Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEMESTER / TAHUN
MAY/2018

KOD KURSUS
HDPS 4303
PERKEMBANGAN KURIKULUM PRASEKOLAH MALAYSIA

NO. MATRIK: xxxxxxxxxxxxxx


NO. KAD PENGENALAN : xxxxxxxxxxxxx
NO. TELEFON: xxxxxxxxxxxxxx
E-MEL : xxxxxxxxxxx@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM GREENHILL IPOH PERAK
ISI KANDUNGAN

1.0 BAHAGIAN 1
1.1 PENGENALAN 1
1.2 TUNJANG 2
1.2.1 TUNJANG KOMUNIKASI 2
1.2.2 TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI 3
1.2.3 TUNJANG KEMANUSIAAN 4
1.2.4 TUNJANG KETERAMPILAN DIRI 4
1.2.5 TUNJANG PERKEMBANGAN FISIKAL DAN ESTETIKA 5
1.2.6 TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI 5-6
1.3 KESIMPULAN 6
1.4 RUJUKAN 7

2.0 BAHAGIAN 2
2.1 RANCANGAN PEMBELAJARAN 1 8
2.1.1 SET INDUKSI 8
2.1.2 PENGENALAN 9
2.1.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN 10
2.1.4 PENGUKUHAN DAN KESIMPULAN 10
2.2 RANCANGAN PEMBELAJARAN 2
2.2.1 SET INDUKSI 11
2.2.2 PENGENALAN 11-12
2.2.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN 12
2.2.4 PENGUKUHAN DAN KESIMPULAN 12
1.0 BAHAGIAN 1

1.1 PENGENALAN

Menurut sumber Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997


Kurikulum prasekolah dapat dilaksanakan dan dijalankan dengan lebih berkesan dan jelas
sekiranya seorang guru dapat mememahami serta mempelajari objektif kurikulum tersebut.
Sebagai seorang guru pelaksanan kurikulum dapat dilaksanakan dengan pelbagai pendekatan
serta aktiviti dalam mencapai objektif kurikulum. Bahan serta peralatan dapat membantu
dalam pengajaran serta meningkatakan kefahaman pelajaran disampaikan oleh guru.
Pengurusan pembelajaran menggalakkan pemahaman guru dalam mengawal kanak-kanak
semasa pembelajaran prasekolah.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK) mula dilaksanakan bermula


dari tahun 2010 yang telah disemak semula untuk memenuhi tuntutan dasar tertuntu di bawah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang
dilaksanakan standing standard antarabangsa. Telah menjadi amalan antarabangsa
mempraktikan kurikulum berasaskan standard yang seterusnya dijelmakan menjadi KSPK
menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentafsiran (DSKP) yang
merangkumi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi. DSKP yang
telah dihasilkan dapat menyatupadukan enam Kerangka KSPK kemasukan secara eksplisit
KEmahiran Abad ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut
dapat melahirakn insan seimbang dan harmonis.

DSPK dan KSPK dapat dijadikan sebagai panduan utama para guru dalam
mendukung hasrat mulia Negara untukmenyediakan pendidikan prasekolah bertaraf dunia
kepada generasi masa kini dan mendatang. KSPK digubal berdasarkan prinsip serata amalan
yang sesuai dengan perkembangan dan teori pembelajaran kanak-kanak. KSPK adalah
berasaskan enam tunjang iaitu Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap, dan Nilai;
Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi; dan Keterampilan
Diri;. KBAT merupakan perkara yang diberikan penekanan dalam penggubalan KSPK yang
telah dinyatakan secara eksplit dalan penulisan Stardard pembelajaran. Setiap perincian dan
dokuman dapat membantu guru untuk melaksana dan merancang PnP secara berkesan.

1
1.2 TUNJANG

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibangun berdasarkan enam tunjang


pembelajaran iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan
Diri, Perkembangan Fizikal dan estetika serta Sains dan Teknologi. Ia merupakan komponen
utama yang dapat menyokong antara satu sama lain serta disepadukan dengan pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif. Berikut merupakan penjelasan bagi setiap tunjang:

