Anda di halaman 1dari 3

Etika Guru

1. Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi,Misi, matlamat dan objektif sekolah.

2. Semua guru dikehendaki datang lebih awal ,sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu
permulaan sekolah / Program Bacaan Pagi/ Perhimpunan:
Sesi Pagi : sebelum atau pada 7.00 pagi
Sesi Petang : sebelum atau pada 12.20 petang

3. Guru dikehendaki menurunkan cap ibu jari (thumb print ) sebaik sahaja tiba ke sekolah
setiap hari persekolahan, sewaktu balik atau semasa meninggalkan kawasan sekolah bagi
sesuatu urusan. Ia akan disemak oleh Pihak Pengurusan sebaik sahaja loceng pertama
dibunyikan.

4. Cuti (CRK/CTR/Cuti Sakit/ Cuti Tanpa Gaji) yang layak dimohon oleh guru adalah
berdasarkan Perintah Am Bab C. Guru harus mendapat kelulusan permohonan cuti
daripada Guru Besar sebelum memohon melalui Hrmis 2.0.

5. Guru yang datang lewat ke sekolah atau tidak datang langsung bolehlah dianggap sebagai
telah mengabaikan tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika Perkhidmatan
Perguruan, tindakan tatatertib boleh diambil ke atasnya.

6. Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebagainya hendaklah
memberitahu pihak sekolah lebih awal dengan apa cara sekalipun atau sebelum pukul 7:00
pagi(sesi pagi) dan pukul 10.00 pagi(sesi petang) untuk tujuan permohonan cuti dan
penempatan guru ganti.
No Telefon GB : 0127296531 (tujuan memohon cuti)
No Telefon GPK Pentadbiran :019-7775334 (tujuan penempatan guru ganti sesi pagi)
No Telefon GPK Penyelia Petang :012-7585361 (tujuan penempatan guru ganti sesi petang)

7. Guru yang datang lewat ke sekolah atau tidak datang langsung bolehlah dianggap sebagai
telah mengabaikan tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika Perkhidmatan
Perguruan dan tindakan tatatertib boleh diambil ke atasnya.

8. Guru-guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan profesion perguruan. (Rujuk
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 - Garis Panduan Guru Ketika Bertugas Di Sekolah).

9. Guru-guru dikehendaki memakai tanda nama dan pakaian yang bersesuaian dengan
profesion perguruan (Rujuk Surat pekeliling Ikhtisas Bil.7/2001).

10. Guru-guru mesti berada di sekolah sepanjang hari persekolahan. Guru yang keluar dari
sekolah dalam waktu persekolah perlu dapatkan kebenaran daripada guru besar dan
mengisi Buku Keluar Masuk. (Perintah Am 5 Bab G- Kebenaran Keluar Pejabat . Surat
Edaran Bil 14 Disembar 2009)
11. Guru yang memandu di kawasan sekolah hendaklah cermat dan berhati-hati demi menjaga
keselamatan murid. Guru yang memandu di kawasan sekolah bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap sebarang kemalangan yang berlaku di kawasan sekolah.

12. Guru-guru dilarang merokok di kawasan sekolah (Sila rujuk dan patuhi Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 5/1997).

13. Guru-guru dilarang melayan/ meminta tajaan atau membuat sebarang urusan jual beli
dengan penjual / pembekal / kontraktor tanpa kebenaran Guru Besar.

14. Semua surat-menyurat sekolah dan notis kepada ibu bapa harus melalui Guru Besar.

15. Semua guru adalah guru disiplin dan perlu mengambil tindakan segera terhadap murid-
murid yang melanggar peraturan di dalam / di luar sekolah.

16. Semua aktiviti yang melibatkan murid keluar dari kawasan sekolah, hendaklah terlebih
dahulu mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar dan Surat Kebenaran daripada ibu
bapa.

17. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus
dalaman. Guru yang tidak hadir perlu mengemukakan surat ketidakhadiran kepada Guru
Besar / mendapat kebenaran daripada Guru besar.

18. Perhimpunan pagi mingguan adalah upacara rasmi sekolah. Semua guru adalah diwajibkan
hadir di tempat yang disediakan.

19. Semua hari berikut merupakan hari bertugas kepada guru:


19.1 Semua hari persekolahan
19.2 Hari acara dan aktiviti rasmi sekolah (seperti Hari Sukan, Malam Kebudayaan, Hari
Kantin/ Hari Jualan, Perkhemahan dll)
19.3 Program/ Kursus/Majlis-majlis tertentu anjuran sekolah/ PPD/JPN/KPM
19.4 Apabila diarahkan oleh Guru Besar termasuk cuti penggal sekolah dengan syarat
jumlah hari yang diminta hadir tidak melebihi sepertiga daripada jumlah hari cuti
penggal tersebut.

20. Semua guru dikehendaki mematuhi Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 apabila
melengkapkan Buku Persediaan Mengajar.

21. Semua guru diwajibkan melengkapkan Buku Rekod Persediaan PdP sehari sebelum PdP
dijalankan.

22. Buku Rekod PdP harus diserahkan kepada Guru Besar atau wakilnya setiap minggu untuk
pemeriksaan dan ditandatangani oleh Guru besar atau wakilnya.
Semua guru : Penyemak- Guru Besar
Hari hantar : Setiap Khamis
Masa : Sebelum pukul 2:00 petang

23. Semua guru kelas dikehendaki mengambil kehadiran/kedatangan pelajarnya pada setiap
hari persekolahan sebelum waktu kedua. Buku jadual kedatangan hendaklah sentiasa
berada di pejabat pentadbiran sekolah. Guru kelas hendaklah menghubungi ibu/bapa
pelajar yang tidak hadir secepat mungkin.

24. Guru kelas dikehendaki sentiasa mengemaskini segala butiran yang terdapat dalam buku
jadual kedatangan pelajar (cth : nombor telefon, alamat dll).

25. Guru-guru tidak dibenarkan mengadakan apa-apa upacara /majlis/ parti kelas dalam waktu
PdPc tanpa mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.

26. Semua guru dikehendaki masuk kelas menjalankan PdPc menepati masa dan matikan
telefon bimbit.

27. Semua guru adalah Guru Kebersihan. Setiap guru bertanggungjawab untuk memastikan
keceriaan dan kebersihan bilik darjah/ pejabat / sekolah.

28. Guru-guru hendaklah menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan


menepati masa dan lengkap. Khususnya data-data dan maklumat-maklumat yang perlukan
oleh sekolah/PPD/JPN/KPM.

29. Semua guru diharapkan dapat mematuhi segala arahan/ peraturan yang ditetapkan bagi
mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa.