Anda di halaman 1dari 9

PENGHARGAAN

Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, terdapat beberapa pihak yang telah
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
mereka.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan memanjatkan
rasa syukur kerana Tuhan telah memberikan kesihatan yang baik untuk
menyempurnakan segala tugasan yang diberi.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah


pembimbing subjek ini iaitu En. Mohd Mohktar bin Sulaiman. Pengajaran yang
disampaikan oleh beliau memberi banyak pendedahan tentang Teknologi Maklumat.
Banyak perkara telah dipelajari mahupun melalui tugasan ini dan juga pada waktu kuliah.
Dengan menggunakan ilmu yang dipelajari saya, saya dapat memberi tunjuk ajar kepada
orang lain. Ilmu yang disampaikan oleh beliau telah digunakan dalam kehidupan harian.
Tunjuk ajar beliau juga menjadi satu dorongan dan inspirasi kepada saya.

Tidak ketinggalan juga rakan-rakan seperjuangan saya. Mereka juga memberi


kerjasama yang baik. Hal ini kerana, mereka sanggup berkongsi ilmu dan nota yang ada
pada mereka.

Ahli keluarga saya juga tidak dapat dilupakan semasa melaksanakan tugasan
saya. Terutamanya ibu bapa saya yang sudi memberi bantuan kewangan dan sokongan
moral kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
PENGENALAN

Makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi setiap manusia yang hidup
di atas permukaan bumi ini. Makanan merupakan bahan-bahan yang boleh dicerna yang
biasanya terdiri daripada tujuh kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, air, serat,
mineral, lemak dan yang boleh dimakan atau diminum oleh manusia dan haiwan untuk
mendapat nutrient dan menikmatinya.

Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Dengan memiliki tubuh
badan yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-
anak dapat ke sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki
AMALAN PEMAKANAN DAN CARA HIDUP SIHAT REMAJA UNTUK KESIHATAN
SEPANJANG HAYAT

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12


hingga 21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan ‘remaja’ berasal daripada perkataan
Latin bermakna menuju ke arah kematangan. Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan
ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut
perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia,
iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Semasa
seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan drastik,
termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi dan bahasa. Akibat daripada itu, orang
remaja merupakan orang emosinya tidak stabil dan sentiasa bermasalah.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemakanan remaja dan salah


satunya adalah umur. Secara umumnya, remaja suka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
di luar bilik darjah secara aktif dan mereka memerlukan karbohidrat dalam kuantiti yang
banyak kerana ini membekalkan tenaga dalam melakukan aktiviti seharian. Saiz badan
juga mempengaruhi pemakanan seseorang remaja. Seperti yang kita sedia tahu, orang
yang bersaiz besar memerlukan lebih banyak tenaga berbanding orang yang berbadan
kecil. Hal ini sedemikian kerana orang yang berbadan besar akan kehilangan tenaga yang
banyak semasa melakukan sesuatu manakala bagi orang yang bersaiz kecil pula
bertentangan. Faktor seterusnya yang mempengaruhi pemakanan remaja adalah jantina.
Orang lelaki memerlukan lebih banyak tenaga kerana kadar metabolism mereka lebih
tinggi berbanding orang perempuan. Manakala orang perempuan memerlukan nutrient
ferum dalam kuantiti yang banyak untuk menggantikan kehilangan darah semasa
kedatangan haid. Golongan remaja yang melakukan banyak aktiviti fizikal dalam sehari
memerlukan tenaga yang banyak. Contohnya, golongan remaja yang terlibat dalam
aktiviti permainan akan kehilangan tenaga yang banyak tetapi golongan remaja yang
hanya duduk dan belajar dalam kelas memerlukan tenaga dalam kuantiti yang kecil
berbanding golongan remaja yang bermain.

Faktor lain adalah faktor keluarga. Terdapat dua kriteria yang mempengaruhi
pemakanan seseorang dalam keluarga iaitu tahap ekonomi dan pendidikan tentang
pemakanan. Misalnya, jika keluarga tersebut berkemampuan, ahli keluarga tersebut akan
makan makanan yang berkhasiat kerana mereka dapat memilih makanan yang berkhasiat
untuk dimakan. Walau bagaimanapun, keluarga yang tidak berkemampuan harus makan
apa yang ada. Di samping itu, keluarga yang berpendidikan tinggi mempunyai
pengetahuan yang jelas tentang corak pemakanan yang sihat. Mereka mengetahui cara
penyediaan makanan secara seimbang misalnya mengikut piramid makanan.
Persekitaran juga satu faktor yang mempengaruhi pemakanan. Pada masa ini, rakyat
Malaysia terlalu berfikiran materialistik dan mereka kekurangan masa untuk menyediakan
makanan sendiri di rumah. Mereka lebih suka terhadap makan segera seperti mi segera,
McD, KFC dan Pizza Hut. Amalan ini yang menyebabkan masalah kesihatan, obesiti
terdapat dalam bilangan yang banyak dalam kalangan rakyat Malaysia.

