FOTOGRAFI
1
1.0 Kemahiran yang diperolehi
Sepanjang menjalani kursus Fotografi ini, pelbagai kemahiran yang dapat diperolehi
dalam penghasilan sesebuah gambar. Namun, perkara utama dalam memahirkan kemahiran
yang ingin diperolehi adalah dengan mengetahui asas-asas mengenai fotografi.Kemahiran-ini
kebanyakannya diperolehi semasa perlaksanaan tugasan 1 iaitu menghasilkan 30 keping gambar
dengan menggunakan 10 teknik sahaja.Di sini,saya dapat mengetahui teknik-teknik yang boleh
saya ketengahkan semasa proses penghasilan gambar.Tambahan lagi,daripada tugasan 1 ini
juga perbezaan di antara teknik dan kategori fotografi dapat dibezakan.Di dalam dunia
fotografi,terdapat 3 aspek penting yang telah dipelajari ,iaitu,Aperture,ISO dan Kelajuan Shutter.
Aperture diibaratkan iris mata yang mengawal kemasukan cahaya di dalam lens
kamera.di sini juga pengetahuan apabila aperture yang dibuka akan memasukkan banyak cahaya
manakala sekiranya ia ditutup akan mengurangkan cahaya.kemahiran mengubah tetapan
aperture ini diperolehi semasa mengambil gambar panning atau night photography,di mana
tetapan “setting” yang betul dapat menghasilkan gambar yang baik dan tidak terlalu gelap dan
terlalu terang. Kemahran seterusnya ialah memilih tetapan yang betul pada ISO kamera
saya.Secara asasnya, penggunaan ISO adalah bagi mencerahkan gambar yang diambil.
Bermakna sekiranya ingin mengambil gambar ditempat yang cerah seperti di bawah cahaya
matahari, penggunaan ISO perlu rendah bagi mengelakkan gambar kelihatan terlalu terang.
Malah penggunaan ISO yang tinggi pula amat sesuai digunakan apabila ingin mengambil gambar
di tempat yang gelap seperti pada waktu malam untuk menghasilkan gambar yang jelas.
2
Aspek ketiga pula ialah kemahiran mengenai kelajuan shutter atau lebih dikenali “shutter
speed”.sebagaimana yang telah dipelajari,Shutter merupakan salah satu bahagian yang
menghalang cahaya alat masuk selagi pengguna tidak menekan butan.Ia dibuka dengan pantas
bergantung pada setting pengguna.di sini juga saya pelajari,Shutter speed yang tinggi akan
menjadikan gambar di “freeze”. Namun cahaya yang masuk ada kurang.Manakala,Shutter speed
yang rendah akan meningkat kadar gegaran gambar yang diambil.Kemahiran ini
kebanyakkannya diperolehi semasa di studio Kolej Komuniti jasin ,Melaka di
mana,pengaplikasian shutter speed digunakan semasa proses penghasilan gambar “High Speed
Photography”.Apabila ketiga-tiga asas ini mampu dikuasai, maka pengkarya dapat menghasilkan
karya yang berkualiti.
3
Selain itu, kursus ini juga telah memberi ruang untuk mempelajari mengenai
pengambaran studio. Dalam pengambaran studio perkara yang penting adalah latar belakang,
lampu, kamera dan sebagainya. Kedudukan lampu juga menjadi punca untuk menghasilkan
gambar yang berkualiti dan baik. Semasa pengambaran studio ini juga telah mengetahui
mengenai teknik bagi fesyen dan teknik pengiklanan.Di sini juga saya mempelajari teknik low
key,high key dan high speed photograph.
Di samping itu juga,di dalam kursus ini syaa berpeluang untuk mempelajar serba sedikit
teknik untuk edit dengan menggunakan perisian photoshop.Di sini penggunaan seperti
autotune,levels,brightness,contrast dan penggunaan “fill”/ “content aware “untuk menghilangkan
sesuatu di dalam gambar.Hal ini demikian ,apabila melihat kamera yang digunakkan mempunyai
sedikit kerosakan di mana ia akan mengeluarkan satu bintik hitam yang besar pada kamera saya
yang akan mengurangkan kualiti gambar yang diambil.setelah pesnyarah mengajar teknik
ini,kebanyakkan gambar yang mempunyai bintik hitam dapat diselamatkan.Di sini juga saya
pelajari mengenai integriti ,di mana sesuatu gambar tersebut sekiranya tidak mempunyai “editing”
yang banyak menunjukkan lebih bernilai dan berkualiti.Oleh itu,kebanyakkan gambar yang
dipaparkan dalam tugasan 1 saya tidak menggunakan editing yang banyak.
4
pameran diterima baik oleh pensyarah dan rakan-rakan sekelas.Tatacara susunan dan
persembahan memainkan peranan yang penting supaya mesej setiap gambar yang dirakam
dapat disampaikan dengan baik. Nilai kerjasama dapat dilihat daripada usaha rakan sekelas
dalam perkongsian idea membina iklan, brosur dan penyediaan tempat.
2.0 Kekuatan
Dari segi kekuatan,saya dapat mengetahui asas yang penting dalam kemahiran mengambil
gambar iaitu ISO, Aperture dan Shutter speed, kursus ini juga memberi pengetahuan dalam
langkah penjagaan kamera. Di mana penjagaan lens,bagaimana untuk memegang kamera
dengan posisi yang betul sebelum mengambil gambar .selain itu, kursus ini juga mmeberikan
peluang kepada saya dalam menghasilkan karya seni dan mengintrepitasikan perasaan dan idea
dalam bentuk gambar.sekiranya dilihat,saya tidak mempunyai bakat di dalam seni iaitu melukis
namun dengan wujudnya kursus ini saya diberi peluang untuk menghasilkan gambar mengikut
kreativiti saya sendiri dan mempamerkannya kepada orang ramai.
