupas dengan lebih spesifik lagi mengenai
beberapa aspek iaitu:

1. Pengertian metafora menurut pandangan beberapa orang tokoh atau pengkaji


yang berlainan terutamanya George Lakoff dan Mark Johnson dan melihat
perkaitannya dengan peribahasa Melayu.

2. Meneliti bentuk fizikal peribahasa yang dikaji serta menggambarkan


kemungkinan bagaimana peribahasa tersebut boleh terbentuk di samping
mengandaikan bentuk fizikal yang berlainan bagi peribahasa yang dikaji dan
mempersoalkan mengapa ia tidak dibina dalam bentuk yang sedemikian rupa.

3. Mencungkil metafora serta aspek-aspek lain yang terselindung di sebalik


bentuk fizikal dan maksud peribahasa yang dikaji di samping melahirkan idea-
idea dan pandangan peribadi.

1.3 Skop Kajian

Ruang lingkup kajian ini adalah terbatas setakat meneliti aspek metafora dalam
peribahasa Melayu. Kriteria pembatasan yang dimaksudkan dapat disenaraikan seperti
berikut:

1. Aspek metafora yang dikaji adalah berdasarkan pandangan beberapa orang


6

tokoh, khususnya Lakoff & Johnson. Teori dan pandangan para pengkaji ini
tentang metafora diaplikasikan dalam beberapa peribahasa Melayu yang
dipilih untuk tujuan kajian.

2. Rasional pemilihan peribahasa-peribahasa tersebut adalah berdasarkan bentuk


fizikalnya di mana ianya bersifat agak ‘keterlaluan’ terutamanya dari segi
sebutan, namun dari segi makna peribahasa-peribahasa Melayu tersebut
mempunyai maksud yang agak tepat bersesuaian dengan sesetengah perangai
manusia. Setiap peribahasa tersebut mendukung makna tersendiri yang dapat
mengungkapkan erti kehidupan, persekitaran, sosiobudaya atau politik
masyarakat Melayu. Contoh peribahasa Melayu yang dimaksudkan
‘keterlaluan’ dari segi sebutan yang dipilih sebagai data bagi kajian ini adalah
seperti berikut:

a) Harapkan pagar, pagar makan padi.


Maksudnya: Orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula
yang mengkhianati kita (Kamus Dewan, 1997).11

b) Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.


Maksudnya: Memberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang
tidak mendatangkan manfaat, sebaliknya memberikan tumpuan yang
lebih kepada perkara yang remeh-temeh.12

c) Biar mati anak, jangan mati adat.


Maksudnya: Berpegang teguh kepada sesuatu kepercayaan walaupun
terpaksa mengorbankan sesuatu.13
d) Sambil menyelam minum air.

11
Hajah Noresah bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1997,
12
Kamus Peribahasa Melayu Digital, The Institute of Malay World and Civilization, Di:
www.atma.ukm.my.
13
Ibid.
7

Maksudnya: Melakukan dua jenis pekerjaan dalam satu masa.14

e) Kuman di seberang lautan nampak, gajah bertengger di pelupuk mata


tiada tampak.
Maksudnya: Kesalahan atau keburukan orang dapat dilihat tetapi
kesalahan sendiri tidak disedari.15

3. Peribahasa Melayu yang dipilih ini diteliti melalui dua aspek iaitu dari
segi struktur fizikal dan maksud yang diberikan kepada setiap satunya.
Kedua-dua aspek ini dikaji daripada sudut semantik kognitif khususnya
aspek metafora sepertimana yang disarankan oleh George Lakoff dan
Mark Johnson.

1.4 Permasalahan Kajian

Pada dasarnya, kajian ini cuba untuk melihat hubungan di antara aspek metafora yang di
analisa daripada sudut semantik kognitif dengan beberapa peribahasa Melayu yang
dipilih berdasarkan pewajaran yang tertentu. Kajian ini adalah amat relevan kerana para
pelajar serta masyarakat umum terutamanya mempunyai pengetahuan yang cetek tentang
aspek metafora di mana mereka sering terkeliru di antara aspek personifikasi yang
dibincangkan dalam kesusasteraan Melayu berbanding metafora yang cuba
diketengahkan oleh para pengkaji semantik kognitif dalam bidang linguistik moden.

Sebelum ini, sekiranya persoalan tentang metafora diajukan kepada seseorang


yang tidak arif tentang ilmu linguistik, maka maklumbalas yang biasanya diperolehi
dalah bertentangan dengan konsep sebenar metafora di mana kebanyakan orang

14
Kamus Peribahasa Melayu Digital, The Institute of Malay World and Civilization, Di:
www.atma.ukm.my.
15
Ibid.
8

menggambarkannya sebagai tidak lebih daripada suatu gaya bahasa yang berbunga-bunga
dan direka oleh seseorang berdasarkan daya imaginasi yang tinggi di mana tidak terdapat
rahsia yang tersingkap di sebaliknya. Namun, kini senario tersebut nyata telah berubah
dengan kemunculan ramai pengkaji semantik kognitif yang telah berjaya untuk
mengubah persepsi orang ramai tentang metafora di samping menjelaskan kekaburan
yang berlaku dengan membuka minda masyarakat umum untuk melihat metafora sebagai
satu subjek kajian yang amat menarik.

Para pengkaji semantik kognitif terutamanya Lakoff & Johnson telah cuba untuk
membuktikan bahawa metafora bukanlah bersifat arbitrari atau sewenang-wenangnya
sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak tetapi metafora melibatkan suatu
fenomena yang berlaku secara alamiah di mana ia melibatkan sistem kognisi atau minda
manusia. Sebagai tindakan susulan, Lakoff telah mencari jawapan yang lebih jitu bagi
beberapa persoalan yang biasanya dikemukakan oleh para pengkaji semantik kognitif
bagi mengukuhkan lagi hujah beliau bahawa metafora sememangnya menjelajahi aspek
kognitif seseorang.16

Bidang sains kognitif menuntut jawapan-jawapan yang kukuh bagi beberapa


persoalan. Persoalan-persoalan tersebut antara lainnya menyentuh tentang beberapa aspek
iaitu:
Apakah yang dimaksudkan dengan proses beralasan atau memberi sebab?
Bagaimanakah manusia bertindakbalas ke atas pengalaman mereka?
Apakah yang dimaksudkan dengan sistem konseptual dan bagaimanakah ianya
diorganisasikan?
Adakah semua orang menggunakan sistem konseptual yang sama?
- Sekiranya jawapannya adalah ‘Ya’, apakah sistem yang digunakan?
- Sekiranya jawapannya adalah ‘Tidak’, apakah sebenarnya persamaan yang wujud dalam
cara seseorang manusia berfikir?17
16
Lakoff , G. and Johnson, M, Women, Fire, and Dangerous Thing: What categories reveal about the
mind, The University of Chicago Press,Chicago, 1987, hlm. xi.
17
Lakoff , G. and Johnson, M, Women, Fire, and Dangerous Thing: What categories reveal about the
mind, The University of Chicago Press,Chicago, 1987, hlm. xi.
9

Penggunaan peribahasa sebagai data bagi kajian ini mempunyai motifnya yang
tersendiri. Peribahasa Melayu secara tidak langsung mencerminkan bunga-bunga bahasa.
Menurut Adirukmi Achmad Azis, bunga-bunga bahasa bererti sesuatu yang indah dalam
bahasa. Indah dalam erti kata sedap didengar dan diucapkan, dengan pilihan kata yang
tepat.18 Jelas sekali pernyataan ini adalah bercanggah dengan pendekatan yang cuba
ditonjolkan dalam kajian semantik kognitif yang ingin menegaskan bahawa metafora
merupakan sesuatu yang lebih bermakna daripada bunga-bunga bahasa.

Walau bagaimanapun, dengan mengaplikasikan teori Lakoff & Johnson beserta


para pengkaji teori semantik kognitif yang lain, permasalahan ini dapat dileraikan kerana
kajian ini bukannya bertujuan untuk mengkaji aspek stilistik atau nilai estetik yang
terkandung dalam peribahasa Melayu berkenaan tetapi berhasrat untuk menganalisa
aspek kognitif yang terlibat dalam peribahasa tersebut sewaktu merencanakan kajian
metafora secara konseptual.

1.5 Kesignifikanan Kajian

Wujudnya kajian seperti ini diharap dapat memantapkan lagi pengetahuan kita tentang
aspek metafora yang diteliti menerusi bidang semantik kognitif yang antara lain
menyentuh tentang model-model kognitif yang unggul di mana ia merangkumi aspek-
aspek penting seperti kesistematisan konsep metafora, kesistematisan metafora dalam
menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu aspek, metafora berorientasi, asas
pengalaman dalam metafora, metafora dan koherensi kebudayaan, metafora ontologikal,
metonimi dan personifikasi. Kajian ini secara tidak langsung dapat memperbetulkan
tanggapan-tanggapan salah tentang pengkajian metafora di samping menolak tepi
ideologi-ideologi sempit yang mengongkong pemikiran masyarakat umum yang

18
Adirukmi Achmad Azis, Tumbuh-tumbuhan Memperindah Bunga-bunga Bahasa, Jurnal Pelita Bahasa,
Kuala Lumpur,1998
1
0

beranggapan bahawa metafora hanya boleh diinterpretasikan atau diterjemahkan secara


subjektif.

Di samping itu, kesignifikanan kajian ini terserlah dengan penggunaan peribahasa


Melayu sebagai data kajian. Dalam mengejar arus globalisasi, bahasa Melayu tidak
ketinggalan dalam mengalami perkembangan dan perubahan yang selaras dengan
peredaran zaman. Oleh yang demikian, keindahan bahasa Melayu yang dicerminkan
melalui perumpamaan dan peribahasa sewajarnya dipelihara agar dapat dimanfaatkan
oleh generasi muda yang semakin tidak memahami istilah-istilah lama. Untuk
menghindari hal ini, penggunaan peribahasa Melayu harus diperluaskan terutamanya bagi
ungkapan-ungkapan yang jarang-jarang digunakan. Selain itu, kajian seperti ini diharap
dapat diaplikasikan bukan sahaja terhadap peribahasa Melayu malahan perumpamaan dan
peribahasa yang terdapat dalam bahasa-bahasa yang lain di dunia.

1.6 Kaedah Kajian

Secara umumnya, kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini adalah seperti
berikut:

1) Kaedah Pembacaan
Sumber-sumber data adalah diperolehi melalui pembacaan buku, jurnal,
majalah, akhbar dan risalah-risalah yang berkaitan. Kaedah ini juga
disebut sebagai ‘library research’. Selain itu, pencarian maklumat melalui
internet juga dilakukan.

2) Kaedah Pertanyaan Langsung


1
1

Beberapa persoalan telah diajukan secara bersemuka dengan beberapa


orang individu yang arif tentang topik kajian untuk dijadikan sebagai
maklumat tambahan.

3) Kaedah Pemerhatian Langsung


Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi melalui pemerhatian secara
langsung terhadap kehidupan masyarakat Melayu dapat dimanfaatkan
sebagai maklumat kajian.

Selain itu, kajian ini juga menggunakan beberapa kaedah yang bersifat lebih
khusus seperti penganalisaan data yang berbentuk deskriptif dan inferensi.

1) Penganalisisan Deskriptif
Data-data yang memerlukan penganalisaan secara deskriptif diproses dan
dianalisis dengan bantuan komputer yang menggunakan program ‘Statistical
Package for Social Sciences ( SPSS ).
2) Penganalisisan Inferensi
Sementara itu, penganalisaan berbentuk inferensi digunakan untuk melihat
hubungan dan perbezaan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah
yang lain.

1.7 Kesimpulan
Bab ini telah meneliti beberapa perkara pokok yang akan dibincangkan secara terperinci
dalam bab-bab yang akan datang. Selain itu, bab ini juga telah memberikan satu
gambaran kasar tentang aspek-aspek yang akan dikupas dalam keseluruhan kajian ini
dengan menjelaskan tentang objektif, skop, permasalahan, kesignifikanan dan kaedah
kajian yang terlibat. Bab yang seterusnya akan memaparkan ulasan kosa ilmu bagi
melestarikan lagi kajian ini.
1
2

BAB 2

ULASAN KOSA ILMU

2.0 Pendahuluan

Bab ini akan meneliti kajian-kajian yang berkenaan dengan peribahasa Melayu dan aspek
metafora yang dikupas melalui sudut semantik kognitif yang telah dilakukan oleh
beberapa orang pengkaji. Analisis kajian lepas merupakan asas atau sumber yang amat
penting bagi melakukan sesuatu penyelidikan. Keadaan ini adalah kerana, melalui kajian-
kajian yang lepas kita akan memperoleh suatu gambaran awal tentang sesuatu perkara
yang perlu diberikan perhatian terutamanya mengenai latar belakang sesuatu
penyelidikan. Sehubungan dengan itu, bab ini akan menganalisis dan mengulas aspek-
aspek yang telah dikaji oleh para pengkaji yang terdahulu.

Perbincangan dalam bab ini akan dibahagikan kepada empat topik utama iaitu:
1) Ulasan ringkas kajian lepas yang terkandung dalam bahan-bahan
bercetak di mana ia meliputi latihan ilmiah, buku rujukan dan rencana-
rencana yang dipetik daripada jurnal sama ada yang dikaji oleh para
pengkaji tempatan atau Barat.

2) Rumusan berkaitan kosa ilmu.

3) Analisis kritis yang berasaskan kosa ilmu.


1
3

4) Pertalian kosa ilmu dari sudut persamaan dan perbezaan yang


berkaitan dengan persoalan kajian.

2.1 Ulasan Kosa Ilmu


2.1.1 Latihan Ilmiah

2.1.1.1 Mohd. Zuki bin Ali – Retorik dan Semantik Dalam Perumpamaan Bahasa
Melayu

Mohd. Zuki bin Ali (1997), telah mengemukakan sebuah kajian yang bertajuk ‘Retorik
dan Semantik Dalam Perumpamaan Bahasa Melayu’ sebagai salah satu syarat bagi
memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian
yang dilakukan oleh Mohd. Zuki bertujuan untuk mengenalpasti sama ada ciri-ciri ayat
yang wujud dalam perumpamaan berkait rapat dengan makna yang tersirat dalam
perumpamaan atau sebaliknya. Di samping itu, Mohd. Zuki cuba untuk mencari dan
menganalisis rahsia bahasa yang terdapat dalam perumpamaan yang dianggap sebagai
antara khazanah sastera lisan tertua dalam masyarakat Melayu.

Menurut pengkaji lagi, penganalisisan keimplisitan makna dapat diperolehi


dengan memasukkan faktor-faktor pragmatik dan konteks. Oleh itu,teori Relevans telah
dikemukakan sebagai landasan untuk memberikan makna yang tepat khususnya bagi
perumpamaan Melayu. Selain itu, kajian ini memperlihatkan perkaitan di antara bahasa,
pemikiran dan kebudayaan. Pengkaji menggunakan bahasa-bahasa kiasan yang diambil
dari lambang-lambang alam semulajadi yang menunjukkan kekreatifan masyarakat
Melayu menggunakan bahasa dalam menyampaikan hasrat hati sebagai data kajian.
Antara perumpamaan yang dipilih oleh pengkaji adalah seperti berikut:

a) Seperti aur dengan tebing.


b) Bagai anak ayam kehilangan ibu.
1
4

c) Harapkan pagar, pagar makan padi.

Mohd. Zuki menekankan aspek pemikiran masyarakat Melayu yang dipancarkan


dalam perumpamaan menerusi kajiannya. Menurutnya, terciptanya perumpamaan Melayu
seperti di atas menggambarkan kebijaksanaan masyarakat Melayu yang tinggal di
kampung untuk menjadikan fenomena alam yang melingkungi kehidupan mereka sebagai
simbolik dalam usaha memberi nasihat, teguran, anjuran dan sindiran. Misalnya, sifat
bantu-membantu disamakan dengan perumpamaan ‘seperti aur dengan tebing’ yang
saling memerlukan antara satu sama lain.

2.1.1.2 Zuraida Desa – Perubahan dan Penciptaan Perumpamaan Melayu: Analisa


dari Aspek Leksikal dan Semantik

Zuraida Desa (1998), juga seorang penuntut di U.K.M. telah menghasilkan sebuah
latihan ilmiah yang bertajuk ‘Perubahan dan Penciptaan Perumpamaan Melayu: Analisa
dari Aspek Leksikal dan Semantik. Kajian Zuraida adalah berkenaan dengan perubahan
yang telah berlaku dari aspek leksikal dan semantik dalam perumpamaan Melayu
Menurutnya, penyelidikan terhadap perumpamaan dengan penekanan kepada aspek
perubahan masih belum dilakukan. Pengkaji berpendapat bahawa analisis terhadap
perkara tersebut secara teliti adalah penting terutama dalam mengekalkan budaya bangsa
Melayu.

Justeru itu, Zuraida telah membuat tinjauan secara keseluruhan tentang perubahan
yang berlaku dari aspek leksikal. Selain itu, kajiannya juga memberikan tumpuan kepada
aspek semantik iaitu pengkajian makna dengan membandingkan perumpamaan baru dan
lama. Sebagai tambahan, Zuraida telah menerangkan tentang ciri-ciri yang wujud dalam
perumpamaan Melayu tersebut di samping menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan
gejala tersebut wujud.
1
5

2.1.1.3 Khazriyati binti Salehuddin – Memahami Mekanisme-Mekanisme Kognitif


di Dalam Metafora Kawalan atau Control – Satu Kajian Korpus

Khazriyati binti Salehuddin (2000), juga telah menjalankan satu kajian untuk
memenuhi sebahagian daripada syarat memperoleh ijazah Sarjana Sastera. Tajuk kajian
yang diketengahkan oleh Khazriyati adalah ‘Memahami Mekanisme-Mekanisme
Kognitif di dalam Metafora Kawalan atau Control- Satu Kajian Korpus’. Kajian ini
menjelajahi mekanisme-mekanisme kognitif yang terlibat dalam menghasilkan metafora
bagi memanifestasikan konsep kawalan atau control. Penganalisaan yang dijalankan oleh
pengkaji dijalankan berdasarkan tiga model kognitif ICM (Idealized Cognitive Models)
iaitu metonimi, metafora konseptual, skema imej kinestetik. Pengkaji telah
membincangkan ketiga-tiga ICM ini secara mendalam melalui kajiannya bagi
menunjukkan bagaimana setiap satu daripada mereka terlibat dalam penghasilan dan
penterjemahan metafora.

Dalam kajiannya, telah didapati bahawa tujuh ICM yang disebutkan dalam Lakoff
(1987: 271-278) yang dikenalpasti sebagai mekanisme-mekanisme kognitif digunakan
oleh pengarang majalah-majalah yang dipilih olehnya sebagai data kajian. Pengkaji juga
telah menghuraikan kesemua contoh-contoh penggunaan metafora. Menurut Khazriyati,
mendefinisikan konsep kawalan atau control bukanlah suatu tugas yang mudah. Analisa
yang dijalankan oleh pengkaji menunjukkan bahawa setiap skema imbasan yang
digunakan memerlukan sokongan metonimi dan metafora konseptual sebagai mekanisme
kognitif sampingan. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa skema imbasan yang
disarankan oleh Lakoff boleh diinterpretasikan dengan dua cara untuk memanifestasikan
konsep kawalan.
1
6

2.1.1.4 Zawiyah Mat – Semantik dan Pragmatik dalam Sinedoko, Metonimi dan
Peribahasa Melayu

Kajian yang dijalankan oleh Zawiyah Mat (1990), menyentuh tentang peribahasa
yang terkandung dalam latihan ilmiahnya yang bertajuk Semantik dan Pragmatik dalam
Sinedoko, Metonimi dan Peribahasa Melayu. Beliau memberi penjelasan dan penekanan
kepada peranan semantik dan pragmatik dalam menghuraikan makna ujaran-ujaran yang
implisit. Pengkaji menegaskan bahawa pemberian makna yang terhenti pada bentuk logik
sahaja tidak mampu menghuraikan maksud sebenar yang terdapat pada perumpamaan
tersebut. Untuk memperolehi makna sebenar sesuatu ujaran, seseorang memerlukan
maklumat tambahan yang diperolehi daripada konteks.

Zawiyah juga telah menjelaskan bahawa kehadiran semantik dan


pragmatik dalam penginterpretasian makna dalam peribahasa amat penting dan secara
langsung dapat memperlihatkan bagaimana bahasa dan pemikiran mempunyai hubungan
timbal balik malah mempunyai hubungan bergantungan antara satu sama lain. Bagi
tujuan kajian ini, pengkaji telah menggunakan peribahasa sebagai data untuk melihat
perkaitan antara semantik dan pragmatik dalam penginterpretasian makna. Tujuh contoh
peribahasa telah dipilih untuk dianalisis dan tiga daripadanya berbentuk perumpamaan.
Perumpamaan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

a) Seperti aur dengan tebing.


b) Seperti anjing dengan bayang-bayang.
c) Bagai ketam mengajar anak berjalan dengan betul.
1
7

2.1.1.5 Oi Peng Khim –Imej Wanita dalam Peribahasa Melayu dan Simpulan Bahasa
Melayu: Satu Tinjauan Sosiolinguistik

Memandangkan penyelidikan terhadap peribahasa dan simpulan bahasa dengan


penekanan kepada aspek bahasa seksis masih belum dilakukan, maka Oi Peng Khim
dalam latihan ilmiahnya yang bertajuk Imej Wanita dalam Peribahasa Melayu dan
Simpulan Bahasa Melayu: Satu Tinjauan Sosiolinguistik, telah menganalisis sebanyak
229 peribahasa dan simpulan bahasa yang membincangkan tentang jantina. Pengkaji
berpendapat bahawa analisis secara serius dan teliti adalah penting kerana aspek ini
penting dalam kajian bahasa. Beliau telah menggunakan unsur metafora untuk
melambangkan wanita dan lelaki serta membahagikannya kepada tujuh kategori iaitu
manusia, haiwan, benda, tumbuhan, alam, makanan dan bahan buangan.

