Anda di halaman 1dari 42

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

BAHASA MALAYSIA
MASALAH PEMBELAJARAN
TAHUN EMPAT
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


(MASALAH PEMBELAJARAN)

BAHASA MALAYSIA
MASALAH PEMBELAJARAN

TAHUN EMPAT

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
KANDUNGAN MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1
2 MATLAMAT 1
3 OBJEKTIF 1
4 STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
5 KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 3
6 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 4
7 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
8 FOKUS MATA PELAJARAN 6
i. Matlamat
ii. Objektif
iii. Pelaksanaan Subjek Modul

9 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 11


10 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 17
11 PENTAKSIRAN 17
PENDAHULUAN secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran
supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan
berjaya dalam kehidupan.
(KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
MATLAMAT
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk
bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan
memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara
murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan
menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap
Pendidikan.
kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis
Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan
dan berakhlak mulia.
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru
OBJEKTIF
boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau
pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata
KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid:
pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
matlamat Pendidikan Khas”.
menguruskan kehidupan seharian yang lebih
bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan
berdikari dalam kehidupan seharian
seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti

1
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
kehidupan bekerjaya dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan
diri dengan sempurna i. Komunikasi
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai
berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan iii. Kemanusiaan
menepati tatasusila masyarakat majmuk iv. Sains dan Teknologi
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan v. Fizikal dan Estetika
seharian bagi yang beragama Islam vi. Keterampilan Diri
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi


membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain
utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir,
Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid
dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid
akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
STANDARD KANDUNGAN etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan berfikir.
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun
1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
STANDARD PEMBELAJARAN (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum
pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang dinyatakan. Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan
kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk


mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

3
KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata
menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1. pelajaran.

KBAT Penerangan KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti
Mengaplikasi  Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah
nilai dalam situasi berlainan untuk dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti
melaksanakan sesuatu perkara peta pemikiran, peta minda, dan ThinkingHats serta penyoalan aras
Menganalisis  Mencerakinkan maklumat kepada bahagian tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid

kecil untuk memahami dengan lebih berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.

mendalam serta hubung kait antara


bahagian berkenaan
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Menilai  Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan, pengalaman,
Dalam KBSR terdapat beberapa elemen merentas kurikulum telah
kemahiran, dan nilai serta memberi
diperkenalkan seperti Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar,
justifikasi
Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Pendidikan Kesihatan Reproduktif
Mencipta  menghasilkan idea atau produk atau
dan Sosial, Pencegahan Rasuah, Pendidikan Pengguna dan
kaedah yang kreatif dan inovatif
Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum dalam KBSR
dikekalkan dan ditambah dengan memperkenalkan elemen
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi.

4
Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020
umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen
pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan
idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam  Mengamalkan sikap keusahawanan;
menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu  Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka  Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan pengurusan perniagaan;
seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan  Memformulasikan konsep, proses atau produk
warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai keusahawanan; dan
matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata  Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam
pelajaranTeknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang keusahawanan.
berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan
secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap
menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang kebolehan murid sekolah rendah.
difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat.
Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, Teknologi merupakan satu wadah yang berkesan untuk
kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan memperkukuhkan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif. Penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, komputer, Internet,
perisian komputer, perisian kursus dan antara muka berkomputer
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan

5
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam Fokus
mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh
dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum
Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam StandardSekolah Rendah Masalah Pembelajaran berkeupayaan
KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu: dapat:
 Belajar mengenai TMK i. Mendengar, mengecam, mengajuk, memahami dan
 Belajar melalui TMK menyebut bunyibahasa perkataan, frasa dan ayat dengan
 Belajar dengan TMK betul;
ii. Mendengar, memahami dan memberi respon berdasarkan
arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
FOKUS MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA iii. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang
sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal
Matlamat dengan betul dan bertatasusila;
iv. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
digubal untuk membolehkan murid menguasai asas berbahasa dan v. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada
boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,berdikari, pelbagai bahan dan memberi respons dengan betul;
memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkan vi. Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkayakan
maklumat, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;
bermakna. vii. Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
viii. Menulis secara mentalis dengan betul dan kemas;
ix. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan
betul;

6
x. Menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan, secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga
pembacaan dan penulisan; dan diberikanpada penggunaan tatabahasa yang betul
xi. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,
semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti iii. Kemahiran Membaca
berbahasa. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid
membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan
Kemahiran Bahasa kelancaran yang betul. Penekanan perludiberikan pada
aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bahansecara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik
bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran membaca. Di samping itu murid dapat menghayati teks
bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku. yang dibaca.

