Anda di halaman 1dari 7

PENGHARGAAN

Sepanjang menyiapkan kerja kursus ini, terdapat beberapa pihak yang telah
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.
Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
mereka.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan memanjatkan
rasa syukur kerana Tuhan telah memberikan kesihatan yang baik untuk
menyempurnakan segala tugasan yang diberi.

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah


pembimbing subjek ini iaitu En Mokhtar bin Sulaiman. Pengajaran yang disampaikan
oleh beliau memberi banyak pendedahan tentang Teknologi Maklumat. Banyak perkara
telah dipelajari mahupun melalui tugasan ini dan juga pada waktu kuliah. Dengan
menggunakan ilmu yang dipelajari saya, saya dapat memberi tunjuk ajar kepada orang
lain. Ilmu yang disampaikan oleh beliau telah digunakan dalam kehidupan harian.
Tunjuk ajar beliau juga menjadi satu dorongan dan inspirasi kepada saya.

Tidak ketinggalan juga rakan-rakan seperjuangan saya. Mereka juga memberi


kerjasama yang baik. Hal ini kerana, mereka sanggup berkongsi ilmu dan nota yang
ada pada mereka.

Ahli keluarga saya juga tidak dapat dilupakan semasa melaksanakan tugasan
saya. Terutamanya ibu bapa saya yang sudi memberi bantuan kewangan dan
sokongan moral kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

1
PENGENALAN

Kesihatan amat penting dalam kehidupan seseorang terutamanya remaja yang


merupakan pemimpin negara pada masa akan datang. Dengan memiliki tubuh badan
yang sihat, seseorang dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa halangan. Anak-anak
dapat ke sekolah menimba ilmu dan ibu bapa dapat mencari rezeki untuk keluarga.
Bagi sesetengah orang, nikmat kesihatan hanya disedari apabila mereka diserang
penyakit. Mereka sanggup menghabiskan wang membeli ubat dan makanan kesihatan
untuk mengubati penyakit yang dihadapi. Tambahan pula, pelbagai ubat dan produk
makanan kesihatan wujud di pasaran sekarang seperti “Cendawan tumbuh selepas
hujan”.

2
AMALAN PEMAKANAN DAN CARA HIDUP SIHAT REMAJA UNTUK KESIHATAN
SEPANJANG HAYAT

Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-
21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan
Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai
perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari
sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan
manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemakanan remaja.

Salah satu faktor yang mempengaruhi pemakanan remaja adalah umur. Bayi
yang baru lahir memerlukan karbohidrat yang kurang jika dibandingkan dengan
remaja. Ini kerana remaja selalunya akan melakukan pelbagai aktiviti dalam sehari.
Contohnya, belajar di kelas dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Selain itu,
saiz badan juga mempengaruhi pemakanan remaja. Orang yang bersaiz besar
memerlukan lebih banyak tenaga berbanding orang yang bersaiz kecil. Misalnya, kadar
metabolism bagi orang yang berbadan kecil adalah rendah dan bagi orang berbadan
besar adalah tinggi. Ini menyebabkan orang bersaiz besar mengalami kehilangan
tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Jantina juga mempengaruhi pemakanan remaja. Contohnya, lelaki memerlukan


lebih banyak tenaga kerana kadar metabolism yang lebih tinggi berbanding
perempuan. Perempuan memerlukan nutrient ferum untuk menggantikan kehilangan
darah semasa kedatangan haid. Di samping itu, faktor aktiviti harian juga
mempengaruhi pemakanan remaja. Remaja akan makan dalam kadar yang banyak
ketika melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum jika dibandingkan dengan masa biasa
ketika menjalani aktiviti seharian.

Persekitaran juga mempengaruhi amalan pemakanan remaja. Kebanyakan


remaja tinggal di kawasan bandar pada zaman sekarang. Ini menyebabkan ibu bapa
remaja untuk berfikiran materialistik. Mereka leka mencari kemewahan untuk menyara
keluarga dan tidak mempedulikan amalan pemakanan anak-anak serta kesihatan
mereka. Ibu bapa tidak mempunyai masa untuk masak di rumah. Mereka gemar
menghabiskan duit dengan makan di kedai. Faktor lain adalah latar belakang keluarga.
Jika latar belakang keluarga baik, remaja dapat menikmati makanan yang berkhasiat
mengikut piramid makanan. Sekiranya keluarga tersebut tidak bekemampuan, anak-
anak perlu makan apa yang mereka dapat.

3
Pada abad ke-21 ini masyarakat Malaysia menghadapi pelbagai jenis penyakit
kronik seperti penyakit barah, penyakit kencing manis dan penyakit sakit jantung.
Walau bagaimanapun, masalah obesiti juga sedang mencapai tahap yang
membimbangkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dan perkara yang sangat
menyakitkan hati kita adalah masalah remaja banyak berlaku dalam kalangan remaja.
Hal ini sedemikian kerana tabiat makanan remaja yang kurang sihat dan kurang
memuaskan. Remaja selalunya tidak mempedulikan tahap kesihatan mereka. Salah
satu punca berlakunya masalah obesiti adalah makan walaupun sudah kenyang.
Selalunya remaja akan makan makanan ringan seperti ais krim dan keropok selepas
mereka makan makanan tengah hari atau makanan malam. Ini menyebabkan organ-
organ yang mencerna makanan susah untuk membuat sedemikian. Oleh itu, makanan
ringan ditinggal di dalam perut kerana menghadapi kesukaran dalam pencernaan.