1.2.1 TUNJANG KOMUNIKASI

Merupakan sebuah tunjang yang menekankan kepada kemahiran berbahasa secara


lisan dan bukan lisansemasa berinteraksi,ia mengandungi displin ilmu bahasa yang wajib
dipelajari oleh semua murid prasekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Manakala
bagi murid prasekolah jenis kebangsaan Cina/Tamil, murid tersebut wajib mempelajari
Bahasa Cina/Tamil. Teras utama bagi Tunjang Komunikasi adalah kemahiran bahasa yang
merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur; kemahiran membaca; dan kemahiran
menulis, setiap kemahiran ini adalah penting untuk perkembangan komunikasi lisan dan asas
literasi murid untuk pembelajaran mereka yang selanjutnya. Selain itu, tunjang ini turut
menerapkan aspek seni bahasa yang merujuk kepada keupayaan murid untuk memahami,
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalaui pembelajaran seharian murid
dengan didikan yang menyeronokkan dan hiburan melalaui pelbagai aktiviti dan permainan
bahasa dalam bentuk nyanyian, bercerita, berlakon, berpuisi dan sebagainya. Hasilnya selepas
mengikut aktiviti pembelajaran daripada setiap bahasa murid dapat memberikan respon
terhadap rangsangan bahasa yang didengari dengan cara bertatusila, murid juga dapat
memahami dan membaca suatu ayat yang mudah dan murid juga dpat menulis perkataan,
suatu frasa dan ayat yang mudah.

2
1.2.2 TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

Dalam tunjang ini, Ia menekan serta memberikan keutamaan kepada aspek


penghayatan amalan agam, kepercayaan, sikap dan nilai. Ia mengandungi displin ilmu yang
menekan ilmu Pendidikan Agama Islam yang di pelajari oleh murid beragama islam dan
Pendidikan Moral yang dipelajari oleh murid yang bukan beragama Islam. Dalam Pendidikan
Islam, murid akan diberikan penekanan dalam penguasaan ilmu asas Al-Quran dan jawi,
pembentukan akidah, pemupukan asas ibadah, penyuburan adab dan akhlak serta pengenalan
kepada sirah. Setelah mengikuti pembelajaran berasaskan Pendidikan Islam, murid dapat
mengenali mengenal huruf-huruf hijaiyah, menghafaz surah-surah pendek seta mempelajari
bahas Arab yang mudah. Selain itu, murid juga dapat mempelajari sirah dan peribadi
Rasulullah SAW dan mencontohi peribadi mulianya dan dapat mengamalkan suatu adab dan
akhlak yang mulia. Bagi Pendidikan Moral pula, ia memfokuskan pembentukan insan supaya
berakhlak mulia yang berteraskan tiga domain; Penaakulan Moral, Emosi Moral. Dan
Perlakuan Moral. Domain yang pertama, Penaakulan Moral merupakan keupayaan mental
dalam mengenal pasti sesuatu perbuatan atau perlakuan yang baik atau benar serta perbuatan
atau perlakuan yang jahat atau salah. Seterusnya, Emosi Moral memberikan kesedaran atau
perasaan moral yang dapat melahirkan kesedaran agar berkelakuan baik dan betul yang
memberikan insan berasa gembira apabila sesuatu tindakan yang dilalukan adalah betul dan
akan berasa bersalah apabila melakukan sesuatu yang salah. Ia dapat melahirkan motivasi dan
niat untuk bertindak berdasarka empati dan simpati pada diri sendiri serta orang lain.
Pelakuan Moral melibatkan tindakan moral yang berkaitan antara penaakulan moral dan
emosi moral yang dilakukan dengan rela hati dan rasa tanggungjawab akaauntabiliti dan
berintegriti. Kesemua domain perlu diaplikasikan dengan 14 nilai universal yang dapat
menghasilkan insan yang berakhlak mulia, ia merupakan nilai-nilai murni yang diterima serta
menepati setiap anutan agama atau kepercayaan setiap rakyat Malaysia. Hasil daripada
pembelajaran Pendidikan Moral murid dapat mengetahui dan memahami amalan serta nilai
masyrakat Malaysia, murid juga sedar bahawa dalam kehidupan seharian perlu menghayati
dan mengamalkan sikap budi perkerti.