i. Kemahiran Mendengar iv. Kemahiran Menulis


Kemahiran mendengar meliputi keupayaan murid Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid
mendengar denganteliti, memahami dan menghayati menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai
secara lisan perkara yang didengar dalam situasi jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
bercerita dan mendiskriminasikan perkataan serta dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan
memberirespons perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas
ii. Kemahiran Bertutur dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan
Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran berkomunikasi kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur
untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran
maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam
dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

7
Aspek Seni Bahasa Tatabahasa

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid memahami, Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis
mengungkapdan menghargai bahasa yang indah melalui
pembelajaran yangmenyeronokkansecara didik hibur. Murid i. Morfologi
memperolehi bahasa yang indahsecara didik hibur daripada teknik
bercerita dan berpuisi. Seni bahasa inimenampakkan Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk
keindahanbahasa dari aspek pembentukan ayat yangmenggunakan dangolongankata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran
personafikasi yang terdapat dalam bercerita dan berpuisi.Idea ataulambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
ini dapat dilahirkan dalam bentuklisan dan penulisan. Bentuk kata pula ialahunit tatabahasa sama ada bentuk tunggal.
Golongan katapula ialah prosesmenjeniskan perkataan
Aspek Tatabahasa berdasarkan keserupaanbentuk atau fungsi dengan anggota yang
lain dalamgolongan yangsama;
Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan
tatabahasa denganbetul dan tepat dalam konteks yang diajarkan a) Struktur kata majmuk pola suku kata bagi:
secara terancang i) kata asli bahasa Melayu

Sistem Bahasa b) Bentuk kata terdiri daripada:


i) kata tunggal
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata,
sebutandan intonasi. Perlaksanaan sisitem bahasa dalam c) Golongan kata terdiri daripada:
pengajaran danpembelajaran. Bahasa Malaysia membolehkan i) kata nama
murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. ii) kata kerja
Penjelasan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah. iii) kata adjektif

8
iii) Tanda Baca
ii) Sintaksis Tanda baca perlu dikuasai dalam
komunikasi tulisan untuk memastikan
Sintaksis ialah bidang bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan keselarasan dan juga makna yang tepat.
binaan ayat. Ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian tentang Contohnya, koma dan tanda
hukum ataurumus tatabahasa yang menjadi dasar kaedah noktahmewakili hentian di dalam pertuturan.
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok Penggunaan tanda baca yang yang
perkataan untuk membentuk ayat. betuldapat mewakili intonasi dalam bacaan
dan tulisan.
Aspek tumpuan sintaksis adalah seperti berikut:
iv) Sistem Ejaan
a) Unsur utama yang terdiri daripada kata, Perkara yang diberi penekanan ialah:
frasa, klausa dan aspekpembinaannya a)Pola keselarasan huruf vokal
serta pembahagian subjek dan predikat. b) Ejaan kata pinjaman
c) Ejaan kata dasar
b) Jenis ayat iaitu ayat penyata dan ayat
tanya v) Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid
c) Binaan ayat iaitu ayat dasar, ayat tunggal dapat menyebutperkataan danayat yang betul
dan ayat majmuk serta memahami intonasi dan jeda.
Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan
mengenal pasti danmembezakan pelbagai
aspek dalam sebutan dan intonasi supaya

9
murid dapat menyampaikan maksud dengan muriddapat mengungkapkanmaklumat dan
tepat. buah fikiran selaras dengan penambahan
a) Sebutan ilmu dalam mana-manamata pelajaran
Sebutan diajarkan supaya murid dapat yang dipelajari di peringkat ini.
menyebut sesuatu katadengan betul.
Sebutan bahasa Malaysia yang diajarkan di Pelaksanaan Modul
Sekolahhendaklah menggunakanbahasa
Melayu baku. Modul Pengajaran
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard
b) Intonasi Kurikulum Mata pelajaran bahasa Malaysia untuk membantu
Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru
hendaklah diajarkanmengikut pola ayat boleh mengubahsuai atau membina modul yang
yangberikut: bersesuaian mengikut keperluan murid. Penglibatan murid
i) ayat penyata yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
ii) ayat tanya
iii) ayat perintah Modul Pembelajaran
iv) ayat aktif Modul pembelajaran Mata pelajaran Bahasa Malaysia juga
v) ayat pasif disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi
lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan
murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard
c) Kosa kata Pembelajaran.
Kosa kata daripada kata umum dan istilah.
Penguasaan kosakata perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan agar

