Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Ajaran sesat adalah satu istilah yang terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia sejak
kebelakangan ini terutamanya pihak birokrasi agama dan media arus perdana di Malaysia.
Namun demikian ,masih terdapat istilah dan definasi lain yang juga digunakan dalam media
hari ini yang mempunyai makna lebih kurang sama dengan ajaran sesat iaitu ajaran salah
,pencemaran ,dan penyelewengan akidah. Ajaran sesat juga boleh didefinisikan sebagai
sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang bukan Islam yang
mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada
ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada
Islam yang berdasarkan Al-quran dan Al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan
agama yang betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.
Masyarakat Islam di negara ini merupakan masyarakat yang terbuka dan penuh dengan sikap
toleransi. Justeru pengaruh luar begitu mudah diterima dan mempengaruhi keadaan sekitar
masyarakat Islam. Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan salah ini selain
daripada anak tempatan juga terdiri daripada yang datang dari luar negeri. Mereka
menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti
yang agak berbeza dengan orang awam, sama ada dari segi rupa paras, bentuk pakaian dan
tingkah laku. Antara ajaran sesat yang boleh diberi sebagai contoh ialah Syiah, Ayah pin,
Bahai, Taslim dan Millah Abraham.
A) KEPENTINGAN TAJUK DAN PRINSIP AQIDAH

Kepentingan tajuk

Isu ajaran sesat merupakan satu isu yang amat penting kerana ia menyentuh kehidupan dan
akidah seseorang Muslim. Isu ajaran sesat sentiasa membayangi kehidupan umat Islam,
walaupun begitu, ia masih menjadi suatu persoalan atau tanda tanya tanpa sebarang jawapan
yang memuaskan dan perhatian yang sewajarnya serta pemantauan yang telus. Padahal, isu
ajaran sesat melibatkan persoalan akidah Islam yang akan menentukan masa depan dan
kehidupan umat Islam di dunia dan akhirat.

Prinsip Aqidah

Prinsip pertama: Berserah diri pada Allah dengan bertauhid


Maksud prinsip ini adalah beribadah murni kepada Allah semata, tidak pada yang lainnya.
Siapa yang tidak berserah diri kepada Allah, maka ia termasuk orang-orang yang sombong.
Begitu pula orang yang berserah diri pada Allah juga pada selain-Nya (artinya: Allah itu
diduakan dalam ibadah), maka ia disebut musyrik. Yang berserah diri pada Allah semata,
itulah yang disebut muwahhid (ahli tauhid).
Tauhid adalah mengesakan Allah dalam ibadah. Sesembahan itu beraneka ragam, orang yang
bertauhid hanya menjadikan Allah sebagai satu-satunya sesembahan.

Prinsip kedua: Taat kepada Allah dengan melakukan ketaatan


Orang yang bertauhid berarti berprinsip pula menjalankan perintah Allah dan menjauhi
larangan-Nya. Ketaatan berarti menjalankan perintah dan menjauhi larangan. Jadi tidak
cukup menjadi seorang muwahhid (meyakini Allah itu diesakan dalam ibadah) tanpa ada
amal
Prinsip ketiga: Berlepas diri dari syirik dan pelaku syirik

Tidak cukup seseorang berprinsip dengan dua prinsip di atas. Tidak cukup ia hanya beribadah
kepada Allah saja, ia juga harus berlepas diri dari syirik dan pelaku syirik. Jadi prinsip yang
ketiga adalah ia meyakini batilnya kesyirikan dan ia pun mengkafirkan orang-orang musyrik.
Seorang muslim harus membenci dan memusuhi mereka karena Allah. Karena prinsip
seorang muslim adalah mencintai apa dan siapa yang Allah cintai dan membenci apa dan
siapa yang Allah benci.
B) DEFINISI AJARAN SESAT