3
1.2.3 TUNJANG KEMANUSIAAN

Tunjang Kemanusiaan menjelaskan tentang penekanan tentang penguasaan ilmu dan


amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta
penghayatan semangat patriotisme serta perpaduan. Tunjang ini dapat memberi peluang
kepada murid untuk menpelajari, mengenali dan menghargai diri sendiri, masyarakat di
sekeliling, negara Malaysia, komuniti setempat, alam sekitar dan global. Kesejahteraan
masyarakat dapat dicapai apabila murid memahami peranan tanggungjawab serta sumbangan
diri sendiri dan ahli komuniti yang lain. Melalui tunjang ini, murid mempelajari tentang
pengetahuan dan kemahiran yang dapat menyediakan murid menjadi seorang individu yang
lebih prihatin dan bertanggungjawab. Selepas melakukan aktivit, murid boleh memahami
hubungan diri dengan anggota masyarakat, keluarga, rakan dan komuniti. Murid juga dapa
memahami erti melaksanakan tanggungjawab diri dan berasa bangga terhadap identiti dan
keistimewaan negara.

1.2.4 TUNJANG KETERAMPILAN DIRI

Tunjang Keterampilam Diri menekan kepada perkembangan sosioemosi dan


pembinaan kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial didalam kalangan murid. Melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum tunjang ini dapat menonjolkan sikap kepimpinan dan
sahsiah diri murid. Murid dapat menegenali diri sendiri, emosi dan tingkah laku sendiri dapat
di kawal dan diuruskan dengan sendiri dan murid dapat menghormati kepelbagaian emosi dan
pandangan orang lain. Dalam mewujudkan peluang pembelajaran melalui pelaksanaan rutin
harian, interaksi, penyediaan persekitaran kelas dan aktiviti pelajaranyang terancang atau
spontan guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membina kemahiran
sosioemosi murid dengan berkesan.

4
1.2.5 TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA

Tunjang ini menekan aspek jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri yang
seterusnya dapat memupuk daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi dalam kalangan
murid yang melibatkan karya seni. Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan; serta
Kreativiti dan Estetika merupakan komponen yang terlibat dalam tunjang ini. Perkembangan
Fizikal merupakan kemahiran yang melibatkan motor halus, motor kasar, manipulatif dan
pergerakan berirama yang merupakan asas kepelbagaian pergerakan kompleks yang
diperlukan dalam kehidupan, ia sangat penting dalam membentuk kecergasan badan,
kecerdasan minda, ketangkasan, kordinasi dan kesihatan. Manakala Penjagaan Kesihatan
menekankan kepada aspek Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS). Murid
diberikan kesedaran tentang kesihatan, keselamatan dan pemakanan yang diterapkan dalam
pembelajaran dari peringkat awal supaya amalan tersebut dapat dijadikan amalan dalam
kehidupan seharian. Dari aktiviti yang dilaksanakan oleh guru, murid dapat melakukan
pelbagai pergerakan yang melibatkan motor halus dan kasar, setiap pergerakkan yang
dilakukan oleh murid didalam imbangan dan kawalan dan murid dapat meneroka pelbagai
pergerakan. Muzik, Drama dan Seni Visual adalah terdiri daripada Kreativiti dan Estetika.
Melalui Kreativiti dan Estetika, murid dapat mengasah bakat mereka di prasekolah. Selepas
melakukan aktiviti murid didapati lebih menghayati pelbagai jenis muzik, melakukan
pelbagai gerakan mengikut muzik dan mengaplikasikan pengetahuan dalam menghasilkan
karya seni.

1.2.6 TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi aspek pengetahuab sains, kemahiran dan
sikap saintifik; serta pengetahuan dan kemahiran matematik. Sains Awal dan Matematik
Awal merupakan disiplin ilmu yang terkandung dalam tunjang ini. Sains Awal merupakan
pembentukan sikap dan penguasaan kemahiran proses sains melalui penyiasatan terhadap
alam sekitar dan kehidupan. Hasil dari pembelajaran, murid sikap ingin tahu dan minat
tentang alam sekeliling mereka berkembang, kemahiran saintifik dan berfikir secara kreatif
dan kritis dapat dikuasai. Kemahiran proses sains merupakan kemahiran yang memerlukan
murid untuk mencari jawapan dalam sesuatu masalah dan membuat sesuatu keputusan secara
bersistem. Proses ini mengalakkan murid berfikir secara kreatif, analitis dan sistematik.

5
Kemahiran ini dikenal pasti untuk memgembangkan murid untuk memerhati, mengelas,
mengukur, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi. Manakala Matematik Awal
melibatkan pengamalan awal matematik termasuk pranombor, konsep nombor, operasi
nombor, nilai mata wang, konsep masa dan waktu, serta bentuk dan ruang. Murid dapat
memupuk minat dalam matematik dengan melakukan pelbagai aktiviti dan pengalam
seharian, murid juga dapat menguasai konsep asas matematik dan meningkatkan kemahiran
berfikir dan penyelesaian masalah.