Melalui kajiannya, Oi Peng Khim berpendapat bahawa tidak terdapat perbezaan


yang ketara dari segi metafora yang digunakan untuk melambangkan lelaki dan wanita.
Malah beliau menegaskan bahawa adalah tidak adil menyatakan imej wanita lebih seksis
berbanding lelaki. Kajian beliau menunjukkan bahawa bukan wanita sahaja yang
dianggap tidak bermoral tetapi kaum lelaki turut terlibat sama. Menurut pengkaji,
peribahasa dan simpulan bahasa tidak boleh bersifat seksis kerana kajian yang dijalankan
menunjukkan kewujudan metafora yang menggambarkan kedua-dua jantina turut terlibat
dan mempunyai konotasi tertentu. Secara tidak langsung unsur jantina dalam peribahasa
dan simpulan bahasa menjelaskan bahawa terdapat faktor keseimbangan antara satu sama
lain dan ada pihak yang tidak akan tersinggung atau terasing.

2.1.2 Buku rujukan


2.1.2.1 Za’ba – Ilmu Mengarang Melayu
1
8

Za’ba (1965) dalam bukunya yang bertajuk Ilmu Mengarang Melayu turut
menyentuh tentang keperihalan peribahasa. Beliau menyebut bahawa selain untuk
menegur, memberi nasihat dan memperbaiki moral masyarakat, penggunaanya bukan
sekadar memperlihatkan keindahan atau keanggunan bahasa tetapi lebih daripada itu
menggambarkan keikhlasan penerimaan. Keadaan ini berbentuk sedemikian rupa kerana
peribahasa menghiasi percakapan selalunya di antara dua pihak.

Za’ba juga mengatakan bahawa semua peribahasa berasal daripada bahasa kiasan.
Bahasa kiasan bertujuan untuk memberikan misalan kepada sesuatu perkara yang lain
dan maksud tersirat dalam peribahasa yang dikiaskan itu. Bahasa kiasan kadang-kadang
disampaikan secara terang-terangan. Za’ba telah mengasingkan peribahasa mengikut
jenis-jenisnya iaitu perumpamaan, bidalan, pepatah dan lain-lain. Menurut Za’ba,
peribahasa mempunyai makna dua lapis. Oleh itu, peribahasa yang tidak mempunyai
makna dua lapis tidak dinamakan perumpamaan. Beliau membahagikan peribahasa
kepada dua bahagian iaitu jenis pertama ialah perumpamaan yang disebut sebagai
perbandingan dan keduanya ialah perumpamaan yang bukan perbandingan.

Jenis pertama perumpamaan yang disebut sebagai perbandingan menggunakan


perkataan ‘seperti’, ‘bagai’, ‘laksana’, ‘umpama’ dan ‘macam’ pada awal perumpamaan
tersebut. Contoh perumpamaan jenis pertama adalah bagai ayam lepas bertaji, bagai
badak berendam, bagai kucing dibawakan lidi dan seperti tebuan di dalam tukil. Walau
bagaimanapun, kadang-kadang perkataan ‘seperti’,‘bagai’ dan lain-lain ditinggalkan atau
tidak digunakan. Sekiranya keadaan seperti ini berlaku, sesuatu perumpamaan akan
berubah bentuk menjadi simpulan bahasa atau sekadar ayat semata-mata. Contohnya,
‘bagai melepaskan anjing tersepit’, selalu juga disebut sebagai ‘melepaskan anjing
tersepit’.

Jenis yang kedua pula ialah perumpamaan yang tidak disebutkan


perbandingannya. Contohnya ialah ‘air tenang jangan disangka tiada buaya’. Perbezaan
1
9

antara perumpamaan pertama dan yang kedua adalah apa yang diumpamakan membawa
makna yang serupa dalam perumpamaan kedua. Contohnya, ‘siapa yang makan lada
dialah yang terasa pedas’. Orang yang makan lada sememangnya terasa pedasnya dan
keadaan ini membawa makna siapa yang membuat sesuatu perkara yang tidak baik maka
dialah yang akan terasa atau tercucuk di hatinya.

Manakala, jenis yang pertama merujuk kepada suatu perkara yang diumpamakan
itu sama keadaannya dengan apa yang dimaksudkan oleh perumpamaan itu. Hal ini dapat
digambarkan dengan jelas apabila orang yang mendiamkan diri ketika mendapat sesuatu
faedah dikatakan sebagai ‘seperti tikus jatuh ke beras’. Sememangnya secara harfiah,
seekor tikus yang jatuh ke dalam tong beras akan diam kerana sudah terjumpa dengan apa
yang dicarinya iaitu beras di samping memakan beras tersebut dengan gelojohnya.
Maksud yang ingin disampaikan ialah seseorang yang mendiamkan diri apabila sampai
ke tempat yang dicari atau mendapat sesuatu yang dikehendaki.

2.1.2.2 Eva Feder Kittay – Metaphor: Its Cognitive Force and Lingustic Structure

Eva Feder Kittay (1990) dalam kajiannya yang bertajuk Metaphor: Its Cognitive
Force and Linguistic Structure telah mengupas tentang teori falsafah komprehensif yang
menjelaskan sumbangan berbentuk kognitif bagi kajian metafora. Menurut Kittay,
metafora memberi kesan terhadap pemindahan makna bukan di antara dua istilah tetapi di
antara domain-domain sesuatu kandungan yang distrukturkan atau lebih dikenali sebagai
bidang semantik. Bidang semantik ditafsir sebagai suatu aspek yang penting bagi teori
makna perkataan. Ia juga menyediakan hubungan yang kontrastif dan afinitif yang
mengawal penggunaan literal sesuatu istilah. Dalam penggunaan berbentuk metaforikal
hubungan ini dijanakan ke dalam domain kedua di mana ianya diorganisasikan semula
dengan menggunakan aspek kognitif yang signifikan.
2
0

Kajian yang dijalankan oleh Kittay ini merupakan satu penyelidikan yang menyeluruh
dan pemantapan teori semantik kognitif dalam metafora. Kajian ini juga menyentuh
aspek pragmatik di samping kajian linguistik serta psikologi yang terkini di mana
pengarang mendekati pemahaman yang baru tentang hubungan di antara metafora dan
maksud literal. Bagi tujuan kajian ini, analisa yang digunakan dalam mengkaji metafora
adalah bersifat sensitif dan sistematik.

2.1.2.3 A.W Hamilton – Malay Proverb: Bidal Melayu

A.W. Hamilton adalah seorang yang terkenal sebagai pengumpul dan penyenarai
peribahasa. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk Malay Proverb: Bidal Melayu
pada tahun 1937 yang membuktikan bahawa beliau berusaha menyenaraikan sejumlah
200 bidalan Melayu serta menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Bidalan yang
terkandung di dalamnya diberi makna atau interpretasi secara ringkas dalam bahasa
Inggeris. Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk memberi kefahaman dan
gambaran secara ringkas serta jelas maksud bidalan tersebut kepada orang-orang Inggeris
yang berminat mempelajari bahasa dan budaya masyarakat Melayu. Beberapa contoh
bidalan yang dapat dilihat daripada buku berkenaan adalah:

a) Seperti ayam, kais pagi makan pagi.


As fowl that scratch up in the morn sufficient for their meal.
( The Man who lives from hand to mouth and no ambition feel ).
b) Lidah biawak
He has the forked tongue of a monitor lizard.
( The insincere talk of a tree checous blackguard ).
c) Bagai terung dengan ikan kering.
Like the brinjal and the dried fish.
(Fated to meet in the same dish).
2
1

2.1.2.4 C.C Brown – Malay Sayings

C.C Brown (1951:x) dalam bukunya Malay Sayings telah memberikan definisi
peribahasa sebagai bahasa diplomatik yang amat sesuai untuk mengelak diri daripada
terlalu berterus-terang. Peribahasa disifatkan sebagai indah dan boleh menjadi sebaliknya
sebagai cerminan ketertiban orang Melayu. Dalam kajian ini, beliau berusaha
mengumpulkan dan menyenaraikan peribahasa Melayu dan memberikan makna
terjemahannya dalam bahasa Inggeris. Kandungannya sebanyak 1,200 peribahasa
memberi manfaat kepada masyarakat Barat yang berminat untuk mempelajarinya. Antara
contoh unsur fauna yang terdapat dalam buku yang diusahakan itu adalah :

a) Bagai ikan kena tuba.


Like fish stupefied with derris-root poison.
b) Asal berinsang ikanlah.
Anything with gills counts as fish.
c) Seperti kucing dengan panggang.
Like the cat and the roast.

2.1.3Rencana dari Jurnal


2.1.3.1 Asmah Haji Omar – Metaphors of Anatomy as a Reflection of Malay Cultural
Belief
Asmah Haji Omar (1996), dalam Jurnal Bahasa Jendela Alam Jilid 1 yang
bertajuk Metaphors Of Anatomy As A Reflection Of Malay Cultural Belief telah
menjalankan satu kajian tentang aspek metafora yang berkaitan dengan anatomi manusia
2
2

di mana ia menggambarkan cara bagaimana masyarakat Melayu mengklasifikasikan


bahagian-bahagian badan menurut aturan yang signifikan. Kajian ini juga menjelaskan
tentang rasional di sebalik norma-norma dan tabu yang dikaitkan dengan bahagian-
bahagian badan yang tertentu terutamanya di tempat-tempat antara bahu dan kepala serta
di sekitar kaki.

Analisa yang dijalankan dalam kajian ini menyentuh tentang kebudayaan Melayu
yang menekankan beberapa ciri optimis seperti keintelektualan, tanggungjawab, persepsi,
sifat berahsia, ambil berat, kasih sayang, setia, harmoni, bersopan santun, peramah, dan
berbudi pekerti mulia. Selain itu, kajian ini juga memperlihatkan beberapa aspek negatif
tentang kebudayaan orang Melayu yang ditonjolkan melalui perumpamaan Melayu di
mana ia berkisar penghinaan terhadap sikap angkuh, dengki, kedekut, malas, suka
mengumpat, berbohong, bercakap kosong, suka mengikut-ikut tabiat yang buruk, tidak
berpendirian teguh dan berfikiran kolot. Menurut Asmah, kesemua aspek berkaitan secara
langsung dengan anggota badan manusia. Keadaan ini adalah kerana perasaan dan emosi
masyarakat Melayu kebanyakannya berpusat kepada konsep hati berbanding jantung.

2.2 Rumusan Kosa Ilmu

Setelah meneliti dan menganalisis pandangan-pandangan utama pengkaji lepas hasil


daripada dapatan kajian, tafsiran dan saranan serta pandangan yang dihujah dan
dibahaskan beserta bukti oleh para pengkaji lepas, penulis akan cuba menghuraikan serta
merumuskan setiap kosa ilmu yang diperolehi dalam bahagian kosa ilmu. Penulis dengan
sedaya upaya akan merumuskan setiap persoalan dan maksud yang ingin disampaikan
untuk kebaikan dan tatapan umum khususnya dalam bidang perkembangan bahasa.

Pengkaji seperti Za’ba merupakan seorang penahu tanah air yang teragung dan
terkenal dengan sifat berhati-hati dalam menulis apa sahaja yang berkaitan dengan bahasa
2
3

termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan peribahasa. Keadaan ini jelas terbukti
apabila terhasilnya buku beliau yang bertajuk Ilmu Mengarang Melayu (1965) yang turut
memperkatakan tentang peribahasa. Pengumpulan data peribahasa yang telah dilakukan
oleh beliau turut menyenaraikan peribahasa-peribahasa yang telah dipilih sebagai data
kajian ini. Penggunaan data peribahasa tersebut jelas menunjukkan bahawa masyarakat
terdahulu amat berhati-hati dan berlapik ketika berbahasa. Dalam buku tersebut, Za’ba
memperluaskan makna peribahasa yang diberikan dengan cara mengaitkannya dengan
suasana persekitaran dan secara tidak langsung melibatkan aspek metafora.

Za’ba juga mengatakan bahawa sekiranya kita ingin melakukan kajian terhadap
bahasa Melayu, kita haruslah memahami selok-belok bahasa dan masyarakat penutur
bahasa itu sendiri. Kegagalan memahami bahasa atau masyarakat pasti menghasilkan
tafsiran yang mengelirukan. Keadaan ini adalah kesan daripada percanggahan tafsiran
antara pengkaji dengan bahasa yang dikaji. Dalam masyarakat Melayu, terlalu banyak
perkara yang hendak disampaikan telah dibicarakan dengan gaya yang paling sopan dan
dan tertutup. Sopan dan tertutup di sini bermaksud mesej yang hendak disampaikan di
selindungi oleh tutur kata yang semanis mungkin sebagai pemanis bicara, memberi
nasihat, berbincang dan hasil yang bakal diperolehi itu tidak akan menyinggung perasaan
sesiapa malah mewujudkan suasana harmoni di samping mengekalkan hubungan
kemanusiaan.
Zawiyah Mat pula telah menggunakan teori semantik sistem penuh dan pragmatik
dalam menganalisis dan menghuraikan data kajian beliau. Pengkaji cenderung dalam
memperkatakan aspek pemikiran masyarakat Melayu dan nilai-nilai yang terkandung
dalam perumpamaan yang dikatakan mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Pandangan dan anggapan pengkaji terhadap masyarakat Melayu tidak jauh berbeza
kerana perumpamaan merupakan bentuk bahasa figuratif yang tidak dinyatakan secara
terus-terang apabila diujarkan dengan menjadikan objek sekeliling sebagai lambang atau
simbol dalam menyampaikan sesuatu mesej.
2
4

Kajian Oi Peng Khim pula bertujuan mempertikaikan kenyataan bahawa


perumpamaan Melayu bersifat seksis. Beliau melihat seksis dari sudut jantina iaitu mana
yang lebih cenderung antara lelaki dan wanita. Namun begitu, data yang digunakan
menunjukkan bahawa hipotesis beliau itu tidak tepat dan bercanggah dengan hasil
dapatan yang diperolehi. Setelah dianalisis jelas menunjukkan bahawa perumpamaan
Melayu dari aspek jantina tidak bersifat seksis dan salah faham yang berlaku adalah
akibat tindakan daripada pihak lain yang salah menginterpretasikannya tanpa melakukan
kajian yang khusus.

Kesimpulan yang dapat dinyatakan di sini adalah kajian-kajian yang telah


dilakukan oleh para pengkaji lepas dihuraikan dan ditafsirkan mengikut pandangan
mereka sendiri. Namun, kajian yang dilakukan mempunyai perkaitan dan seolah-olah
wujud pertindihan dalam topik perbincangan. Oleh itu, apa yang menarik dan jelas di sini
adalah setiap pengkaji memfokuskan kajian mereka kepada aspek-aspek linguistik yang
berbeza. Aspek linguistik seperti semantik, semantik kognitif, sintaksis, pragmatik dan
aspek-aspek lain yang berkaitan dengannya jelas menunjukkan bahawa penyelidikan dan
perkembangan ilmu linguistik pernah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulu
walaupun tidak secara khusus.

2.3 Analisis Kritis

Sesuatu analisis kritis bertujuan untuk mengutarakan kelebihan dan kelemahan yang
dilakukan oleh seseorang pengkaji dalam kajian mereka. Melalui kosa-kosa ilmu yang
telah diteliti oleh penulis didapati bahawa walaupun pengkaji-pengkaji lepas mempunyai
pelbagai sebab dan pendapat dalam mengkaji peribahasa Melayu tetapi masih terdapat
kekurangan dari aspek skop kajian serta tatacara atau teori yang dikemukakan.
2
5

Za’ba dikatakan sebagai seorang ahli bahasa yang yang telah berjaya menawan
seluruh bangsa Melayu selama sepertiga abad yang lebih dan ketokohan beliau
sememangnya diakui oleh masyarakat di Malaysia (Lutfi Abas:1978). Sekiranya kita
meneliti kajian Za’ba (1965), beliau tidak menyentuh secara menyeluruh tentang aspek
yang dikaji. Kajian beliau yang tidak menyertakan maksud perumpamaan telah
menyukarkan penganalisisan kerana beliau membuat huraian secara rambang sahaja.
Beliau hanya membuat pengkelasan tentang perumpamaan dengan memberikan contoh-
contoh yang tertentu sahaja. Namun, sumbangan beliau dalam bidang ilmu dan kajian ini
khasnya adalah amat dihargai.

Za’ba turut mengingatkan bahawa pemberian makna perumpamaan tidaklah


dikhususkan kepada makna yang sempit kerana pemberian makna perumpamaan
hendaklah mengumpamakan suasana yang luas. Sebagaimana yang terkandung dalam
amanat Za’ba yang mengatakan bahawa aspek bahasa janganlah dihurai dengan
mengkhaskan kepada sesuatu perkara. Ianya hendaklah luas dan meliputi sekalian tujuan
serta makna yang diberi hendaklah tepat dan tidak tersimpang kepada yang lain
(1965:168).

Apa yang dikatakan oleh Za’ba sememangnya benar. Kajian peribahasa


seharusnya dilihat dengan memahami budaya hidup masyarakat Melayu dan tidak
berdasarkan bentuk logik sahaja. Sekiranya perkara ini berterusan maka peribahasa akan
hanya tinggal sebagai sejarah sahaja di samping budaya masyarakat Melayu yang suka
menggunakan bahasa berlapik ketika berkomunikasi tidak lagi diamalkan. Maka
hubungan harmoni yang dipertahankan tidak akan tercapai kerana ujaran yang bersifat
terus-terang akan meninggalkan kesan kepada si pendengar apabila sesuatu topik
perbincangan itu menyentuh perasaan dan peribadi seseorang. Selain itu, kajian yang
hanya menyenaraikan sesuatu aspek bahasa tidak wajar dianggap sebagai suatu kajian
berbentuk analisis kerana kajian sebegini dianggap sebagai satu usaha yang tidak
memberangsangkan sebaliknya hanya mencipta nama tanpa membuat pembaharuan dan
perubahan.
2
6

Bagi para pengkaji Barat pula, aspek-aspek sebegini tidak diambilkira dalam
menyenaraikan peribahasa Melayu malah mereka dengan sewenang-wenangnya
menterjemahkan peribahasa Melayu ke dalam bahasa Ingggeris dan memberikan maksud
yang berbeza bagi sesetengah peribahasa daripada maksud asal perumpamaan bahasa
Melayu tersebut. Adalah tidak cocok bagi sesuatu makna asal peribahasa diubahsuai
mengikut cita rasa pengkaji sahaja kerana melalui bahasalah bangsa Melayu dapat
berkembang dalam memartabatkan maruah negara. Tambahan pula, amalan yang menjadi
pegangan hidup masyarakat Melayu menyebabkan masyarakat Melayu dikenali dengan
sikap berhemah, berbudi bahasa dan mesra dengan sesiapa sahaja.

Zawiyah Mat (1990), dalam kajian beliau hanya sekadar menyenaraikan data
perumpamaan di samping memberikan makna kepada perumpamaan tersebut. Beliau
menggunakan teori semantik dan pragmatik dalam proses penginterpretasian makna
sebenar perumpamaan. Zawiyah Mat turut menggunakan teori ini kerana kedua-dua teori
ini saling bergantungan dan tidak boleh diabaikan untuk memperolehi makna
perumpamaan yang tepat. Walaupun pengkaji menekankan aspek semantik dan
pragmatik, namun beliau tidak menyedari bahawa peranan konteks juga amat penting
dalam menginterpretasikan makna. Keadaan ini berlaku kerana kajian beliau hanya
berasaskan ayat tunggalan semata-mata dan aspek konteks diketepikan. Penganalisisan
beliau tidak tuntas kerana secara tidak langsung beliau telah menghadkan ruang lingkup
kajiannya.

Kesimpulannya, penulis merasakan bahawa pengkaji-pengkaji lepas mempunyai


idea-idea yang bernas dengan mempelbagaikan bentuk kajian tentang peribahasa.
Namun, kesilapan yang tidak disengajakan dan disedari menyebabkan kajian mereka
kurang lengkap serta mengabaikan beberapa teori penting dalam menginterpretasikan
makna.
2
7

2.4 Perkaitan Antara Kosa Ilmu dan Permasalahan Kajian

Merujuk kepada ulasan kosa ilmu yang telah dibincangkan, penulis mendapati bahawa
setiap pengkaji cuba untuk menghuraikan topik perbincangan dengan mengemukakan
idea-idea yang jitu dan bernas dalam setiap aspek yang diterokai. Mereka sedaya upaya
menghuraikan pendapat dan pandangan yang berkaitan dengan pelbagai aspek peribahasa
yang dikaji. Penulis juga mendapati bahawa pengkaji lepas lebih cenderung kepada aspek
pengkajian makna. Oleh itu, penulis merasakan bahawa skop kajian perlu diluaskan
dengan membuat sedikit kelainan dalam pengkajiannya.

Setakat ini, persamaan yang paling ketara di antara kajian yang dilakukan oleh
penulis dan para pengkaji yang lepas hanya dapat dilihat daripada kajian Khazriyati binti
Salehuddin (2000), melalui kajian beliau yang bertajuk ‘Memahami Mekanisme-
Mekanisme Kognitif di dalam Metafora Kawalan atau Control – Satu Kajian Korpus.
Kajian ini dikatakan sama dengan kajian yang dijalankan oleh penulis kerana kedua-dua
kajian telah diteliti menerusi mekanisme-mekanisme kognitif yang terlibat dalam
menghasilkan metafora. Sepertimana penulis, pengkaji juga telah menghuraikan ke
semua contoh-contoh dalam penggunaan metafora dan kajian telah dijalankan secara
mendalam bagi menunjukkan bagaimana setiap satu daripada aspek metafora yang dikaji
terlibat dalam penghasilan dan penterjemahan metafora.