Istilah “ajaran sesat” adalah satu istilah yang bersifat relatif (tidak mutlak) kerana terdapat
banyak takrifan dan definisi yang telah diberikan oleh pelbagai pihak. Menurut Kamus
Dewan, ajaran ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori dan
mazhab. Manakal sesat pula ditakrifkan sebagai tidak mengikuti jalan yang betul, tersalah
(tersilap) jalan, terkeliru (perbuatan, kepercayaan dan lain-lain) dan menyimpang daripada
jalan yang benar. Oleh itu, dapat disimpulkan di dalam penggunaan Bahasa Melayu, ajaran
sesat itu suatu ilmu yang diajar dan disebarkan secara rahsia mahupun secara meluas kepada
orang lain yang didapati menyimpang daripada kebenaran yang asal.

Ajaran sesat telah ditakrifkan oleh Bahagian Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) sebagai ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang
mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan
pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dan berlawanan dengan
akidah Islamiah, bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah, bertentangan dengan mazhab
yang muktabar dan bertentangan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Takrif di atas jika diperhalusi terdapat beberapa perkara yang perlu diperbetulkan selaras
dengan konsep penyelidikan yang sebenarnya. Pertama, ayat “sebarang ajaran atau amalan
yang dibawa oleh orang Islam” lebih sesuai diubah kepada sebarang ajaran atau amalan yang
diasaskan dan didukung oleh orang-orang Islam.” Ini adalah kerana perkataan “dukung”
bermaksud memikul atau menyokong dan berusaha dan sebagainya untuk menjayakan,
memperkukuh, menegakkan dan memperjuangkan sesuatu fahaman.

Manakala ungkapan “orang-orang bukan Islam” pula dikekalkan di dalam takrif tersebut
kerana terdapat juga sebahagian ajaran yang menyeleweng daripada Islam didukung oleh
orang-orang bukan Islam dan akhirnya ia dianuti oleh umat Islam seperti ajaran komunisme,
kapitalisme, sekularisme, Kristian dan lain-lain lagi.
Seterusnya, susunan rujukan utama dalam Islam dalam takrif asal didapati tidak teratur yang
bermula dengan akidah Islam, kemudian al-Quran dan al-Sunnah dan diakhiri dengan mazhab
yang muktabar dan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Sepatutnya, ia disusun sebagaiman
berikut: “pada hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah,
bercanggah dengan akidah Islam dan berlawanan pula dengan mazhab yang muktabar iaitu
Ahli Sunnah wal Jamaah. Oleh yang demikian, ajaran sesat dapat ditakrifkan sebagai:
“Sebarang ajaran dan amalan yang didukung oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang
bukan Islam yang mendakwa ajaran dan amalan tersebut berdasarkan kepada ajaran Islam
sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan dengan al-Quran dan al-
Sunnah, bercanggah dengan akidah Islam dan berlawanan pula dengan mazhab yang
muktabar iaitu mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.”

Prof. Dr. Abdul Fatah Haron Ibrahim pula mendefinisikan ajaran sesat sebagai ajaran dan
amalan yang bertentangan dengan Islam. Dalam satu ketika yang lain, Prof. Dr. Abdul Fatah
menghubungkaitkan ajaran sesat dengan tasawuf –tarekat. Ini adalah kerana masyarakat Islam
dewasa ini meletakkan tasawuf –tarekat itu bukan pada tempatnya yang sebenar. Natijahnya,
ilmu tasawuf-tarekat bertukar wajah sebagai ajaran sesat akibat penglibatan masyarakat awam
yang bukan dalam kalangan ahli falsafah dalam permasalahan ilmu falsafah.

Berdasarkan definisi di atas, segala ajaran sama ada dari aspek akidah, ibadat dan tasawuf yang
terjelma dalam anutan dan pegangan hidup yang diresapi oleh unsur-unsur yang bertentangan
dengan syariah Islam seperti Batiniah, Hinduisme, Neoplatonisme, penafsiran menyeleweng
terhadap al-Quran, Hadith dan juga penggunaan Hadith palsu. Hasilnya, segala ramuan inilah
yang teradun dan teranyam rapi menjadi citra kepada apa yang diungkapkan sebagai ajaran
sesat.

