Anda di halaman 1dari 14

TEKS JURUACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN TMEx

2018
Dipersilakan para penerima anugerah, para ibu bapa,
tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat masing-
masing di dalam dewan kerana majlis akan bermula
sebentar sahaja lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan


majlis pada hari ini, di sini dibacakan beberapa
pengumuman :

1. Pihak majlis memohon para hadirin


menetapkan mod senyap atau silent pada
deringan telefon bimbit masing-masing
2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu yang
yang hadir dapat memenuhi ruang hadapan
dewan terlebih dahulu bagi memudahkan
kemasukkan tetamu seterusnya.
3. Pihak majlis juga mengharapkan agar para
tetamu dapat berdiri semasa pengumuman
ketibaan tetamu kehormat dan seterusnya
bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku
dan Selamat Sultan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


perhatian dan kerjasama hadirin sekalian.

Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan,


Yang Dihormati, Tn Hj Mohammad Bin Mat Ali
Kaunselor Organisasi,
Pejabat Pendidikan Daerah Besut merangkap
Pegawai Perhubungan Sekolah,
dengan diiringi Yang Berusaha En Izlan Bin Ibrahim,
Guru Besar SK Tok Motong bersama Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Tn Haji Yaacob Bin
Abdul Rahman dan guru-guru Penolong Kanan ke
Dewan Dahlia, SK Tok Motong. Para hadirin diminta
berdiri.

Hadirin dan hadirat


Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Selamat Sultan
--------nyanyian lagu--------

Hadirin dipersilakan duduk

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka kata.

Sirih berlipat si sirih pinang,


Sirih dari pulau mutiara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismmillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Salam hormat, salam perpaduan

Yang Berusaha,
En Izlan Bin Ibrahim
Guru Besar SK Tok Motong

Yang dihormati,
Tuan Haji Mohammad Bin Mat Ali
Kaunselor Organisasi,
Pejabat Pendidikan Daerah Besut merangkap
Pegawai Perhubungan Sekolah,

Yang Dihormati,
Tuan Haji Yaacob Bin Abdul Rahman
Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
PIBG SK Tok Motong

Yang Dihormati
Tuan Hj Zulkipli Bin Mat Ail
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati
Encik Isa Hazmy Bin Mohd Peyah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati
Pn Wan Nor Ashikin Binti Wan Abdul Rahman
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Para guru dan kakitangan penjana modal insan


gemilang
Para AJK persatuan ibu bapa dan guru,
Para ibu bapa penjaga pendukung generasi
berwawasan
Para penerima anugerah
Para murid dan seterusnya hadirin dan hadirat yang
dikasihi Allah sekalian.

Selamat datang ke Hari Anugerah Kecemerlangan


SK Tok Motong bagi tahun 2018

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Rahmat


TuhanPencipta kerana di atas limpah dan kurnianya,
dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi dewan
ini bagi meraikan kejayaan anak-anak kita dalam
bidang pendidikan.

Hadirin yang dimuliakan,

Tetak buluh jari sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angjat tangan jari sepuluh,
Doa diminta memohon berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh alfadhil Ustaz Syed
Khairuddin Bin Syed Omar. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

-----------------DOA----------------------

Aamiin, aamiin, Ya Robbal ‘Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada alfadhil ustaz syed khairuddin
bin syed omar atas bacaan itu tadi.

Hadirin,

Jejaran mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di tanah jawa;
Ucapan aluan pembuka bicara,
Dipersilakan Guru Besar, selaku nakhoda.

Memulakan bingkisan ucapan, majlis menjemput


Yang Berusaha En Izlan Bin Ibrahim, Guru Besar SK
Tok Motong untuk menyapaikan kata-kata aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

------------------ ucapan GB--------------------------

Selaut kasih, semesta budi kepada Tuan Guru


Besar, En Izlan Bin Ibrahim di atas ucapan itu tadi

Hadirin yang budiman,

Duduk sekawan gadis jelita,


Bawa santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan, kami meminta,
Madah ucapan sebagai pedoman.

