Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan yang disediakan


khas untuk membimbing dan menolong murid agar mampu memahami dirinya serta mampu
mencipta kehidupan yang bermakna pada masa hadapan.Antara bidang yang terdapat dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti bidang Akademik , kerjaya ,
kesejahteraan sosial ,mental dan kekeluargaan.

Menurut kamus Dewan Edisi Ketiga(2007),perkataan “bimbingan” didefinisikan


sebagai perbuatan membimbing, manakala “kaunseling”diertikan sebagai proses yang teratur
yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan
usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan .Shertzer& Stone(1992)
menyatakan bahawa bimbingan merupakan proses yang membantu individu memahami diri
mereka dan dunia mereka.Bimbingan merupakan proses untuk membantu individu membuat
keputusan yang akan mempengaruhi kehidupannya.

Kauseling merupakan satu interaksi yang berlaku antara seorang kaunselor dan
seorang klien yang bertujuan untuk membantu dalam perubahan tingkah laku.Menurut
Shertzer dan Stone (1968),kaunseling merupakan proses interaksi yang membolehkan
individu memahami diri dan situasinya. (Sheldon Eisenberg, 1983) pula menghuraikan
kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan
kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya. Dengan adanya
kaunseling ,seseorang individu dapat memahami dan menerima kekuatan dan kelemahan
dalam dirinya .

2.0 Objektif

Antara objektif perkhidamatan bimbingan dan kaunseling dilaksanakan adalah untuk


membantu murid mengenal dan memahami diri sendiri . Sebagai contoh , murid tahu dengan
kelebihan dan kelemahan yang ada pada dirinya.Malah ,perkhidmatan tersebut dalam
membantu murid untuk berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan dengan
mampu untuk membuat keputusan yang tepat.Perkhidmatan ini juga dapat membentuk ciri-
ciri akhlak yang baik kerana perkhidmatan ini adalah dapat memberikan kesedaran kepada
individu untuk melihat kepada diri sendiri.

3
3.0 Matlamat Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling

Antara maklamat perkhidmatan bimbingan dan Kaunseling dilaksanakan adalah untuk


menjana tingkah laku positif.Kaunselor akan bersama-sama dengan klien untuk mencari
alternatif yang sesuai dan dipersetujui oleh klien untuk melakukan sesuatu perubahan tetapi
di bawah tanggungjawab klien terhadap pilihan tersebut.Selain itu, perkhidmatan tersebut
dapat mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan. Penyesuaian diri dengan orang lain
dan persekitaran penting untuk mengurangkan ketegangan atau konflik.Malah , klien juga
dapat menggunakan sumber dalaman yang berasaskan bahawa dia boleh mengawal
perjalanan hidupnya dengan adanya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

4.0 Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

(Mc Daniel, 1956) mengemukakan prinsip-prinsip utama kaunseling iaitu setiap klien
hendaklah diterima sebagai individu dan dilayan dengan baik.Klien tidak boleh dilabel atau
dipandang rendah oleh kaunselor walaupun klien datang datang keadaan apa sekali pun.
Manakala Patterson (1967) pula mengemukakan bahawa kaunseling ialah proses yang
bertujuan untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku klien secara sukarela.Dengan
ini ,kaunselor merupakan individu yang mampu untuk membantu klien menyelesaikan
masalah yang dihadapinya. Kaunselor akan mendengar dan memahami klien sedaya upaya
untuk memudahkan proses membantu ini berlaku dengan berkesan.

5.0 Ciri-ciri dalam Proses Kaunseling Individu

Antara ciri-ciri yang perlu dipraktis dalam proses bimbingan dan kaunseling individu
adalah tempoh masa. Masa merupakan satu aspek yang penting dalam proses kaunseling
individu.Masa yang terlalu panjang akan memberikan suasana yang membosankan dalam
proses kaunseling individu tersebut manakala masa yang terlalu pendek tidak akan
menjadikan sesi kaunseling dijalankan dengan berkesan.Ciri yang kedua adalah langkah
bersistematik.Dalam proses kaunseling individu , langkah yang bersistematik diperlukan untuk
memastikan sesuatu proses kaunseling individu dijalankan dengan lancar dan teratur.Antara
ciri langkah yang bersistematik adalah kaunselor perlu menjalankan prasesi , membina
hubungan dengan klien,meneroka dan analisis masalah , mengenalpasti masalah ,memilih
alternatif penyelesaian dan menamatkan sesi.

Seterusnya , hubungan terbuka juga merupakan ciri-ciri dalam proses


kaunseling.Seseorang kaunselor harus bersifat terbuka , tidak ragu -ragu dan harus jujur
dengan klien . Kaunselor perlulah membina hubungan yang baik dengan klien .Hubungan
terbuka akan berlaku sekiranya klien menunjukkan tanda-tanda tidak kekok bercakap , selesa

4
dan interaksi antara kaunselor dan klien adalah dalam bentuk komunikasi dan bukannya soal
jawab.Seterusnya , integrasi ilmu manusia juga merupakan ciri-ciri dalam proses kaunseling
yang membawa bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan dalam manusia atau boleh
dikenali sebagai psikologi.Kaunselor perlu faham dan sedar dengan perubahan tingkah
laku ,fikiran dan emosi manusia dalam proses kaunseling.