10
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ii. Penyerapan

Penekanan 5P Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,


unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh
Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan
dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.
iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan
pengayaan. Hal ini selaras dalam usaha memenuhi konsep
bersepadu dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi
pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti berikut; iii. Penilaian

i. Penggabungjalinan Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran


dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.
beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga Penilaian perlukan dijalankan secara berterusan dalam
dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. prose pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap
dalam standard kandungan. seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau
pengayaan.

11
iv. Pemulihan Pendekatan berpusatkan murid

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan
dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui
terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina kenyakinan
dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat- berbahasa.
peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.
Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar Pendekatan Tematik
kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia
v. Pengayaan diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran
bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan
Program pengayaan disediakan untuk memantapkan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di
kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih
hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancagan dan penentuan
secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian
bacaan tambahan kad, permainan dan bahan aktiviti boleh dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya
diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.
dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:
daripada jangka masa yang ditentukan.

12
i) Kebudayan, Kesenian dan Estetika yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar
dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk
Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi menghasilkan sesuatu yang berinovasi.
elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. iv) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni
budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan
pembentukan jati diri warga Malaysia. murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk
kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan
ii) Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema
ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan perihatin serta
Tema jati diri, patriotisma dan kewarganegaraan merujuk bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan
kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan teknologi hijau.
yang seimbang dari segi fizikal, mental , emosi dan rohani
serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban v) Pertanian dan Penternakan
demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk
melahirkan masyarakat madani yang mempunyai semangat Tema pertanian dan perternakan memberi murid
kekitaan dan setia kepada negara. pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan
secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan
iii) Sains, Teknologi dan Inovasi untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang
bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu
pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji,
dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu

13
vi) Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan sendiri dan kumpulan. Ia mewujudkan interaksi dan
Kewangan kerjasama serta semangat berpasukan di dalam
kumpulan bagi mencapai matlamat pembelajaran.
Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang
perniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan
dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan ii) Pembelajaran Kontekstual
untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang Pembelajaran kontekstual ialah kaedah
ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan
kehidupan. pengalaman harian individu, masyarakat dan
persekitaran. Pembelajaran berlaku apabila murid
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik berupaya berhubungkaitkan pengetahuan terbaharu
secara bermakna dan menghayati proses
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas pembelajaran dalam kehidupan mereka.
3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi
mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran. Antaranya adalah: iii) Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui
i) Pembelajaran Koperatif pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis
Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur,
dan pembelajaran dalam kumpulan murid belajar membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama
bersama-sama, saling belajar dan membantu antara ada dari segi percambahan idea, menyelesaikan
satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan adalah penting
tugasan. Ahli kumpulan bekerja, berkongsi idea, dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada
bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat masa hadapan.

14
iv) Didik Hibur bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu
Didik Hibur adalah satu pendekatan dalam proses projek.
pengajaran dan pembelajaran secara santai dan
berhibur yang terancang dan bersistematik dengan vii) Pembelajaran Konstruktivisme
penekanan pelaksanaannya terhadap dua elemen Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan
komponen sastera iaitu nyanyian dan puisi. dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk
membina pemahaman dan pengetahuan
v) Penyelesaian Masalah barumereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia
Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin,
pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk faham dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.
perkataan, frasa dan ayat. Murid perlu
menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang viii) Kemahiran Belajar Cara Belajar
telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah Kemahiran ini memberikan murid kepada teknik
yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid belajar yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini
berfikir secara kritis dan kreatif. membolehkan murid meningkatkan pengetahuan
dan cekap bertindak untuk menghadapi situasi yang
vi) Pembelajaran Berasaskan Projek sentiasa berubah-ubah untuk pembelajaran
Pembelajaran berasaskan Projek memastikan sepanjang hayat.
murid menggunakan maklumat lama dan baharu
untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini ix) Kajian Masa Depan
melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu, Kajian masa depan ialah satu pendekatan
menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Ini pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin
dapat membantu guru menilai perkembangan murid terhadap sesuatu perkara atau isu yang lampau,
dan kualiti pembelajaran murid. Murid lebih masa kini dan akan datang. Perkara seperti ini

