Anda di halaman 1dari 5

TUTORIAL 1

Kemahiran Abad ke-21 mementingkan 4C.


Apakah 4C? Terangkan implikasi dan peranan guru dalam pendidikan Abad ke-21.

Pembelajaran Abad ke-21


 KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada
tahun 2014.
 PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada
murid.
 Elemen yang diterapkan: komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti

Apa itu 4C?


1. Communication (Komunikasi)
 Murid hendaklah berkomunikasi di dalam kelas menggunakan bahan seperti
pembentangan , penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dan
aktiviti lain. Ini bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada
pembelajaran dan berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan-rakan mereka.

2. Collaboration (Kolaborasi)
 Murid berkolaborasi dalam pembelajaran berlangsung dengan aktiviti
berkumpulan atau berpasangan. Ini untuk bertukar idea dan pandangan.

3. Critical Thinking ( Kemahiran Kritis)


 Murid mengenalpasti masalah dengan cara yang lain dan menyelesaikannya.
Teknik penyoalan yang betul juga boleh digunakan.

4. Creativity (Kreativiti)
 Pendekatan guru dalam P&P hendaklah menggunakan unsur kreativiti dalam
aktiviti , kreatif pada bahan, kreatif pada soalan dan paling penting mampu
menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi berfikir.

Peranan guru dalam abad ke-21

1. Penggunaan Teknologi
 Menlengkapi diri dengan kemahiran dalam penggunaan media dan teknologi
maklumat.
 Murid boleh mendapat maklumat melalui pelbagai sumber seperti internet
dan sudah kurang meminati pembelajaran tradisional seperti penggunaan
buku serta chalk and talk.
 Ini bukan bermakna penggunaan buku dan syarahan itu perlu dihapuskan
tetapi mungkin tidak dijadikan sebagai satu satu sumber dan kaedah utama
dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Dengan penggunaan teknologi guru boleh menyampaikan kandungan
pengajaran dengan lebih kreatif supaya murid lebih tertarik dengan
pembelajaran.
 Contohnya melalui Kahoot, Quizizz, Powtoon dan lain-lain lagi.

2. Aspek Nilai
 sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
 Menitikberatkan perlakuan baik dalam kalangan murid supaya dapat
melahirkan generasi muda yang berakhlak tinggi, mulia dan berpengetahuan
tinggi.
 Berperanan untuk menjaga disiplin murid.

3. Kemahiran Berfikir
 Menyediakan aktiviti yang mencabar minda murid dengan menggunakan
soalan atau stimulus yang beraras tinggi.
 Menggalakkan murid membuat penerokaan dan penyelidikan secara
terancang dan teratur ke arah mewujudkan idea baharu yang bernas dalam
kalangan murid-murid.
 Berusaha untuk membangunkan kreativiti dan kemahiran inovasi dalam diri
dan sentiasa memupuk agar murid berfikiran kreatif dan menyumbang kepada
pembangunan inovasi.

4. Pengajaran Kontekstual
 Menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan menghubungkaitkan
pengalaman murid dalam proses pembelajaran.
 Bijak dalam menjadikan aktiviti yang pernah dilaksanakan oleh murid sebagai
sebahagian daripada proses pembelajaran.

5. Pembelajaran Secara Kolaboratif


 Menerapkan elemen kerjasama dalam kalangan murid bagi menangani
sesuatu isu, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi
antara satu sama lain secara berstruktur dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.

6. Kemahiran Penyelesaian Masalah


 Menyediakan peluang untuk murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori
yang telah dipelajari dan melibatkan murid bergerak secara aktif dalam
kumpulan atau kumpulan kecil, serta menyelesaikan masalah secara kritis,
analitis, logis dan rasional.

7. Pembelajaran Berasaskan Projek


 Membenarkan murid membina kemahiran dan mendapatkan ilmu melalui
projek, pembelajaran koperatif dan teknik ‘hands on’.
 Menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan mencambahkan rasa ingin
tahu dengan mengaplikasikan pengetahuan saintifik.

8. Pentaksiran Telus
 Menjelaskan tujuan dan objektif pembelajaran kepada murid di samping
menggalakkan murid membuat penilaian kendiri dan mampu membuat
penilaian rakan sebaya.

Implikasi pendidikan abad ke- 21


1. Memiliki kemahiran untuk kehidupan masa hadapan
 Penekanan konsep PA21 adalah untuk memupuk etika dan kerohanian
dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi
dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara
harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika
berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang
betul.
 Cth: “Project Based Learning” -- memberi pengalaman kepada murid bekerja
dalam kumpulan, mengurus masa dan membuat persembahan/pameran
kepada rakan lain/guru/ibu bapa atau pihak luar.
 kemahiran komunikasi yang baik, mampu berkolaborasi dan menyelesaikan
masalah berdasarkan realiti kehidupan, semua kemahiran ini sangat
diperlukan untuk menyelesai masalah berdasar realiti semasa kehidupan

2. Persediaan menghadapi pentaksiran dan peperiksaan


 Guru menggunakan pelbagai kaedah dan cara penyampaian pengajaran
 Tidak hanya “Chalk and talk”
 Kaedah paparan powerpoint, video, perbincangan dalam kumpulan
digunakan
 pelajar didedahkan dengan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
 Lahir pelajar yang mempunyai fikiran aras tinggi yang mampu menganalisis
dan menyusun maklumat serta menyelesaikan masalah-masalah yang rumit

3. Persediaan untuk ke dalam kerjaya


 proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid dan komunikasi
berpusatkan murid.

 Sebagai contoh, guru ingin mewujudkan komunikasi dua hala dalam kalangan
murid-muridnya melalui pembentangan mengenai tajuk yang diberi dan meminta
murid-murid untuk berbincang di dalam kumpulan masing-masing sebelum
memulakan pembentangan di hadapan kelas. Pada masa yang sama, guru juga
perlu memainkan peranannya sebagai fasilitator kepada muridnya. Guru
hendaklah memantau cara penyampaian murid-muridnya

 pelajar dan guru mengamalkan komunikasi pelbagai hala.

 membina keyakinan diri semasa berinteraksi, kerja secara kolaborasi bersama


rakan-rakan lain kerana mereka mampu mendengar dan memberi maklum balas

Anda mungkin juga menyukai