Obesiti merupakan salah satu masalah kesihatan yang didapati dalam kadar yang
banyak dalam kalangan remaja Malaysia kerana tidak mengamalkan cara hidup sihat.
Selepas penyakit-penyakit kronik seperti barah, diabetes, obesiti juga berada dalam tahap
yang mengejutkan rakyat Malaysia. Masalah pemakanan remaja biasanya berlaku kerana
tabiat makanan yang kurang sihat. Keadaan ini yang berlaku disebabkan oleh makan
walaupun sudah kenyang. Misalnya, makan makanan ringan seperti keropok selepas
makan makanan tengah hari. Selain itu, menggemari dan menggilai makanan dan
minuman manis seperti coklat, gula-gula dan kek. Makanan ini menyebabkan ketagihan
dalam diri remaja untuk makan pada kali kedua dan seterusnya. Amalan cara hidup sihat
perlu diimplementasikan untuk kesihatan sepanjang hayat remaja.

Cara hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina di mana ia
dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu, institusi keluarga dan
juga masyarakat. Cara hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam
menjaga tahap kesihatan seseorang. Satu amalan yang penting untuk diamalkan dalam
pengamalan cara hidup sihat adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Oleh
itu, tubuh orang yang mengamalkan pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan
vitamin yang diperlukan. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan
ialah sekiranya seseorang kekurangan sumber vitamin c dan zat yang penting, mereka
akan menghadapi masalah daya ingatan. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Pengamalan pemakanan
seimbang membantu remaja untuk mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan
obesiti. Di samping itu, juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit.
Dengan cara ini, seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit seperti kencing
manis dan darah tinggi dapat dielakkan. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa
mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, remaja yang mengamalkan
pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat.

Cara hidup sihat seterusnya yang boleh diamalkan oleh golongan remaja adalah
menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Remaja pada masa ini tidak
mempedulikan kesihatan diri. Remaja tidak mahu melakukan pemeriksaan kesihatan
kerana mereka beranggapan bahawa tahap kesihatan mereka berada dalam tahap yang
menyenangkan. Remaja harus menyedari bahawa pemeriksaan kesihatan dua kali
setahun memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu seperti jantung, hati, buah
pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui cara ini juga, penyakit berbahaya
seperti penyakit jantung koronari, diabetis dan tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan
lebih awal melalui peralatan moden dalam bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah
pemulihan dapat dilakukan dengan segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan
moden dapat mengesan sesuatu penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru
nak tengadah.

Amalan lain yang perlu diamalkan oleh remaja adalah dengan bersukan atau
beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan remaja kerana
aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan peluh.
Pada masa yang masa, sistem imunisasi remaja menjadi lebih cekap dan seterusnya
stamina dan kekuatan dapat dibina. Walau bagaimanapun, remaja pada masa ini lebih
gemar menghabiskan masa mereka dengan main permainan video yang menyebabkan
remaja berada di dalam rumah. Mereka tidak suka untuk keluar dari rumah dan
melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Remaja boleh bersukan seperti bermain
badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan
seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas
kerana otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas. Remaja harus
menukarkan pandangan mereka terhadap senaman untuk mengekalkan kesihatan diri.

Cara hidup sihat turut menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa
mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Misalnya, amalan berehat dan tidur dengan
kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan
serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses
metabolism juga dapat dijalankan dengan lancar. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat
yang lain seperrti pemikiran positif mampun memberi jalan penyelesaian bagi kemelut-
kemelut yang serius tanpa mengahadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana yang
kita hadapi kadang-kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah
sosial seperti pembuangan bayi dan vandalisme.
RUMUSAN

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia. Dengan
mengamalkan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.
Oleh itu, setiap orang hendaklah melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh iaitu,
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tindakan ini ibarat menyediakan payung
sebelum hujan, iaitu seseorang itu akan dapat mengekalkan kecergasan dan seterusnya
badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan
melahirkan rakyat yang sihat dan produktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan produktiviti negara.
REFLEKSI

Saya Tavanisha A/P Ravichandran telah melaksanakan tugasan projek


Pemakanan Dan Kesejahteraan (PKES 3033) dengan jayanya. Tugasan ini telah diberi
taklimat oleh En. Mohd Mohktar bin Sulaiman selaku pensyarah pembimbing kami. Beliau
telah memberi penerangan tentang prosedur melaksanakan tugasan yang diberi.
Pensyarah pembimbing juga telah menyatakan bahawa terdapat tugasan individu dan
tugasan kumpulan. Penerangan beliau memberi satu gambaran yang jelas tentang
tugasan yang perlu saya laksanakan.