15
memberikan murid untuk menjangka, meramal serta xii) Pembelajaran Masteri
menangani perubahan semasa supaya mereka Pembelajaran masteriadalah memastikan murid
mendapat memanfaat sepenuhnya. menguasai sesuatu hasil pembelajaran sebelum
berpindah keunit seterusnya. Pembelajaran ini
dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil untuk
x) Pembelajaran Akses Kendiri mudah dikuasai murid.
Pembelajaran akses kendiri ialah memberi peluang
murid belajar secara kendiri dengan menggunakan Kepelbagaian Sumber Bahan
bahan pembelajaran. Murid diberi peluang untuk
memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau Penggunaan kemudahan pusat sumber dan komputer adalah
kemajuan mereka sendiri. Ini memberi peluang digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan
mereka bertanggungjawab terhadap hasil yang berunsur ilmu dan disesuaikan dengan murid hendaklah
pembelajaran mereka. digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aksesinternetdapat memberi peluang kepada murid di dalam
xi) Pembelajaran Luar Bilik Darjah mendapatkan sumberpengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran luar bilik darjah adalah aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang terancang, RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
berstruktur dan berpusatkan murid. Kaedah ini
mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep Definisi Rancangan Pendidikan Individu:
yang dipelajari di bilik darjah. Ia memberi Rancangan Pendidikan Individu(RPI) adalah satu dokumen bertulis
pengalaman pembelajaran di dalam situasi yang yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang
sebenar untuk mengembangkan kemahiran sosial dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan
dan kerja berpasukan. panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
boleh menyatakan tahap pencapaian murid.

16
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu
Berkeperluan Khas, 2000) perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan
RPI ialah suatu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran
disiplin yang disediakan bagi memenuhi keperluan murid mereka.
pendidikan khas. RPI dirancang khusus bagi individu murid, dan
dokumentasi dilakukan tentang segala pengubahsuaian dan
penerapan ke atas program pembelajaran dan perkhidmatan yang PENTAKSIRAN SEKOLAH
disediakan. Justeru, RPI memaklumkan ibubapa dan pihak sekolah
tentang keperluan individu murid dan bagaimana keperluan tersebut Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses
dirancang untuk dipenuhi. Bagi mencapai tujuan tersebut, perlu ada pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan
kerjasama dan kolaborasi antara pihak sekolah, ibubapa, dan murid mengukuhkan pembelajaran murid, dan meningkatkan pengajaran
itu sendiri, dengan dibantu oleh pegawai pendidikan peringkat guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang
negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.
lain. PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula
RPI memperincikan antara lain: daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen
i. Tahap prestasi sedia ada murid pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik dan pelaporan.
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak
iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang
mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan
potensi setiap murid ke tahap maksimum.

17
dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari
PS mempunyai ciri-ciri berikut: berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
 Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta dokumen kurikulum.
pengamalan nilai murni.
 Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan
dengan PdP. pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan
 Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk
 Merujuk Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran kepada pernyataan standard.
yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam
PS boleh dilaksanakan secara: masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran
- Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan individu lain. Pihak
denganprosesPdP. sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
- Pentaksiransumatif yang dijalankan pada akhir unit bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek
pembelajaran, semester atau tahun. tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang
bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
Pentaksiran Rujukan Standard dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-
untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran masing.
serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses
mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham

18
Standard Prestasi Tahap
Huraian Tahap Penguasaan
Penguasaan
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan 5 Sangat Baik
pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan 6 Cemerlang
menunjukkan tahap penguasaan murid dalam perkembangan atau
kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda
(konstruk) dan perkembangan menegak (Tahap Penguasaan). aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok
menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul standard. Standard ialah satu pernyataan tentang
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan
Standard Prestasi dibina sebagai panduan untuk guru menambah bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang
baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran individu.
Rujukan Standard.
Tafsiran Umum Keseluruhan
Kerangka Standard Prestasi TAHAP
MAKSUD TAFSIRAN UMUM
PENGUASAAN
1 Tahu Murid tahu perkara asas,
Tahap atau boleh melakukan
Huraian Tahap Penguasaan
Penguasaan kemahiran asas atau
member respons terhadap
1 Sangat Terhad perkara yang asas.
2 Terhad 2 Tahu dan Murid menunjukkan
Faham kefahaman untuk menukar
3 Memuaskan bentuk komunikasi atau
4 Baik menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah
dipelajari.