Aspek perbezaannya pula dapat dilihat daripada sudut penganalisaan yang


dijalankan di mana pengkaji telah merujuk kepada kajian Lakoff & Johnson melalui
Women, Fire and Dangerous Things sebagai sumber utama rujukan manakala penulis
pula telah merujuk kepada kajian Lakoff dalam Metaphors We Live By. Pendekatan
2
8

kajian yang dilakukan oleh Khazriyati adalah berdasarkan tiga model kognitif ICM
(Idealized Cognitive Models) iaitu metonimi, metafora konseptual dan skema imej
kinestetik manakala penulis pula telah menggunakan pendekatan kognitif yang
merangkumi kesistematisan konsep metafora, kesistematisan metafora dalam
menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu aspek, metafora berorientasi, asas
pengalaman dalam metafora, metafora dan koherensi kebudayaan, metafora ontologikal,
metonimi dan personifikasi. Data kajian yang digunakan oleh Khazriyati diperolehi
daripada majalah-majalah yang dipilih olehnya manakala penulis telah menggunakan
lima buah peribahasa Melayu yang mempunyai kualiti yang tertentu sebagai data kajian.

Kajian yang telah dijalankan oleh Zawiyah Mat (1990) yang bertajuk Semantik
dan Pragmatik dalam Sinedoko, Metonimi dan Peribahasa Melayu juga mempunyai
sedikit persamaan dengan kajian yang telah dilakukan oleh penulis terutamanya dari segi
data yang digunakan iaitu peribahasa Melayu serta beberapa aspek dalam semantik
kognitif seperti sinedoko dan metonimi. Penulis bersetuju dengan pandangan Zawiyah
yang menekankan bahawa pemberian makna tidak seharusnya terhenti pada bentuk logik
sahaja kerana ianya tidak mampu untuk menghuraikan maksud sebenar yang terdapat
dalam sesebuah perumpamaan ataupun peribahasa. Oleh itu, untuk mendapatkan makna
yang lebih jitu bagi sesuatu ujaran, pengaplikasian aspek-aspek semantik terutamanya
semantik kognitif, pragmatik dan aspek-aspek lain dalam linguistik hendaklah
diaplikasikan ke atas data peribahasa bagi memperlihatkan bagaimana bahasa dan
pemikiran mempunyai hubungan timbal balik malah mempunyai hubungan yang saling
bergantungan antara satu sama lain.

Kajian-kajian lain juga mempunyai persamaan dengan kajian yang dijalankan


oleh penulis tetapi persamaan ini adalah lebih berbentuk kesinoniman dari segi data yang
digunakan bagi tujuan kajian iaitu peribahasa Melayu. Namun, pendekatan dan objektif
kajian mereka adalah ternyata berbeza sekali dengan kajian penulis. Walau
bagaimanapun, penulis dapat menjadikan kajian-kajian mereka sebagai pemangkin
kepada kajian penulis kerana walaupun berbeza daripada aspek permasalahan kajian
2
9

tetapi unsur-unsur linguistik yang terkandung dalam setiap kajian mempunyai persamaan
dengan kajian penulis secara literal.

2.5 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, bab ini telah merumuskan tentang kosa ilmu yang telah
dilampirkan dalam kajian ini. Penulis telah memaparkan beberapa kajian yang dilakukan
oleh para pengkaji lepas sama ada yang mempunyai persamaan secara langsung atau
tidak langsung dengan kajian penulis ataupun memiliki perbezaan-perbezaan yang
tertentu dalam sesetengah aspek bahasa. Pengkaji-pengkaji bahasa membuktikan bahawa
bahasa mempunyai pengaruh yang kuat ke atas para pengguna sesuatu bahasa. Oleh itu,
dari sini dapatlah kita lihat bagaimana eratnya hubungan di antara pemikiran sesuatu
bahasa dengan kebudayaan sesebuah masyarakat berbahasa.
3
0

BAB 3

OLAHAN PENYELIDIKAN

3 Pendahuluan

Menurut Bailey (1984:47), metodologi merangkumi andaian dan nilai-nilai yang menjadi
dasar dalam membuat ulasan terhadap penyelidikan ataupun kriteria yang digunakan oleh
penyelidik untuk mentafsirkan data dan membuat kesimpulan. Bab ini akan menerangkan
dan menghuraikan bagaimana kajian ini dilestarikan. Aspek- aspek tertentu seperti
prosedur penyelidikan, kaedah penyelidikan, penganalisisan data dan takrif bagi konsep-
konsep yang terlibat bagi kajian ini akan dihuraikan secara lebih mendalam.

3.1 Prosedur Penyelidikan

Prosedur penyelidikan merupakan langkah atau tahap demi tahap yang dilalui dalam
kajian ini. Empat tahap yang utama telah dilalui oleh penulis bagi menghasilkan kajian
ini. Pada tahap yang pertama, penulis hanya menumpukan kepada penyelidikan di
perpustakaan sahaja. Tumpuan diberikan kepada penyelidikan perpustakaan kerana
penulis ingin mendapat segala maklumat yang berkaitan dengan metafora, semantik
kognitif, dan peribahasa Melayu. Dapatan maklumat kebanyakannya diperolehi daripada
bahan bercetak seperti buku, dokumen, jurnal, majalah, dan latihan ilmiah. Tidak
ketinggalan juga bahan-bahan rujukan daripada sumber elektronik seperti maklumat
3
1

daripada Internet. Pada tahap ini, perbincangan dengan penyelia merupakan langkah
paling awal dan amat penting bagi melancarkan pemahaman topik kajian.

Pada tahap yang kedua, penulis memilih kaedah penyelidikan atau lebih dikenali
sebagai metodologi kajian yang sesuai bagi menghasilkan latihan ilmiah ini. Penulis mula
membuat perancangan bentuk kajian yang akan digunakan di samping mencungkil
maklumat tentang aspek metafora, semantik kognitif dan peribahasa Melayu. Tahap yang
ketiga pula merupakan tahap pengumpulan data. Pada tahap ini, penulis akan
menjalankan kaedah pemilihan data yang menggunakan dua buah buku sebagai sumber
utama iaitu Women, Fire and Dangerous Things dan Metaphors We Live By yang
dikarang oleh George Lakoff dan Mark Johnson. Kaedah ini penting dalam penghasilan
bab yang selanjutnya. Pada tahap yang terakhir, penulis telah menganalisis dapatan atau
hasil daripada maklumat terkumpul yang diperolehi daripada pengumpulan data yang
dijalankan.

3.2 Kaedah Penyelidikan Perpustakaan

Menurut Mohd. Shaffie (1991:41), penyelidikan merupakan satu unit yang berkesan yang
boleh digunakan untuk menambahkan lagi pengetahuan manusia. Kejayaan sesuatu
penyelidikan adalah bergantung kepada kaedah yang digunakan dan bagaimana data
penyelidikan itu dianalisis. Justeru, penyelidikan yang akan dijalankan nanti melibatkan
cara pengolahan bagi mendapatkan penginterpretasian yang dikehendaki. Olahan
penyelidikan ini melibatkan pengumpulan data dan seterusnya penganalisisan data
dengan cara mengaplikasikannya ke dalam peribahasa Melayu. Tumpuan penulis adalah
khusus kepada bahan-bahan bercetak di mana maklumat-maklumat penting yang
berkaitan seperti kajian-kajian lepas serta fakta-fakta yang releven dapat diperolehi.

Kaedah memungut data adalah satu aspek yang penting dalam sesebuah kajian.
Sesuatu topik tertentu akan hanya digarap dengan berkesan apabila seseorang pengkaji
3
2

dapat mencari bahan-bahan yang khusus dalam membahas topik yang dikehendaki secara
terperinci dan mendalam (Gory Keraf 1994:160). Supranto (1986:9) berpendapat bahawa
penyelidikan perpustakaan adalah penyelidikan yang dijalankan dengan cara
mengumpulkan data yang diperolehi dari sumber perpustakaan. Penyelidikan
perpustakaan agak berkesan kerana bahan-bahan dapat dikumpul dengan tepat, cepat
serta boleh dipercayai kesahihan datanya (Mouly: 1970}. Sebab utama penulis memilih
kaedah ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan huraian yang lengkap tentang
beberapa perkara seperti kosa ilmu, definisi konsep dan beberapa tafsiran tentang
persoalan kajian. Penulis beranggapan sedemikian kerana Mohd. Shaffie Abu Bakar
(1991:41), mengatakan bahawa kaedah penyelidikan perpustakaan merupakan salah satu
teknik terbaik yang digunakan oleh para penyelidik untuk mendapatkan data dan bukti
melalui rujukan yang dilakukan ke atas buku-buku dan dokumentasi seperti jurnal,
majalah, latihan ilmiah dan surat khabar.

Bahan-bahan yang dikumpulkan dijadikan sumber utama untuk memproses


maklumat yang penting terutamanya dari segi mendapatkan hasil kajian lepas. Antara
gedung ilmu yang digunakan oleh penulis untuk menjalankan penyelidikan adalah
Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun Melayu
(ATMA), Bilik Sumber Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik (UKM), Perpustakaan
Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.3 Penganalisisan Data

Kajian yang dijalankan oleh penulis berkaitan dengan aspek metafora daripada sudut
pandangan semantik kognitif yang diaplikasikan dalam peribahasa Melayu. Pendekatan
yang digunakan adalah kajian secara deskriptif atau kualitatif dengan cara membuat
peratusan dan penghuraian dalam menganalisis data yang dikumpul. Di samping itu,
penulis menggunakan penerapan teori yang bersesuaian.
3
3

3.3.1 Analisis Kualitatif

Kaedah kualitatif ialah penyelidikan yang tidak memerlukan penggunaan pendekatan


statistik. Keadaan ini adalah kerana setiap pembolehubah yang terlibat dalam
penyelidikan akan dinilai dari sifat kualitatif. Dalam analisis ini, penulis menggunakan
rajah-rajah untuk menerangkan permasalahan kajian.

3.4 Penerapan Teori dan Konsep

Huraian-huraian dalam bahagian ini secara keseluruhannya merujuk kepada maklumat


terperinci daripada monograf yang dihasilkan oleh Akademi Kajian Ketamadunan yang
telah dikarang oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad (2003), melalui kajian beliau yang bertajuk
‘Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna dan Membentuk
Epistemologinya.

3.4.1 Teori Pemikiran Melayu


Melalui kajian yang dijalankan, pengarang telah cuba untuk menunjukkan bagaimana
orang Melayu berfikir melalui metafora. Metafora adalah ciri sistem konseptual manusia.
Bahasa dan makna yang terdapat dalam metafora ialah bahasa dan makna yang menurut
Za’ba berlapis yakni tidak bercorak harfiah. Aristotle dalam karyanya Poetika, berkata
bahawa proses mental menbentuk metafora tidak dapat ditiru oleh sesiapa. Menurut
Aristotle, hanya orang yang pemikirannya sangat kreatif atau orang yang genius sahaja
yang dapat membentuk metafora. Maka ciri pemikiran yang terbentuk dalam metafora
ialah keasliannya atau ‘originality’nya.

Dapatkah kita membentuk apa-apa teori tentang pemikiran Melayu berdasarkan


metafora Melayu? Soalan ini seolah-olah membayangkan bahawa ‘teori pemikiran
Melayu’ belum ada atau tidak ada. Jikalau tidak ada teori yang sedemikian, bagaimana
3
4

orang Melayu dapat melahirkan teks-teks metaforik yang di dalamnya terdapat segala
macam pemikiran dan renungan yang konseptual dan abstrak? Teori pemikiran bererti
cara atau kaedah manusia berfikir atau cara manusia mencipta ilmu. Proses ini dilakukan
melalui percubaan dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk memahami atau
menjelaskan fenomena alam, soal kewujudan, soal hubungannya dengan lingkungan
sosialnya dan dengan alam kosmos yang ‘rahsianya’ atau ‘keajaiban’nya sukar diketahui
atau difahami dan dijelaskan melalui akal manusia semata-mata. Istilah lain yang biasa
digunakan ialah epistemologi yang membawa maksud teori tentang ilmu.

3.4.2 Dua Aliran Epistemologi


Secara umumnya, manusia mengetahui atau membentuk ilmu tentang alam dan
kehidupannya melalui dua cara iaitu pertama melalui daya inderawinya atau melalui
tanggapan atau persepsi inderawinya. Oleh itu, cara ini dikatakan berdasarkan
pemerhatian atau pengalaman melalui daya indera penglihatan (melalui mata),
pendengaran (melalui telinga), dan sentuh atau pegang (melalui tangan, kaki dan
sebagainya), daya mencium atau bau (melalui hidung) dan rasa (melalui lidah) misalnya.

Di Barat cara ini disebut sebagai aliran emperisme yang dikatakan dipelopori oleh
Aristotle iaitu seorang pemikir atau ahli falsafah Yunani lebih daripada 2,300 tahun
dahulu dan dilanjutkan secara gigih oleh golongan empirisme British pada abad ke-17
dan 18, terutamanya John Locke (1963-1704) dan David Hume (1711-1776). Penganut
epistomologi empirisme percaya dan yakin bahawa manusia mengetahui sesuatu tentang
alam ini hanya melalui daya inderawinya atau melalui pengamalan. John Locke misalnya,
berpendapat bahawa manusia dilahirkan ke dunia dengan otak atau minda yang kosong,
seperti kain putih atau ‘blank sheet’. Minda yang kosong itu hanya menunggu diisi oleh
‘idea’ (fikiran, ilmu dan pengetahuan) yang dibawa masuk ke dalam minda manusia
melalui pengalaman inderawinya.

Kaedah yang kedua ialah kaedah yang disebut sebagai rasionalisme, atau kaedah
akliah yang dipelopori oleh Plato, guru Aristotle. Plato dan para pengikutnya di Barat
3
5

kemudiannya percaya bahawa manusia sudah mempunyai fakulti yang asli atau ‘innate’
di dalam otak atau mindanya untuk mengetahui ilmu. Malah Plato percaya bahawa
manusia sudah mempunyai kebolehan untuk mengetahui ilmu sejak sebelum dia lahir ke
dunia. Penganut aliran rasionalisme yang terkenal adalah Rene Descartes (1596-1650)
Sejak tahun 1950-an lagi, Noam Chomsky menolak emperisme atau pengalaman
berdasarkan daya inderawi sebagai kaedah yang tidak dapat dipercayai untuk mengetahui
ilmu atau ‘realiti’ yang sebenarnya. Sampailah ke hari ini, wacana tentang epistemologi
Barat berkisar pada dua aliran pemikiran ini tanpa kesudahan.

Kerangka Epistemologi Melayu


Bagaimana pula tentang epistomologi Melayu? Berdasarkan kajian ringkas metafora
Melayu, pemikir Melayu nampaknya tidak memisahkan kaedah mengetahui atau
membentuk ilmu dan fikiran ke dalam dua aliran teori epistemologi yang bertentangan.
Jikalau kita hendak membuat satu skema tentang proses pemikiran Melayu yang bersifat
sepadu atau boleh juga disebut sebagai ‘holistik’, tanda yang pertama ialah pemikir
Melayu akan menggabungkan daya akal dan daya kreatifnya serentak untuk melahirkan
makna yang tidak bersifat dualistik, misalnya dengan memisahkan idealisme dan
realisme seperti yang berlaku dalam wacana epistemologi Barat. Keadaan ini terbayang
melalui istilah akal budi. Dalam epistemologi Melayu budi mejadi teras ilmu Melayu.

Tanda yang kedua ialah pemikir Melayu sering berusaha mencapai keharmonian
antara alam nyata yang berada di luar dirinya dengan alam fikiran, imaginasi, intuisi atau
rasa hati yang dialami di dalam dirinya atau di dalam ruang mentalnya. Pendek kata,
antara realisme dengan idealisme, tidak ada batas pemisahan yang kategorikal dalam
sistem kognisi Melayu. Walau bagaimanapun, ini tidak bererti bahawa unsur idealisme
tidak ada dalam pemikiran Melayu, kerana idealisme Melayu bukannya persoalan
‘epistemik’ semata-mata, sebagaimana idealisme di Barat (misalnya idealisme Bekerley)
yang lahir daripada teori epistemologi yang menganggap bahawa alam fenomena ini
‘tidak wujud’, yang wujud hanya tanggapan manusia tentang alam tersebut, misalnya
‘meja’ tidak wujud, yang wujud hanyalah ‘idea’ atau tanggapan manusia tentang ‘benda’
3
6

yang disebut ‘meja’ itu. Bagi pemikir Melayu, alam ini wujud, ada, nampak, dapat dirasa
dan dapat dipegang. Maka, unsur idealisme dan realisme dalam sistem pemikiran Melayu
adalah bersifat experiential.

Maksud pengalaman atau experiential perlu dijelaskan disini sebagai kaedah


pemikir Melayu untuk mengetahui dan memahami sesuatu berdasarkan ‘objek-objek’
atau kejadian yang dapat dilihat di alam nyata dan berdasarkan ‘renungan hati di dalam
dirinya’. Bagi pemikir Melayu, pengalaman tidak hanya bererti pengalaman inderawi
semata-mata, namun termasuk juga pengalaman dalaman atau pengalaman ‘mental’ dan
renungan atau intuisi yang mencapai kemuncak abstraksinya yang tinggi. Misalnya,
melalui pengalaman ‘makrifat’ seperti yang cuba dicapai oleh pemikir sufistik atau
pemikir metafizik seperti Hamzah Fansuri. Ahli falsafah Barat, seperti Plato dan Rene
Descartes yang percaya bahawa manusia dilahirkan di dunia dengan kebolehan yang
telah sedia ada dalam mindanya untuk mengetahui ilmu secara ‘innate’ (asliah) dapat kita
golongkan sebagai pemikir ‘rasional-metafizik-sufistik’.

Maka, pengalaman empirisme Melayu termasuk pengalaman refleksi (renungan)


dalam diri, seperti juga teori empirisme anjuran Locke (yang percaya bahawa ilmu juga
boleh diperolehi melalui refleksi tentang idea yang sudah masuk ke dalam minda manusia
melalui pengalaman inderawi). Namun, ianya tidak sampai kepada aliran empirisme
‘radikal’ ala David Hume yang percaya bahawa ‘kesedaran diri’ manusia tidak wujud
seolah-olah manusia tidak mempunyai daya untuk berfikir secara refleksif. Selain itu,
pemikiran Melayu tidak meninggalkan kaedah berfikir atau kaedah mengetahui atau
memahami sesuatu secara abstrak dengan menggunakan akal (rasionalisme) sebagai alat
kognitifnya. Kebanyakan ungkapan dan makna metafora Melayu menggambarkan
pemikiran dan renungan yang abstrak.

Maka, alam atau ruang pemikiran Melayu diisi dengan ‘idea’ atau ‘tanggapan’,
‘pandangan’dan ‘rasa hati’ yang datang dari sumber emperikal (pengalaman dan
pemerhatian inderawi), dari akal yang rasional, dari daya imaginatif yang kreatif dan dari
3
7

kaedah metafizik. Kaedah emperisme tidak boleh ditolak bulat-bulat oleh pemikir
rasional kerana kaedah ini ssesuai dengan sifat manusia sebagai mahluk Tuhan yang
dianugerahi alat-alat inderawi seperti mata dan telinga untuk melihat dan mendengar,
untuk mengkaji alam berdasarkan data yang nyata dan boleh membuat kesimpulan,
membuat teori, konsep dan sebagainya berdasarkan data emperikal itu melalui analisis
pemikiran yang rasional. Kita dapat berkata bahawa pemikiran Melayu berdasarkan
kaedah induksi.

Dalam kaedah berfikir secara induksi (induktif), premisnya juga boleh membawa
kepada kesimpulan yang benar berdasarkan ‘pengalaman’ walaupun boleh jadi kebenaran
itu adalah tidak mutlak. Contoh yang selalu diberikan oleh ahli falsafah Barat ialah
melalui pengalaman kita yang percaya bahawa matahari akan terbit esok, tetapi tidak ada
kepastian yang mutlak bahawa matahari pasti akan terbit esok (walaupun kita tahu,
melalui pengalaman bahawa matahari tidak pernah tidak terbit). Walau bagaimanapun,
bagaimana kita tahu bahawa matahari pasti akan terbit esok?.

Sekiranya dilihat secara sekali imbas, wacana ini nampaknya seperti membuang
masa sahaja tetapi tujuannya adalah untuk membezakan hujah atau fikiran induktif
dengan hujah deduktif yang menganggap bahawa kesimpulannya benar atau sah secara
logikal walaupun isi premisnya adalah tidak benar. Oleh itu, kita juga boleh berkata
bahawa pemikiran yang ‘logikal-deduktif’ belum tentu dapat menghasilkan ‘kebenaran’
yang benar walaupun hujah logiknya adalah sah, tidak kira sama ada premisnya benar
atau salah. Mungkinkah ungkapan ‘harimau ialah anjing’ itu benar dari segi makna
harfiahnya atau berdasarkan fakta empirikalnya?, melainkan ungkapan ini bersifat
metaforik di mana ianya setaraf dengan ungkapan ‘orang itu babi’ yang bermaksud
‘perangai orang itu seperti babi’. Ungkapan ini ‘benar’ dari segi maksud metaforanya
(maksud non-harfiah), sedangkan ungkapan ‘harimau ialah anjing’ hanya ‘benar’ dari
segi hujah logiknya, berdasarkan premis logikal-deduktif tetapi tidak benar berdasarkan
pengalaman. Ilmu atau maklumat sering kali ‘salah dan palsu’ kerana adanya kaedah
3
8

yang membenarkan penggunaan premis yang ‘tidak benar’ untuk membuat kenyataan
atau kesimpulan yang dianggap secara logiknya sah tentang sesuatu benda atau ‘realiti’.