Punca lain adalah remaja menggemari makanan yang berlemak dan


berminyak. Makanan yang wajar dijadikan contoh dalam hal ini adalah makanan
segera seperti McD, KFC dan Pizza. Remaja tertarik dengan iklan-iklan yang
dipaparkan dan promos-promosi yang diberikan. Ini menyebabkan ketagihan dalam diri
remaja dan mencabar dirinya untuk sentiasa makan makanan segera ini. Lemak dan
minyak yang terdapat dalam makanan ini akan disimpan dalam badan dan lama-
kelamaan akan menjadikan lumen darah untuk menutupinya. Hal ini yang akhirnya
menyebabkan penyakit sakit jantung. Terdapat beberapa cara hidup sihat yang boleh
diamalkan untuk kesihatan sepanjang hayat.

Salah satu cara hidup sihat yang penting yang boleh diamalkan oleh remaja
adalah dengan mengambil makanan yang seimbang. Tubuh orang yang mengamalkan
pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang diperlukan.
Sebagai contoh, vitamin C amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Vitamin ini sangat
mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisme beberapa jenis asid amino dan
hormon. Keseimbangan vitamin ini turut mengandungi antioksida, dengan membantu
badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisme yang
digelar sebagai radikal bebas. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam
piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Pengambilan makanan
seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Dengan
cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit. Penyakit seperti kencing manis
dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa mencegah
lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan
pemakanan seimbang akan sihat sepanjang hayat.

4
Cara hidup sihat lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau
beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan seseorang
kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan badan akan mengeluarkan
peluh. Toksin dalam badan juga turut keluar melalui peluh. Pada masa yang sama,
sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan
dapat dibina. Seseorang itu boleh bersukan seperti bermain badminton, bola sepak,
menunggang basikal, berjoging, atau berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan
cergas, sudah pastilah daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas
datangnya daripada tubuh yang cergas.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala juga merupakan cara hidup
sihat. Setiap orang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan tiga sekurang-kurangnya
dua kali setahun. Hal ini akan memastikan anggota dalaman tubuh seseorang itu
seperti, jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas berfungsi dengan baik. Melalui
cara itu juga, penyakit berbahaya seperti penyakit jantung koronari, diabetis, dan
tekanan darah tinggi dapat dapat dikesan lebih awal melalui peralatan moden dalam
bidang perubatan. Dengan cara itu, langkah pemulihan akan dapat dilakukan dengan
segera. Hal ini demikian kerana, alat-alat perubatan moden dapat mengesan sesuatu
penyakit lebih awal dan tidaklah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Cara hidup sihat seterusnya adalah amalan berehat dan tidur yang dengan
kadar secukupnya dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta
minda remaja. Pada zaman ini, remaja banyak mengalami tekanan dari segi mental.
Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism
dijalankan dengan lancar. Barikutan dengan itu, cara hidup sihat yang lain seperti
pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut-kemelut yang
serius tanpa menghadapi tekanan berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang remaja
hadapi kadang kala boleh menjurus kepada masalah mental ataupun masala sosial
seperti pembuangan bayi dan vandalisme.

Di samping itu, remaja harus memberi perhatian untuk menjaga kesihatan


dengan menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal. Keadaan di dalam dan di luar
rumah hendaklah bersih daripada sampah sarap dan tempat-tempat air bertakung.
Perkara ini akan dapat menghapuskan tempat pembiakan agen-agen penyakit seperti
lalat, tikus, nyamuk dan lain-lain. Remaja haruslah sentiasa peka dengan isu-isu
kesihatan. Remaja perlulah memastikan sampah perlu dibakar, dikambus atau dibuang
di tempat khas. Pasu-pasu bunga dan longkang perlu diperiksa agar air tidak
bertakung dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Dengan demikian, penyakit-
penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria, dan denggi dapat dielakkan. Tegasnya,
menjaga kebersihan persekitaran merupakan salah satu cara hidup sihat.
5
RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, penjagaan kesihatan perlu menjadi agenda dan


keutamaan dalam hidup remaja seharian kerana kesihatan merupakan anugerah
Tuhan yang tidak ternilai. Remaja haruslah lebih prihatin dan mengambil berat tentang
kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang berkualiti. Keadaan ini tidak
seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli
dengan langkah yang efektif. Individu yang sihat mampu memberi sumbangan kepada
pembangunan dan kemakmuran negara selaras dengan slogan, “Rakyat Sihat Negara
Sejahtera”.

6
RUJUKAN

dewi, M. (2010, September). Kesihatan. Retrieved from Gaya Hidup Sihat :


http://kesihatansemua.blogspot.my/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-
sihat.html

Fei, J. (2016, Ogos). Retrieved from Karangan SPM:


http://karanganspmska.blogspot.my/2016/08/kepentingan-amalan-gaya-hidup-
sihat.html

Kaki Pelangi. (2015, Mac). Retrieved from 7 Amalan Hidup Sihat Yang Mudah
Dilakukan.

Nasuha, I. (2011, Oktober). Bahasa Melayu SPM. Retrieved from Kepentingan


Makanan Seimbang: http://blogbmspm.blogspot.my/2011/10/kepentingan-
makanan-seimbang.html

Nazeli, C. (2009, Disember). Bahasa Melayu SPM. Retrieved from Isu Kesihatan:
https://cikgubmspm.wordpress.com/2009/12/13/karangan-bahagian-b-isu-
kesihatan/

Zibang, M. (2016, April). SlideShare. Retrieved from Amalan Pemakanan Remaja:


ww.slideshare.net/mimoozibang/amalan-pemakanan-remaja

Anda mungkin juga menyukai