Petikan daripada kertas kerja “Kajian Ajaran Sesat Dalam Pengajian Islam: Satu Sorotan”,
tulisan Dr. Engku Ahmad Zaki Engku Alwi.
C) 5 CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA BESERTA DEFINISI

 Syiah
Syiah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang.
Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara. Syiah
sebenarnya ialah gelaran bagi satu kelompok umat Islam. Mereka ini menggelarkan diri
sebagai penyokong Ali bin Abi Talib RA. Mereka meyokong dan berbaiah akan membantu
Ali dalam apa jua keadaan sekali pun. Dikatakan golongan Syiah Selepas pembunuhan
Saidina Uthman RA, golongan Syiah ini muncul untuk mengangkat Ali sebagai Khalifah.
Pendapat yang kedua bagi kemunculan Syiah pula ialah Syiah ini diasaskan oleh Abdullah
bin Saba. Abdullah bin Saba ialah seorang Yahudi yang tinggal di Yaman. Abdullah bin
Saba’ dikatakan telah datang ke Madinah dan berpura-pura memeluk Islam sewaktu zaman
pemerintahan Uthman bin Affan dengan niat untuk memecah belahkan umat Islam. Antara
tindakan yang beliau lakukan kepada umat Islam ketika itu ialah menghasut umat Islam agar
Ali adalah pengganti yang sah kepada Nabi SAW dan menuduh khalifah sebelumnya (Abu
Bakar, Umar dan Uthman) sebagai perampas kuasa Ali. Pendapat paling masyhur bagi
sejarawan Islam ialah golongan Syiah ini muncul sewaktu
perbalahan antara Mu’awiyah bin Abi Sufyan dan Ali bin Abi Talib . Ali yang memegang
jawatan Khalifah Islam ke-4 digesa untuk meletakkan jawatan oleh Mu’awiyah kerana
beberapasebab, antaranya ialah gagal menangkap dan menghukum pembunuh Uthman, gagal
mengawaldan mengurangkan pemberontakan yang berlaku, serta lemah dalam mentadbir dan
lain-lain lagi alasan.

Akhirnya Ali melepaskan jawatan beliau sebagai khalifah dan Mu’awiyah menjadi
khalifah seterusnya. Tindakan Ali meletakkan jawatan ini menyebabkan sebilangan
pengikutnyamarah dan keluar dari menyokong Ali. Mereka digelar al-Khawarij (Golongan
yang keluar).Sebahagian yang lain masih setia dengan Ali dan mereka ini digelar sebagai
Syi’atu Ali (pengikut-pengikut Ali). Setelah berkurun waktu berubah, Syiah yang pada
awalnya hanyalah pengikut Ali binAbi Talib telah menyeleweng dan tersasar dari landasan
asalnya. Syiah yang sekarang bukanseperti Syiah sewaktu zaman Ali bin Abi Talib dahulu.
Bahkan Syiah yang sekarang telahmenjadi satu ajaran agama yang diubah-ubah oleh
sesetengah pihak mengikut kehendak peribadi atau kumpulan tertentu. Syiah mendakwa
nama mereka disebut di dalam al Quran walaupunmereka tidak mengakui keagungan al-
Quran tersebut. Perkataan Syiah (mufrad) disebutsebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia
memberi erti golongan atau kumpulan;

 Ayah pin
Ariffin Mohamad (22 Jun 1941–22 April 2016) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin
merupakan seorang pengamal ajaran sesat Malaysia. Beliau ialah pengasas kepada Kerajaan
Langit dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat.

Dilahirkan di Beris, Kelantan, Ayah Pin telah menyifatkan dirinya sebagai "Tuhan" kepada
semua agama dan mendakwa telah menerima wahyu dari langit untuk mengembangkan
ajarannya di muka bumi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 2, namun beliau dianggap
oleh kebanyakan pengikutnya sebagai Tuhan dan segala yang dilakukannya berasaskan
wahyu yang diterimanya dari langit. Ayah Pin dilayan seperti raja dan segala kelengkapannya
disediakan seolah-olah seperti di kayangan.