Pemikiran Melayu tidak sampai ke tahap membuat kesimpulan berdasarkan


premis yang tidak benar kerana pemikiran Melayu adalah berdasarkan kepada dua kaedah
berfikir yang asas iaitu menguji ‘konsep’ atau pemikirannya melalui pengalaman sebelum
konsep itu dapat diterima kebenarannya, sepertimana yang dijelaskan oleh Za’ba atau
dengan perkataan lain pemikiran atau ilmu Melayu berdasarkan gabungan akal dan budi,
gabungan antara akal, pengalaman dan adab. Keduanya, adalah berdasarkan kepercayaan
yang merentas keterbatasan alam fizik untuk memikirkan hal-hal ‘ghaib’ sesuai dengan
firman Allah dalam Kitab Al-Quran dengan menggunakan kaedah atau hujah tamsil
ibarat melalui ungkapan simbolik untuk memahami dan menjelaskan hal-hal metafizik
yakni melalui metafora.

Pemikir Melayu juga menggunakan renungan hati atau daya imaginasi untuk
mencipta makna secara kreatif dan simbolik. Dalam hal ini, diingatkan bahawa apabila
mannusia berfikir, sama ada dia menyedarinya atau tidak, dia menggunakan seluruh
proses kognitifnya secara serentak, akalnya (rasionalisme dan logikalitinya), daya
inderawinya, imaginasinya, rasa hati atau intuisinya dan daya ingatannya. Terdapat kajian
‘saintifik’ yang dilakukan oleh Roger Sperry dari Institut Carlifonia dalam tahun 1970
dan 1980-an yang membuktikan bahawa otak atau minda manusia terdiri daripada dua
bahagian atau hemisfera yang di sebelah kiri adalah minda rasional (akliah) dan di
sebelah kanan adalah otak atau minda kreatif, imaginatif dan emosi atau perasaan.

Apabila manusia berfikir atau merenungi sesuatu, kedua-dua bahagian otak ini
secara sedar atau tidak digunakan serentak. Manusia yang dapat menggunakan kedua-dua
bahagian otak ini secara serentak sering dapat melahirkan fikiran yang geliga dan kreatif
baik dalam bidang ‘bukan saintifik’ mahupun bidang ‘saintifik’. Einstein iaitu manusia
yang sering dianggap sangat geliga otaknya pernah berkata bahawa ‘imagination is more
important than knowledge’. Melalui otaknya yang kreatif inilah beliau dikatakan telah
3
9

menemui teorinya tentang Hukum Relativiti yang mengubah konsep fizik mekanistik
Newton yang menganggap bahawa ruang dan waktu adalah ‘benda’ yang mutlak atau
‘absolute’ yakni tidak bergantung pada pemerhatian atau ‘observation’ manusia (sebagai
subjek penahu) yang relatif.

Kita seharusnya tidak lupa bahawa bahasa atau pemikiran saintifik juga banyak
yang bercorak metaforik. Contoh yang sering disebut ialah yang berkaitan dengan hukum
graviti (yang dikatakan ditemui oleh Newton). Ungkapan ‘hukum graviti’ itu sendiri
dapat dianggap sebagai ungkapan metafora untuk menyatakan suatu ‘realiti alam’ yang
tidak dapat dilihat oleh manusia, iaitu kepercayaan bahawa di dunia ini seolah-olah ada
semacam ‘besi berani’ atau magnet yang dapat menarik apa-apa benda yang berada di
atas (misalnya buah epal di atas pokoknya) atau yang naik ke atas atau yang terbang
(misalnya burung atau kapal terbang), untuk akhirnya turun ke bawah iaitu ke bumi (atau
menyembah bumi, menurut ungkapan metafora Melayu). Konsep tentang berat sesuatu
benda itu dijelaskan melalui metafora hukum graviti ini. Walau bagaimanapun, ‘daya
graviti’ yang diumpamakan sebagai ‘besi berani’ atau magnet ini tidak dapat ditanggapi
(yakni dilihat, dipegang, dirasa dan sebagainya) melalui daya inderawi manusia,
melainkan ‘konsep’ tentang ‘graviti’ itu ditanggapi secara abstrak. Oleh itu, hasilnya
ialah ‘konstruksi mental’ sahaja. Demikianlah, konsep yang abstrak seperti ‘masa’ dan
‘sebab-musabab’ (sebab dan akibat) sering cuba dikonsepsikan melalui ‘metafora
saintifik’ yang menggunakan ungkapan dari domain sumber yang biasa (yang nyata).

Oleh itu, kalau orang Melayu-Islam mengatakan, ‘buah durian gugur ke bumi atas
kehendak Allah’, janganlah kita berkata bahawa ungkapan ini ‘tidak saintifik’ atau
merupakan kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara empirikal atau secara logikal
kerana kita boleh juga berkata ‘kehendak Allah’ itu berlaku melalui hukumnya, iaitu
‘hukum graviti’ yang dipercayai oleh ahli sains. Mengulas tentang kaedah atau ilmu
metafizik yang tidak digemari oleh ahli sains Barat, orang Melayu percaya bahawa dalam
alam ini ada kuasa-kuasa atau unsur ghaib sejak zaman animisme lagi yang tidak dapat
ditanggapi melalui kaedah empirikal. Melalui kepercayaan animisme, kepercayaan
4
0

Melayu telah beralih kepada pandangan sejagat (world view) yang baru berdasarkan
kosmologi ketauhidan. Allah memerintahkan manusia supaya mempercayai hal-hal ghaib
seperti malaikat, jin, hari kiamat, syurga dan neraka.

Maka, tidaklah salah kalau manusia menggunakan kaedah metafizik untuk


memahami hal-hal pasca fizik ini seperti yang dilakukan oleh pemikir tasawuf atau sufi
dan manusia rasional seperti Plato dan Rene Descartes yang akhirnya melalui kaedah
teori kesangsian atau ‘theory of doubt’nya percaya bahawa Tuhan memancarkan cahaya
ke dalam diri atau minda untuk membolehkannya mengetahui apa-apa yang benar secara
pasti. Ungkapan ‘memancarkan cahaya’ ialah ungkapan metaforik dan bukannya
ungkapan harfiah atau saintifik. Jadi, tidak benarlah kalau dikatakan bahawa manusia
mesti hanya bergantung kepada akal yang rasional semata-mata untuk memahami alam
ini. Hakikat alam yang sebenarnya tidak dapat diketahui secara mutlak. Kita hanya
mengetahui sesuatu perkara berdasarkan persepsi kita di mana kita memahami realiti
yang berada di luar berdasarkan ‘idea’ yang kita bentuk melalui kuasa inderawi dan
melalui akal kita yang terbatas.

3.4.4 Konsep Peribahasa


Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang turut memainkan peranan
dalam kehidupan masyarakat Melayu. Barisan kalimatnya adalah teratur, ringkas dan
padat, dengan erti yang tepat serta kias ibarat yang tajam. Peribahasa wujud kerana
masyarakat Melayu mahu menyampaikan sesuatu makna secara analogi atau
perbandingan. Masyarakat Melayu menggunakan peribahasa bertujuan untuk memberi
teguran, menyatakan hasrat hati dan melahirkan perasaan. Melalui rangkap kata yang
disusun indah, mereka memuji, menyindir atau menegur dengan cara yang paling halus,
tanpa menjatuhkan air muka individu tersebut tetapi memberikan kesan yang amat
dalam19.

19
Raminah Haji Sabran, Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia: untuk pelatih maktab
prguruan, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985, hlm.276.
4
1

Sejak dua ribu tahun yang lalu, Aristotle telah mendefinisikan peribahasa sebagai
“pecahan atau bahagian daripada kebijaksanaan dahulu kala yang menghindarkan
kerosakan dan kebinasaan untuk menyingkapkan keterangan dan kepintaran”.20 Asal-usul
peribahasa tidak dapat diketahui. Tidak diketahui bilakah ia mula digunakan dan siapa
penciptanya. Walau bagaimanapun, usia peribahasa sama tua dengan bahasa sesuatu
bangsa. Peribahasa digunakan apabila sesuatu bangsa mula mengenali peradaban iaitu
ketika organisasi kehidupan perlu diaturkan antara yang baik dengan yang buruk.21

Masyarakat Melayu menggunakan peribahasa sebagai ejen pembentuk


keperibadian diri dan keharmonian hidup bermasyarakat. Mereka sedar bahawa ‘terlajak
perahu boleh diundur tetapi kalau terlajak kata buruk padahnya’. Mereka menggunakan
peribahasa sebagai kiasan atau sindiran akibat daripada kejadian atau tingkah laku sama
ada disedari ataupun tidak. Misalnya, peribahasa harimau bertempik, tak makan orang
menggambarkan seseorang yang marah sambil bersungut itu bukanlah bertujuan untuk
merosakkan kita tetapi semata-mata kerana hendak mengajar kita. Menurut kebiasaan
lama masyarakat Melayu, berbicara terus-terang dalam sesuatu perkara dianggap kurang
sopan, perbuatan yang kurang manis dan melanggar adat.22

Abdullah Hussain pula mengatakan bahawa “peribahasa merupakan salah satu


cabang sastera lama yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Hampir setiap
bangsa mempunyai bentuk-bentuk peribahasanya yang tersendiri dan peribahasa sesuatu
bangsa itu mencerminkan watak bangsa tersebut”. Masyarakat lain seperti Cina, India
atau Eropah mengenali sikap lembut dan sopan orang Melayu melalui bahasanya.
Hubungan masyarakat Melayu tradisional yang akrab dengan unsur-unsur alam
melahirkan idea kepada mereka untuk mencipta kiasan berdasarkan sifat-sifat yang sama

20
Winstedt 1950:2.
21
Abdullah Husain, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,
1975, hlm.VII.
22
Darus Ahmad, Persuratan Melayu: Lama-Baru, Cetakan Kedua, Sinaran Bros, Pulau Pinang, 1974,
hlm.34.
4
2

antara unsur-unsur alam itu dengan tingkah laku manusia. Dengan kata lain, wujudlah
kehadiran metafora dalam peribahasa.23

3.4.5 Konsep Metafora


Apakah makna metafora atau pemikiran metaforik? Dipercayai bahawa orang yang
pertama cuba mentakrifkan makna ‘metafora’ atau ‘isti‘ārah’ (bahasa Arab) ialah
Aristotle iaitu lebih kurang 2,300 tahun dahulu. Dalam karyanya Poetika, Aristotle
berkata bahawa ‘metafora’ terbentuk apabila sesuatu benda diberi nama (yakni makna)
yang dimiliki oleh benda lain, pemindahan (makna) ini berlaku sama ada dari peringkat
genus kepada jenisnya, atau daripada jenis kepada genusnya, atau daripada jenis kepada
jenis, atau berdasarkan analogi’. Jadi terdapat tiga ciri metafora dalam takrif Aristotle
iaitu; pertama, metafora berlaku di peringkat perkataan dan tidak di peringkat ayat:
kedua, pada bahagian lain dalam karya yang sama, Aristotle menganggap metafora
sebagai ‘penyelewengan’ atau ‘deviant’ daripada bahasa harfiah: dan ketiga metafora
dibentuk daripada persamaan antara dua benda. Oleh itu, pada asasnya, melalui metafora
manusia cuba melihat sesuatu berdasarkan sesuatu yang lain.

Perkara yang perlu ditegaskan di sini adalah, metafora bukanlah merupakan


‘perhiasan bahasa’ atau ‘bunga-bunga bahasa’, atau ‘penyelewengan daripada bahasa
harfiah’ seperti yang dikatakan oleh Aristotle tetapi mempunyai fungsi kognitif, iaitu
untuk membentuk fikiran dan makna yang luar biasa atau makna yang bersifat abstrak
atau konseptual, bukan untuk bermain-main dengan kata-kata tanpa melahirkan apa-apa
konsep. Bahasa dan pemikiran metaforik sebenarnya berlaku setiap hari dalam kehidupan
manusia. Seperti kata George Lakoff dan Mark Johnson (1981:1), ‘our ordinary
conceptual system, in terms of which we think and act, is fundamentally metaphorical in
nature’, yang bermaksud, pada asasnya, sistem penanggapan atau konseptual biasa yang
melaluinya kita berfikir dan bertindak adalah bersifat metafora.

23
Abdullah Husain, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu,hlm.VII.
4
3

Demikian juga kata Za’ba, ‘semua bahasa penuh dengan peribahasa, bidalan dan
perumpamaan; sekadarkan banyak sedikitnya dan tinggi rendah isinya mengikut kadar
kemajuan bahasa itu dan kemajuan bangsa yang bercakap akan dia’ (Za’ba 1934/2002:
171). Dalam perbualan seharian kita pun, fikiran yang bersifat metaforik sering berlaku.
Keadaan ini bererti bahawa manusia berfikir atau membentuk konsep-konsepnya tentang
dirinya, tentang lingkungan sosialnya dan tentang alam melalui wacana. Pendek kata,
metafora sebagai sistem pemikiran konseptual manusia tidak hanya terungkap dalam
bentuk kata-kata tunggal yang bersifat ‘kata nama’ sahaja (seperti yang ditakrifkan oleh
Aristotle) atau seperti apa yang dikatakan oleh Kovecses (2002:x), matafora adalah ‘…
property of concept, and just of words…’ dan fungsi metafora ialah ‘…to better
understand certain concepts and not just some artistic or aesthetic purposes’.

Seorang pengkaji metafora Barat, Fenle (1959), barkata bahawa jikalau sesuatu
ungkapan hendak dianggap sebagai ungkapan konseptual, maka ungkapan itu hendaklah
mengandungi ciri makna yang disebutkan primary conceptual content, iaitu, isinya
hendaklah bersifat konseptual, atau bersifat ‘intelektual’ (istilah ini juga digunakan oleh
Henle). Hassan Ahmad menggunakan istilah yang lebih luas daripada istilah intelektual,
iaitu akal budi atau ‘kehalusan akal’ untuk menilai isi dan corak pemikiran Melayu. Nilai
ini akan kita nampak melalui metafora Melayu yang dibentuk melalui peribahasa dan
pepatah Melayu, melalui pantun, melalui cerita rakyat atau lipur lara, melalui hikayat
atau melalui karangan bercorak metafizik, seperti yang terdapat dalam puisi (syair)
penyair tasawuf agung Melayu, Hamzah Fansuri di Acheh dalam abad ke-16 atau 17.
Sebuah teks yang besar iaitu Hikayat Hang Tuah pun dapat dianggap sebagai wacana
metafora naratif yang besar.

3.4.6 Metafora Melayu


Za’ba mentakrifkan metafora Melayu sebagai ‘peribahasa yang menyebutkan sesuatu
maksud dengan diumpamakan atau dikiaskan kepada sesuatu perkara lain dan oleh
kerana itu jadi ertinya dua lapis’ (Za’ba 1934/2002: 170). Takrif ini samalah dengan
takrif Aristotle. Ungkapan ‘jadi ertinya dua lapis’ bererti lapis pertama ialah lapis
4
4

luarannya yang membawa makna harfiah, dan lapis kedua ialah lapis dalamannya yang
membawa makna metafora. Za’ba memberikan dua contoh di mana yang pertama agak
kompleks dan yang kedua agak mudah.

Contoh yang pertama adalah bagai tikus jatuh ke beras. Makna luarannya (makna
lapis pertama) ialah ‘yang sepanjang yang nampak zahir daripada perkataannya itu sahaja
iaitu sama seperti tikus yang jatuh ke atas longgok beras; tetapi ertinya yang sebelah
dalam (iaitu makna yang sebenar) ialah apabila sudah ke situ diam sahaja, tiada berbunyi
atau tiada pergi ke mana-mana lagi kerana sudah terjumpa benda yang memang kesukaan
hatinya’ (Za’ba 1934/2002: 190). Contoh yang lebih mudah dari segi ‘bayangan
maksudnya’ ialah peribahasa siapa makan cabai dia terasa pedasnya. Ertinya yang luar
hanya ‘betul-betul seperti yang disebutkan oleh perkataannya itu’, tetapi ertinya yang
sebenar ‘lapis yang di sebelah dalam’ ialah barang siapa yang sungguh berbuat sesuatu
celaan dialah yang terasa apabila seseorang lain mencela-cela perbuatannya itu dengan
tiada menyebutkan namanya’ (Za’ba, op cit).

Istilah lain yang hendak kita gunakan dalam tulisan ini untuk maksud ‘erti
di luar’ ialah ungkapan harfiah (literal) dan istilah metafora atau makna yang non-harfiah
digunakan untuk ‘erti di sebelah dalam’ atau ‘erti lapisan kedua’. Salah satu takrif yang
baik tentang maksud ungkapan atau makna harfiah dan maksud ungkapan atau makna
metaforik ialah takrif yang dikemukakan oleh Lakoff dah Johnson (1980). Mereka
berkata bahawa bahasa harfiah digunakan untuk menyatakan bagaimana ‘…we
understand our experience directly when we see it being structured directly from
interaction with and in our environment’, manakala bahasa metraforik terbentuk apabila
we experience metaphorically when we use a gestalt from one domain of experience to
structure experience in another domain’ (Hal. 230). Za’ba dalam karangannya tentang
metafora Melayu (walaupun beliau tidak menggunakan istilah ini, lihat Za’ba 1934/2002:
170-221) mengemukakan beberapa pandangan atau ‘teori’ yang menarik tentang
metafora Melayu.
4
5

Metafora Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis misalnya metafora


yang dibentuk melalui perumpamaan atau perbandingan, atau jenis yang bersifat analogis
yang disampaikan melalui pelbagai jenis simpulan bahasa, peribahasa, pepatah, bahasa
kiasan dan sindiran, bidalan, tamsil, ibarat, metonimi dan personifikasi. Hal ini tidak
bererti bahawa jenis-jenis metafora ini mempunyai sempadan pemisahan skema
konseptual yang jelas antara satu dengan yang lain, malah sebenarnya, proses mental
yang asas dalam pembentukan metafora Melayu ialah proses analogi atau perbandingan
dan perumpamaan. Perkara penting yang hendak ditegaskan di sini adalah, ungkapan
metafora konseptual tidak lahir secara spontan atau menurut sesedap rasa hati
pemikirannya sahaja tetapi berdasarkan pengalaman yang berpanjangan dan melalui
renungan akliah pemikir Melayu berinteraksi dengan alam sekelilingnya.

3.4.7 Metafora Sebagai Cara Masyarakat Melayu Mengabstraksi Realiti


Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, metafora yang bercorak konseptual dibentuk
apabila manusia cuba menciptakan, memahami dan menjelaskan konsep-konsep yang
sukar, kompleks, abstrak dan tidak mempunyai kategori literal yang jelas berdasarkan
idea yang lebih biasa dialami atau difahami manusia dalam kehidupan sehariannya.
Pemikiran manusia selalu dibentuk dalam dimensi ruang dan waktu. Hanya Allah sahaja
yang tidak terikat dengan ruang dan waktu. Oleh itu, apabila pemikiran Melayu hendak
membentuk pemikiran yang abstrak atau konseptual, mereka menggunakan kategori
substentif untuk membentuk makna abstrak pada kata-kata yang maknanya tidak dapat
mereka tanggapi melalui alat inderawi.

Contoh yang boleh kita adalah, tentang konsep masa dan konsep akal atau ilmu.
Masa ialah konsep yang abstrak. Kita tidak dapat melihat bagaimana bentuk atau rupa
masa. Oleh itu, untuk memahami masa sebagai konsep yang abstrak, yang mempunyai
nilai atau fungsi praktik dalam kehidupan manusia, orang Melayu memberikan sifat
fizikal dan ruang, misalnya sifat bergerak dan sifat boleh diukur, atau sifat substentif, dan
nilai material kepada ‘masa’. Maka, terbentuklah ungkapan seperti ‘masa itu emas’,
‘masa itu wang’, ‘masa berjalan’, ‘masa sudah habis’, ‘masa terbuang’, ‘masa lapang’,
4
6

‘masa (musim) kering’ atau ‘arah’ atau kedudukan seperti yang terdapat pada ungkapan
‘masa depan’ dan ‘masa lepas’.

Kategori tempat atau ruang dalam domain ‘makanan’ dan ‘kesihatan’ dijadikan
skema konseptual untuk membentuk metafora tentang konsep ilmu dan akal. Oleh itu,
wujudlah dalam skema konseptual Melayu metafora-matafora seperti berikut; (a)
metafora hati atau akal sebagai tempat (bandingkan dengan metafora yang terbentuk
berdasarkan kategori ‘metaphor as container’ Lakoff dan Johnson 1980). Contohnya:
‘jangan simpan dalam hati’, atau ‘dalam hati’, ‘masuk akal’; ‘lubuk akal’ dan ‘tepian
ilmu’ yang merujuk kepada orang yang pandai atau bijak. (b) metafora hati atau akal
sebagai domain makanan: Contohnya, ‘makan hati’, ‘termakan akal’, dan (c) metafora
hati atau akal sebagai domain kesihatan. Contohnya, ‘hilang akal’, ‘akal sihat’, ‘sakit
hati’. Akal juga diberi sifat bergerak, misalnya pada ungkapan metafora, ‘akal melintas’
merujuk kepada sifat bergerak yang bererti ‘fikiran yang mendatang’, atau diberi ukuran,
misalnya pada ungkapan seperti ‘akal sejengkal’ yang bermakna ‘berasa diri lebih dari
orang lain’, akal dua jengkal yang bermakna ‘berasa diri sama dengan orang lain’, dan
akal tiga jengkal yang bermakna ‘berasa diri kurang daripada orang lain’.