Majlis seterusnya menjemput, Tuan Haji Yaacob Bin


Abdul Rahman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa
dan Guru untuk menguntaikan sepatah dua kata.
Dengan penuh tunduk dan kasih, majlis
mempersilakan.

-----------------------ucapan ydp pibg---------------

Sekalung budi diucapkan kepada Tuan Haji Yaacob


Bin Abdul Rahman di atas garapan ucapan itu tadi.
Diharapkan tiap baris yang tericap dapat dijadikan
panduan untuk semua hadirin pada hari yang
berbahagia ini.

Hadirin yang dihormati

Daun rumbia tegak berjalur,


Batang jerami rebah ke bumi;
Sembah diberi madah dihulur,
Kata perasmi hajatnya kami.
Seterusnya, tibalah saat untuk untuk kita mendengar
amanat perasmi Majlis Anugerah Kecemerlangan
SK Tok Motong 2018. Majlis dengan sanjung hormat
dan semarak rasa mempersilakan yang dihormati Tn
Hj Mohammad Bin Mat Ali, Kaunselor Organisasi
Pejabat Pendidikan Daerah Besut Selaku Pegawai
Perhubungan Sekolah untuk menyampaikan amanat
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan SK Tok Motong tahun 2018. Majlis
mempersilakan.

-------------------ucapan ppd--------------

Majlis merakamkan setinggi-tinggi lautan budi dan


ucapan terima kasih di atas kesudian Tn Hj
Mohammad Bin Ali untuk ucapan perasmian
sebentar tadi. Semoga segala amanat dan ucapan
itu tadi dapat kita hayati .

Hadirin dan hadirat,

Seloka bukan sebarang seloka,


Seloka pantun kiasan diri;
Majlis kita berehat seketika,
Saksikan wadah istimewa ini.

Kita saksikan pula persembahan koir dari murid-


murid tahun 4. Akan menyampaikan 2 buah lagu
yang bertajuk Mulanya Disini dan Ku Ada Kamu.
Tanpa melengahkan masa, majlis mempersilakan
kumpulan koir sk tok motong untuk menyampaikan
persembahan.

-----------------------koir--------------------------

Demikian tadi persembahan koir oleh anak-anak


soleh dan solehah kita. Majlis merakamkan ucapan
jutaan terima kasih.

Hadirin,

Kalau roboh kota Melaka,


Bawa diri ke tanjung jati,
Majlis bermula tirai dibuka,
Acara penganugerahan sijil graduasi.

Hadirin hadirat, beralih kita ke acara seterusnya iaitu


penyampaian sijil graduasi pra sekolah dan murid-
murid tahun 6 serta anugerah kecemerlangan
akademik.

Untuk itu, majlis menjemput Yang berusaha, En


Izlan Bin Ibrahim, Guru Besar SK Tok Motong
dengan diiringi Guru penolong kanan pentadbiran
bagi menyampaikan hadiah.

-------------gb dan hj zul naik pentas---------

Majlis dimulakan denga penyampaian sijil graduasi


Pra Sekolah dan murid-murid Tahun 6. Sijil ini
diberikan sebagai simbolik menandakan tamatnya
anak-anak prasekolah berada di kelas pra sekolah
dan bakal mengikuti pendidikan alam rendah di
tahun hadapan. Manakala, bagi sijil graduasi murid-
murid tahun 6, ia sebagai simbolik bahawa pada
tahun hadapan, anak-anak ini akan melangkah ke
alam sekolah menengah.

Penerima sijil dan cenderahati Prsekolah adalah :

Seterusnya

Penerima sijil graduasi murid-murid tahun 6.


Dipersilakan penerima-penerima untuk tampil ke
pentas :

Terbang tinggi si burung helang,


Kenari berkicau riuh berterbangan;
Pelajar hebat sekolah terbilang,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
Penyampaian anugerah yang seterusnya ialah
penyampaian anugerah kedudukan terbaik di dalam
kelas. Penerima hadiah ini dipilih berdasarkan
himpunan markah tertinggi untuk subjek teras
sempena peperiksaan akhir tahun yang telah
berlansung dari 25 Oktober sehingga 1 november
yang lalu.