 Bahai
Ajaran Bahaiyyah atau juga disebut Babiyyah merupakan ajaran kebatinan campuran dari
Islam, Yahudi, Nasrani, Buddha, Zoroaster, kebatinan dan lain-lainnya, disepakati ulama
bahawa mereka sudah keluar dari Islam. Ajaran ini muncul di Iran pada awal abad 19 yang
bersumber dari ajaran Syiah yang mengangungkan imam-imam mereka, bahawa mendapat
wahyu, bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bukan penutup para nabi. Ajaran Bahaiyyah
diambil dari orang Yahudi, sebagaimana kita tahu bahawa Yahudi menyusup ke dalam
barisan Syiah semenjak ajaran ini muncul, dengan tegas membela dan mencintai ahlul bait,
namun ingin menghancurkan Islam dari dalam.

Ajaran Bahaiyyah dipelopori oleh seorang yang bernama Ahmad Al-Ahsai yang aslinya
adalah seorang Yahudi Inggeris yang tinggal di Iran. Lalu dikembangkan oleh Ali
Muhammad atau Muhammad Ali As-Syirazi, yang sebenarnya termasuk dalam golongan
Syiah Imam Dua Belas, lalu keluar dan membentuk mazhab sendiri dan mengaku sebagai
Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemudian setelah itu mengaku kalau Allah telah
menyatu dalam dirinya sehingga dia menjadi Tuhan Maha Suci Allah dari kedustaan yang
dibuatnya.
Mirza Ali Muhammad yang diberi gelar Baba (Bapak) mulai dakwahnya tahun 1260 H (1844
M) di Syiraz iaitu Selatan Iran, yang katanya untuk memperbaiki keadaan masyarakat saat
itu. Kemudian mengaku menjadi utusan Allah dan membawa kitabnya Al-Bayan yang konon
didalamnya syariat yang diturunkan Allah S.W.T. dan bahawa kerasulannya menghapus
syariat Islam, dan membuat hukum-hukum bari bagi pengikutnya yang bertentangan dengan
Islam seperti puasa hanya 19 hari dan menjadikan waktu istirahat yang disebut Hari Raya
Nauruz.

Pengasas ajaran itu telah membuat satu muktamar di Badats di Iran tahun 1264 H (1848 M)
menjelaskan tentang akidah kelompok ini dan mengumumkan keluarnya dari Islam. Ajaran
ini banyak ditentang ulama, bahkan mereka dikafirkan, namun setelah perang antara mereka
dan kaum muslimin dia berjaya dikalahkan dan dihukum salib tahun 1265 H. Ajaran ini lebih
sesat dari Qadiyani Mirza Ghulam Ahamd kerana juga mengingkari hari kiamat, syurga dan
neraka dan menyerupai ajaran Brahmana dan Buddha, menggabungkan antara Yahudi,
Nasrani dan Islam, ertinya menghapuskan perbezaan semua agama atau lebih dikenal
sekarang dengan istilah Wihdatul Adyan.

Dan mereka melaksanakan haji ke UKA di Palestin, dimana markas mereka masih disana
sampai sekarang menjadikan kiblat mereka ke UKA tempat dimana Baha atau khalifah
mereka berada. Ajaran Bahaiyyah memiliki kitab sendiri yang disebut Al-Bayan dengan
mengatakan bahawa kitab ini menghapus Al-Quran dan mengaku bahawa ini terdapat dalam
Al-Quran.
 Taslim
Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji
Muhammad Matahari. Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di
Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia.
Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