6.0 Komunikasi Intrapersonal dan Interpersonal

Perkataan komunikasi berasal daripada Bahasa Latin iaitu communicates.Komunikasi


ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Menurut
Hybels dan Weaver 1995, komunikasi ialah sebarang proses yang mana manusia berkongsi
maklumat , idea dan perasaan.Terdapat 2 jenis komunikasi , iaitu komunikasi intrapersonal
dan interpersonal.

Komunikasi intrapersonal berlaku di dalam diri seseorang.Seseorang individu


bermonolog dengan dirinya untuk membuat pilihan , keputusan ,memberikan sebab dan
akibat.Contoh komunikasi intrapersonal adalah seperti muhasabah diri , berdoa,
bersyukur.Menurut Devito (1997),komunikasi intrapersonal merupakan komunikasi dengan
diri sendiri dengan tujuan untuk berfikir , melakukan refleksi diri , menganalisis dan merenung.

Komunikasi interpersonal merupakan komunikasi antara individu yang melibatkan dua


orang atau lebih.Komunikasi tersebut adalah terus iaitu bersemuka tanpa menggunakan
sebarang perantaraan atau saluran tertentu .Ia juga merupakan proses di mana seseorang
berkongsi pengalaman dengan individu-individu yang lain.Komunikasi interpersonal akan
berbentuk dialog dan berbentuk verbal iaitu lisan.Sebagai contoh, cikgu menanya soalan
kepada murid mengenai sesuatu topik.Malah ,komunikasi interpersonal boleh berlaku secara
formal iaitu ucapan daripada guru besar atau tidak formal seperti perbualan antara murid.

7.0 Kemahiran asas kaunseling

Kemahiran asas kaunseling merupakan aspek penting dalam sesi kaunseling.Antara


kemahiran asas kaunseling adalah seperti membina hubungan , penstrukturan ,dorongan
minima.Kemahiran membina hubungan adalah bertujuan untuk membina hubungan yang
mesra,saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia
berbincang.Terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan seperti kontak
mata,senyuman , nada suara dan cara duduk dalam sesi kaunseling.Contoh aplikasi
kemahiran tersebut adalah bertanya khabar atau soalan-soalan mudah kepada klien supaya
klien dapat bercakap.
5
Penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam sesi kaunseling
kerana penstrukturan akan menentukan pembinaan hubungan antara kaunselor dengan
klien .Dalam penstrukturan ,kaunselor perlu menerangkan peranan kaunselor iaitu untuk
mendengar dan klien berperanan untuk berkongsi apa-apa isu yang dihadapi kepada
klien.Kemahiran yang seterusnya adalah dorangan minima .Dorongan minima merupakan
satu kemahiran untuk bersetuju atau memberi respond kepada klien tentang apa yang
diceritakan oleh klien.Dorangan minima dilakukan adalah untuk memberangsangkan klien
untuk terus bercerita dan menunjukkan bahawa kaunselor faham dan mengikuti apa yang
diperkatakan oleh klien.Antara contoh dorongan minima adalah Ya,Oh begitu dan lain-lain.

Seterusnya , kemahiran asas dalam kaunseling juga merangkumi refleksi ,meminta


penjelasan ,membuat konfrontasi dan merumus dan membuat interpretasi.Kemahiran
membuat refleksi merupakan satu usaha untuk memahami klien dari sudut pandangan klien
sendiri.Kemahiran membuat refleksi dapat membantu kaunselor untuk memberi fokus kepada
idea yang berterusan yang disampaikan oleh klien.Kemahiran membuat refleksi dapat
dibahagikan kepada refleksi isi ,refleksi pengalaman dan refleksi perasaan.Kemahiran
meminta penjelasan pula merupakan kemahiran untuk mendapatkan penjelasan klien apabila
klien menggunakan perkataan atau ayat yang tidak jelas, tidak spesifik .Kaunselor perlu
menggunakan soalan terbuka supaya klien dapat menjelaskan sesuatu yang menyebabkan
kekeliruan dalam diri klien.

Di samping itu , kemahiran konfrantasi merupakan suatu kemahiran yang digunakan


apabila terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan
apa yang dilakukannya.Kemahiran konfrantasi dapat membantu klien untuk menerokai
perasaan , pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri berasa berat untuk
menghadapinya.Merumus pula merupakan satu kemahiran di mana ia merangkumi aspek
mengulang dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh klien.Kemahiran merumus dapat
dibahagikan kepada 2 jens iaitu rumusan kecil yang dibuat sebelum sesi dengan merumus
apa yang telah dibincangkan pada sesi lepas dan rumusan besar yang dibuat pada akhir sesi
dengan merumus apa yang telah dibincangkan pada sesi ini.Merumus dapat membantu
kaunselor dan klien untuk mengingkat balik apa yang telah dibincangkan.