Terbaik akademik dalam kelas 1 Multimedia:


Terbaik akademik dalam kelas 1 Siber:
Terbaik akademik dalam kelas 2 Multimedia:
Terbaik akademik dalam kelas 2 Siber:
Terbaik akademik dalam kelas 3 Multimedia:
Terbaik akademik dalam kelas 3 siber
Terbaik akademik kelas pemulihan khas
Terbaik akademik dalam kelas 4 Multimedia
Terbaik akademik dalam kelas 4 siber
Terbaik akademik dalam kelas 5 multimedia
Terbaik akademik dalam kelas 5 siber
Terbaik akademik dalam kelas 6 multimedia
Terbaik akademik dalam kelas 6 siber

Hadirin, penyampaian anugerah seterusnya ianya


terbaik mata pelajaran. Anugerah ini diberikan
kepada murid yang mendapat markah tertinggi untuk
setiap matapelajaran mengikut tahun pembelajaran.
Dipersilakan penerima anugerah bagi ketegori
terbaik mata pelajaran.

Terbaik mata pelajaran tahun 1


Terbaik mata pelajaran tahun 2
Terbaik mata pelajaran tahun 3
Terbaik mata pelajaran tahun 4
Terbaik mata pelajaran tahun 5
Terbaik mata pelajaran tahun 6

Penyampaian seterusnya ialah Anugerah


Kedudukan Terbaik kelas KAFA. Anugerah ini
diberikan kepada murid yang berjaya menduduki
tempat pertama hingga ketiga dalam peperiksaan
kelas KAFA. Dipersilakan penerima-penerima
hadiah..

Terbaik akademik KAFA kelas 2 multimedia:


Terbaik akademik KAFA kelas 2 Siber:
Terbaik akademik KAFA kelas 3 multimedia :
Terbaik akademik KAFA kelas 3 siber
Terbaik akademik KAFA kelas 4 multimedia
Terbaik akademik KAFA kelas 4 siber
Terbaik akademik KAFA kelas 5 multimedia
Terbaik akademik KAFA kelas 5 siber

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


terima kasih di atas kesudian En Izlan Bin Ibrahim,
Guru Besar SK Tok Motong di atas kesudian
menyampaikan anugerah-anugerah itu tadi.

Hadirin dan hadirat,

Anak kenari di pohon cemara,


Riuh berkicau terbang nan tinggi;
Majlis kita berehat seketika,
Saksikan pula wadah si cilik kami.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput dan


mempersilakan kumpulan anak-anak prasekolah SK
Tok Motong untuk tampil ke pentas untuk
menyajikan sebuah persembahan tarian. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

----------------persembahan prasekolah-----------------

Ribuan kasih, seharum kasturi di atas persembahan


yang penuh berwarna warni itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Tok Motong
diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah-
anugerah seterusnya. Untuk itu, majlis menjemput
dan mempersilakan, Tuan Haji Yaacob Bin Abd
Rahman, Yang Dipertua PIBG Sk Tok Motong
dengan diiringi En Isa Hazmy Bin Mohd Peyah untuk
tampil ke pentas bagi menyempurnakan
penyampaian hadiah. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.

-------------ydp pibg dan cg isa naik pentas----------

Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Tok Motong


diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah
Kehadiran Penuh. Anugerah ini diberikan kepada
murid yang sentiasa hadir penuh ke sekolah
sepanjang sesi persekolahan 2018. Majlis
mempersilakan penerima-penerima bagi Anugerah
Kehadiran Penuh.

