Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Lewis (1966) menjelaskan bahawa kemiskinan adalah suatu budaya kekal yang wujud
dikalangan orang miskin. Golongan miskin ini terperangkap dalam kitaran tingkah laku.
Sikap yang dysfunctionalini diperturunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain.
Punca Kemiskinan Tempat Setinggan
1. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Lewis (1966), punca pertama yang
mengakibatkan budaya kemiskinan adalah disebabkan oleh struktur sosial yang lemah.
Perkara ini adalah merujuk kepada tiadanya pendapatan atau sumber kewangan yang terhad.
Golongan penganggur, gelandangan atau mereka yang melakukan pelbagai kerja tetapi masih
tidak dapat mencukupkan keperluan harian disebabkan kos hidup yang tinggi. Kesan daripada
kekurangan sumber pendapatan, masalah ini telah diperturunkan ke generasi ke generasi dan
ini sekaligus menyebabkan golongan ini tidak berupaya untuk mendapatkan keperluan asas
yang mencukupi serta akses kepada sistem pendidikan, sistem kesihatan dan tatacara hidup
yang selesa adalah terhad.

2. Masalah sosial kesan daripada kemiskinan turut menjadi penyumbang kepada budaya
kemiskinan. Akibat daripada keadaan keluarga yang tidak stabil kehidupan golongan ini
berada dalam berantakan, protes, penderaan dan sebagainya. Rantaian daripada
permasalahan ini telah menyebabkan golongan ini tetap berada dalam budaya kemiskinan.

.3. Ketiadaan cita-cita untuk mengubah kehidupan yang miskin kesan daripada kurangnya
akses kepada pendidikan menyebabkan golongan ini kurang mempunyai keinginan untuk
mengubah kehidupan yang daif. Orientasi masa depan yang kosong atau tidak wujud kerana
kurangnya kesedaran bahawa sistem pendidikan dan kemahiran itu dapat membantu
mengubah nasib mereka ditambah lagi dengan kurangnya sokongan daripada insitusi yang
lain untuk membantu golongan ini.

4. Akibat daripada kemiskinan juga menjadikan golongan ini tidak memikirkan untuk
merancang masa hadapan untuk mengubah menjadi lebih baik kerana kesusahan hidup yang
dihadapi. Tekanan daripada kesusahan hidup ini hanya memberi peluang kepada mereka
untuk memikirkan apa yang akan dilakukan pada waktu itu sahaja untuk meneruskan
kelansungan hidup kerana bagi mereka, keperluan untuk mengisi perut semata-mata untuk
meneruskan kehidupan pada hari ini adalah cabaran yang lebih besar perlu mereka depani
setiap hari.

Rumusan

Konsep kemiskinan suatu budaya oleh Lewis (1966) telah menghasilkan polemik yang
menguji aspek pembinaan dasar mana-mana negara yang ingin membasmi kemiskinan
kerana konsep beliau melihat budaya kemiskinan telah menyebabkan kemiskinan sebagai
suatu isu yang kekal sukar untuk dibasmi. Model ini melihat kemiskinan sebagai
suatu yang negatif dan menyukarkan usaha kerajaan membentuk dasar membasmi
kemiskinan untuk dijayakan sekiranya andaian bahawa kemiskinan suatu budaya, maka
sebarang usaha membasmi kemiskinan memerlukan proses pengsosialisasian semula
(resocialisation)untuk mengubah sikap dan sifat golongan miskin kepada suatu
bentuk baru. Isu kemiskinan harus bertolak daripada persepsi budaya tetapi dengan
memberi ruang dan fokus kepada usaha membantu memperbaiki kehidupan mereka melalui
khidmat kesihatan, peluang pendidikan, kemahiran, dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai