Anda di halaman 1dari 3

”SI TANGGANG ANAK DERHAKA”

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai pandai mengaku dirimu


itu ibuku! Ibuku
tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau pergi dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Tersebutlah kisah satu cerita


Cerita bermula kisah derita
Sedihnya ibu kecewa hatinya
Kerana dihalau anak kandungnya

Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya


dalam kisah ”Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada pagi yang
berbahagia ini.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang


arif lagi bijaksana, yang dihormati guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung tinggal Mak Deruma dan


anaknya bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka pada setiap hari kais pagi,
makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya, ”Ibu, kehidupan


kita ini sangat miskin. Tanggang mahu pergi belayar untuk mencari kekayaan.
Nanti, Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan
intan permata pada tubuh ibu...”
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang pergi belayar di sebuah kapal
yang besar. Walaupun sedih, ibunya tetap merelakan Tanggang untuk pergi.

Setelah sekian lama belayar, Si Tanggang berjaya menjadi Nakhoda


kapal yang kaya. S i T a n g g a n g j u g a t e l a h b e r k a h w i n d e n g a n p u t e r i
r a j a . Pada suatu hari, kapal yang di naiki Si Tanggang berlabuh di muara
sungai kampung asalnya..

“ A n a k a k u s u d a h p u l a n g , T a n g g a n g sudah pulang.” Kata ibunya


dengan gembira. “Aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya
sekarang.” Katanya lagi.

Lalu, ib u S i T a n g g a n g m e n d a y u n g sampan untuk berjumpa


dengan anaknya. Si ibu membawa makanan kegemaran Si Tanggang iaitu
pisang salai. Apabila tiba di kapal, Si Tanggang berasa malu untuk
mengaku orang tua itu ibunya.

“Oh Tanggang aku ibu mu. Ibu ada bawakan makanan


kegemaranmu pisang salai.” kata si ibu.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu


itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau pergi dari sini….”

”Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!”

Ibu si Tanggang sangat sedih. Dia mendayung sampannya ke tepi sungai.


Apabila tiba di tepi sungai, ibu Si Tanggang memandang ke langit, sambil
mengangkat tangan, dia berseru ”Oh tuhan kau tunjukanlah kepada Si
Tanggang yang aku ini ibu kandungnya”. Tiba-tiba petir berdentum, angin
bertiup kencang, Kapal yang dinaiki Si Tanggang terumbang ambing.

“Oh , ibu ampunkan Tanggang!, Tanggang berdosa ibu,


Tanggang mengaku Tanggang anak ibu, ampunkan Tanggang”.

Tetapi segalanya sudah terlambat. Kapal Si Tanggang telah menjadi


batu. Pekerja-pekerja kapal juga menjadi batu. Si Tanggang dan
isterinya turut menjadi batu

Kawan-kawan pengajaran daripada cerita ini ialah:

1. Kita tidak boleh derhaka kepada ibu kita kerana syurga terletak di
bawah tapak kaki ibu.
2. Janganlah kita bersikap sombong dan bongkok kepada orang yang
telah berjasa kepada kita.
3.Kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan
s e t i a p p e m b e r i a n Tuhan. Usahlah kita menjadi seperti kacang lupakan
kulit.

Sebelum saya mengakhiri cerita ini, saya ingin menyampai


k a n serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.