Kemahiran asas lain yang perlu dipraktis dalam proses bimbingan dan kaunseling
individu adalah memberi perhatian ,mendengar secara aktif,menyoal,parafrasa, pendedahan
kendiri,menyemak kendiri, kesenyapan dan membuat interpretasi.

6
8.0 Set penstrukturan untuk pra sesi dalam proses bimbingan dan kaunseling individu.

(kr)Kaunselor :Selamat pagi ,Rashid.


(kl)Rashid : Selamat pagi ,cikgu.
(kr)Kaunselor : Apa khabar Rashid, sihat?
(kl)Rashid : Sihat Cikgu.
(kr)Kaunselor : Baik Rashid. Cikgu ingin bertanya kepada Rashid ,adakah Rashid tahu
kenapa Rashid kena datang berjumpa dengan cikgu?
(kl)Rashid : Sebab saya dimarah oleh guru disiplin cikgu dan dia suruh saya datang
berjumpa dengan cikgu.
(kr)Kaunselor : Oh begitu ! Baiklah Rashid , tidak mengapa sebab cikgu di sini ingin
memberi peluang kepada Rashid untuk ceritakan apa sahaja yang
Rashid ingin ceritakan dan cikgu akan merahsiakan kecuali dengan

Set kebenaran Rashid.Peranan Cikgu adalah mendengar dan membantuk


penstrukturan Rashid untuk menyelesaikan isu yang dihadapi oleh Rashid dan Rashid
berperanan untuk menceritakan isu yang dihadapi oleh Rashid. Untuk
pengetahuan Rashid , sesi kita akan berlangsung selama 30 hingga 40
minit . Jadi ,apakah Rashid apa-apa soalan?
(kl)Rashid : Tiada Cikgu.
(kr)Kaunselor : Jadi ,bolehkah Cikgu mendengar tentang isu yang dihadapi oleh
Rashid?
(kl)Rashid : Boleh Cikgu……
* kr – Kaunselor , kl -klien

9.0 Penutup

Kesimpulannya,seseorang kaunselor perlu menguasai banyak kemahiran seperti


kemahiran komunikasi , kemahiran membina hubungan, menyoal , membuat pendedahan
kendiri dan sebagainya untuk menjadi seorang kaunselor yang bejaya.Sekiranya kemahiran
yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan akan mempengaruhi seluruh proses kaunseling
seperti menyukarkan murid untuk selesaikan masalah mereka. Menurut James 1982,
kaunseling merupakan satu proses pembelajaran yang menekankan kepada proses
membantu individu untuk mencapai kehendaknya , membimbing dan menilai potensi yang
ada pada individu tersebut.Oleh itu ,kaunselor perlulah menguasai kemahiran-kemahiran
asas yang adalah kerana ia dapat membantu murid untuk melihat kepada dirinya secara
holistik dan akan mendapat idea untuk selesaikan sesuatu isu dalam kehidupannya dengan
lebih berkesan.

7
Rujukan

Abdullah, F. (2016, January 1). Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling. Retrieved from
Slideshare: https://www.slideshare.net/FathmalynAbdullah/bab-8-kemahiran-asas-
kaunseling

Aziah, S. (n.d.). merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Retrieved from


Academia:
https://www.academia.edu/9123112/merekayasa_perkhidmatan_bimbingan_dan_ka
unseling

Bakar, M. S. (2010, June 16). KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING. Retrieved from Blogspot:
http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asas-
kaunseling.html

Ilya, L. (2012, May 18). Interpersonal dan Intrapersonal. Retrieved from Slidesahre:
https://www.slideshare.net/IlyaAdira/interpersonal-dan-intrapersonal

Johnston, D. (2014, May 15). Definisi Bimbingan dan kaunseling. Retrieved from Scribd:
https://www.scribd.com/document/224212389/Definisi-Bimbingan-Dan-Kaunseling

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, edisi ketiga. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KASSIM, P. P. (n.d.). Bimbingan & Kaunseling. Retrieved from Blogspot:


http://kaunselingsmvmt.blogspot.com/p/pengenalan.html

Mc Daniel, H. B. (1956). Guidance in The Modern School. New York: The.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, H. H. (1997). Kaunseling Individu. Selangor Darul Ehsan:
Percetakan Polygraphic(M) Sdn.Bhd.

Sheldon Eisenberg, L. P. (1983). Counseling Process. Paperback: Houghton Mifflin.

Worden, J. W. (1982). Grief Counseling and Grief Therapy. New York: Springer Publishing
Company.