Anda di halaman 1dari 11

‘SYSTEM APPROACH’ DALAM PENGAJARAN PEMBEZAAN UNTUK

KURSUS MATEMATIK KEJURUTERAAN 2, DI JABATAN MATEMATIK,


SAINS DAN KOMPUTER, POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

oleh

Siti Marlina Binti Mohammad Amin,


Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
siti_marlina@psas.edu.my

Noor Azilla binti Mohamed Nor


Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
noor_azilla@psas.edu.my

Nor Adila Binti Ahmad


Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak
noradila@psas.edu.my

ABSTRAK : Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah pengajaran


menggunakan System Approach dalam pencapaian matematik berdasarkan analisis
keputusan peperiksaan akhir sesi Disember 2012 dan sesi Jun 2013. Dapatan dari analisis ini
menunjukkan kemerosotan pencapaian pelajar bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2
khususnya bagi topik pembezaan. System Approach dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan menjadikan suasana P&P lebih menarik.
Aplikasi kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran pembezaan memastikan semua
aktiviti yang dirancang untuk pelajar seperti kuiz, tutorial dan tugasan adalah merujuk
kepada sistem sebenar (real systems). Dalam erti kata lain, memulakan dan menamatkan
aktiviti P&P dalam satu gelung tertutup dengan berpandukan kepada sistem sebenar yang
dipilih. Gelung P&P bermula dengan memahami operasi keseluruhan sistem sebenar. Fungsi
setiap sub-sistem yang terkandung dalam sistem sebenar akan dianalisa dengan memahami
fungsi setiap komponen yang wujud dalam sistem. Ini termasuklah mengenalpasti punca dan
kesan perubahan setiap parameter kepada sistem sebenar dengan menggunakan teori dan
rumus-rumus pembezaan yang terkandung dalam silibus yang dibekalkan oleh JPP. Gelung
P&P akan berakhir dengan meminta pelajar untuk memberi cadangan penambahbaikan
terhadap perubahan yang berlaku dalam sistem sebenar tersebut. Kajian aplikasi System
Approach ini akan dilaksanakan kepada pelajar semester 2 untuk kursus BA 201 dari
program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK 2B) dari Jabatan Kejuruteraan
Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM 2) dari Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal, Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang Stesen, Perak. Data akan dikumpulkan di
sepanjang sesi Disember 2013. Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi dari
penyelidikan yang lepas tentang System Approach, penyelidik sangat yakin dengan hasil
keputusan yang positif yang bakal diperolehi.

Kata Kunci: System Approach, Sistem Sebenar, Real System, Gelung Tertutup Pengajaran
& Pembelajaran, Teori Pembezaan, Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Abstract : The aim of this research is to investigate the effectiveness of System Approach
in increasing student‟s achievement in their final examination for Engineering Mathematics
2 course. The final exam result analysis of December 2012 and June 2013 sessions for
Engineering Mathematics 2 course has shown the decrement of student‟s achievement in the
differentiation topic. By applying System Approach in the teaching and learning (T&L)
session will generate an interesting and interactive T&L environment, hence contributes to
the increment of the achievement in the students final exam result. System Approach is a
teaching and learning (T&L) method which relates T&L activities such as quizzes, tutorials
and assignments with real systems. Applying System Approach in T&L activities, means
starting and ending the T&L loop within the real systems. It is also called T&L closed loop.
The loop starts by understanding the overall operation of the real system. Each subsystem
involve in the real system will be analyzed by understanding the involvement of each
component in the real system. The cause and effect of the changes in the parameter or
component values to the real system will be identified by using theory of differential and
common rules from the syllabus provided by the JPP. The T&L loop ends by asking students
opinion or suggestions for improvement to the changes occurred in the real system. This
research will be involving a 2nd semester students of Diploma in Electronic Engineering
(Computer) (DTK 2B) from Electrical Engineering Department and Diploma in Mechatronic
Engineering (DEM 2) from Mechanical Engineering Department of Sultan Azlan Shah
Polytechnic, Behrang Stesen, Perak. The data will be collected throughout the December
2013 session. Based on the results from the previous research done on System Approach,
researchers are very positive with the good results that will be achieved.