 Millah Abraham
Ajaran ini mula dikesan berkembang di Malaysia pada tahun 2013 setelah aduan diterima
oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) mengenai isteri pengadu yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah Tamil.
Pengadu memaklumkan isterinya telah terlibat dengan ajaran Millah Ibrahim@Abraham
yang mendakwa tidak perlu sembahyang kerana tidak ditunjukkan cara-caranya di dalam Al-
Quran. Diikuti pula aduan seorang bapa yang ditinggalkan oleh anak dan isteri kerana tidak
mahu mengikuti ajaran kumpulan ini yang disyaki menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Ajaran Millah Abraham mempunyai persamaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia
(NII) atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan sebagai
menyeleweng pada 31 Mac 2011 yang lalu. Berdasarkan maklumat pengadu dan mereka
yang terlibat dengan ajaran ini mendapati aliran tersebut berasal daro Bogor, Indonesia yang
diketuai oleh Ahmad Musadeq yang pernah membawa aliran sesat Al-Qiyadah yang telah
didirikan oleh beliau pada tahun 2007. Beliau juga sering hadir ke Malaysia bagi tujuan
penyebaran ajaran tersebut.

Golongan Millah Abraham mengatakan bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah dengan kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah
akibat serangan puak Monggol kea as Baghdad yang telah membuang kitab-kitab khazanah
Islam ke dalam sungai. Maka, ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu. Kerajaan Millah
Ibrahim akan naik semula dan akan dibawa oleh rasul yang baharu (Ahmad Musadeq).
D) CIRI-CIRI AJARAN SESAT

 Siah
1) Memuji Ahlul Bait (Ahli keluarga Nabi) Secara Berlebihan
Contoh, dalam apa-apa mukadimah atau pembuka bicara atau mungkin di sebahagian di
tengah-tengah bicara agama mereka itu, mereka selalunya memulakan dengan memuji ahlul
bait (iaitu ahli keluarga Nabi).

2) Mengagungkan Imam-Iman Syiah


Contoh. golongan syiah ini dalam bicaranya akan mengagung-agungkan imam-imam mereka
antaranya seperti Ayatullah Ruhollah Khomeini dan mempertahankan prinsip perjuangan
revolusi yang dibawa olehnya.

3) Perilaku Yang Berbeza Dengan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah


Contoh. pengikut syiah tidak akan mengakhiri solatnya dengan salam tetapi mereka akan
memukul kedua pehanya beberapa kali.

 Ayah pin
1) dari aspek akidah-Sekiranya terdapat apa-apa pegangan, keyakinan kepercayaan yang
bertentangan dengan akidah Islam adalah dikira sesat.
Contohnya, Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di
bawah kekuasaannya;

1) dari aspek syariah-Sekiranya terdapat apa-apa amalan, perlakuan, upacara dan adat istiadat
yang bertentangan dengan syariat Islam adalah dikira amalan sesat.
Contohnya, menolak rukun - rukun Islam termasuk kewajipan sembahyang lima waktu, puasa
di dalam bulan Ramadhan, zakat dan ibadah haji.;

 Bahai
Dalam setiap ajaran sesat itu pasti ada sesuatu kesesatan atau perkara yang bercanggah
dengan akidah Islam dan pandangan Alhi Sunnah Waljamaah. Di antara kesesatan yang
berlaku dalam ajaran bahai ialah:
1) Beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.
2) Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai.
c) Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka.

 Taslim
Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai
persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.
1) beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;
2) mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;
3) mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;

 Millah Abraham
1) Mendakwa Ada Rasul Selepas Nabi Muhammad SAW
Mereka mendakwa bahawa ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu dan satu umat baru
akan dipertanggungjawabkan untuk menegakkan deen ketika itu Allah akan menghantar rasul
atau messiah (bahasa Ibrani) seperti sunnatullah yang terdahulu dan mengikut kaum mereka
sendiri.

2) Menggabungkan Tiga (3) Ajaran Agama Iaitu Islam, Kristian dan Yahudi
Selain terjemahan Al-Quran, mereka juga menggunakan kitab Taurat dan Injil di dalam
pengajian mereka kerana di dalam Al-Quran telah membenarkan kitab Taurat dan juga
menerangkan bahawa kitab Taurat dan Injil sebagai panduan yang menerangi.