19
TAHAP Tafsiran Umum Keseluruhan Tahap Penguasaan Untuk
MAKSUD TAFSIRAN UMUM
PENGUASAAN
Bahasa Malaysia
3 Tahu, Faham Murid menggunakan
dan Boleh Buat pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu Tahap ini menandakan pencapaian murid berdasarkan Dokumen
kemahiran pada suatu
situasi. Standard Kurikulum dan Prestasi Bahasa Malaysia KSSR
4 Tahu, Faham Murid melaksanakan dalam kemahiran bahasa.
dan Boleh Buat sesuatu kemahiran dengan
dengan beradab, iaitu mengikut
Beradab proseduratau secara Tahap
sistematik. Tafsiran
5 Tahu, Faham Murid melaksanakan Penguasaan
dan Boleh Buat sesuatu kemahiran pada
dengan situasi baharu, dengan
Beradab Terpuji mengikut prosedur atau Murid mempamerkan tahap
secara sistematik, serta
pengetahuan bahasa dan kecekapan
tekal, dan bersikap positif.
6 Tahu, Faham Murid berupaya berbahasa yang sangat lemah, sangat
dan Boleh Buat menggunakan pengetahuan 1
terhad dan memerlukan banyak
dengan dan kemahiran sedia ada
Beradab Mithali untuk digunakan pada bimbingan, panduan, dan latihan dalam
situasi baharu secara
kemahiran bahasa.
sistematik, bersikap positif,
kreatif dan inovatif, serta
boleh dicontohi.

Murid mempamerkan tahap


pengetahuan bahasa dan kecekapan
2
berbahasa yang lemah, terhad dan
memerlukan sedikit bimbingan,
panduan, dan latihan dalam kemahiran

20
Tahap Tahap
Tafsiran Tafsiran
Penguasaan Penguasaan
bahasa.
Murid berupaya mempamerkan tahap
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan
pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya
berbahasa yang sederhana dan mengungkapkan idea dengan jelas dan
3 berupaya mengungkapkan idea serta terperinci, berkomunikasi secara efektif,
menguasai kemahiran berfikir yang 5 mengaplikasikan pengetahuan bahasa
asas tanpa bimbingan dalam yang lebih kompleks, menguasai
kemahiran bahasa. kemahiran berfikir yang kritis dan
kreatif, serta mengamalkan
pembelajaran secara kendiri dalam

Murid berupaya mempamerkan tahap kemahiran bahasa.

pengetahuan bahasa dan kecekapan


berbahasa yang baik, dapat
mengaplikasikan pengetahuan bahasa Murid berupaya mempamerkan tahap
4 dengan berkesan, berupaya pengetahuan bahasa dan kecekapan
mengungkapkan idea, menguasai berbahasa yang cemerlang dan
6
kemahiran berfikir yang kritis, dan konsisten, berupaya mengungkapkan
mengamalkan pembelajaran kendiri idea dengan jelas, terperinci dan
secara minimum dalam kemahiran tersusun, menguasai kemahiran berfikir
bahasa. yang kritis, kreatif dan inovatif,

21
Tahap panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti
Tafsiran
Penguasaan yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
berkomunikasi secara efektif dan penuh mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah
keyakinan, mengamalkan pembelajaran dalam satu dokumen.
secara kendiri serta menjadi model
teladan kepada murid yang lain dalam Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh
kemahiran bahasa. dijalankan adalah:

Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek


kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah

PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid,
bukan hasil akhir yang diperoleh.

Setiap guru perlu melaksanakan proses PdP dalam bilik darjah


dengan merujuk kepada Standard Kandungan dan Standard Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.

Pembelajaran. Kebijaksanaan guru adalah perlu dalam merancang Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif

dan melaksanakan PdP secara berkesan dan bersesuaian. Pada atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.

waktu yang sama, guru perlu mentaksir dan menentukan tahap


keupayaan murid berdasarkan Standard Prestasi yang telah Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah

disusun mengikut kelompok standard kandungan dan standard penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan

pembelajaran. Guru seharusnya memberi peluang kepada setiap pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.

muridnya untuk mencapai tahap keupayaan yang lebih baik


dengan melaksanakan proses bimbingan dan pengukuhan. Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu

Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses

dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi

22
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains
adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.

Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara


individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan
folio.