Keywords : System Approach, Real System, Teaching & Learning Closed Loop,
Differential Theory, Teaching & Learning Activities

1. PENGENALAN

Matematik adalah satu bidang pengetahuan yang penting dalam pembelajaran


mahupun di sekolah, ataupun di peringkat institusi pengajian tinggi seperti
politeknik dan universiti. Permasalahan matematik bukan sahaja memberi kesan
kepada taraf pendidikan individu, malah turut memberi kesan kepada aplikasi
penggunaan harian mereka (Favziyah, 2012). Pembentukan konsep pembelajaran
yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah
disebabkan ciri-ciri matematik yang kebanyakan konsepnya saling berkait di mana
pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep
yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak
pengembangan pemikiran pelajar, iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang
merangkumi proses penyelesaian masalah contohnya seperti memahami masalah,
merancang strategi, melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya (Azizi,
2010). Idea ini secara tidak langsung mengaplikasikan konsep System Approach
dalam pembelajaran untuk menyelesaikan masalah matematik.

Kaedah pengajaran matematik yang digunakan oleh kebanyakan tenaga pengajar di


politeknik kurang mempraktikkan konsep pembelajaran model yang sebenar sebagai
bahan P & P, mereka lebih menumpukan pendekatan teori dan pengiraan semata-
mata tanpa mengaitkan topik tersebut dengan pengunaan sebenar di luar bilik darjah.
Ini menyebabkan pelajar cepat bosan dan mudah hilang minat dan tumpuan untuk
belajar matematik. Menurut Abdul Rahim (2000), kekurangan unsur-unsur kreativiti
dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan mata pelajaran matematik begitu
beku dan kaku. Selain pembelajaran yang beku dan kaku, cara penyampaian atau
kaedah yang digunakan yang tidak sesuai juga menyebabkan kejatuhan prestasi
pelajar dalam matapelajaran matematik. Ini kerana pelajar tidak dapat memahami
sesuatu matapelajaran jika kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru adalah
tidak sesuai dengan tajuk yang ingin disampaikan kepada para pelajar (Shaharuddin,
2010). Menurut kajian yang dijalankan oleh Zainudin Abu Bakar (2010), pelajar
akan berasa seronok kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti ketika sesi P&P. Oleh
itu penggunaan System Approach dalam P&P akan membuatkan aktiviti
pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih aktif, praktikal dan menarik. Pelajar akan
merasa seronok dan berminat untuk mempelajari matematik.

Bila suasana pembelajaran menarik, pelajar lebih mudah untuk memahami dan
mempelajari topik yang diajar, ini akan merangsangkan pengembangan gaya
pemikiran pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Asas pembentukan
intelek adalah kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, unsur ini mampu
mengembangkan daya pemikiran agar kita mampu membuat huraian, menganalisa,
menaakul, merumus dan seterusnya menghasilkan idea-idea baru yang bernas
(Nazlina, 2006). Justeru itu kaedah System Approach diperkenalkan dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Politeknik Sultan Azlan Shah agar dapat
meningkatkan kefahaman pelajar dalam mempelajari matematik kejuruteraan.
Sebagai permulaan kajian, kami telah memilih tajuk penggunaan pembezaan dalam
matematik kejuruteraan 2 sebagai modul kajian kerana, tajuk ini merupakan asas
kalkulus yang akan digunakan semasa pelajar mengambil matematik kejuruteraan 4
dan 5 pada semester akan datang.

1.1 Pernyataan Masalah

Hasil keputusan peperiksaan Sesi Disember 2012, seramai 609 pelajar telah
dianalisis, manakala sesi Jun 2013, seramai 232 orang pelajar telah
dianalisis melalui sistem pengurusan maklumat pelajar (SPMP). Mengikut
Course Outcome Review Report (CORR), Course Learning Outcome (CLO)
bagi Matematik Kejuruteraan 2 ada tiga kategori (Rujuk Jadual 1 dibawah)
tapi hanya CLO2 sahaja diambil kira untuk dianalisis bagi menjurus kepada
tajuk kajian. Mengikut dapatan pencapaian kumpulan pelajar (rujuk jadual
2) dari CLO2, peratus pelajar yang mendapat markah cemerlang (A) merosot
dari 3.8% kepada 0.9% manakala peratus pelajar yang mendapat gred A-
juga merosot dari 11.8% sesi Disember 2012, kepada 0.4% pada sesi Jun
2013. Kemerosotan ini disebabkan kurangnya kefahaman pelajar dalam
topik pembezaan.