Ilmu diprojekkan ke domain makanan untuk jiwa manusia, misalnya pada


ungkapan ‘ilmu ialah makanan jiwa’. Hati (organ manusia) diberikan sifat-sifat perasaan,
misalnya ungkapan metafora ‘sakit hati’ tidak lagi merujuk kepada sakit fizikal tetapi
bermakna perasaan marah; ungkapan seperti ‘hati yang lara’ atau ‘menghiburkan hati’,
‘hati yang busuk’ dan ‘hati yang bersih’, memprojekkan hati dari domain fisiologi atau
organik manusia ke domain psikologi. ‘Hati’ juga disamakan dengan akal atau roh atau
kalbu (Arab- dua ‘benda’ yang kita tidak nampak), sebagai tempat letaknya fikiran dan
intuisi manusia dan bukannya di dalam otak (organ fizikal) manusia.

Daripada contoh-contoh tersebut kita melihat bahawa makna metafora bersifat


konotatif, tidak detonatif. Makna denotatif merupakan ciri biasa dalam pemikiran literal,
iaitu ciri referential (perujukan) di mana setiap kata atau ungkapan harfiah merujuk
4
7

kepada makna yang objektif di mana ianya merujuk kepada benda yang wujud dalam
alam nyata atau alam empirikal atau dengan perkataan lain, antara lambang dengan
makna dalam ungkapan harfiah terdapat hubungan semantik satu-lawan-satu atau makna
yang dianggap selaras dengan realiti di alam luar, sedangkan dalam struktur makna
metafora, hubungan antara lambang dengan makna adalah bersifat abstrak, lebih terbuka,
tidak tertutup, bebas, dan tidak bersifat linear tetapi ‘literal’ atau bercambah.

Sugiharto (1996: 19) menjelaskan pembentukan makna secara metaforik ini


dengan melihat metafora sebagai keadaan dasar antropologi manusia. Menurutnya, dalam
kerangka memahami diri dan alam sekitar, manusia tidak mempunyai akses atau
hubungan langsung dengan realiti atau kebenaran yang murni kerana pada dasarnya
keupayaan akal rasionalnya adalah terbatas. Oleh itu, mahu tidak mahu cara dasar
manusia untuk memahami alam dan dirinya hanyalah melalui metafora iaitu dengan
menyamakan reality dengan sesuatu yang lain, yang lebih mudah di fahami. Dengan
perkataan lain, manusia sentiasa mencuba mencipta realitinya sendiri tentang ‘hakikat’
alam ini.

3.4.8 Menginterpretasi Metafora Melayu


Persoalan yang perlu kita sentuh adalah bagaimanakah orang Melayu memahami maksud
metafora? Ungkapan seperti ‘kaki meja’ mudah difahami kerana aspek makna literal
(harfiah) pada perkataan ‘kaki’ dikekalkan dalam ungkapan itu tetapi bagaimana pula
orang Melayu dapat memahami makna metafora seperti ‘kaki botol’ atau metafora yang
lebih kompleks isi konseptualnya, yang makna dalamannya tidak dapat dicamkan sedikit
pun daripada ungkapan harfiahnya. Berkaitan dengan soal ini, Za’ba berkata bahawa
‘tiap-tiap peribahasa yang telah terbit pada sesuatu bangsa itu timbulnya kemudian
daripada telah diuji mereka kebenarannya dengan dirasai atau dilihat sendiri beberapa
lama, mungkin (1) mula-mulanya sebutan itu keluar dari mulut seseorang yang bijak dan
pantas fikirannya iaitu perkataan yang ringkas dan memenuhi sepenuh-penuh maksudnya
serta mengandungi di dalamnya sesuatu kebenaran yang telah dirasai atau telah
4
8

diperhatikannya berlaku pada diri orang-orang lain; (2) kemudian apabila berkenan orang
ramai mendengarnya maka dipakailah pula oleh mereka itu hingga berulang-ulang dan
berhubung-hubung dari seorang ke seorang (Za’ba 1934/2002: 171). Kata-kata yang
diitalikkan di atas membayangkan tiga fakta atau proses penting dalam pembentukan
pemikiran Melayu melalui metafora, iaitu (a) metafora dan hasilnya, pemikiran Melayu
terbentuk melalui proses pengalaman , akliah dan renungan serta intuisi atau rasa hati
sekaligus; (b) metafora Melayu dibentuk oleh manusia Melayu yang bijak dan pantas
fikirannya; dan (c) metafora Melayu menghasilkan suatu sistem pandangan hidup
bersama bangsa Melayu atau sistem rangkaian sosial pemikiran Melayu melalui evolusi
sosial.

Sekarang dapatlah kita kaji soal ini berdasarkan sejenis teks metafora Melayu
yang kita sebut sebagai ‘peribahasa’ berdasarkan penjelasan Za’ba. Dalam peribahasa
Melayulah pemikiran Melayu kelihatan mencapai tahap abstraksi dan kreativiti mental
(abstraksi) yang tinggi, halus dan kompleks. Perumpamaan atau analogi banyak sekali
terdapat dalam peribahasa Melayu. Biasanya metafora analogis dalam peribahasa ditandai
oleh perkataan ‘seperti’ dan ‘bagai’. Contohnya:
a) ‘Seperti pinang dibelah dua’.
b) ‘Seperti belut balik ke lumpur’.
c) ‘Seperti sirih balik ke gagang’.
d) ‘Bagai pungguk rindukan bulan’.
e) ‘Seperti mentimun dengan durian’.

Kebanyakan orang Melayu memang sudah tahu apakah makna peribahasa ini
kerana maknanya sudah ditakrifkan dalam kamus atau dalam buku peribahasa. Namun
demikian, apabila peribahasa itu pertama kali dibentuk, bagaimanakah orang lain
mengetahui maknanya?. Dalam contoh di atas tadi kita mengkaji metafora jenis ‘kaki
botol’ (dan contoh-contoh lain seumpamanya) dari segi analisis linguistik: perubahan
kategori gramatik kata ‘kaki’ sebagai kata nama (benda) kepada kategorinya sebagai kata
sifat untuk menjelaskan proses kognitif yang berlaku dalam minda apabila pemikir
4
9

Melayu cuba menyatakan pengalaman perseptualnya melalui perubahan konsep ‘benda’


kepada konsep ‘sifat benda’. Sekarang cuba kita lanjutkan kaedah ini dengan melihat
metafora itu dari segi strukturnya dan dari segi proses sosiologisnya yang lebih kompleks
lagi.

Dalam kritikan sastera di Barat khususnya, struktur metafora dianggap terdiri


daripada subjek (literal) utama (primary) atau ‘tenor’ yang diungkapkan dalam bentuk
subjek ‘secondary’ yang bersifat figuratif yang disebut sebagai ‘vehicle’. Maklumat ini
adalah kerangka klasik yang dikemukakan oleh I.A. Richards (1936) untuk memahami
atau mentafsirkan makna metafora. Contoh dalam pepatah bahasa Inggeris ialah
“Experience is a good school, but the fees are high”. Dalam contoh ini ‘experience’
(pengalaman = ‘tenor’ atau ‘topik’) ialah subjek pokok atau primary subject yang makna
metaforanya dinyatakan melalui ‘subjek kedua’ atau ‘secondary subject’ iaitu school
(= vehicle). Oleh itu, contoh ini menunjukkan bagaimana metafora membentuk abstraksi
berdasarkan ‘acuan’ atau ‘model’ yang maknanya sudah jelas, iaitu ‘school’.

Walau bagaimanapun, dalam peribahasa Melayu ‘secondary subject’nya tidak


ditunjukkan kecuali dalam contoh (c) dan (d), peribahasa (a), (b) dan (e) boleh dikatakan
bersifat harfiah (literal) kerana dalam peribahasa ini tidak terdapat kata-kata yang
maknanya lebih daripada harfiah. Walau bagaimanapun, dalam peribahasa (c) ‘sirih balik
ke gagang’, kita tahu maknanya tentulah bukan harfiah kerana adanya projeksi mental
yang dibayangkan oleh ‘daun sirih’ yang tidak bernyawa diberikan sifat ruang, iaitu
‘bergerak’ (= balik ke gagang’). Begitu juga dalam peribahasa (d), ‘pungguk rindukan
bulan’, kita tahu bahawa ungkapan ini tentu bukan ungkapan harfiah kerana adakah
mungkin burung pungguk boleh merindukan bulan?. Bagaimanapun, walaupun kita dapat
merasakan bahawa (c) dan (d) tentunya bukan ungkapan harfiah, persoalan yang belum
terjawab adalah bagaimana orang Melayu mengetahui makna metafora peribahasa ini,
termasuk peribahasa (a), (b) dan (e) yang dari segi penggunaan bahasanya tidak lain dan
tidak bukan sifatnya adalah harfiah. Jawapan yang mudah ialah kita bertanya kepada
orang yang mula-mula menciptakan peribahasa ini. Barangkali inilah cara asalnya
5
0

bagaimana peribahasa itu akhirnya diketahui lalu takrifnya dimasukkan dalam kamus
atau buku peribahasa.

Kita juga dapat membayangkan konteks sosial atau pengalaman empirikal yang
mendorong pemikir Melayu membentuk struktur konseptual yang dibayangkan oleh
peribahasa ini. Dalam peribahasa ‘seperti pinang dibelah dua’, ungkapan atau kata-kata
harfiahnya berfungsi sebagai ‘pembayang maksud’, tidak sebagai ‘tenor’ menurut istilah
Richards atau ‘topik’ menurut beberapa orang pengkaji metafora Barat yang lain
(misalnya Goatly, 1997) dan ‘vehicle’ (istilah Richards yang sangat popular).
‘Pembayang maksud’ yang tersirat ini dipilih dari benda-benda atau ‘kejadian’ yang
dapat dilihat dan dialami oleh manusia Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Oleh
yang demikian, ungkapan metafora itu sendiri secara empirikalnya dapat membayangkan
walaupun secara samar-samar apakah maksud peribahasa itu, baik secara umum atau
khusus.

Misalnya, peribahasa seperti pinang dibelah dua boleh menimbulkan pelbagai


makna dalam minda atau fikiran orang lain asalkan fokusnya tidak lari daripada ‘makna
pokok’ nya di peringkat harfiah (makna yang dibayangkan itu), di mana apabila ‘pinang
dibelah dua’, kedua-dua belah rupanya adalah sama dan ungkapan harfiah ini boleh
dijadikan perumpamaan yang umum serta genetik sifatnya, misalnya untuk diumpamakan
kepada ‘benda’ lain yang serupa bentuk atau rupanya. Walau bagaimanapun, makna
sebenar ini ialah makna yang mempunyai rujukan khusus dalam minda pembentuk
metafora iaitu ‘seperti dua orang manusia (suami isteri dan teman) yang hampir-hampir
serupa (sama cantik dan sama padan)’.

Daripada contoh tersebut, kita perhatikan bahawa sifat khusus metafora adalah
domain sumbernya dan domain sasarannya yang tidak boleh diterbalikkan urutannya.
Struktur urutan ini dapat kita nyatakan melalui formula ‘A dan B’. Dalam formula ini, A
adalah domain sasaran manakala B adalah domain sumber. Kita memahami A melalui B,
tidak kebalikannya yakni ‘A ialah B’ tidak boleh diterbalikkan menjadi ‘B adalah A’.
5
1

Pengalaman orang Melayu dalam alam fizikalnya menjadi sumber untuk memahami
‘idea’ atau hal-hal yang abstrak atau yang bersifat konseptual. Keadaan ini bererti
bahawa pembentukan metafora tidak pernah atau jarang-jarang berlaku dari A ke B,
yakni dari makna yang abstrak ke makna yang harfiah atau dalam contoh peribahasa dari
‘dua orang yang serupa’ (domain A ke domain B), ‘pinang dibelah dua’ Kovecses
(2002:6) menyebut fenomena ini sebagai sifat unidirectionality metafora.

Za’ba berkata bahawa apabila menghuraikan peribahasa, janganlah makna


dikhaskan kepada satu-satu perkara sahaja tetapi ‘hendaklah meliputi sekalian tujuannya’,
dengan syarat ‘erti yang diberi itu hendaklah tepat, jangan tersimpang kepada yang lain’
(Za’ba 1934/2002:190). Walaupun makna peribahasa boleh jadi ‘terbuka’, yakni
maknanya boleh bersifat macam-macam tetapi latar belakangnya khusus atau
berdasarkan konteks tertentu. Perbezaannya dengan pantun ialah, dalam pantun, rangkap
pertama dalam pantun empat kerat bertugas sebagai gambaran ‘pembayang maksud’
kepada ‘maksud’ yang dinyatakan dalam rangkap yang berikutnya, sedangkan dalam
peribahasa ‘maksudnya’ atau makna metaforanya yang bersifat konseptual tidak
dinyatakan. Oleh itu, apa yang berlaku dalam pemikiran Melayu ialah proses menyatakan
maksud melalui ungkapan yang tidak langsung atau indirect speech, misalnya peribahasa
seperti mentimun dengan durian.

Kita dapat membayangkan situasi sosial yang melahirkan konsep atau makna
peribahasa begini dengan pertama sekali, seseorang pemikir Melayu itu melihat kejadian
yang berlaku melalui pengalaman atau pemerhatiannya, misalnya dia melihat ‘orang yang
lemah hendak malawan orang yang kuat dan berkuasa’. Oleh itu, dia mencari jalan atau
akal bagaimana hendak memberitahu orang yang lemah itu supaya jangan melawan orang
yang kuat dan berkuasa, misalnya penghulu di kampungnya, tanpa menimbulkan
kemarahannya. Hal ini disebut sebagai proses mental. Cara yang paling sesuai baginya
ialah dengan menyampaikan mesej melalui ungkapan tak langsung dengan menggunakan
‘realiti’ dari alam tumbuh-tumbuhan seperti ‘mentimun’ sebagai analogi kepada orang
yang lemah dan ‘durian’ sebagai analogi kepada orang yang kuat dan berkuasa. Jadi,
5
2

secara bijaksana dia menyampaikan mesejnya secara tidak langsung melalui peribahasa
seperti mentimun dengan durian itu. Kita dapat membayangkan bahawa dia memberitahu
rakannya ‘kita ni mentimun, dia durian’, jadi kita akan kalah melawan orang yang kuat
seperti durian yang berduri-duri yang kalau ‘dilagakan’ dengan mentimun, pasti
mentimun yang lembut itu akan pecah dan musnah ( yakni ‘kalah’). Pemilihan
‘mentimun’ dan ‘durian’ sebagai analogi memang cukup tepat. Orang yang
mendengarnya akan insaf betapa benarnya peribahasa ini.

3.4.9 Pemetaan Projeksi Dari Domain Sasaran ke Domain Sumber


Daripada perbincangan setakat ini, kita dapat menggambarkan struktur kognitif yang
berlaku dalam minda pemikir Melayu melalui dua proses kognitif seperti yang berikut:

Proses jenis pertama:


Dari alam luar yang nyata Pemetaan Ke alam abstrak
(dalam minda pemikir)

Pohon Ke Konsep raja sebagai


payung atau penaung

Akar pohon Ke Konsep rakyat sebagai


pendukung raja

Proses jenis kedua:


Dari alam pengalaman Pemetaan ke alam abstrak
(konteks sosial) (konseptual)

melihat orang yang lemah melawan


orang yang kuat atau berkuasa
5
3

mentimun ke orang yang lemah


durian ke orang yang kuat/berkuasa

Dalam proses yang kedua, kita dapat melihat berlakunya satu proses kognitif yang
kreatif iaitu memilih ciri mentimun sebagai sayuran yang lembut, tidak keras, mudah
dipecahkan untuk disamakan dengan manusia yang lemah manakala ciri durian yang
dipilih untuk perbandingan ini adalah kulitnya yang keras, berduri tajam untuk disamakan
dengan manusia yang kuat dan berkuasa. Ciri yang tidak dipilih ialah ciri mentimun dan
durian yang teras (tipikal), iaitu sebagai sayur atau buah yang boleh dimakan.

3.5 Kesimpulan
Bab ini merupakan olahan penyelidikan yang menyatakan tentang metodologi kajian di
samping menerapkan teori-teori dan konsep-konsep yang berkaitan dengan tajuk utama
kajian ini. Kajian yang dilakukan oleh Dato’ Dr. Hassan Ahmad, seorang sarjana senior
yang memang dikenali dengan ketekunan dan ketajaman beliau dalam menelusuri akar
akal budi Melayu termasuk sistem dan gaya pemikiran Melayu dengan menyorot segala
yang tersurat dan tersirat dalam metafora telah dijadikan asas bagi huraian tentang aspek
teori dan konsep dalam kajian ini.
5
4

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4..0 Pendahuluan

Bab ini menyentuh tentang aspek-aspek yang terpenting dalam penghasilan kajian ini di
mana ia meliputi keputusan kajian, penganalisisan kajian serta perbincangan hasil kajian.
Penulis akan meneruskan perbincangan dalam bab ini dengan menampilkan proses
analisis yang diperolehi daripada data-data yang telah dikumpul. Sepertimana yang telah
dinyatakan pada bahagian awal lagi, penganalisisan kajian ini adalah bergantung
sepenuhnya kepada kajian yang telah dijalankan dalam Metaphors We Live By oleh
Lakoff & Johnson. Oleh itu, penganalisisan data ini akan dibahagikan kepada beberapa
peringkat perbincangan.

4.1 Kesistematisan Konsep Metafora.


Peribahasa biasanya dibentuk mengikut corak yang tertentu di mana peribahasa Melayu
dapat dibahagikan kepada beberapa kategori seperti peribahasa berbentuk nasihat,
sindiran, perbandingan dan falsafah hidup. Oleh kerana masyarakat Melayu
mengkonseptualisasikan setiap peribahasa dengan maksudnya yang tersendiri, maka
keadaan ini secara tidak langsung menggambarkan kesistematisan konsep metafora di
samping peribahasa itu sendiri.
5
5

Menurut Lakoff & Johnson, metafora melambangkan maksud yang berlainan


daripada ekspresi yang diujarkan. Ekspresi-ekspresi metafora dalam kehidupan seharian
adalah bergantung kepada konsep metafora secara sistematik di mana melaluinya kita
boleh mengkaji salasilah dan perkaitan metafora dalam aktiviti kehidupan kita sehari-
hari. Memandangkan ekspresi-ekspresi yang kita gunakan dalam bahasa sehari-hari
adalah berkait rapat dengan konsep metafora dalam bentuk yang sistematik, maka kita
boleh mengaplikasikannya bagi mengkaji sifat semulajadi konsep metafora di samping
memperolehi pemahaman yang mendalam tentang sifat metafora dalam aktiviti-aktiviti
seharian kita. Keadaan bagaimana ekspresi-ekspresi metafora dalam bahasa seharian kita
boleh menghuraikan sesuatu konsep dan sifat semulajadi metafora dapat dilihat melalui
setiap satu peribahasa yang telah dipilih sebagai data dalam kajian ini. Bagi mendapatkan
gambaran yang lebih jelas tentang apa yang dimaksudkan oleh pengkaji tersebut, kita
dapat melihatnya daripada huraian yang dilakukan terhadap data-data peribahasa Melayu
yang berikut:

• Harapkan pagar, pagar makan padi.


Maksudnya: Orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang
mengkhianati kita ( Kamus Dewan, 1997 ).

Mengapakah masyarakat Melayu mengatakan ‘harapkan pagar, pagar makan padi’?


Mengapa mengharapkan ‘pagar’ untuk menjaga padi? Mengikut pemikiran yang lojik,
sudah tentu kita mengatakan bahawa bagaimana ‘pagar’ boleh menjaga dan pada masa
yang sama boleh juga memakan padi sedangkan pagar adalah objek yang tidak bernyawa
untuk melakukan perbuatan yang sedemikian? Mengapa ‘pagar’ yang
dipertanggungjawabkan untuk menjaga padi dan bukannya ‘orang-orang’ atau ‘tin-tin
kosong’ yang biasanya digunakan untuk menjaga padi daripada dimakan oleh burung?.

Persoalan ini akan terjawab sekiranya kita berbalik semula kepada fungsi dan
kegunaan pagar itu sendiri iaitu untuk melindungi, mendindingi dan meghalangi sesuatu
atau seseorang yang berada di bawah penjagaannya daripada gangguan, kejahatan dan
5
6

bahaya. Maka, jelaslah di sini mengapa masyarakat Melayu lama memilih pagar sebagai
penjaga padi mereka. Sekiranya kita tinjau secara lebih spesifik kita dapat mengandaikan
bahawa peribahasa ini terhasil akibat pengaruh kegiatan seharian masyarakat Melayu
tradisional itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti menanam padi. Pagar dibina untuk
membatasi kawasan sawah padi mereka daripada ancaman binatang yang suka memakan
hasil tanaman di samping merosakkannya.

Mengapa ‘pagar’ yang diharapkan memakan ‘padi’ yang sepatutnya dijaga? Di


sini dapatlah kita lihat betapa tidak amanah dan bertanggungjawabnya sesetengah
golongan dalam masyarakat kita yang sanggup mengkhianati harapan yang diletakkan
oleh seseorang ke atas diri mereka. Individu atau golongan ini bersikap mementingkan
diri sendiri tanpa mempedulikan kemaslahatan orang lain. Pandangan mata mereka
dikaburi oleh sifat tamak dan haloba, kerakusan pada pangkat dan kuasa serta nafsu yang
tidak mempunyai batasan.