Tunjang-tunjang ini dapat menyokong diantara satu sama lain apabila tunjana-tunjang
ini diaplikasikan secara betul dan berkesan kepada pelajar. Tunjang-tunjang ini merupakan
doamian utama yang dapat menyokong diantar satu sama lain. Jika ia disepadukan dengan
pemikran kritis, keatif dan inovatif dapat membangunkan seorang modal insan yang
beragama, menerapkan nilai-nilai murni, berpimikran kreatif, kritis dan inovatif.

1.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya, hasil dari pembelajaran dan penyelidikan saya tentang Enam Tunjang
tersebut, saya mendapati bahawa tunjang ini dapat memberikan banyak manfaat dan faedah
yang berguna untuk murid. Ia merupakan suatu pembelajaran awal yang berkesan untuk
murid dalam membentuk minda dan sahsiah mereka. Melalui tunjang tersebut mereka dapat
menilai mempelajari sesuatu yang baru di prasekolah. Tunjang ini turut memberikan
penekanan kepada pelajar tentang pentingnya menghayati keagamaan dan mengamalkan
nilai-nilai murni didalam keagamaan. Murid juga dapat belajar berkomunikasi mengikut
Bahasa masing-masing dengan menggunakan Bahasa yang mudah difahami. Melalui Tunjang
kemanusian murid dapat menghayati maksud patriotisme dengan lebih mendalam.
Keterampilan diri dapat membentuk murid untuk berinteraksi antara mereka. Murid juga
dapat mempelajari tentang perkembangan kesihatan dan daya kreatif meraka apabila
mempelajari tentang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Manakala bagi Sains dan
Teknologi, murid dapat mengetahui perkara asas tentang Sains Awal, Matematik dan
teknologi. Tunjang-tunjang ini dapat membantu murid-murid dalam meningkatkam pelbagai
kemahiran dalam pembelajaran meraka, tunjang ini juga dapat membentuk daya kreatif murid
serta membentuk sikap kendiri yang positif dalam kehidupan mereka untuk bersedia
menghadapi dan mempelajari pembelajaran yang selanjutnya.

6
1.4 RUJUKAN

Fatimah Isa ( 2016, Mac, 16 ) Rancangan pengajaran Tahunan Prasekolah. Di petik Daripada
https://www.slideshare.net/fatimahisa/rancangan-pengajaran-tahunan-
prasekolah?qid=99b00fb3-6d27-424d-a046-25ce8810070d&v=&b=&from_search=3

Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) ( 2017). Kurikulum Standard


Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Malaysia, K. P. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 2010. Bahagian


Pembangunan Kurikulum.

Malaysia, K. P. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. 2017. Bahagian


Pembangunan Kurikulum.

Nor Shahida ( 2012, September, 30 ). Tunjang Sains Dan Teknologi. Di petik Daripada
https://www.slideshare.net/NorShahida3/tunjang-sains-dan-teknologi

Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) ( 2017). Kurikulum Standard


Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.

7
BAHAGIAN 2

2.1 RANCANGAN PEMBELAJARAN 1

Kelas : Tabika Kemas Selekoh

Kumpulan usia kanak-kanak : 4-6 tahun

Tunjang : Komunikasi – Bahasa Melayu

Tarikh / Masa : 22 Oktober 2018 / 9.00a.m – 9.45a.m

Tempoh : 45 minit

Bahan Pembelajaran : Buku cerita besar (Sang Kura-Kura dan Sang Arnab).

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat ;

a) Murid menceritakan semula kisah “Sang Kura-Kura dan Sang


Arnab” menggunakan ayat sendiri mudah secara individu.
b) Murid dapat memberi nilai-nilai murni dan pengajranyang
terdapat dari kisah tersebut di dalam kelas