Pelbagai sudut dan cara perlu dikaji untuk meningkatkan kefahaman dan
pencapaian pelajar. Salah satu cara adalah mengubah corak atau kaedah
penyampaian pelajar di dalam kelas. Justeru itu, kami mengambil keputusan
untuk menggunakan System Approach sebagai alternatif kaedah P&P di
dalam kelas bagi mengukuhkan kefahaman konsep matematik.
CLO1 Explain basic operation on complex numbers stated in various
forms using algebraic operations or by constructing Argands
diagram
CLO2 Apply various differentiation techniques to determine the
derivatives of algebraic, trigonometric, logarithmic, exponential
and parametric functions up to second order including solving
real life optimization and kinematic problems.
CLO3 Use suitable integration methods in solving related problems to
determine the definite integrals of algebraic, trigonometric,
reciprocal and exponential functions.

Jadual 1: Course Learning Outcome bagi pelajar Matematik


Kejuruteraan 2 (BA 201).

Purata Bilangan Pelajar


Pencapaian Sesi
Status Gred Sesi Jun
Markah Disember
2013
Pelajar (%) 2012
Gagal F 0 – 19 3 (0.5%) -
E- 20 – 29 -
E 30 – 39 2 (0.3%) -
Lulus D 40 – 43 - -
D+ 44 – 46 -
C- 47 – 49 -
C 50 – 54 92 21 (9.1%)
(15.1%)
C+ 55 – 59 30 (4.9%) 46 (19.8%)
B- 60 – 64 200 -
(32.8%)
Kepujian B 65 – 69 187 64 (27.6%)
(30.7%)
B+ 70 – 74 - 98 (42.2%)
A- 75 – 79 72 1 (0.4%)
(11.8%)
Cemerlang A 80 – 89 23 (3.8%) 2(0.9%)
Sangat A+ 90 – 100 - -
Cemerlang
Jumlah 609 232

Jadual 2: Analisis Pencapaian Kumpulan Pelajar mengikut CLO2


(Course Learning Outcome) untuk tajuk pembezaan dari SPMP
45
40
35
30
25
Jun-13
20
Dis-12
15
10
5
0
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D E E- F

Rajah 1: Graf Analisis Pencapaian Kumpulan Pelajar mengikut CLO 2


(Course Learning Outcome 2) untuk tajuk pembezaan dari SPMP

1.2 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah:

i. Untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih


praktikal dan menarik.

ii. Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif iaitu


dengan mengkaitkan topik yang diajar dengan sistem sebenar (real
system).

iii. Untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam Matematik Kejuruteraan


2 (BA 201).

1.3 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini hanya menfokuskan kepada penggunaan System Approach dalam


tajuk penggunaan pembezaan – persamaan pembezaan tertib pertama (First
Order Differential Equation) dan akan dilaksanakan pada sesi Disember
2013. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester dua
dari program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK 2B) &
Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM 2) dari Jabatan Kejuruteraan
Elektrik dan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Azlan Shah,
Behrang Stesyen, Perak.

2. TINJAUAN LITERATUR

Menurut F. Heylighen (1998), System Approach pada permulaannya dikenali sebagai


„Teori Sistem Umum‟ yang diperkenalkan oleh seorang ahli biologi iatu Ludwig von
Bertalanffy. Apabila kita meneliti keseluruhan sistem kita dapat lihat bahawa sistem
ini berkaitan dengan elemen-elemen atau proses di sekelilingnya. Ini juga boleh
dikatakan elemen-elemen di dalam sistem berhubungkait dan mempengaruhi sistem
ataupun proses. Kaedah ini akan cuba diaplikasikan dalam pengajaran matematik
kejuruteraan 2, dengan menghubungkaitkan formula matematik pembezaan dan
teorinya dengan model sebenar, yang lebih menjurus kepada penggunaannya dalam
bidang pelajar.

Menurut Siti Marlina, Idasuzana & Norhaslina (2009), System Approach di


praktikkan di Siemens Technik Academie, Berlin di mana ia direka untuk sistem
mekatronik. Secara dasarnya, System Approach bermula dan diakhiri dengan
penelitian pada setiap elemen atau komponen. Penggunaan bahan P&P yang
bertepatan dengan bidang pengajian pelajar akan memudahkan pemahaman dalam
mempelajari tajuk pembezaan dalam matematik kejuruteraan. Sebagai asas kajian,
pelajar elektrik dan mekatronik telah dipilih sebagai responden dengan
menggunakan contoh litar sistem sebenar sebagai bahan P&P.