Selain itu, sifat kurang berwaspada masyarakat Melayu juga turut tertonjol di
mana mereka cepat mempercayai seseorang tanpa menyelidik latar belakang dan muslihat
orang itu. Senario ini dapat dilihat dengan lebih ketara pada zaman ini di mana terdapat
para suami yang ‘menggantung isteri mereka tanpa tali’ serta mengabaikan
tanggungjawab mereka terhadap anak-anak, penolong ketua yang cuba merampas kuasa
ketua dalam diam-diam, pembantu rumah yang melarikan anak jagaannya untuk dijual di
luar negara dan lebih jijik lagi bapa kandung yang tergamak untuk merogol anak sendiri.

Ternyatalah di sini bahawa pagar yang dimaksudkan oleh orang Melayu bukanlah
terdiri daripada pagar yang elok dan selamat. Metafora bagi pagar yang cuba
dideskripsikan di sini adalah pagar yang berpotensi untuk tumbang ke atas padi pada bila-
bila masa atau pagar yang telah rosak dan berlubang serta tidak mampu untuk melindungi
padi daripada bahaya sekaligus memberi ruang untuk binatang untuk memakannya. Oleh
itu, adalah lebih wajar sekiranya pagar tersebut digantikan dengan yang baru atau terus
dibuang sebelum keadaan menjadi bertambah buruk. Nampaknya, sudah tiba masanya
5
7

bagi padi untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan pagar lagi yang selama ini dianggap
sebagai tempat untuk bersandar dan bergantung hidup.

Walau bagaimanapun, seseorang individu boleh menginterpretasikan peribahasa


ini dengan cara lain yang berbeza sekali. Secara realitinya dalam kegiatan seharian
masyarakat Melayu yang terlibat dengan aktiviti menanam padi, mereka tidak
menggunakan pagar untuk melindungi padi kerana pagar tidak mampu untuk menghalang
ancaman utama padi iaitu burung daripada memakannya. Orang-orang atau tin-tin kosong
biasanya digunakan untuk menakutkan burung-burung ini daripada mendekati padi.
Tambahan pula, pagar yang pada pandangan mata kasar bersifat kukuh dan teguh tidak
mampu menghalang tikus yang juga merupakan musuh padi. Oleh yang demikian, dari
sudut pandangan masyarakat Melayu, jika pagarlah yang diharapkan untuk menjaga padi,
maka musnahlah padi yang merupakan sumber utama rezeki mereka. Ketersiratan yang
terkandung dalam peribahasa ini adalah mengharapkan sesuatu atau seseorang yang akan
berlaku khianat sekiranya diamanahkan untuk melindungi.

• Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.


Maksudnya: Memberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang tidak
mendatangkan manfaat, sebaliknya memberikan tumpuan yang lebih
kepada perkara yang remeh-temeh ( Kamus Dewan, 1997 ).

Sekiranya kita meneliti bentuk fizikal peribahasa tersebut, sudah tentu timbul persoalan
sama ada wajar ataupun tidak kita sebagai ibu bapa menyusukan anak kera berbanding
anak sendiri. Apakah istimewanya anak kera disusukan walhal anak sendiri mati
kelaparan?. Sememangnya mustahil bagi seseorang untuk menyusukan kera di hutan dan
mengabaikan anak sendiri kerana wujudnya kekangan habitat dan biologi spesies
manusia dan kera. Namun, oleh kerana kera mempunyai ciri-ciri fizikal, mental dan
naluri semulajadi yang seakan-akan manusia maka masyarakat Melayu tradisional telah
memilih kera sebagai perbandingan bagi sifat sesetengah golongan masyarakat yang
gemar membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak menguntungkan.
5
8

Dalam kehidupan kita sehari-hari, peribahasa ini dapat diaplikasikan sekiranya


kita melihat kepada situasi seorang isteri yang mengharapkan agar suaminya bekerja
keras untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan keluarga. Sebaliknya si suami
lebih berminat untuk duduk melepak di kedai kopi sehingga waktu senja. Keadaan ini
jelas menunjukkan bahawa perkara remeh-temeh lebih diutamakan berbanding menyara
kehidupan keluarga sendiri walaupun kebanyakan daripada anggota masyarakat kita
sedar bahawa adalah lebih berbaloi sekiranya masa lapang mereka diisi dengan
melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat menjamin masa depan.

• Biar mati anak, jangan mati adat.


Maksudnya: Berpegang teguh kepada sesuatu kepercayaan walaupun
terpaksa mengorbankan sesuatu ( Kamus Dewan, 1997 ).

Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu inginkan anak. Setelah seseorang anak itu
dilahirkan, anak tersebut dididik dan diberi pelajaran secukupnya sehingga mencapai usia
dewasa. Persoalannya di sini adakah di antara kita yang sanggup ‘mati anak’ demi untuk
mempertahankan sesuatu adat? Mengapa pula sanggup mati anak? Kalau anak sudah
mati, dapatkah adat itu menyambung zuriat?. Peribahasa di atas jelas bersifat kontradik
dengan sikap masyarakat kita yang sebenarnya lebih sanggup kehilangan adat berbanding
kematian anak mereka.

Senario ini dapat dilihat apabila terdapat majlis perkahwinan yang diiringi
upacara bertandak dan tari-menari di kampung. Aksi-aksi menarik yang menghiburkan
ketika gendang Melayu dipalu tidak lagi kelihatan. Alasannya adalah anak-anak muda
seringkali berada dalam keadaan mabuk semasa bertandak. Maka, amat jelaslah di sini
bahawa para ibu bapa dalam masyarakat kita tidak rela untuk ‘mati anak’ semata-mata
untuk mempertahankan adat yang mengakibatkan anak-anak muda mereka mabuk dalam
5
9

majlis tari-menari. Nampaknya, keberkesanan peribahasa ini hanya sekadar ungkapan di


bibir sahaja.

Namun, sekiranya kita melihat kembali keadaan orang Melayu pada satu zaman
dahulu yang meletakkan adat sebagai perkara yang terpenting dalam kehidupan mereka
di mana ketika zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, raja atau sultan
merupakan suatu simbol keagungan yang amat dihormati dan disanjungi. Orang Melayu
dilarang menderhakai Sultan dan perkara ini merupakan satu kesalahan yang boleh
membawa kepada hukuman mati. Mereka menganggap menerima segala titah perintah
Sultan adalah satu kewajipan dan merupakan adat yang perlu dijaga di mana sesiapa yang
mengingkarinya akan terkena tulah. Jelaslah di sini bahawa orang Melayu pada zaman
tersebut mementingkan adat sepertimana mementingkan anak-anak mereka.

• Sambil menyelam, minum air.


Maksudnya: Melakukan dua jenis pekerjaan dalam satu masa
( Kamus Dewan, 1997 ).

Apabila kita bermandi-manda di laut, sungai, kolam renang atau di mana-mana tempat
lain, pernahkah sambil menyelam kita meminum air? Mampukah kita melakukannya?
Bagi pendapat saya, hanya yang terhebat dapat melakukannya kerana sekiranya kita
menyelam sambil minum air, kemungkinan besar kita akan lemas. Air di laut adalah
masin, di sungai atau tasik airnya adalah kotor dan tercemar manakala di kolam renang
airnya berkemungkinan bercampur dengan air liur dan air kencing manusia. Persoalannya
di sini, mahukah kita meneguknya? Secara tersiratnya, peribahasa ini bermaksud
‘melakukan dua jenis pekerjaan dalam satu masa’. Apakah pekerjaan yang dimaksudkan?
Keadaan ini dapat dilihat apabila seseorang yang matanya membaca buku sementara
mulutnya meneguk secawan kopi, telinga mendengar kuliah sementara tangan menyalin
nota, berucap sambil berkempen dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang lain.
6
0

• Kuman di seberang lautan nampak, gajah bertengger di pelupuk mata


tidak nampak.
Maksudnya: Kesalahan atau keburukan orang dapat dilihat tetapi
kesalahan sendiri tidak disedari. ( Kamus Dewan, 1997 ).

Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita untuk menuding jari ke arah orang lain
sedangkan banyak keburukan diri sendiri perlu diubah dan diperbetulkan. Kebanyakan
daripada anggota masyarakat kita tidak sedar bahawa apabila jari telunjuk kita menuding
ke arah orang lain, hakikatnya tiga jari yang lain menuding ke arah diri kita sendiri. Sikap
menjaga tepi kain orang lain telah menjadi suatu tabiat yang normal dan bukannya
perkara yang merefleksikan perangai buruk. Akibat terlampau gemar menjaga atau
melihat keburukan orang lain seseorang itu lupa bahawa dirinya juga merupakan manusia
biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Apa yang lebih menyedihkan
adalah mereka yang tidak nampak atau buat-buat tidak nampak akan kesilapan atau
keburukan yang mereka miliki. Satu lagi fenomena yang sering berlaku dalam
masyarakat kita yang perlu diambil perhatian terutamanya di kalangan ibu bapa dan jiran
tetangga adalah sikap suka mengambil tahu kesalahan yang dilakukan oleh anak orang
lain tetapi kesalahan anak mereka sendiri tidak disedari.

4.2 Kesistematisan Metafora dalam Menonjolkan atau Menyembunyikan


Sesuatu Aspek.

Kesistematisan merupakan pemahaman satu aspek dalam sesuatu konsep daripada sudut
pemahaman yang berbeza. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyembunyikan
aspek-aspek lain yang terdapat dalam konsep metafora sekaligus menyebabkan seseorang
tidak memfokuskan kepada aspek-aspek yang lebih konsisten dalam metafora. Misalnya,
konsep peribahasa difahami secara berasingan dengan maksud yang diberikan kepadanya
oleh masyarakat Melayu mahupun masyarakat bukan Melayu.
6
1

Lakoff & Johnson menerangkan bagaimana metafora dapat menonjolkan atau


menyembunyikan sesuatu pengalaman hidup kita dengan menggunakan metafora saluran
( conduit metaphor ) yang diperkenalkan oleh Michael Reddy. Pemerhatian Reddy
terhadap bahasa manusia memperlihatkan bahasa dapat distrukturkan kepada tiga aspek
metafora yang kompleks iaitu:
- Idea atau makna adalah objek.
- Ekspresi linguistik adalah bekasnya ( container ).
- Komunikasi akan menghantarnya.
Menurut Reddy, seseorang penutur sesuatu bahasa akan melahirkan idea (objek) kepada
bentuk perkataan ( container ) dan dihantar melalui satu saluran ( conduit ) kepada
seseorang pendengar yang akan mengekstrak keluar idea yang sampai kepadanya
daripada perkataan ( container ).

Peribahasa-peribahasa Melayu yang dipilih untuk tujuan kajian ini dapat


menerangkan konsep metafora saluran ( conduit metaphor ) yang diperkenalkan oleh
Reddy. Sememangnya agak sukar bagi seseorang untuk menentukan sama ada wujud atau
tidak metafora di sebalik bentuk fizikal peribahasa tersebut di samping memahami
maksudnya yang tersirat. Namun, metafora saluran ( conduit metaphor ) menjelaskan
bahawa sesuatu perkataan atau ayat mempunyai maksud mendalam yang tersendiri dan
bebas dari segi konteks atau penutur.

Metafora bagi sesuatu peribahasa dianggap sesuai bagi sebarang situasi di mana
konteks penggunaannya dianggap tidak penting kerana para penutur natif bahasa Melayu
berupaya untuk memahami sesuatu peribahasa dengan penginterpretasian makna yang
sama. Dengan perkataan lain, peribahasa-peribahasa tersebut dapat difahami oleh mana-
mana golongan masyarakat Melayu yang berasal daripada lain-lain kawasan walau dalam
apa konteks sekalipun dengan maksud yang sama kerana maksud bagi peribahasa
tersebut telahpun diinstitusikan atau ditetapkan.
6
2

Dalam keadaan-keadaan yang tertentu, konteks merupakan aspek yang dianggap


utama dan diambilkira dalam penginterpretasian makna. Keadaan ini dapat dilihat pada
peribahasa-peribahasa Melayu yang dikaji di mana setiap perkataan atau ayat akan
difahami secara berbeza-beza oleh lain-lain orang terutamanya golongan yang terdiri
daripada penutur bukan natif bahasa Melayu. Secara tidak langsung, di sinilah
kesistematisan metafora memainkan peranannya dalam menonjolkan atau
menyembunyikan sesuatu aspek. Selain itu, bentuk fizikal yang berbeza bagi setiap
peribahasa juga telah diatur agar seseorang penutur bukan natif bahasa Melayu dapat
memahami mengapa peribahasa tersebut tidak dibentuk sedemikian rupa. Contohnya:

• Harapkan pagar, pagar makan padi.


Maksudnya: Orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu, dia pula yang
mengkhianati kita ( Kamus Dewan, 1997 ).

Sekiranya aspek bagaimana seseorang penutur bukan Melayu menerima dan memahami
peribahasa berikut diambil kira, mungkin suatu input yang berlainan dapat kita lihat dari
segi interpretasi yang dilakukan terhadap peribahasa ini. Bagi penutur natif bahasa
Melayu yang sudah biasa dengan kehadiran peribahasa ini dalam kehidupan seharian,
mereka boleh memahami makna di sebalik peribahasa tersebut dengan mudah tetapi bagi
mereka yang tidak mempunyai pengetahuan tentang peribahasa Melayu yang dinyatakan,
kemungkinan timbulnya kekeliruan mengenai maksud yang tersirat di sebaliknya akan
berlaku.

Bagi penutur bukan Melayu pengertian ‘harapkan pagar’ adalah menaruh


kepercayaan kepada pagar dan ‘pagar makan padi’ pula merujuk kepada pagar yang tidak
bernyawa dan tidak mempunyai mulut melakukan perbuatan memakan padi yang
pastinya bukan makanan pagar. Mereka mungkin berasa hairan dengan pernyataan yang
tidak masuk akal serta mempersoalkan mengapakah pagar diharapkan untuk menjaga
padi jika ia dikatakan akan memakan padi. Tambahan pula, mengapa pagar dikatakan
6
3

akan memakan padi sedangkan ternyata di sini bahawa pagar merupakan suatu objek
yang tidak bernyawa serta tidak perlu makan untuk meneruskan hidup.

Selain itu, mereka juga boleh mempersoalkan mengapakah masyarakat Melayu


tradisi tidak membentuk peribahasa tersebut dengan mengatakan “harapkan orang-
orang, orang-orang makan padi?” atau “harapkan tin-tin kosong, tin-tin kosong
makan padi”?, memandangkan orang-orang dan tin-tin kosong merupakan objek-objek
yang wujud di sawah padi manakala pagar pula tidak dapat dilihat di kawasan sawah
padi. Keadaan ini membuktikan kepada kita bahawa penutur bukan Melayu akan
memikirkan aspek logik pernyataan tersebut tanpa melihat apakah faktor-faktor yang
menyebabkan masyarakat Melayu tradisi mencipta peribahasa yang berbentuk
sedemikian rupa.

Sekiranya kita meninjau keadaan sebenar di sawah padi, kita akan mendapati
bahawa pagar sememangnya tidak wujud kerana orang Melayu yang sejak zaman dahulu
lagi menjalankan kegiatan menanam padi sebagai sumber ekonomi utama menganggap
pagar tidak dapat membantu mereka untuk menghalau musuh-musuh yang memakan padi
seperti burung dan tikus dan atas dasar inilah orang-orang dan tin-tin kosong digunakan.
Walhal jika dilihat secara teliti, sememangnya pagar memegang peranan sebagai
pengawal dan penjaga tetapi dalam konteks menjaga padi, pagar tidak boleh diharapkan.
Oleh itu, walaupun pada mata kasar memanglah pagar tidak mampu memakan padi tetapi
apa yang ingin disampaikan di sini adalah situasi kekecewaan yang akan timbul jika
sesuatu yang tidak boleh dipercayai diharapkan untuk menjaga sesuatu yang berharga.

• Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.


Maksudnya: Memberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang tidak
mendatangkan manfaat, sebaliknya memberikan tumpuan yang lebih
kepada perkara yang remeh-temeh (Kamus Dewan, 1997).
6
4

Satu persoalan dapat ditimbulkan di sini mengenai kesahihan pernyataan yang


terkandung dalam peribahasa tersebut oleh masyarakat bukan penutur natif bahasa
Melayu iaitu apakah jenis manusia yang sanggup menyusukan kera di hutan sedangkan
anak di rumah mati kelaparan? Mana logiknya manusia boleh menyusukan kera?
Bukankah kera mempunyai ibu untuk menyusuinya? Jikalau kita teliti, mengapa orang
Melayu tidak mengatakan “anak jiran rumah sebelah disusukan, anak di rumah mati
kelaparan”? Sudah pasti ianya adalah tidak wajar kerana orang Melayu terkenal dengan
sikap mereka yang suka tolong-menolong di antara jiran tetangga yang merupakan satu
amalan yang mulia. Tambahan pula, menolong jiran tetangga adalah satu kewajipan yang
dituntut oleh agama Islam yang dianuti oleh majoriti masyarakat Melayu.

Oleh yang demikian, adalah tidak sesuai untuk menggantikan peribahasa tersebut
dalam bentuk fizikal yang sedemikian rupa kerana ia seakan-akan menghina dan tidak
mengasihani jiran tetangga sendiri. Oleh itu, wajarlah kera yang kelihatan seakan-akan
manusia dipilih oleh masyarakat Melayu lama sebagai objek perbandingan yang paling
sesuai dalam mencipta peribahasa berkenaan. Akhir sekali, anak merupakan anugerah
Tuhan yang paling berharga yang perlu dibesarkan dengan sempurna kerana apabila kita
mencapai umur tua kelak, merekalah yang akan menjaga kita. Sekiranya kera di hutan
yang dibelai dan dijaga sudah tentu ia tidak memberi apa-apa faedah di kemudian hari.

• Biar mati anak, jangan mati adat.


Maksudnya: Berpegang teguh kepada sesuatu kepercayaan walaupun
terpaksa mengorbankan sesuatu ( Kamus Dewan, 1997 ).

Seseorang yang tidak memahami makna tersirat di sebalik peribahasa ini akan
mengatakan bahawa adalah mustahil bagi sesiapapun untuk menerima kematian anak
semata-mata untuk mempertahankan adat. Walau bagaimanapun, mengapakah orang
Melayu memilih untuk menyatakan ungkapan yang sedemikian?. Bukankah kematian
anak merupakan sesuatu yang amat memilukan?. Persoalannya, mengapakah masyarakat
Melayu tradisi tidak mengatakan “biar mati ayah, jangan mati adat”.
6
5

Ternyatalah di sini bahawa anak dalam mana-mana komuniti memegang peranan


sebagai pewaris adat. Seseorang anak bertanggungjawab untuk meneruskan adat yang
dijunjung oleh ibu bapa dan kaum kerabatnya. Kesignifikanan inilah yang menyebabkan
masyarakat Melayu tradisi memilih anak untuk dikorbankan berbanding seorang ayah
untuk menunjukkan betapa dominannya sesuatu adat dalam mengidentitikan sesuatu
bangsa. Jelaslah di sini bahawa masyarakat Melayu bukannya sanggup kematian anak
untuk merpertahankan adat tetapi semata-mata untuk menunjukkan bahawa sesuatu adat
adalah sama penting dengan anak itu sendiri.

• Sambil menyelam minum air.


Maksudnya: Melakukan dua jenis pekerjaan dalam satu masa
( Kamus Dewan, 1997 ).

Seseorang penutur bukan natif bahasa Melayu mungkin menyifatkan peribahasa ini
sebagai sesuatu yang menarik dan luar biasa dengan anggapan bahawa orang Melayu
boleh menyelam sambil minum air. Sememangnya bukan mudah untuk melakukan
perbuatan tersebut kerana ia boleh mengakibatkan seseorang itu mati lemas. Keadaan ini
adalah kerana hanya ikan yang bernafas menggunakan insang dan bukan paru-paru sahaja
mampu melakukan aksi yang sedemikian. Hakikatnya, perkara ini bukanlah perkara
pokok yang ingin disampaikan oleh orang Melayu melalui peribahasa tersebut. Mengapa
masyarakat Melayu tidak mencipta ungkapan seperti “sambil menyelam tangkap
ikan”?. Bukankah ia lebih logik dan mudah dilakukan? Pemilihan peribahasa yang
berbentuk sedemikian mungkin dipengaruhi oleh aspek pergerakan yang dilakukan dalam
aktiviti itu sendiri di mana dua perkara yang sukar dan mencabar dilakukan dalam satu
masa.

• Kuman di seberang lautan nampak, gajah bertengger di pelupuk mata


tidak nampak.
6
6

Maksudnya: Kesalahan atau keburukan orang dapat dilihat tetapi


kesalahan sendiri tidak disedari. ( Kamus Dewan, 1997 ).

Sememangnya tidak mungkin bagi seseorang untuk melihat kuman di seberang lautan
tanpa bantuan alatan moden yang canggih dan mustahil bagi seekor gajah yang beratnya
beratus-ratus paun untuk bertengger di pelupuk mata seseorang. Inilah tanggapan yang
mungkin dimiliki oleh penutur bukan Melayu jika terdengar peribahasa ini. Memang
benar jika kita fikir secara logiknya, seseorang tidak boleh melihat kuman yang wujud di
seberang lautan sedangkan jika wujud kuman di pelupuk mata kita sekalipun tidak
mungkin boleh kita lihat. Begitu juga adalah tidak mungkin bagi seekor gajah untuk
bertengger di pelupuk mata seseorang kerana beratnya yang teramat sangat menyebabkan
jika ia ingin bertengger pada pelupuk mata hidupan yang terbesar iaitu paus biru
sekalipun adalah mustahil. Persoalannya di sini, mengapakah orang Melayu tidak
memilih suatu perumpamaan yang lebih logik seperti “ikan paus di seberang lautan
nampak, agas-agas bertengger di pelupuk mata tidak nampak”. Walaupun bunyinya
adalah lebih logik, namun melalui peribahasa asalnya aspek yang ingin ditekankan adalah
makna di sebaliknya di mana kuman mewakili keburukan kecil orang lain manakala
gajah mewakili keburukan yang dimiliki oleh diri sendiri.