Esei: Esei mempamerkan tentang kemahiran murid untuk


menyampaikan maklumat secara saintifik dan sistematik.

23
KEMAHIRAN MENDENGAR

STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
1.1 Mendengar dan 1.1.1 Mendengar 1 Memberi respons secara lisan dan gerak laku terhadap arahan
memahami arahan arahan
yang didengar
1.1.2 Mendengar 2 Menyebut arahan yang didengar
dan memahami
arahan 3 Menyusun ayat arahan yang didengar

4 Menyampaikan arahan didengar berpandukan gambar

5 Menyampaikan arahandidengar dengan tepat

6 Menyampaikan arahan dengan yakin, kreatif dan mempengaruhi


khalayak
1.2 Mendengar dan 1.2.1 Mendengar 1 Memberi respons secara lisan dan gerak laku terhadap pesanan
memahami pesanan pesanan yang didengar
2 Menyebut pesanan yang didengar
1.2.2 Mendengar
dan memahami 3 Menyusun ayat pesanan yang didengar
pesanan
4 Menyampaikan pesanan didengar berpandukan gambar
5 Menyampaikan pesanan didengar dengan tepat

6 Menyampaikan pesanan dengan yakin, kreatif dan mempengaruhi


khalayak

24
STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
1.3 Mendengar dan 1.3.1 Mendengar 1 Menyatakan maklumat daripada cerita yang didengar
memahami cerita dan memberi respons
kepada cerita yang
diperdengarkan Memberi respons secara lisan dan gerak laku terhadap cerita yang
2
1.3.2 Memahami dan didengar
menyebut semula
perkataan-perkataan
yang
3 Menyusun ayat dari cerita yang didengar
didengar dalam cerita

1.3.3 Memahami cerita


berpandukan gambar 4 Menceritakan semula cerita didengar dengan betul berpandukan
gambar
1.3.4 Menyambung
cerita berpandukan 5 Menyampaikan cerita yang didengar dengan betul
gambar

6 Menyampaikan cerita dengan yakin, kreatif dan mempengaruhi


khalayak

25
KEMAHIRAN BERTUTUR

STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
2.1 Bertutur 2.1.1 Bertutur tentang 1 Menyatakan maklumat mengenai;
pengalaman atau i. ahli keluarga
gambar mengenai; ii. rakan
i. ahli keluarga iii. guru
ii. rakan iv. Pembantu Pengurusan Murid
iii. guru v. sekolah
iv. Pembantu
Pengurusan Murid
v. sekolah 2 Berbual mengenai;
i. ahli keluarga
2.2.2 Bercerita tentang ii. rakan
2.2 Bercerita pengalaman iii. guru
dengan atau gambar iv. Pembantu Pengurusan Murid
sebutan mengenai; v. sekolah
yang jelas
i. ahli keluarga
ii. rakan
iii. guru 3 Memberi respons secara lisan tentang;
iv. Pembantu i. ahli keluarga
Pengurusan Murid ii. rakan
v. sekolah iii. guru
iv. Pembantu Pengurusan Murid
v. sekolah

26
STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
4 Bercerita mengenai;
i. ahli keluarga
ii. rakan
iii. guru
iv. Pembantu Pengurusan Murid
v. sekolah
5 Bekomunikasisecara bertatasusila mengenai;
i. ahli keluarga
ii. rakan
iii. guru
iv. Pembantu Pengurusan Murid
v. sekolah

6 Berceritamengenaiahlikeluarga, rakan, guru, PPM dansekolahdenganme


yang betul,sebutan yang jelasdankosa kata yang luas

27
KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
3.1 Membunyikan suku kata 3.1.1 Membunyikan suku
kata KVKK
3.2 Mengeja dan
membatangkan perkataan 3.2.1 Mengeja dan 1 Mengajuk dan membunyikan suku kata dan perkataan
membatang
3.3 Membaca secara mekanis perkataan VKVKK

3.2.2 Mengeja dan


membatang
perkataanVKKVK

3.2.3 Mengeja dan


membatang Mengeja dan membatang suku kata dan perkataan
2
perkataan KVKK

3.2.4 Mengeja dan


membatang
perkataan VKVKK

3.2.5 Mengeja dan


membatang
perkataan KVKVK 3 Menyatakan maksud perkataan,frasa dan ayat yang dibaca

3.2.6 Mengeja dan


membatang
perkataan KVKKKV

28
STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN

3.2.7 Mengeja dan


membatang 4 Membaca dan memahami maksud perkataan, frasa dan ayat
perkataan KVKKVKK dengan sebutan dan intonasi yang betul