2.2.1SET INDUKSI

Set induksi ini berlangsung selama lima hingga sepulih minit. Pada set induksi ini
saya telah memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari tersebut. Pada permulaan
penbelajaran saya telah menunjukkan sebuah buku cerita kepada murid untuk menarik minat
dan tumpuan para murid untuk pembelajaran pada hari tersebut. Dalam set induksi ini, saya
telah menanyakan soalan “ apakah haiwan berbulu putih yang berlari sepantas kilat” murid
juga mula berfikir dan berebut-rebut diantara satu sama lain untuk menjawab soalan yang
diberikan. Di sini dapat dilihat murid telah di terapakn dengan elemen Tunjang Komunikasi
daripada awal pembelajaran sebelumnya. Murid juga dapat menjawab soalan yang diberikan
dengan menggunakan ayat yang mudah. Langkah seterusnya ialah, saya telah meminta salah
seorang daripada murid untuk menceritakan secara ringkas mengenai kisah “ Sang Kura-Kura
dan Sang Arnab” secara ringkas. Seterusnya saya menerangkan secara ringkas tentang buku
cerita tersebut dan menceritakan tentang kulit buku dan pengarang buku tersebut.

8
2.1.2 PENGENALAN

Aktiviti pembelajaran yang dilakukan menerapkan Tunjang Komunikasi iaitu Tunjang


Bahasa Melayu. Saya telah melakukan aktiviti pembelajaran tersebut di Tabika Kemas
Selekoh, namun kumpulan usia murid didalam kelas tersebut terdiri daripada empat hingga
enam tahun. Saya mengambil inisiatif untuk menggunakan Tunjang Komunikasi Bahasa
Melayu kerana majoriti 90 peratus murid adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Pada sesi
tersebut saya telah menyatakan beberapa objektif utama sesi pembelajaran iaitu; murid
menceritakan semula kisah “Sang Kura-Kura dan Sang Arnab” menggunakan ayat sendiri
mudah secara individu dan murid dapat memberi nilai-nilai murni dan pengajaran yang
terdapat dari kisah tersebut di dalam kelas. Saya menggunakan buku cerita besar yang
terdapat di tabika tersebut untuk dijadikan bahan alatan utama pembelajaran. Setelah
menggadakan sesi bercerita, murid di minta untuk menceritakan semula kisah tersebut kepada
guru kelas dan rakan-rakan dengan menggunakan Bahasa tersendiri dan mudah difahami oleh
murid yang lain. Kemahiran mendengar dan bertutur dapat dilaksanakn dengan baik. Murid
dapat mendengar, memahami dan memberikan respon yang baik dari setiap nada serta bunyi
yang disampaikan oleh murid yang lain. Selain itu, saya mendapati murid juga mula
berinteraksi dengan murid lain dengan menggunakan ayat mudah secara bertatusila. Objektif
ini turut menerapkan sikap berani murid untuk berinteraksi di kalayak ramai dengan lebih
yakin dan berani.

Objektif kedua pula, murid dapat memberi nilai-nilai murni dan pengajran yang
terdapat dari kisah tersebut di dalam kelas. Pada akhir sesi akhir pembelajaran murid diminta
untuk memberikan nilai-nilai murni dan pengajaran dari kisah Sang Kura-kura dan Sang
Arnab. Hasil daripada penceritaan yang menyeronokan dan menarik minat murid, murid
dapat memberikan pengajaran daripada kisah tersebut hasil penceritaan yang menyeronokkan
dan mengguna nada serta intonasi suara yang bersesuai berdasarkan situasi penceritaan.

9
2.1.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Set Induksi – Menanyakan soalan.

Memperkenalkan buku cerita kepada murid.

Langkah 1 – Memulakan menceritakan kisah tersebut kepada murid.

Langkah 2- Murid mendengar kisah Sang Kura-Kura dan Sang Kancil

Langkah 3 – Murid diminta untk menceritakan semula tentang kisah Sang Kura-Kura dan
Sang Arnab dengan menggunakan ayat mudah

Langkah 4 – Murid diminta untuk memberikan nilai-nilai murni dan pengajaran tentang kish
tersebut.

Penutup – Mengulang dan menyebut kosa kata yang berulang dan meminta murid untuk
mengulang.

2.1.4 PENGUKUHAN DAN KESIMPULAN

Sepanjang aktiviti pembelajaran selama lebih kurang 45 minit, saya dapat melaksanakan
objektif dengan lancar. Murid dapat mengikut arah yang diberikan dan dapat berinteraksi
dengan pengajar dan murid lain dengan baik. Saya memilih Tunjang Komunikasi kerana
tunjang ini mudah dan dapat memberikan kemahiran mendengar dan bertutur yang lebih baik
kepada murid. Sepanjang pembelajaran murid faham dengan jalan cerita yang disampaikan.
Saya juga telah mengulang serta menyebut kosa kata yang berulang sepanjang pembelajaran
dan meminta murid untuk mengulangnya semula.