3) Meninggalkan Solat Lima Waktu & Solat Jumaat


Berdasarkan aduan, pengajian dan penelitian terhadap pengikut-pengikut ahli kumpulan ini,
didapati bahawa mereka tidak melaksanakan solat fardhu yang diwajibkan ke atas
semua mukallaf. Mereka mengatakan solat itu “sillah” iaitu hubungan dengan ajaran Millah
tersebut dan makna lain iaitu bersungguh-sungguh menegakkan deen melalui Millah Ibrahim
bukan maksud solat yang dilakukan sekarang oleh orang Islam kerana solat tonggang-
tonggek itu senang, tetapi solat menegakkan deen itu lebih mujahadah dari segi harta dan
tenaga.

E) KESAN BURUK MENGIKUTI AJARAN SESAT

1. Kesan terhadap individu:


(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan
ajaran sesat boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran
Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan
dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat;
(c) minda seseorang akan tertutup. Pemikiran mereka sering dikongkong oleh pemimpin yang
mendakwa mendapat wahyu. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan
fanatik;
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian
tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

2. Kesan terhadap masyarakat:


(a) keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga
yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b) perpaduan tergugat. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan
pemimpin mereka menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini
menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat;
(c) berlaku keganasan. Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan
pengikutnya dipergunakan untuk melakukan keganasan.

3. Kesan terhadap negara:


(a) negara akan mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri seseorang tidak
proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang
bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu;
(b) negara tidak stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan
keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara.
Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan
kestabilan negara.

F) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI DAN MENDAPANGI ISU


AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Dalam mencegah masalah ajaran sesat ini pihak berkuasa agama islam negeri-negeri
danJAKIM telah bekerjasama erat melalui berbagai-bagai program dan jawatankuasa-
jawatankuasa berkaitan yang bertujuan bagi mengembalikan akidah mereka yang sebenar.
Antara usaha yang dilakukan ialah:

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat
ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal
atau tidak formal secara berterusan di institusi-institusi pendidikan dan mentahqiqkan kitab-
kitab lama yang dikenalpastikan mempunyai unsur-unsur penyelewengan atau yang
dikhuatiri boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah umat islam.
2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada
masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar,
forum, dan simposium. Contohnnya, penerangan melalui media elektronik dengan
menyediakan slot khas mengenai ajaran sesat dalam program anjuran Bahagian Dakwah dan
Bahagian Media Elektronik JAKIM atau pihak berkausa juga perlu mengadakan ceramah-
ceramah atau taklimat dan seumpama dengannya serta menerbitkan buku dan risalah yang
berkaitan dengan akidah umat islam.
3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara
bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus
menular dalam masyarakat.
4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan
kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan
akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan
Akidah Ulu Yam, Selangor.
Rujukan

https://rumaysho.com/2778-3-prinsip-akidah-seorang-muslim.html
http://ajaransesat95.blogspot.com/2014/03/kesan-buruk-mengamalkan-ajaran-
sesat.html
http://ajaransesat95.blogspot.com/2014/03/langkah-menangani-ajaran-sesat.html
http://www.yadim.com.my/v2/panduan-mengenali-penganut-fahaman-syiah/
http://dakwahkipsas.blogspot.com/2012/07/ajaran-sesat-bahai.html
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1831-bayan-linnas-siri-ke-50-ajaran-
millah-ibrahim-abraham
https://www.academia.edu/7930745/ISI_KANDUNGAN
https://www.academia.edu/12501448/Mengenal_Syiah_Asal-
usul_dan_Bahayanya_kepada_Umat_Islam
http://dakwahkipsas.blogspot.com/2012/07/ajaran-sesat-bahai.html
http://ajaransesat95.blogspot.com/2014/03/ajaran-sesat-ayah-pin.html