Dari sini juga saya ketahui bahawa ,keberanian dan kecekalan dalam tidak mudah
berputus asa merupakan kekuatan saya dalam meneruskan kursus fotografi ini sehingga
selesai.Kebranian dalam mengambil gambar dalam keadaan yang sukar seperti mengambil
sewaktu malam,sewaktu cuaca mendung,dan hujan membina kekuatan dalam diri saya untuk
tidak mudah berputus asa walaupun gambar yang dihasilkan tidak seperti yang diimpikan dalam
pemikiran.Dari sini juga,saya mengasah lagi kemahiran dalam membuat tetapan “setting” kamera
dengan betul iaitu 3 asas fotografi,Shutter Speed,Aperture dan ISO kamera saya.perasaan malu
juga dapat dikikis daripada kursus ini ,di mana saya memberanikan diri untuk mengambil gambar
dan cuba pelbagai posisi dan teknik terhadap subjek yang sama.Secara tidak langsung
juga,kreativiti dan pelbagai idea yang menarik tercetus hasil dari pembelajaran dari kursus
fotografi ini dengan pengaplikasian pelbagai teknik fotografi seperti teknik panning, black and
white, silhouette, portrait, dan sebagainya
3.0 Kelemahan
Setiap kekuatan pasti ada kelemahan,namun kelemahan yang dilihat ini tidak terlalu
banyak ,dan kebanyakkannya datang daripada diri saya sendiri. terdapat kelemahan yang perlu
saya atasi terutama dari segi kurangnya pengalaman dan kemahiran sebelum melaksanakan
tugasan ini,seterusnya kelemahan saya tercetus daripada sifat malu saya sendiri untuk
mengambil gambar ,terutama gambar yang melibatkan subjek manusia,namun,kelemahan ini
5
dapat diatasi dengan bantuan rakan-rakan fotografi semasa melaksanakan tugasan ini .Di
samping itu juga,kepelbagaian teknik fotografi juga menyebabkan saya menjadi keliru dalam
menggunakan ISO, Aperture dan Shutter speed yang tepat bagi sesebuah teknik
tersebut.tambahan lagi,terdapat masa,saya juga keliru di antara teknik dan kategori
fotografi,namun setelah membuat pembelajran sendiri dan membca dari beberapa bahan ilmiah
fotgrafi dan bertanyakan soalan bersama rakan-rakan fotografi,kelemahan ini dapat diselesaikan.
Ciri keusahawanan ini diperolehi ,hasil daripada 30 gambar yang dipilih untuk tugasan 1 ini dan
dipamerkan untuk pameran fotografi . Semasa pameran tersebut, satu ruangan khas disediakan
supaya penonton boleh memberikan respon dengan menilai karya yang dihasilkan. Penilaian itu
dibuat dengan hanya melekatkan pelekat nota pada ruangan komen yang telah
disediakan.Daripada sini,boleh dilihat ciri keusahawanan untuk menerima pendapat orang lain
atau di dalam dunia keusahawanan dikenali sebagai “feedback” dalam memperbaiki kelemahan
diri pada hasil yang ditunjukkan.Selain itu,karya yang ditunjukkan juga mempunyai peluang utnuk
dipromosikan sebagai poster ataupun muka depan filem atau buku utnuk menggambarkan tema
kesedihan atau kesayuan.melalui pameran fotografi juga,dilihat ciri keusahawan dari aspek
promosi dapat diterapkan.pengkarya perlu mempromosi dan menrangkan hasil karya masing-
masing kepada pengunjung.Berani dalam mengetengahkan idea dan menerima risiko juga
merupakan salah satu ciri keusahwana yang dapat saya pelajari apabila karya yang baharu
ditunjukkan dan ditayang di pameran fotografi,walalupun kita ketahui bahawa kemungkinan besar
penerimaan idea diterima ataupun tidak semasa hari pameran tersebut.Penggunaan teknologi
seperti QR code juga membantu dalam meningkatkan ciri keusahawana dari segi kreativiti dan
inovatof dalam mempromosikan karya saya.dengan cara ini,pengunjung boleh melawat pada
tetapan link yang telah dicipta untuk melihat karya-karya yang lain selain yang telah ditayang di
pameran tersebut.
6
Rajah 6. Pameran fotografi
Seterusnya,sikap hormat kepada subjek yang diambil gambar juga ditiitkberatkan.Hal ini
demikian kerana ,kebanyakkan gambar saya mempunyai subjek manusia,oleh itu,pengambilan
gambar lebih kepada masa dan posisi subjek yang betul.kebanyakkannya juga gambar yang
diambil dibantu oleh rakan-rakan fotografi saya sebegai model subjek gambar saya,dan sebelum
mengambil gambar saya akan meminta kebenaran mereka terlebih dahulu.
Sikap tolong menolong dan sikap tanggung jawwab juga dititikberat ,hal ini boleh dilihat
semasa pameran fotografi.saya memainkan peranan dengan membantu rakan-rakan
mengangkat papan pameran dan tiang tersebut.Dan dalam masa yang sama masing-masing
7
menolong menyusun mnegikut pelan yang telah dilukis oleh saya bagi melancarkan pameran
fotografi tersebut.sikap tolong-menolong juga boleh dilihat terutama sekali semasa proses
menghias papan pameran fotografi,kebanyakannya membantu sesama sendiri menghias bagi
menyingkatkan masa persediaan pameran fotografi tersebut.Hasilnya ,pameran fotografi tersebut
berjalan lancar dan dapat sambutan yang mneggalakkan dari siswa pendiidk dan pensyarah IPG
teknik.
8
Rajah 7. Gambar tanpa bantuan tripod (gegaran)