Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN

PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2019

1. PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian


Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani
permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan
sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. RASIONAL

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan sekolah


dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha
penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid.
Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku
dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan
Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program JOM KE SEKOLAH
pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan ke arah
membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif dan merealisasikan gagasan “
sekolah bebas Dari Dadah “ yang berteraskan konsep “Zero Defect”

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara
pihak sekolah dan pihak PPS.

3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang
serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3.3 Menyebarkan maklumat bahaya dadah bagi mencegah murid-murid


daripada terlibat dalam gejala ini.
4. ANJURAN

. Program Jom Ke Sekolah merupakan program NBOS di antara KPM (Bahagian


Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan Jenayah dan
Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.

5. TARIKH PELANCARAN

Program Jom Ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat Kebangsaan,


Negeri, Daerah dan sekolah di seluruh negara mengikut ketetapan berikut :

5.1 Kumpulan B - PERLIS,PULAU PINANG,PERAK,SELANGOR,NEGERI SEMBILAN,


MELAKA,PAHANG,SABAH,SARAWAK,WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR ,LABUAN& PUTRAJAYA.

Tarikh : 18 FEBRUARI 2019


Hari : ISNIN
Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi

5.1.1 Peringkat Kebangsaan (Kumpulan A) akan dirasmikan oleh YB Menteri


Pendidikan Malaysia dan Ketua Polis Negara di SMK Dato’ Syed Ahmad,
Kuala Nerang, Kedah
Senarai VIP :
1. YB Menteri Pendidikan Malaysia
2. Ketua Polis Negara
3. TKPPMO
4. Pengarah JPJK
5. Pengarah BPSH
6. Pengarah JPN

5.2 Kumpulan B - Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Sabah, Sarawak , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya
Tarikh : 6hb Februari 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 hingga 8.05 pagi

5.2.1 Peringkat Kebangsaan (Kumpulan B) akan dirasmikan oleh YB Timbalan


Menteri Pendidikan II dan Ketua Polis Negeri Sembilan di SMK Dato’ Md
Said, Mantin, Negeri Sembilan
Senarai VIP :
1. YB Timbalan Menteri Pendidikan
2. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
3. Ketua Polis Negeri
4. Pengarah JPJKK
5. Pengarah BPSH
6. Pengarah JPN
5.3 Pelancaran di peringkat bahagian-bahagian KPM akan diselaraskan oleh Bahagian
KPM (Sila rujuk Lampiran 1).

5.4 Pelancaran di peringkat negeri akan disempurkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri
dan Ketua Polis Negeri. Pihak JPN dimohon untuk mencadangkan nama sekolah
berkenaan.

5.5 Pelancaran di peringkat PPD akan disempurnakan oleh Pegawai PPD dan Ketua
Polis Daerah. Pihak PPD dimohon untuk mencadangkan nama sekolah berkenaan.

5.6 Pelancaran di peringkat sekolah akan disempurnakan oleh Pengetua/Guru Besar dan
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Sekiranya PPS berkenaan menanggung tugas
lebih daripada satu sekolah, maka pelancaran boleh ditangguhkan pada minggu
berikutnya.

5.7 Pihak KPM tidak mempunyai halangan sekiranya pihak PDRM ingin mengadakan
pameran. Pihak sekolah perlu mengatur jadual lawatan murid ke pameran tersebut
tanpa menganggu Pengajaran dan Pembelajaran..

6. URUS SETIA PELANCARAN

6.1 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit HEM) dan Bahagian-bahagian KPM
dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
(JPJKK) Bukit Aman bertanggungjawab bagi pelancaran Program Kesekolah di
peringkat kebangsaan.

6.2 Jabatan Pendidikan Negeri (Unit HEM) dengan kerjasama Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Peringkat Kontinjen Negeri (IPK)
bertanggungjawab bagi pelancaran di peringkat negeri.

6.3 Pejabat Pendidikan Daerah (Unit HEM) dengan kerjasama Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Peringkat IPD bertanggungjawab
bagi pelancaran di peringkat daerah.

6.4 Pengetua/guru besar dan Pegawai Perhubungan Sekolah bertanggungjawab bagi


pelancaran di peringkat sekolah.

6.5 Mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program perlu diadakan oleh JPN dan PPD
dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
(JPJKK) mengikut ketetapan masing-masing.

7. KEWANGAN

Penyediaan Peti Aduan Murid merupakan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
sekolah berkenaan.
8. ATURCARA MAJLIS

- Sila rujuk Lampiran 2

9. PENUTUP

Kehadiran pihak Polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan kerjasama
antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Secara tidak langsung akan
dapat mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif serta
dapat meningkatkan kemenjadian murid.

Lampiran 2

ATUR CARA

7.20 pagi - Perhimpunan Murid, Guru dan PDRM

- Nyanyian Lagu

- Negaraku
- Negeri
- Sekolah

- Bacaan Doa

- Ikrar Murid

- Bacaan Perutusan KPN, PDRM

- Bacaan Perutusan KPPM, KPM

- Perasmian pelancaran program jom ke sekolah dan


Perasmian Peti Aduan Murid
- Taklimat mengenai PPDa.

8.00 pagi - Bersurai

Anda mungkin juga menyukai