Menurut Siti Marlina (2010), 'Menyediakan Rancangan Mengajar (RM) yang


tersusun sangat penting untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan berkesan.
Pensyarah mesti berupaya untuk merangka semua aktiviti dalam RM secara kreatif
dan inovatif untuk memastikan keberkesanan kaedah pengajaran mereka di dalam
kelas. Keupayaan mereka dalam menggunakan sistem sebenar di dalam kelas akan
membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran pengajaran konvensional yang
sudah bertahun diamalkan.'

Di dalam kajian lain yang telah dijalankan oleh Siti Marlina (2011) mengatakan,
„Konsep pendekatan sistem sebenar adalah pendekatan yang praktikal untuk
diamalkan di dalam kelas kerana gelung P&P dan rancangan mengajar (RM) perlu
disusun dengan betul sebelum pengajaran bermula. Pensyarah perlu mengkaji
kandungan sukatan pelajaran dengan teliti untuk mencipta gelung P&P. Apabila
sistem sebenar telah dicipta, aktiviti-aktiviti yang bersesuaian perlu direka untuk
mewujudkan hubungan dengan sistem sebenar.

Menurut Martin Hartley Jones (1995), di dalam bukunya menunjukkan bagaimana


konsep pembezaan diaplikasikan di dalam sesuatu gandingan litar kapasitor.
Contohnya, nadi output bagi litar ini hanya diperolehi apabila isyarat input berubah
yang menyebabkan litar ini dipanggil pembeza. Ini dapat dikenal pasti, apabila kadar
perubahan voltage input adalah positif maka nadi output dapat dikesan. Ini
menunjukkan gandingan litar kapasitor juga menggunakan konsep pembezaan.
Penggunaan litar sebenar dalam contoh model pengajaran di dalam kelas kepada
pelajar diploma kejuruteraan elektrik dan mekatronik akan memudahkan
pemahaman mereka memahami konsep pembezaan dalam kursus matematik.

Menurut Kaori Okano & Motonori Tsuchiya (2009), Nakamoto (1979), pada
mulanya dia berpendapat bahawa mustahil untuk mengajar kalkulus pembezaan dan
kamiran kepada pelajar yang tidak suka matematik ekoran daripada pencapaian
mereka yang tidak memuaskan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Selepas
mempelbagaikan cara pengajaran, Nakamoto berpendapat bahawa pelajar tidak
sukakan matematik kerana tidak faham asasnya. Asas bidang elektrik yang
digunakan sebagai contoh bahan P&P didalam kelas akan memudahkan lagi pelajar
dari kejuruteraan elektrik memahami topik pembezaan yang menggunakan System
Approach.

Menurut Carl B. Boyer (2007), tatatanda pembezaan diperkenalkan oleh Leibniz,


1676 di mana tatatanda dx dan dy mewakili pembezaan terkecil mungkin. Pada
mulanya Leibniz menggunakan x/d dan y/d bagi menunjukkan penurunan darjah.
Oleh itu, System Approach bagi pembezaan boleh diaplikasikan dalam real system
seperti litar bagi memudahkan penampakan perbezaan elemen atau komponen yang
saling berkaitan. Perkaitan antara bidang pelajar dengan kaedah pembezaan yang
diajar akan manambahkan minat & kefahaman pelajar untuk belajar.
3. METODOLOGI KAJIAN

System Approach dalam pengajaran pembezaan untuk kursus Matematik


Kejuruteraaan 2 seperti ditunjukkan di Rajah 2, direka berdasarkan silibus yang
digubal oleh Bahagian Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia.

Sistem Sebenar
(Real System)

Sub-Sistem Strategi untuk


mengenalpasti masalah

Fungsi sub-
Punca-punca masalah
sistem dalam
berlaku dalam sistem
sistem sebenar

Ciri-ciri sub-sistem,
nilai had voltan, arus
Analisis Sistem Sistem skil yang
komprehensif

Rajah 2 Gelung pengajaran topik pembezaan kursus Matematik Kejuruteraan 2

Dengan kaedah System Approach, aktiviti pelajar di dalam kelas sentiasa dikaitkan
dengan sistem sebenar. Dalam erti kata lain, memulai dan mengakhiri proses P&P
dengan merujuk kepada sistem sebenar. Di awal pengkuliahan, pelajar akan
ditunjukkan dengan litar sistem sebenar. Mereka dikehendaki memahami operasi
sistem sebenar tersebut dengan memahami fungsi setiap subsistem yang ada di
dalam sistem. Mereka juga perlu membina litar tersebut di atas breadboard. Aktiviti
ini dikenali sebagai menganalisis sistem, dan di peringkat ini pelajar akan dapat
memahami fungsi setiap komponen yang terlibat dalam litar sistem sebenar.