Anugerah kehadiran penuh kelas 1 Multimedia :


Anugerah kehadiran penuh kelas 1 Siber:
Anugerah kehadiran penuh kelas 4 siber
Anugerah kehadiran penuh 5 multimedia
Anugerah kehadiran penuh kelas 6 multimedia
Anugerah kehadiran penuh kelas 6 siber

Seterusnya ialah penyampaian bagi Anugerah


NILAM. Anugerah NILAM ini diberikan berdasarkan
jumlah bacaan terbanyak murid dan layak menerima
anugerah gangsa, perak dan emas mengikut system
NILAM yang ditetapkan. Dipersilakan penerima-
penerima Anugerah NILAM :

Penyampaian anugerah yang seterusnya ialah


penyampaian penghargaan kepada pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas skim
pinjaman buku teks dan pembimbing rakan sebaya.
Tanpa nadi tenaga dan komitmen cemerlang badan
pengawas ini, akan wujud banyak jurang-jurang
dalam membantu selia atur perjalanan sekolah.
Dipersilakan penerima-penerima sijil penghargaan
seperti berikut :
Sijil Penghargaan Pengawas Sekolah
Sijil Penghargaan Pengawas Pusat Sumber
Sijil Penghargaan Pengawas Skim Pinjaman Buku
Teks
Sijil Penghargaan Pembimbing rakan sebaya

Selanjutnya ialah penyampaian sijil penghargaan


bagi ketua dan penolong kelas. Di setiap kelas, dua
individu ini adalah insan terpenting dalam membantu
guru-guru kelas mengatur operasi kelas.
Dipersilakan penerima-penerima penghargaan
Ketua dan penolong kelas :

- Ikut senarai nama

Majlis merakamkan sekalung budi kepada Tuan Haji


Yaacob Bin Abd Rahman di atas kesudian
menyampaikan anugerah dan penghargaan itu tadi.

Hadirin, majlis sekali lagi berehat seketika.

Sebagai pencerah mata, majlis membingkiskan satu


lagi persembahan murid sebagai halwa mata dan
telinga. Tanpa melengahkan masa, majlis
mempersilakan kumpulan pentomin yang terdiri dari
amak-anak soleh dan soleh tahun 5 untuk
menyampaikan persembahan yang bertajuk Aku
Pendosa. Tanpa melengahkan masa, majlis
mempersilakan.

-------------- persembahan pentomin-----------

Demikian tadi persembahan yang menjentik hati,


menyentuh sukma akan kehidupan kita sebagai
hambaNya. Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan untuk persembahan itu tadi.
Hadirin,

Di sini ada putera dan puteri yang hebat berkarisma


Di sini ada anak-anak soleh dan solehah penyejuk
jiwa dan raga
Di sini ada bakal-bakal pemimpin yang bijak lagi
pintar
Di sini ada ibu bapa yang perihatin sepenuh jiwa
Di sini ada pendidik yang tak pernah kenal erti putus
ada
Di sini ada pentadbir yang berjasa
Dan di sini ada guru besar yang berjiwa mulia

Acara seterusnya ialah penyampaian Anugerah


Khas. Anugerah khas ini adalah dipilih yang paling
terbaik dalam kalangan terbaik.

Untuk menyempurnakan penyampaian Anugerah


Khas, majlis dengan ini mempersilakan Tuan Haji
Mohammad Bin Ali untuk menyempurnakan
penyampaian anugerah dengan diiringi Tuan Guru
Besar, Encik Izlan Bin Ibrahim untuk tampil ke
pentas.

Anugerah Khas pertama ialah Anugerah Ibu Bapa


Cemerlang. Anugerah ini dipilih berdasarkan
penglibatan aktif anak-anak dalam ko-akademik dan
ko-kurikulum di peringkat negeri dan kebangsaan
Majlis mempersilakan ibu dan bapa penerima
Anugerah Khas ini untuk tampil ke pentas.

Penerima Anugerah Ibu Bapa pertama


Dipersilakan Ibu bapa kepada Adik Muhammad
Syazani Hafiy Bin Mohd Syamri iaitu Puan Azizah
Binti Ibrahim dan En Mohd Syamri Bin Abd Razak

Penerima Anugerah Ibu Bapa kedua


Dipersilakan ibu bapa kepada adik mUhammad Aqil
Amirul Bin Zaharizan iaitu Puan Normayati Binti
Awang Long dan Encik Zaharizan Bin Md Peyah
Penerima Anugerah Ibu Bapa ketiga
Dipersilakan ibu bapa kepada adik Muhammad Azib
Zafrie Bin Mohd Ali iaitu Puan Nurul Zailie Binti
Mustafa dan Encik Mohd Ali Bin Mat Nor.

