Anda di halaman 1dari 1

Siti Nurul Sakinah Binti Samri,

No.KP: 020811-12-0478,
Pelajar Tingkatan Lima,
Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang,
Peti Surat 110, 89158 Kota Belud,
Sabah.
Encik Jomiri Mapaun,
Ketua Warden Asrama,
Unit Pengurusan Asrama,
Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang,
Peti Surat 110, 89158 Kota Belud,
Sabah. 17 MEI 2019.

Tuan,
Memohon Kebenaran Untuk Menetap di Asrama Sekolah

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.0 Saya seperti penama diatas ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk menetap di asrama
sekolah. Hal ini disebabkan kerana saya merupakan pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Saya amat memerlukan tempat yang
kondusif dan sesuai untuk memudahkan saya mengulangkaji pelajaran serta menyiapkan tugasan –
tugasan yang diberikan oleh guru – guru saya.

3.0 Untuk pengetahuan pihak tuan, saya telah dikenakan tindakan disiplin atas kesalahan
melanggar peraturan asrama iaitu keluar pada waktu malam tanpa kebenaran. Saya amat menyesali
perlanggaran disiplin itu dan saya telah menerima hukuman atas kesalahan yang saya lakukan. Oleh
yang demikian, saya sangat berbesar hati sekiranya tuan dapat mempertimbangkan rayuan
permohonan saya ini untuk kembali menetap di asrama. Saya juga berjanji tidak akan mengulangi
kesalahan saya dan melanggar mana – mana peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Segala pertimbangan pihak tuan amat saya hargai dan saya akhiri dengan ucapan terima kasih. Sekian,
wassalam.

Yang benar,

…………………………………………………….
(SITI NURUL SAKINAH BINTI SAMRI)
Pelajar Tingkatan Lima,
No.KP: 020811-12-0478,
Sekolah Menengah Kebangsaan Narinang,
Kota Belud, Sabah.

Anda mungkin juga menyukai