Selain membina litar, mereka juga perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
oleh pensyarah. Demi memastikan pelajar memahami maksud pembezaan, soalan-
soalan yang dikemukakan perlulah dibina dengan mengkaitkan kesan pembezaan ke
atas sistem sebenar. Pelajar juga perlu didedahkan dengan punca-punca masalah
yang boleh berlaku dalam sistem dan berupaya untuk memikirkan dan memberi
pandangan tentang strategi untuk mengatasi masalah tersebut. Rancangan mengajar
di bawah menunjukkan contoh soalan yang akan digunakan dalam pengajaran untuk
topik pembezaan. Sistem sebenar yang digunakan adalah Litar Asas Elektrik untuk
menghidupkan satu lampu (Rajah 3).

Litar asas ini digunakan untuk memberi penerangan awal kepada pelajar tentang
maksud pembezaan iaitu kadar perubahan sesuatu parameter terhadap sesuatu
parameter yang dikenali sebagai kecerunan.
Suis Perintang Bolehubah

Bekalan Kuasa I Lampu


(6V-10V)

Rajah 3: Litar Asas Elektrik Untuk Menghidupkan Lampu

3.1 Rancangan Mengajar

PROGRAM = DTK 2B (Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer))


SEMESTER = 2
BILANGAN PELAJAR = 33
JUMLAH JAM = 2 JAM
SYSTEM APPROACH bermula dengan menunjukkan litar di atas kepada pelajar

- Pelajar dikehendaki membina litar tersebut di atas breadboard


- Pelajar dikehendaki menerangkan operasi litar
- Jawapan bagi soalan-soalan berikut boleh diperolehi dengan mengubah nilai-nilai
bekalan kuasa dan perintang bolehubah
Contoh Soalan:
- Terangkan operasi litar ini.
- Terangkan fungsi setiap komponen di dalam sistem.
- Mengapakah kecerahan lampu berubah apabila rintangan berubah.
- Apakah yang berlaku pada kecerahan lampu sekiranya voltan berubah.
- Jelaskan bagaimana kadar perubahan voltan memberi kesan terhadap kecerahan
lampu.
- Pelajar diminta menulis Hukum Ohm, V=IR
- Pelajar perlu menjawab soalan-soalan berikut:
Contoh Soalan:
- Apabila V tetap dan R tetap maka I adalah tetap (Betul/Salah)
- Apabila V tetap dan R berubah maka I adalah tetap (Betul/Salah)
- Apabila V berubah dan R tetap maka I adalah berubah (Betul/Salah)
- Apabila V berubah dan R berubah maka I adalah tetap (Betul/Salah)
- Pelajar dikehendaki mengubah secara rawak nilai voltan dan nilai rintangan pada litar
yang dibina.
- Pelajar dikehendaki memerhatikan kecerahan lampu setiap kali perubahan secara
rawak dilakukan.
Contoh Soalan:
- Adakah kadar peningkatan kecerahan lampu tetap setiap kali anda membuat
perubahan secara rawak terhadap nilai voltan dan rintangan?
- Bagaimanakah untuk menetapkan peningkatan kadar kecerahan lampu?

- Pelajar ditunjukkan dengan teori berikut:


V= I R setarakan dengan persamaan y=mx + c

Pembezaan y terhadap x untuk persamaan, y=mx + c


Akan dapat, dy/dx = m
Sambungan….
Maka pembezaan V terhadap I untuk persamaan, V=IR
Akan dapat, dV/dI = R

R=m=kecerunan

- Pelajar diberi penerangan tentang persamaan pembezaan, dy/dx yang membawa


maksud, kadar perubahan y terhadap kadar perubahan x , menghasilkan kecerunan.

- Pelajar juga diberi penerangan tentang persamaan pembezaan, dV/dI, membawa


maksud kadar perubahan voltan terhadap kadar perubahan arus akan menghasilkan
kecerunan rintangan (R).

- Pelajar akan dijelaskan dengan pernyataan berikut:


Sekiranya kecerunan rintangan (R) adalah tetap dan nilai salah satu parameter
samada V atau I diketahui, maka nilai parameter yang satu lagi, I atau V boleh dikira.
Situasi ini boleh ditunjukkan dengan graf garis lurus di bawah.