4.3 Metafora Berorientasi

Setakat ini kita telah melihat beberapa aspek yang dipanggil sebagai metafora struktural
di mana setiap satu konsep distrukturkan dalam bentuk metafora berbanding konsep yang
satu lagi. Terdapat satu lagi keadaan di mana konsep metafora tersebut tidak hanya
menstrukturkan satu konsep sahaja tetapi membentukkan sistem konsep tersebut secara
keseluruhan yang mempunyai kaitan antara satu dengan yang lain. Konsep ini disebut
sebagai metafora berorientasi memandangkan ianya berkaitan dengan orientasi ruang
seperti: ATAS – BAWAH, DALAM – LUAR, DEPAN – BELAKANG, BUKA –
TUTUP, TENGAH – SISI dan lain-lain.
6
7

Metafora berorientasi adalah bersifat tidak arbitrari. Keadaan ini adalah kerana
metafora berorientasi mempunyai asas yang kukuh dalam aspek fizikal, personal dan
pengalaman serta kebudayaan kita. Menurut Lakoff & Johnson, William Nagy (1974)
telah mengkaji beberapa aspek metafora secara khusus menerusi orientasi ruang iaitu:
ATAS – BAWAH. Bagi tujuan kajian ini, penulis akan mengaplikasikan beberapa
orientasi ruang yang berbeza sifat lawannya ke dalam setiap satu peribahasa yang
dijadikan sebagai data kajian di samping menghuraikan konsep metafora yang berkaitan
dengan aspek fizikal, personal, pengalaman dan kebudayaan dalam perbincangan ini dan
seterusnya.

• Harapkan pagar, pagar makan padi.


HARAPAN adalah ATAS ; KEKECEWAAN adalah BAWAH.
Asas Personal:‘Harapan’ direpresentasikan sebagai ‘atas’ kerana dalam
masyarakat kita ‘harapan’ seringkali ditempatkan pada tahap yang
tinggi manakala ‘kekecewaan’ biasanya cuba dielakkan kerana
ianya akan mengganggu kestabilan emosi yang boleh meletakkan
seseorang di tahap yang rendah atau ‘bawah’. Melalui peribahasa
tersebut, masyarakat Melayu tradisi meletakkan harapan yang
tinggi kepada pagar untuk menjaga padi tetapi malangnya pagar
telah memakan padi sekaligus mengecewakan harapan mereka.

HARAPAN ----------------------------------------------- ATAS

Hubungan Vertikal

KEKECEWAAN ----------------------------------------------- BAWAH


6
8

Rajah 4.1 menunjukkan hubungan vertikal dan saling berkaitan di antara aspek metafora
‘harapan’ dan ‘kekecewaan’ yang diaplikasikan ke dalam peribahasa
‘harapkan pagar, pagar makan padi’ di mana ianya dikaitkan dengan orientasi
ruang iaitu ‘atas’ dan ‘bawah’.

• Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.


KEKENYANGAN adalah HIDUP ; KELAPARAN adalah MATI.
Asas Fizikal: ‘Kekenyangan’ yang dimaksudkan di sini adalah apabila kera
tersebut disusukan, maka kera tersebut akan terus ‘hidup’ manakala
‘kelaparan’ di sini merujuk kepada anak di rumah yang ‘mati’
kerana tidak diberikan makanan. Melalui peribahasa tersebut,
sekiranya kera di hutan disusukan oleh ibu bapa, sudah tentu anak
di rumah akan mati kelaparan.

KEKENYANGAN ----------------------------------------------- HIDUP

Hubungan Vertikal

KELAPARAN ----------------------------------------------- MATI


6
9

Rajah 4.2 menunjukkan hubungan vertikal dan saling berkaitan di antara aspek metafora
‘kekenyangan’ dan ‘kelaparan’ yang diaplikasikan ke dalam peribahasa ‘kera
di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’ di mana ianya dikaitkan
dengan orientasi ruang iaitu ‘hidup’ dan ‘mati’.

• Biar mati anak, jangan mati adat.


BIAR adalah POSITIF ; JANGAN adalah NEGATIF.
Asas Personal: ‘Biar’ di sini merujuk kepada perlakuan yang ‘positif’ walaupun
dalam erti kata yang sebenar menurut peribahasa tersebut, ‘biar
mati anak’ merupakan suatu perlakuan yang negatif dan tidak
berperikemanusiaan. ‘Jangan’ pula direpresentasikan sebagai
‘negatif ’ kerana ia merujuk kepada tindakan menghalang
walaupun menurut peribahasa tersebut ianya menggalakkan
pengekalan warisan dan adat.

BIAR ----------------------------------------------- POSITIF

Hubungan Vertikal

JANGAN ----------------------------------------------- NEGATIF


7
0

Rajah 4.3 menunjukkan hubungan vertikal dan saling berkaitan di antara aspek metafora
‘biar’ dan ‘jangan’ yang diaplikasikan ke dalam peribahasa ‘biar mati anak,
jangan mati adat ’ di mana ianya dikaitkan dengan orientasi ruang iaitu
‘positif’ dan ‘negatif’.

• Sambil menyelam , minum air.


MENYELAM adalah LUARAN ; MINUM adalah DALAMAN.
Asas Fizikal: ‘Menyelam’ dirujuk sebagai ‘luaran’ kerana aktiviti ini tidak
melibatkan proses dalaman anggota badan. Manakala ‘minum’
dirujuk sebagai ‘dalaman’ kerana ia mempunyai kaitan dengan
organ dalaman manusia. Sumber semulajadi yang menyebabkan
seseorang itu boleh menyelam atau minum adalah air. Aktiviti
menyelam melibatkan air di luar anggota badan manusia manakala
perbuatan minum melibatkan kemasukan air ke dalam anggota
badan manusia. Kedua-dua aktiviti ini dilakukan dengan
menggunakan sumber yang sama di mana ianya bersesuaian
dengan maksud peribahasa tersebut iaitu melakukan dua jenis
pekerjaan dalam satu masa.

MENYELAM ----------------------------------------------- LUARAN


7
1

Hubungan Vertikal

MINUM ----------------------------------------------- DALAMAN

Rajah 4.4 menunjukkan hubungan vertikal dan saling berkaitan di antara aspek metafora
‘menyelam’ dan ‘minum’ yang diaplikasikan ke dalam peribahasa ‘sambil
menyelam, minum air’ di mana ianya dikaitkan dengan orientasi ruang iaitu
‘luaran’ dan ‘dalaman’.

• Kuman di seberang lautan nampak, gajah bertengger di pelupuk mata tidak


nampak.
NAMPAK adalah JELAS ; TIDAK NAMPAK adalah KABUR.
Asas Fizikal: ‘Nampak’ direpresentasikan sebagai ‘jelas’ kerana sesuatu yang
dapat dilihat biasanya bersifat jelas tetapi keadaan yang sebaliknya
berlaku jika kita merujuk kepada peribahasa tersebut kerana adalah
mustahil bagi mata kasar seseorang untuk melihat kuman dengan
jelas. Manakala ‘tidak nampak’ pula dirujuk sebagai ‘kabur’ kerana
sesuatu yang tidak nampak pada pandangan mata kasar adalah
bersifat samar atau kabur. Walau bagaimanapun, sekiranya kita
melihat kepada peribahasa berkenaan, sememangnya aneh bagi
seseorang yang mempunyai sepasang mata yang normal tetapi tidak
dapat melihat gajah yang berada di hadapan mata.

NAMPAK ----------------------------------------------- JELAS


7
2

Hubungan Vertikal

TIADA TAMPAK ----------------------------------------------- KABUR

Rajah 4.5 menunjukkan hubungan vertikal dan saling berkaitan di antara aspek metafora
‘nampak’ dan ‘tidak nampak’ yang diaplikasikan ke dalam peribahasa
‘kuman di seberang lautan nampak, gajah bertengger di pelupuk mata tidak
nampak’ di mana ianya dikaitkan dengan orientasi ruang iaitu ‘jelas’ dan
‘kabur’.

4.4 Asas Pengalaman dalam Metafora.

Salah satu cara untuk menonjolkan pengasingan metafora daripada asas pengalamannya
adalah dengan membina suatu diagram yang menunjukkan hubungan yang kompleks di
antara kedua-duanya. Representasi sedemikian akan menonjolkan bahawa kedua-dua
bahagian daripada setiap satu metafora adalah bertalian antara satu sama lain hanya
melalui asas pengalaman. Peranan yang dimainkan oleh asas pengalaman adalah penting
dalam proses untuk memahami metafora yang tidak dapat disatukan kerana setiap
satunya mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.

Selain itu, penggunaan perkataan ‘adalah’ seperti ‘kebahagiaan’ adalah ‘atas’ ;


‘kesedihan’ adalah ‘bawah’ untuk merepresentasikan setiap satu unsur dapat digantikan
dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Bagi tujuan kajian ini, asas pengalaman dalam
metafora yang menggunakan orientasi ruang iaitu ATAS-BAWAH sepertimana yang
dilakukan oleh William Nagy (1974) semasa mengkaji beberapa aspek metafora secara
khusus telah diaplikasikan oleh penulis ke dalam data-data peribahasa yang dapat dilihat
melalui rajah-rajah yang berikut:
7
3

• Harapkan pagar, pagar makan padi.


HARAPAN adalah ATAS ; KEKECEWAAN adalah BAWAH.

HARAPAN ATAS

ASAS
PENGALAMAN 1

KEKECEWAAN BAWAH

Rajah 4.6 menunjukkan hubungan di antara asas pengalaman 1 iaitu ‘harapan’ dan
‘kekecewaan’ dengan orientasi ruang iaitu ‘atas’ dan ‘bawah’.

• Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.


KEKENYANGAN adalah ATAS ; KELAPARAN adalah BAWAH.

KEKENYANGAN ATAS

ASAS
PENGALAMAN 2

KELAPARAN BAWAH

Rajah 4.7 menunjukkan hubungan di antara asas pengalaman 2 iaitu ‘kekenyangan’ dan
‘kelaparan’ dengan orientasi ruang iaitu ‘atas’ dan ‘bawah’.

• Biar mati anak, jangan mati adat.


BIAR adalah ATAS ; JANGAN adalah BAWAH.
7
4

BIAR ATAS

ASAS
PENGALAMAN 3

JANGAN BAWAH

Rajah 4.8 menunjukkan hubungan di antara asas pengalaman 3 iaitu ‘biar’ dan
‘jangan’ dengan orientasi ruang iaitu ‘atas’ dan ‘bawah’.

• Sambil menyelam , minum air.


MENYELAM adalah ATAS ; MINUM adalah BAWAH.

MENYELAM ATAS

ASAS
PENGALAMAN 4

MINUM BAWAH

Rajah 4.9 menunjukkan hubungan di antara asas pengalaman 4 iaitu ‘menyelam’ dan
‘minum’ dengan orientasi ruang iaitu ‘atas’ dan ‘bawah’.

• Kuman di seberang lautan nampak, gajah bertengger di pelupuk mata tidak


7
5

nampak.
NAMPAK adalah ATAS ; TIDAK NAMPAK adalah BAWAH.

NAMPAK ATAS

ASAS
PENGALAMAN 5

TIDAK NAMPAK BAWAH

Rajah 4.10 menunjukkan hubungan di antara asas pengalaman 5 iaitu ‘nampak’ dan
‘tidak nampak’ dengan orientasi ruang iaitu ‘atas’ dan ‘bawah’.

Secara keseluruhannya, hubungan atau pertalian yang wujud di antara asas pengalaman 1
(‘harapan’ dan ‘kekecewaan’), asas pengalaman 2 (‘kekenyangan’ dan ‘kelaparan’), asas
pengalaman 3 (‘biar’ dan ‘jangan’), asas pengalaman 4 (‘menyelam’ dan ‘minum’) ,dan
asas pengalaman 5 (‘nampak’ dan ‘tidak nampak’) dengan orientasi ruang iaitu ATAS-
BAWAH mempunyai alasan atau sebab musabab yang berlainan di antara satu sama lain.
HARAPAN, KEKENYANGAN, BIAR, MENYELAM dan NAMPAK dianggap sebagai
mempunyai pertalian dengan orientasi ruang -ATAS manakala KEKECEWAAN,
KELAPARAN, JANGAN, MINUM dan TIDAK NAMPAK pula mempunyai hubungan
dengan orientasi ruang –BAWAH.

Walau bagaimanapun, setiap satu aspek metafora tersebut mempunyai asas


pengalaman yang berbeza di antara satu sama lain yang menyebabkan penjelasannya
disinonimkan dengan orientasi ruang ATAS atau BAWAH. Sebagai contoh, HARAPAN
dikatakan ATAS kerana kedudukan ‘harapan’ dalam sesebuah masyarakat diletakkan
pada tahap yang tertinggi atau ‘atas’ dan KEKENYANGAN juga dikatakan ATAS
7
6

kerana seseorang yang ‘kenyang’ akan berasa gembira dan perjalanan hidupnya akan
menjadi lebih lancar sekaligus menyebabkan kehidupannya lebih bermakna dan berada
pada kedudukan paling ‘atas’. Sebaliknya, KEKECEWAAN dianggap sebagai BAWAH
kerana dalam sesuatu masyarakat ‘kekecewaan’ boleh menyebabkan seseorang berada
pada tahap yang ‘bawah’ dan dipandang hina dan KELAPARAN juga dianggap sebagai
BAWAH kerana seseorang yang ‘lapar’ akan menjadi tidak produktif dan menyebabkan
sesuatu hari dalam hidupnya berada pada kedudukan yang rendah atau ‘bawah’.

Dengan perkataan lain, jelaslah di sini bahawa walaupun aspek-aspek metafora


seperti HARAPAN, KEKENYANGAN, BIAR, MENYELAM dan NAMPAK
disinonimkan dengan orientasi ruang -ATAS dan aspek–aspek metafora seperti
KEKECEWAAN, KELAPARAN, JANGAN, MINUM dan TIDAK NAMPAK
disamakan dengan orientasi ruang –BAWAH, namun hakikatnya adalah asas pengalaman
bagi setiap satu aspek metafora tersebut adalah berbeza di antara satu sama lain.
Gambaran ini dapat dijelaskan dengan menggunakan rajah di bawah:

ORIENTASI RUANG

ATAS BAWAH
- HARAPAN - KEKECEWAAN
- KEKENYANGAN - KELAPARAN
- BIAR - JANGAN
- MENYELAM - MINUM
- NAMPAK - TIDAK NAMPAK

Rajah 4.11 menunjukkan perbezaan di antara aspek-aspek metafora sama ada tergolong
dalam orientasi ruang ATAS atau BAWAH. Setiap aspek metafora ini
mempunyai asas pengalaman yang berlainan di antara satu sama lain.
7
7

4.5 Metafora dan Koherensi Kebudayaan

Nilai yang paling penting dalam budaya akan menjadi koheren dengan struktur metafora
yang paling utama dalam kebudayaan. Sebagai contoh, kita dapat mempertimbangkan
beberapa nilai budaya dalam masyarakat (biasanya ditandakan sebagai BAIK dan TIDAK
BAIK) yang koheren dengan ruang orientasi metafora ATAS–BAWAH dengan bahagian
berlawanan mana yang tidak sesuai mengikut sesuatu kebudayaan, sepertimana yang
diterangkan melalui rajah-rajah berikut:

Harapkan pagar , pagar makan padi.

HARAPAN adalah ATAS KEKECEWAAN adalah BAWAH.

HARAPAN KEKECEWAAN
adalah adalah
BAIK TIDAK BAIK

Rajah 4.12 menunjukkan hubungan di antara aspek metafora dan koherensi


kebudayaan di mana “HARAPAN adalah BAIK” adalah koheren dengan
“HARAPAN adalah ATAS” manakala “KEKECEWAAN adalah TIDAK
BAIK” pula adalah koheren dengan “KEKECEWAAN adalah BAWAH”.

 Oleh itu, “ KEKECEWAAN adalah BAIK” merupakan konsep yang tidak


koheren dengan metafora kebudayaan dan begitulah sebaliknya.
7
8

Kera di hutan disusukan , anak di rumah mati kelaparan

KEKENYANGAN adalah ATAS KELAPARAN adalah BAWAH.

KEKENYANGAN KELAPARAN
adalah adalah
BAIK TIDAK BAIK

Rajah 4.13 menunjukkan hubungan di antara aspek metafora dan koherensi


kebudayaan di mana “KEKENYANGAN adalah BAIK” adalah koheren
dengan “KEKENYANGAN adalah ATAS” manakala “KELAPARAN
adalah TIDAK BAIK” pula adalah koheren dengan “KELAPARAN adalah
BAWAH ”.
 Oleh itu, “ KELAPARAN adalah BAIK” merupakan konsep yang tidak koheren
dengan metafora kebudayaan dan begitulah sebaliknya.

Biar mati anak, jangan mati adat

BIAR adalah ATAS JANGAN adalah BAWAH.

BIAR JANGAN
adalah adalah
BAIK TIDAK BAIK

Rajah 4.14 menunjukkan hubungan di antara aspek metafora dan koherensi


kebudayaan di mana “BIAR adalah BAIK” adalah koheren dengan
“BIAR adalah ATAS” manakala “JANGAN adalah TIDAK BAIK”
7
9

pula adalah koheren dengan “JANGAN adalah BAWAH”.

 Oleh itu, “ JANGAN adalah BAIK” merupakan konsep yang tidak koheren
dengan metafora kebudayaan dan begitulah sebaliknya. ‘Jangan’ di sini adalah
sesuai sekiranya dirujuk kepada perbuatan yang menghalang seseorang daripada
melakukan perkara yang baik.

Sambil menyelam; minum air

MENYELAM adalah ATAS MINUM adalah BAWAH.

MENYELAM MINUM
adalah adalah
BAIK TIDAK BAIK

Rajah 4.15 menunjukkan hubungan di antara aspek metafora dan koherensi


kebudayaan di mana “MENYELAM adalah BAIK” adalah koheren dengan
“MENYELAM adalah ATAS” manakala “MINUM adalah TIDAK
BAIK” pula adalah koheren dengan “MINUM adalah BAWAH”.
8
0

 Oleh itu, “ MINUM adalah BAIK” merupakan konsep yang tidak koheren dengan
metafora kebudayaan dan begitulah sebaliknya. ‘Minum’ di sini sesuai dirujuk
sebagai perbuatan meminum minuman keras seperti arak dan todi.

Kuman di seberang lautan nampak; gajah bertengger di pelupuk mata tidak nampak

NAMPAK adalah ATAS TIDAK NAMPAK adalah BAWAH

NAMPAK TIDAK NAMPAK


adalah adalah
BAIK TIDAK BAIK

Rajah 4.16 menunjukkan hubungan di antara aspek metafora dan koherensi


kebudayaan di mana “NAMPAK adalah BAIK” adalah koheren dengan
“NAMPAK adalah ATAS” manakala “TIDAK NAMPAK adalah TIDAK
BAIK” pula adalah koheren dengan “TIDAK NAMPAK adalah BAWAH”.

 Oleh itu, “ TIDAK NAMPAK adalah BAIK” merupakan konsep yang tidak
koheren dengan metafora kebudayaan dan begitulah sebaliknya. ‘Tidak nampak’
di sini sesuai dirujuk sebagai mata seseorang yang tidak lagi berfungsi dengan
baik dan memerlukan pemakaian cermin mata atau lensa.

4.6 Metafora Ontologikal

Orientasi ruang seperti ATAS-BAWAH, DEPAN-BELAKANG, TUTUP-BUKA, SISI-


TENGAH dan DEKAT-JAUH menyediakan asas yang kukuh bagi memahami konsep
dari sudut orientasi. Walau bagaimanapun, memahami pengalaman kita dari segi objek
dan bahan-bahan membenarkan kita untuk mencungkil keluar bahagian-bahagian tertentu
yang terdapat dalam pengalaman kita dan meletakkannya sebagai entiti yang berasingan
8
1

atau suatu bahan yang seragam. Seandainya kita dapat menilai pengalaman kita sebagai
suatu entiti atau bahan, maka secara tidak langsung kita boleh merujuk, mengkategorikan,
mengumpulkan dan mengkuantifikasikan serta sekaligus menaakul pengalaman-
pengalaman tersebut.

Sepertimana pengalaman asas yang terdapat dalam orientasi ruang manusia telah
membangkitkan metafora orientasi, maka pengalaman kita dengan objek-objek fizikal
telah memberikan suatu input bagi metafora ontologikal di mana ia meliputi cara untuk
memerhatikan sesuatu aspek atau perkara, aktiviti, emosi dan idea yang berkaitan dengan
entiti dan bahan-bahan. Metafora ontologikal terdiri daripada pelbagai tujuan dan
pelbagai jenis metafora yang menggambarkan tujuan-tujuan tersebut. Bagi merujuk
kepada pengalaman yang dimaksudkan, peribahasa yang dipilih sebagai data kajian boleh
dijadikan sebagai rujukan, contohnya:

• ‘HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI’ADALAH SUATU ENTITI.