Penerima Anugerah Ibu Bapa keempat


Dipersilakan ibu bapa kepada adik Nur Aimi Aqilah
Maisarah Bin Mohd Baharuddin iaitu Pn Che
Fauziah Binti Che Awang dan En Mohd Baharuddin
Bin Mohd Salleh.

Penyampaian Anugerah yang seterusnya ialah


penyampaian Anugerah Bakat Kepimpinan.

--------- Bacaan biodata Hafiey

Majlis dengan ini mempersilakan penerima


Anugerah Bakat Kepimpinan, Adik Muhammad
Shazani Hafiey Bin Mohd Syamri untuk menerima
anugerah.

Anugerah bakat kedua ialah penyampaian


Anugerah Bakat Ko Akademik.

--------- Bacaan biodata Aimi

Majlis dengan ini mempersilakan penerima


Anugerah Bakat Ko Akademi Adik Nur Aimi Aqilah
Maisarah Binti Mohd Baharuddin untuk menerima
anugerah.

Seterusnya, penyampaian anugerah bakat ke 3 iaitu


Anugerah bakat Sukan

--------- Bacaan biodata Aqil Amirul

Majlis dengan ini mempersilakan penerima


Anugerah Bakat Sukan, Adik Muhammad Aqil Amirul
Bin Zaharizan untuk menerima anugerah.

Aanugerah bakat terakhir ialah TOKOH NILAM


sekolah.

--------- Bacaan biodata Aimi


Majlis dengan ini mempersilakan TOKOH NILAM
SEKOLAH 2018 iaitu adik Nur Aimi Aqilah Maisarah
Binti Mohd Baharuddin sekali lagi untuk tampil ke
pentas untuk menerima anugerah.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih


kepada Yang Dihormati Tuan Haji Mohammad Bin
Mat Ali di atas penyempurnaan anugerah itu
tadi.Diminta En Izlan Bin Ibrahim, guru besar SK Tok
Motong bersama-sama tetamu kehormat, Tuan Haji
Mohammad Bin Mat Ali untuk terus berada di
pentas.

Anak helang anak kedidi


Terbang seiring jadi dambaan
Terima kasih sekalung budi
Kami ucapkan tanda penghargaan

Hadirin,
Orang berbudi, kita berbahasa
Tuan sudi merasi, kami cukup berbahagia..

Seterusnya, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar,


En Izlan Bin Ibrahim untuk menyampaikan sedikit
cenderamata kenang-kenangan daripada warga
kerjaHari Anugerh Kecemerlangan SK Tok Motong
2018 kepada Yang Dihormati, Tuan Haji Mohammad
Bin Mat Ali.

Majlis mempersilakan Tuan Haji Mohammad Bin Mat


Ali.

Terima kasih diucapkan kepada En Izlan Bin Ibrahim


atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Hadirin,
Andai tak dapat menjadi pohon cemara di puncak
bukit,
Jadilah belukar di bawah lembah
Andai tak dapat menjadi bellukar selingkar,
jadilahrumput sederet
Andai tak dapat menjadi sepat, jadilah seluang yang
lincah
Andai tak bias menjadi matahari, jadilah sebutir
bintang
Tidak semua boleh menjadi nakhoda, sesetengah
perlu berbaju kelasi
Besar bukan ukuran, kecil bukan perhintungan
Kerana
Kejayaan datang dengan perjuangan dan
pengorbanan

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Dengan ini berakhirlah Majlis Anugerah
Kecemerlangan SK TOK Motong bagi tahun 2018.

Akar keladi melilit selasih,


Selasih tumbuh tepi jambangan;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Kami, mewakili jawatankuasa Majlis Anugerah


Kecemerlangan SK Tok Motong 2018, memohon
ampun dan maaf seandainya ada silap dan salah
sepanjang mengendalikan majlis.
Sekian, wabilahi taufik, walhidayah,
Assalamualaikum W.B.t