10
2.2 RANCANGAN PEMBELAJARAN 2

Kelas : Tabika Kemas Selekoh

Kumpulan usia kanak-kanak : 4-6 tahun

Tunjang : Perkembangan Fizikal dan Estetika ( Kreativiti )

Tarikh / Masa : 23 Oktober 2018 / 9.00a.m – 10.00a.m

Tempoh : 60 minit

Bahan Pembelajaran : Kuih Donat, manik-manik gula, coklat urai, coklat masakan dan gula
halus.

Objektif Pembelajaran : Menghias donat mengikut kreativiti sendiri

2.2.1 SET INDUKSI

Set induksi ini berlangsung selama 10 minit. Set induksi kali ini guru kelas telah
membahagikan murid kepada empat kumpulan. Saya telah menerangkan tugasan yang akan
dilakukan oleh murid pada hari tersebut. Langkah awal pembelajaran saya telah menunjukkan
beberapa biji donat yang saya telah hias kepada murid. Saya juga telah menunjukkan bahan
yang digunakan untuk membuat hiasan donat kepada murid dan menerangkan dengan lebih
terperinci dan murid kelihatan sangat gembira dan menghias donat tersebut. Langkah terakhir
saya menerangkan tajuk aktiviti pada pembelajaran tersebut iaitu “menghias donat”.

2.2.2 PENGENALAN

Pada aktiviti pembelajaran kali ini, saya telah memilih Tunjang Perkembang Fizikal
Estetika. Tunjang kali ini, saya mengutamakan kreativiti sebagai pembelajaran murid.
Kreativiti yang diterapkan dalah kreativiti dalam seni visual, iaitu penghasilan karya kreatif.
Pembelajaran kali ini menekankan kreativiti murid untuk menghias donat mengikut kreativiti
yang tealh ditetapkan oleh ketua kumpulan. Bahan yang digunakan mempunyai pelbagai
warna yang ceria dan menarik perhatian murid untuk menghias dan selanjutnya
meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid. Objektif pembelajaran yang utama iaitu
menghias donat mengikut kreativiti. Hasil objektif tersebut, saya dapati murid dapat
menzahirkan idea dalam penghasilan karya seni murid diatas donat. Murid juga mula
11
meneroka bahan-bahan yang disediakan dan mula menghiaskan donat mengikut hiasan yang
telah ditetapkan oleh ketua. Saya juga dapat melihat murid-murid mula meneroka dan melihat
contoh dekorasi donat yang telah disiapkan. Murid dilihat sangat gembira dan teruja untuk
menghias donat dan saya mendapati beberapa murid kelihatan berlumba-lumba bersama
murid yang lain untuk menyiapkan dan menghasilkan donat yang paling cantik. Murid juga
telah berkerjasam antara satu sama lain untuk menghasilkan hiasan yang terbaik. Saya
mendapati objektif utama pembelajaran kali ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik

2.2.3 AKTIVITI PEMBELAJARAN

Set induksi – Menerangkan tugasan yang dilakukan.

Mempamerkan donat yang telah dihias.

Langkah 1 – Membahagikan beberapa biji donat kepada setiap kumpulan.

Lankah 2 – Setiap kumpulan akan dilantik ketua untuk memimpin setiap ahli dan
menentukan hiasan donat.

Langkah 3 – Menunjukkan demo hiasan donat.

Langkah 4 – Murid mula menghias donat yang telah diputuskan oleh ketua dan menggunakn
hiasan yang diberikan.

Penutup – Mempamerkan hasil kreativiti hiasan setiap kumpulan dan menikmati ketika waktu
rehat.

2.2.4 PENGUKUHAN DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhan aktiviti pembelajaran pada hari tersebut, objektif yang


dilaksanakan dapat dijalankan dengan lancar. Secara kesimpulannya murid memahami
aktiviti yang dijalankan. Murid kelihatan gembira dan berseronok ketika menjalankan aktiviti
tersebut. Objektif yang dilaksnakan dapat dilakukan dengan baik apabila murid menerima
dan mendengar arahan yang diberikan. Murid kelihatan meneroka dengan bahan yang
disediakan dan mula menghias donat dengan kreatif. Murid juga berkerjasama bersama
kumpulan masing untuk menghasilan hiasan yang terbaik.

( 2697 Patah Perkataan )


12