- Mengharapkan pagar untuk menjaga padi adalah suatu perbuatan yang sia-
sia.
( Merujuk ).
- Sekiranya pagar diharapkan, lebih banyak padi yang akan musnah.
( Mengkuantifikasikan ).
- Kita perlu mengatasi masalah pagar yang tidak menjamin keselamatan ini.
( Mengidentifikasikan Aspek ).
- Pagar yang tidak selamat digunakan membawa masalah kepada kita.
( Mengidentifikasikan Sebab ).
- Menggantikan pagar dengan objek lain yang lebih selamat dapat
mengatasi masalah ini.
( Bertindak dengan Bijak ).
- Masalah pagar yang tidak selamat digunakan ini amat merunsingkan
fikiran.
( Kepercayaan dalam Memahami Situasi ).
8
2

• ‘KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN’


ADALAH SUATU ENTITI.
- Menyusukan kera di hutan dan mengabaikan anak di rumah adalah
perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan.
( Merujuk ).
- Sekiranya kera yang disusukan, lebih ramai anak yang akan mati
kelaparan.
( Mengkuantifikasikan ).
- Kita perlu mengatasi masalah sesetengah golongan masyarakat kita yang
tidak bertanggungjawab ini.
( Mengidentifikasikan Aspek ).
- Ibu bapa atau masyarakat yang bersikap sebegini membawa masalah
kepada kita.
( Mengidentifikasikan Sebab ).
- Menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya melakukan perbuatan
yang dapat menjamin masa depan mereka untuk mengatasi masalah ini.
( Bertindak dengan Bijak ).
- Masalah masyarakat yang tidak bersikap praktikal ini amat merunsingkan
fikiran.
( Kepercayaan dalam Memahami Situasi ).

Merujuk kepada kes-kes di atas, pemerhatian terhadap data peribahasa tersebut sebagai
suatu entiti membenarkan kita untuk merujuk, mengkuantifikasikan serta
mengidentifikasikan aspek-aspek tertentu yang terkandung di dalamnya, melihatnya
sebagai suatu sebab, dan bertindak ke atasnya dengan bijak serta mempercayai bahawa
kita memahaminya. Akhir sekali, metafora ontologikal sebegini adalah penting untuk
menangani pengalaman seseorang secara rasional.
8
3

4.7 Metonimi
Metonimi adalah suatu aspek yang menggunakan satu entiti untuk merujuk kepada entiti
lain yang berkaitan dengannya. Metafora dan metonimi mengalami dua proses yang
berbeza di mana metafora adalah suatu cara untuk memikirkan sesuatu perkara dari sudut
suatu perkara yang lain dan fungsi utamanya adalah untuk memahami. Manakala,
metonimi pula memegang fungsi rujukan di mana ia membolehkan kita menggunakan
satu entiti untuk ‘berdiri di atas’ satu entiti yang lain. Misalnya, agama Islam
dilambangkan dengan bulan sabit. Oleh itu, bila mana kita melihat bulan sabit maka kita
akan merujuknya sebagai simbol Islamik. Walau bagaimanapun, metafora dan metonimi
merupakan dua aspek yang sistematik dan mempunyai tujuan yang sama tetapi metonimi
memerlukan pemfokusan yang lebih spesifik kepada aspek yang dirujuk.

Kajian tentang metonimi dapat diaplikasikan pada data peribahasa yang dipilih melalui
suatu sistem berbentuk sinedoko di mana SEBAHAGIAN MEWAKILI
KESELURUHAN ( THE PART STANDS FOR THE WHOLE ). Contohnya adalah seperti
berikut:

• SEBAHAGIAN MEWAKILI KESELURUHAN.

a) Harapkan pagar, pagar makan padi.


Harapkan pagar Orang yang dipercayai untuk menjaga sesuatu.

Pagar makan padi Dia pula yang mengkhianati kita.

b) Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.


Kera di hutan disusukan Memberikan keutamaan kepada perkara-
perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
Anak di rumah mati kelaparan Sebaliknya memberikan tumpuan yang
lebih kepada perkara yang remeh-temeh.
8
4

c) Biar mati anak, jangan mati adat.


Biar mati anak Berpegang teguh kepada sesuatu kepercayaan.

Jangan mati adat Walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu.

d) Sambil menyelam, minum air.


Sambil menyelam Melakukan dua jenis pekerjaan.

Minum air Dalam satu masa.

e) Kuman di seberang lautan nampak, gajah bertengger di pelupuk mata tidak nampak.
Kuman di seberang lautan nampak Kesalahan atau keburukan orang dapat
dilihat.
Gajah bertengger di pelupuk mata tidak nampak Tetapi kesalahan sendiri
tidak disedari.
4.8 Personifikasi

Metafora ontologikal yang paling ketara dapat dilihat pada objek fizikal yang diberikan
sifat perorangan. Keadaan ini menyebabkan kita memahami sesuatu pengalaman dengan
entiti bukan manusia dari sudut motivasi, tingkahlaku dan aktiviti-aktiviti manusia.
Contoh ini dapat kita lihat melalui beberapa data peribahasa yang telah dipilih:

• Harapkan pagar, pagar makan padi.


‘Pagar’ merupakan suatu objek tidak bernyawa yang diberikan sifat perorangan di
mana pagar di sini dikatakan berupaya untuk melakukan aktiviti yang dilakukan
oleh manusia untuk meneruskan hidup seperti ‘makan’ sewaktu perut berasa
lapar.
8
5

• Biar mati anak, jangan mati adat.


‘Adat’ merupakan suatu amalan yang dilakukan oleh manusia dalam sesuatu
komuniti. Adat bukanlah merupakan suatu objek namun ia merupakan suatu
kegiatan manusia yang bersifat subjektif. Oleh itu, ‘adat’ di sini diberikan sifat
perorangan di mana adat dikatakan boleh mengalami proses ‘mati’ sepertimana
objek bernyawa yang lain.

• Kuman di seberang lautan nampak, gajah bertengger di pelupuk mata tidak


nampak.
Dalam kes-kes yang tertentu, personifikasi melangkaui satu proses umum yang
tersendiri di mana ia bukan sekadar memberikan sifat perorangan kepada objek
yang tidak bernyawa malah mempersonifikasikan aspek-aspek yang lain.(Lakoff
& Johnson). Keadaan ini dapat dilihat daripada peribahasa di atas di mana
‘pelupuk mata’ atau kelopak mata dijadikan suatu lokasi atau tempat bagi ‘gajah’
(objek bernyawa) untuk bertengger. Sepertimana yang kita semua sedia maklum,
tempat yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti ‘bertengger’ adalah pada
dahan pokok yang biasanya dilakukan oleh burung. Maka, di sini ‘pelupuk mata’
dipersonifikasikan sebagai suatu tempat bagi sesuatu objek untuk bertengger.

4.9 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan secara terperinci beberapa aspek metafora daripada sudut
semantik kognitif yang telah dikaji melalui Metaphors We Live By oleh Lakoff &
Johnson. Kajian ini meliputi aspek-aspek penting seperti kesistematisan konsep metafora,
kesistematisan aspek metafora dalam menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu aspek,
metafora berorientasi, asas pengalaman dalam metafora, metafora dan koherensi
kebudayaan, metafora ontologikal, metonimi dan personifikasi. Maklumat-maklumat ini
8
6

telah diolah dan diaplikasikan kepada lima buah peribahasa Melayu yang dipilih khas
sebagai data bagi kajian ini.

BAB 5

KESIMPULAN KAJIAN

5.0 PENGENALAN

Secara umumnya dalam bab ini penulis akan membuat rumusan keseluruhan bagi kajian
ini. Rumusan penulis meliputi keseluruhan aspek utama kajian yang merangkumi hasil
dapatan kajian, batasan kajian dan implikasi kajian yang telah dilakukan. Penulis juga
turut mengutarakan beberapa saranan bagi kemudahan pengkaji-pengkaji seterusnya yang
8
7

berminat untuk membuat penyelidikan metafora dalam peribahasa Melayu daripada sudut
semantik kognitif.

5.1 RUMUSAN KAJIAN

Penganalisisan data dalam perbincangan yang telah dilakukan sebelum ini


memperlihatkan pengaplikasian mekanisme kognitif dalam peribahasa-peribahasa
Melayu yang telah dipilih sebagai data kajian. Mekanisme kognitif ini terkandung dalam
kajian Lakoff & Johnson melalui ‘Metaphors We Live By’ di mana ia meliputi aspek-
aspek semantik kognitif seperti kesistematisan konsep metafora, kesistematisan metafora
dalam menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu aspek, metafora berorientasi, asas
pengalaman dalam metafora, metafora dan koherensi kebudayaan, metafora ontologikal,
metonimi dan personifikasi.

Menurut Lakoff & Johnson dalam kajian beliau yang bertajuk Women, Fire, and
Dangerous Things’, sains kognitif adalah bidang baru yang menyatukan apa yang
difahami oleh minda daripada pelbagai disiplin akademik yang terdiri daripada psikologi,
linguistik, antropologi, falsafah dan sains perkomputeran. Semantik kognitif mencungkil
jawapan yang terperinci bagi persoalan-persoalan seperti apakah yang dimaksudkan
dengan sebab atau alasan, bagaimanakah kita merealisasikan pengalaman, apakah yang
dimaksudkan dengan sistem konseptual, bagaimanakah sistem ini diatur, adakah semua
orang mempunyai sistem konseptual yang sama dan akhir sekali sekiranya jawapannya
adalah ‘ya’, apakah sistemnya? Manakala, sekiranya jawapannya adalah ‘tidak’ apakah
sebenarnya persamaan yang wujud dalam cara manusia berfikir?. Persoalan ini bukanlah
sesuatu yang baru tetapi jawapan-jawapan terkini yang didapati adalah baru.

Menurut Lakoff lagi, sudut pandangan tradisi meletakkan sebab atau alasan
sebagai sesuatu yang abstrak dan terpisah yang menganggap alasan sebagai literal,
bersifat proposisi yang secara objektifnya bercirikan konsep betul atau salah. Manakala
pandangan yang terkini memperlihatkan aspek ini sebagai satu entiti yang bersifat
8
8

menyeluruh di mana ia meliputi aspek imaginatif yang terdiri daripada metafora,


metonimi, dan imaginasi mental. Selain itu, sudut pandangan baru mentakrifkan makna
sebagai suatu subjek yang berbaloi untuk difikirkan dan mempunyai fungsi yang tertentu.

Sains kognitif kini telah mengalami transisi atau peralihan. Aspek


pengkategorian telah menjadi isu utama di mana Eleanor Rosch telah memperkenalkan
suatu istilah yang dipanggil sebagai teori prototaip dan pengkategorian peringkat asas.
Walhal, sudut pandangan tradisi pula adalah terikat dengan teori klasikal di mana
pengkategorian diistilahkan sebagai hakmilik biasa dalam sesuatu ahli kumpulan. Sebagai
tambahan, kebanyakan perkataan yang kita gunakan menandakan sesuatu kategori.
Sesetengah kategori ini terdiri daripada benda atau manusia dalam dunia fizikal,
contohnya kerusi dan harimau. Manakala kategori yang lain pula terdiri daripada aktiviti-
aktiviti dan benda abstrak seperti lagu dan nyanyian serta kerajaan dan undian.

Penulis telah menggunakan lima buah peribahasa sebagai data kajian di mana
peribahasa-peribahasa tersebut bersifat agak keterlaluan terutama dari segi bunyinya.
Namun, dari segi makna perumpamaan Melayu tersebut adalah unik dan mempunyai
maksud yang agak tepat. Peribahasa mempunyai makna yang unik dan menarik malah
proses berbahasa sedemikian tidak hanya sekadar menyusun kata-kata dan ungkapan
yang ingin disampaikan. Dengan itu, jelaslah bahawa sesuatu kata tidak akan terungkap
melainkan kata-kata itu membawa mesej yang terpancar melalui pemilihan kata-kata
yang lahir daripada minda dan hati. Selain itu, setiap peribahasa tersebut mempunyai
makna tersendiri yang dapat mengungkapkan erti kehidupan, persekitaran, sosiobudaya
dan politik sesebuah mesyarakat yang mengamalkan peribahasa tersebut.

Melalui hasil kajian, didapati bahawa peribahasa Melayu turut menerapkan unsur
metafora di dalamnya. Penggunaan bentuk metafora disebabkan oleh masyarakat Melayu
mengutamakan kesopanan berbahasa dalam sistem kehidupan mereka semasa
berkomunikasi. Hal ini penting dalam masyarakat kerana penggunaan bahasa yang tidak
sopan atau kesat akan menjejaskan sesuatu hubungan. Kehidupan manusia yang penuh
8
9

dengan onak dan duri pasti akan berhadapan dengan pelbagai ragam dan tingkahlaku
manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang berbentuk positif atau negatif. Keadaan
ini kadang-kadang menunjukkan teladan atau ikutan yang baik mahupun sebaliknya.
Justeru, bukanlah sesuatu perkara yang pelik apabila sesuatu peristiwa yang berlaku itu
dipengaruhi oleh persekitarannya. Secara tidak langsung ianya akan mencorakkan dan
membentuk peribadi manusia tersebut.

Apabila kita berbahasa, kita bukan sahaja sekadar mengungkapkan idea yang
terkandung dalam pemikiran, malah kita juga menyembunyikan kebanyakan pemerhatian
ke dalam pemikiran di mana kita menyampaikan semula perkara atau fenomena yang
diperhatikan setiap hari melalui bahasa. Sejak dahulu lagi, manusia dari segenap bangsa
dan suku memerhatikan alam dan tingkah laku ahli masyarakat yang mendukung sesuatu
budaya. Melalui budaya, manusia mula meletakkan peraturan hidup yang mengekang
pergerakan dan perlakuan ahli-ahli sesuatu masyarakat. Menerusi pemerhatian terhadap
alam sekitar pula, manusia pada zaman awal mula meletakkan kepentingan alam sebagai
salah satu cara untuk mendidik dan menyampaikan sesuatu teguran mahupun pengajaran
menerusi bahasa.

5.2 PEMBATASAN KAJIAN

Sepertimana kajian-kajian yang lain, kajian ini juga adalah terikat dengan aspek
pembatasannya yang tersendiri, iaitu:

• Penulis telah memilih hanya lima peribahasa sebagai data kajian yang mempunyai
pewajarannya tersendiri di mana peribahasa-peribahasa tersebut bersifat agak
keterlaluan terutama dari segi bunyinya. Namun, dari segi makna perumpamaan
Melayu tersebut adalah unik dan mempunyai maksud yang agak tepat sepertimana
yang telah dinyatakan sebelum ini.
9
0

• Dalam proses pengintepretasian makna pula, pengkaji telah melibatkan aspek


kebahasaan iaitu semantik kognitif dan entiti-entiti yang berkaitan dengannya.
Selain itu, unsur peribahasa Melayu yang menjadi bahan kajian tidak dikaji secara
menyeluruh di mana ia hanya meliputi aspek-aspek semantik kognitif tertentu
yang disenaraikan oleh Lakoff & Johnson melalui kajiannya yang bertajuk
‘Metaphors We Live By’ yang terdiri daripada kesistematisan konsep metafora,
kesistematisan metafora dalam menonjolkan atau menyembunyikan sesuatu
aspek, metafora berorientasi, asas pengalaman dalam metafora, metafora dan
koherensi kebudayaan, metafora ontologikal, metonimi dan personifikasi.

• Akhir sekali, kekangan masa dan kesukaran yang dihadapi untuk mencari bahan
atau maklumat telah menyebabkan pengkaji terpaksa menghadkan data kajian
kepada saiz yang kecil. Data kajian yang lebih banyak dan pengklasifikasian
sesuatu peribahasa Melayu mengikut kategori-kategori tertentu akan
menyebabkan kajian yang dijalankan bersifat lebih jitu dan menyeluruh.

5.3 SARANAN KAJIAN

Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini masih terdapat kekurangan dan memerlukan
penyelidikan yang bersifat lebih spesifik. Berdasarkan kepada beberapa batasan kajian
yang telah disebutkan sebelum ini, diharap agar kajian-kajian yang seterusnya akan dapat
mengatasi segala kekangan agar hasil kajian yang terakhir bersifat lebih terperinci demi
perkembangan bahasa kita bersama. Selain itu, pengkaji berharap agar pada masa yang
akan dating, mereka yang berminat untuk mengkaji aspek metafora menggunakan data
peribahasa yang lebih luas skopnya di mana ianya dibincangkan daripada pelbagai sudut
yang berbeza. Begitu juga, aspek metafora yang dikaji hendaklah diteliti daripada sudut
9
1

semantik kognitif yang lebih mendalam di mana kajiannya hendaklah bersifat lebih
numerikal dan dilengkapi dengan data-data statistik.

Pengkaji juga menyarankan agar kajian-kajian yang bakal dijalankan diteliti


dengan menggunakan peribahasa yang terdapat dalam bahasa Cina atau India di negara
kita. Keadaan ini adalah kerana masyarakat Cina dan India seperti mana masyarakat
Melayu juga mempunyai sistem peribahasa mereka yang tersendiri. Tambahan pula,
wujud kajian-kajian lepas yang menbincangkan perkaitan di antara peribahasa Melayu
dengan peribahasa Cina. Keadaan ini dapat mengukuhkan lagi dapatan bahawa
masyarakat Cina juga mempunyai peribahasa dalam konteks berbahasa masyarakat
mereka. Malangnya, pengkaji belum lagi menemui kajian seperti ini yang dijalankan
secara khusus dalam konteks berbahasa masyarakat India.

Akhir sekali, pengkaji berharap agar bakal pengkaji yang akan mempelopori
kajian tentang aspek metafora tidak hanya menggunakan data serta cara yang sama
dengan pengkaji-pengkaji lepas tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza dan lebih
matang. Selain itu, pengkaji akan datang juga digalakkan untuk menggunakan
peribahasa-peribahasa yang terdapat dalam bahasa yang serumpun dengan bahasa
Melayu sebagai data kajian mereka.

5.4 IMPLIKASI PERBINCANGAN

Sememangnya pengkaji berharap agar kajian ini mampu memberikan suatu impak yang
positif kepada semua pihak yang terlibat dalam menangani permasalahan kajian yang
telah dijalankan. Kajian ini bukanlah bertujuan untuk mencari kelemahan pengkaji-
pengkaji lepas semata-mata tanpa disusuli oleh penyelesaian yang bersifat rasional tetapi
ia lebih menjurus kepada memperbaiki kekurangan atau kelemahan yang wujud dalam
kajian-kajian terdahulu yang biasanya berlaku tanpa disedari.
9
2

Secara tidak langsung, penggunaan peribahasa Melayu sebagai data kajian telah
menonjolkan keperibadian masyarakat Timur yang begitu menyanjung tinggi tatasusila
dan sifat lemah-lembut dalam konteks berbahasa. Hal ini menyebabkan masyarakat kita
tidak menyuarakan sesuatu pandangan dengan suara yang lantang malahan jauh sekali
menggunakan perkataan yang kesat untuk mengekspresikan perasaan tidak puas hati.
Sikap lemah-lembut inilah yang telah menyebabkan mereka menyembunyikan perasaan
marah dan kurang enak daripada diketahui oleh pihak yang satu lagi. Oleh itu, bagi
menyuarakan sesuatu kejanggalan yang timbul, masyarakat Melayu terutamanya
melampiaskan perasaan mereka dengan berkias, beribarat, berteka-teki serta berselindung
di sebalik bahasa-bahasa yang lebih indah.

Akhir sekali, perbincangan ini telah menonjolkan aspek metafora dari sudut
semantik kognitif dalam menginterpretasikan makna yang tersirat di sebalik sesuatu
peribahasa sekaligus menyebabkan ianya lebih mudah difahami oleh para pengguna
bahasa. Proses-proses kognitif yang dilalui dalam pembentukan sesuatu peribahasa telah
dijelaskan agar tidak wujud kekeliruan dalam menanggapi sesuatu peribahasa oleh
seseorang penutur natif mahupun bukan natif bahasa Melayu.

5.5 KESIMPULAN

Sepertimana yang telah dinyatakan pada bab yang pertama, kajian ini dijalankan untuk
merefleksikan peribahasa Melayu dengan menggunakan aspek metafora daripada sudut
semantik kognitif. Memandangkan peribahasa Melayu mempunyai makna yang tersurat
dan tersirat maka aspek-aspek linguistik yang bersifat menyeluruh perlu diterapkan dalam
proses pengkajian agar makna yang tersirat ini dapat difahami dengan lebih baik. Oleh
itu, pengetahuan yang mendalam tentang latar belakang budaya dan bahasa masyarakat
Melayu juga dapat memudahkan lagi proses menyelesaikan permasalahan kajian ini.
9
3

Akhir sekali, kajian ini diharap dapat memberikan input yang berguna kepada sesiapa
yang berminat untuk mengkaji serta memahami aspek metafora.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan & Ainon Mohd, Kamus Peribahasa Kontemporari, PTS Publisher,
Kuala Lumpur.

Abdullah Husain, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1975.
9
4

Abdul Razak bin Abdul Karim, Rujukan Lengkap Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1994.

Asmah Haji Omar, Metaphors of Anatomy as a Reflection of Malay Cultural Belief,


Jurnal Bahasa Jendela Alam Jilid 1, 1996.

Cameron, L., Metaphor in Educational Discourse, MPG Books Ltd, London, 2003.

Darus Ahmad, Persuratan Melayu: Lama-Baru, Cetakan Kedua, Sinaran Bros, Pulau
Pinang, 1974.

Gibbs R.W. & Steen J.G. (pnyt.), Metaphor in Cognitive Linguistics, Amsterdam, 1997.

Hawkes, T., Metaphor:The Critical Idiom, Methuen & Co. Ltd., London, 1986.

Kamus Peribahasa Melayu Digital, The Institute of Malay World and Civilization, Di:
www.atma.ukm.my.

Lakoff, G & Johnson, M., Metaphors We Live By, The University of Chicago Press,
Chicago, 1980.

Lakoff , G. and Johnson, M, Women, Fire, and Dangerous Thing: What categories
reveal about the mind, The University of Chicago Press,Chicago, 1987.

Noresah bt. Baharom, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1997.

Raminah Haji Sabran, Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia: untuk pelatih
maktab perguruan, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985.
9
5