Selepas mencari intipati setiap perkara yang dinyatakan di atas, saya telah
menyedari bahawa betapa pentingnya tugas seorang guru untuk mendidik anak bangsa
kita tentang Pemakanan Dan Kesejahteraan. Peranan warga pendidik adalah sangat
besar dalam membentuk seorang manusia yang bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi,
peranan guru Pendidikan Kesihatan yang menyumbangkan peranan yang lebih efektif.
Selepas melaksanakan tugasan ini, saya telah menyedari bahawa peranan saya selaku
warga pendidik untuk membentuk seorang insan yang mempunyai keprihatinan terhadap
keselamatan adalah sangat penting. Selepas menamatkan pengajian saya, saya akan
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam waktu kuliah di bilik darjah yang
sebenar di mana murid adalah tanggungjawab saya. Oleh itu, saya harus bijak dan efisien
dalam membentuk anak murid saya.

Semasa menulis esei saya telah mempelajari apakah peranan saya dalam
masyarakat dan sumbangan yang perlu saya laksanakan untuk meningkatkan
keselamatan murid-murid di sekolah. Saya juga telah mengetahui bahawa keberkesanan
seorang guru untuk melahirkan seorang masyarakat yang mana dirinya meliputi aspek-
aspek keselamatan yang sepatutnya supaya negara ini kekal aman dan damai.

Teladan yang telah diterokai melalui tugasan ini ialah sebagai seorang bakal guru,
saya tidak harus mengabaikan tanggungjawab dan peranan saya semasa menjalankan
tugas saya terutamanya dalam aspek keselamatan. Saya harus menjalankan sesi PdP
Pendidikan Kesihatan yang dapat menarik minat murid lalu menerapkan nilai keselamatan
dalam diri murid. Saya juga telah mengetahui bahawa saya juga bukan sahaja
melaksanakan sesi PdP sahaja malah saya harus menjalankan program-program yang
mana boleh memberikan murid-murid informasi tentang keselamatan. Tugas saya bukan
sahaja menyebarkan ilmu sahaja malah menyeru murid untuk mengaplikasikan ilmu
tersebut dalam kehidupan untuk melahirakan masyarakat yang sihat dan selamat kelak.
Sikap saya juga mencerminkan saya. Seperti pepatah Melayu yang kita ketahui
yang berbunyi seperti guru kencing berdiri, murid kencing berlari ini menggambarkan
bahawa sikap atau perlakuan saya akan dicontohi oleh murid saya. Tugasan ini telah
memberi satu pengajaran kepada saya bahawa saya harus bersikap baik, menjadi
teladan kepada anak murid saya, tingkah laku saya juga harus dijaga supaya tingkah laku
yang buruk saya amalkan sebagai guru tidak dijejak oleh anak murid saya. contohnya
semasa pengajaran dijalankan saya mahu semua murid memberikan sepenuh perhatian.
Sebaliknya, ketika anak murid saya membuat sesuatu pembentangan individu ataupun
kumpulan, saya harus mendengar sesi pembentangan mereka.

Melalui tugasan ini, saya telah menguasai Kod Etika Guru yang mana merupakan
garis panduan kepada seorang pendidik. Saya juga mendapat pengetahuan baharu iaitu
keruntuhan akhlak dan pembinaan akhlak yang baik memang terletak di tangan guru.
Justeru itu, saya sebagai bakal pendidik perlu menjadikan Kod Etika Guru sebagai
rujukan semasa menceburi bidang perguruan nanti.

Sebagai guru Pendidikan Keselamatan, saya harus menyedarkan murid betapa


pentingnya keselamatan yang merupakan tanggungjawab kita semua. Saya telah
mempelajari garis panduan keselamatan bangunan seperti sekolah melalui tugasan saya.
Saya perlu mengaplikasi pengetahuan ini dengan anak murid saya sewaktu saya sudah
menjadi guru sebenar kelak. Oleh itu betapa pentingnya sebagai seorang guru
tanggungjawab saya untuk menyedarkan dalam diri murid saya untuk menjaga
keselamatan infrastruktur agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Masalah yang dihadapi semasa melaksanakan tugasan ini ialah saya tidak berapa
faham tentang kehendak soalan. Kepakaran saya dalam memahami soalan memang tipis
dan saya juga mempunyai kelemahan dalam hal menulis esei berdasarkan kehendak
soalan. Selepas merujuk pensyarah pembimbing beberapa kali baharu saya dapat
menggambarkan kehendak soalan tugasan saya. Bukan setakat itu sahaja masalah yang
dihadapi oleh saya, saya selalu melakukan kesalahan ejaan. Harap dalam tugasan ini
saya dapat mengelakkan kesalahan ejaan. Lagi satu masalah yang menjadi kelemahan
saya ialah selalu membuat tugasan di waktu terakhir. Walaubagaimanapun, saya tidak
melakukan perkara yang sama dalam tugasan ini dan ini semua adalah hasil pengajaran
Dr. Fauziah Hanim Md Yusof.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi
dorongan dan semangat dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sekian. Terima Kasih.


RUJUKAN