3.2.8 Mengeja dan


membatang
perkataan
KVKKKVKK

3.2.9 Mengeja dan 5 Membaca perkataan, frasa dan ayat dengan sebutan dan intonasi
membatang yang betul dalam pelbagai situasi
perkataan vokal
berganding

3.3.1 Membaca kuat


perkataan
yang telah dipelajari

3.3.2 Membaca kuat frasa


yang 6 Memahami dan memindahkan maklumat daripada bahan grafik
mengandungi dan bahan bukan grafik
perkataan
telah dipelajari

3.3.3 Membaca kuat ayat


tunggal yang
mengandungi
perkataan
telah dipelajari

29
KEMAHIRAN MENULIS

STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
4.1 Menulis secara mekanis 4.1.1 Menulis suku
kata KVKK
4.2 Menghasilkan penulisan
mentalis 4.1.2 Menulis 1 Menyalin suku kata dan perkataan
perkataan VKVK

4.1.3 Menulis
perkataan
VKKVK

4.1.4 Menulis
perkataan KVKK
Menulis dan memahami suku kata dan perkataan
2
4.1.5 Menulis
perkataan
VKVKK

4.1.6 Menulis
perkataan
KVKVKK

4.1.7 Menulis 3 Membina dan menulis perkataan,frasa dan ayat berpandukan;


perkataan i.gambar
KVKKKV ii.perkataan

30
STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
4.1.8 Menulis
perkataan
KVKKVKK 4 Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber

4.1.9 Menulis
perkataan
KVKKKVKK

4.1.10 Menulis 5 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif berpandukan gambar


perkataan vokal
berganding

4.1.11 Membina dan


menulis frasa
berpandukan:
i. gambar 6 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara bertatasusila
ii. perkataan

4.1.12 Membina dan


menulis ayat
tunggal

4.2.1 Menghasilkan
penulisan
berbentuk naratif
berpandukan
gambar

31
KEMAHIRAN SENI BAHASA

STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
5.1 Menyebut dan memahami 5.1.1 Menyebut seni 1 Menyebut seni kata lagu.
unsur seni dalam lagu kata lagu dengan
melalui nyanyian jelas 2 Menyebut dan memahami seni kata lagu.
3 Menyanyi dengan gerak laku
5.1.2 Menyebut dan
memahami seni 4 Mencatat maklumat yang betul berdasarkan seni kata lagu.
kata lagu melalui 5 Merekacipta seni kata lagu berdasarkan melodi yang didengar
nyanyian dan
gerak laku. 6 Mempersembahkan lagu secara kreatif
5.2 Melafazkan dan 5.2.1 Melafazkan 1 Melafazkanpantun
memahami puisi dengan pantun empat
betul menggunakan kerat dengan 2 Melafaz dan memahami maksud pantun
bahasa yang indah gerak laku 3 Berpantun dengan gerak laku
5.2.2 Melafazkan dan 4 Mencatat maksud pantun.
memahami
maksud pantun 5 Mencipta pantun secara kreatif
empat kerat
dengan gerak laku 6 Berpantun secara kreatif

32
KEMAHIRAN TATABAHASA

STANDARD PRESTASI
STANDARD STANDARD (Murid boleh…..)
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
(Murid dibimbing untuk…..) (Murid berupaya untuk…..) TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
6.1 Mengenal dan 6.1.1 Memahami dan 1 Menyatakan dan memahami kata nama am dan kata nama khas
menggunakan golongan menggunakan hidup manusia mengikut konteks
kata mengikut konteks kata nama am
hidup manusia 2 Menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas hidup manusia
mengikut mengikut konteks
konteks

6.1.2 Mengenal dan 3 Berkomunikasi menggunakan kata nama am dan kata nama khas
menggunakan hidup manusia mengikut konteks
kata nama khas
hidup manusia 4 Membanding beza dan menggunakan kata nama am dan kata
mengikut konteks nama khas hidup manusia mengikut konteks

5 Menghubungkait dan membina ayat menggunakan kata nama am


dan kata nama khas hidup manusia mengikut konteks

6 Menghasilkan bahan grafik menggunakan kata nama am dan kata


nama khas hidup manusia mengikut konteks

33
TERBITAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604
PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http//www.moe. gov.my/bpk

Anda mungkin juga menyukai