R=dV/dI

4. Perbandingan Dapatan Kajian Yang Lepas

25

20

15
Jan 2009-WITHOUT SA
10 Julai 2009-WITH SA

0
A A- B+ B B- C+ C D D- E+ E E- F

Rajah 4: Perbandingan diantara gred markah bagi pelajar DTK pada sesi
Januari 2009 dan Julai 2009
25

20

15
Jan 2009-WITHOUT SA
10 Julai 2009-WITH SA

0
A A- B+ B B- C+ C D D- E+ E E- F

Rajah 5: Perbandingan diantara gred markah bagi pelajar SKE pada sesi
Januari 2009 dan Julai 2009

Daripada kajian yang lepas yang dijalankan oleh Siti Marlina (2011) ke atas pelajar
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK) dan Sijil Kejuruteraan Elektrik
(SKE), menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian pelajar setelah System
Approach dipraktikkan dalam P&P pada sesi Julai 2009 berbanding dengan sesi
sebelumnya iaitu Januari 2009. Ini membuktikan keberkesanan System Approach
dalam P&P dan perlaksanaannya di dalam kelas dapat meningkatkan pencapaian
pelajar dalam peperiksaan.

5. Kesimpulan

Walaupun kajian ini masih lagi di peringkat kertas cadangan, tetapi kami yakin
bahawa keputusan positif akan diperolehi berdasarkan kepada perbandingan kajian
yang lepas yang menggunakan konsep yang sama untuk kursus Sistem Elektronik.
Kami yakin bahawa kajian ini akan berjaya dan hasilnya, pelajar boleh menerangkan
konsep pembezaan berdasarkan perubahan yang berlaku pada V, I atau R.
Seterusnya pelajar boleh memahami konsep dan kaedah pembezaan dalam
matematik dan dapat menjawab soalan peperiksaan berkaitan topik ini dengan
cemerlang.
6. BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abd Rashid (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Utusan
Publications and Distribution Sdn. Bhd.

Azizi Hj. Yahaya, (2010). Kefahaman Konsep Dalam Matematik. Fakulti


Pendidikan UTM.

Carl. B. Boyer, (2007). A History of Mathematics. Institut Terjemahan Negara


Malaysia.

Favziyah Nafiah (2012). Faktor-faktor Kegagalan: Perspektif Pelajar Yang


Mengulang Kursus Engineering Mathematics 1. Prosiding SKPI, Politeknik Sultan
Azlan Shah.

F. Heylighen, (1998). Concepts of The System Approach.

Ismail Kailani & Ruslina Ismail @ Nawi. Diagnosis Penguasaan Dan Kesalahan
Lazim Dalam Tajuk Pembezaan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Daerah
Johor Bahru. Fakulti Pendidikan UTM.

Kaori Okano & Motonori Tsuchiya, (2009). Pendidikan Moden Jepun. Institut
Terjemahan Negara Malaysia.

Martin Hartley Jones, (1995). A Practical Introduction to Electronic Circuits.


Cambridge University Press.

Nurul Emazah, (2010). Kajian mengenai Penggunaan Kemahiran Berfikir Dalam


Tajuk Pembezaan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 5. Fakulti Pendidikan UTM.

Shaharuddin Bin Md. Salleh & Nor Afizah Binti Aziz (2010). Pembinaan Perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (Pbk) Menggunakan Pendekatan
Pembelajaran Kontekstual Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan 1: Perimeter
And Area. Fakulti Pendidikan UTM.

Siti Marlina Mohammad Amin, Idasuzana Idris, Norhaslina Asri, (2011). Evaluating
Student Achievement On The Implementation of The System Approach in
Electronics System. PSAS Digest.

Siti Marlina Mohammad Amin, Idasuzana Idris, Norhaslina Asri, (2009). Evaluating
student Achievement On The Implementation of The System Approach in
Electronics System. Seminar penyelidikan pendidikan Teknikal & Vokasional.

Zainudin Abu Bakar , Nor Hidayatul Aini Ismail , (2010). “Persepsi Dan Sikap
Pelajar Terhadap Pendekatan Konstruktivisme Serta Kesan Terhadap Pencapaian
Dalam Mata Pelajaran Matematik Di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia” . Fakulti Pendidikan UTM.

Anda mungkin juga menyukai