Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN KHULAFA AR-RASYIDIN

Perkataan khalifah bermaksud pengganti iaitu penganti Rasulullah SAW. Kemudiannya ia


digunakan untuk jawatan ketua umum dalam pentadbiran hal ehwal dunia dan agama
menggantikan Rasulullah SAW. Kedudukan dan taraf khalifah dari segi kuasanya adalah sama
taraf dengan Rasulullah SAW dan setiap orang wajib mentaatinya. Pemilihan seorang khalifah
adalah sesuatu yang mesti dilakukan oleh umat islam selepas baginda wafat. Ia sebenarnya
suatu yang sangat sukar kerana sebelum baginda wafat, baginda tidak pernah menamakan
sesiapa yang seharusnya dilantik mengetuai negara islam.

Pada mulanya tiada sesiapa yang memperdulikan tentang masalah perlantikan khalifah.
Tetapi apabila isu itu timul, ia menjadi masalah yang mendapat perhatian serius dari seluruh
umat islam. Pada ketika masalah perlantikan khalifah, golongan Ansar mencalonkan Sa’ad bin
Ubadah, golongan Muhajirin pula mencadangkan Abu Bakar bin al-Siddiq. Dan golongan yang
ketiga, golongan Bani Hasyim mencalonkan Ali bin Abi Talib. Walaupun umat islam
mengalami masalah untuk perlantikan khalifah tetapi perpaduan umat islam tetap terpelihara
di mana Abu Bakar al-Siddiq telah terpilih dengan suara majoriti dan diterima oleh semua
dalam perhimpunan anjuran golongan Ansar itu. Ia diperkukuhkan lagi dengan lafaz taat
setia(bai’ah) di dalam atur cara yang dijalankan semasa perlantikan khalifah-khalifah yang
berikutnya. Selepas perlantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai khalifah, bermulalah zaman
khulafa ar-rasyidin pada tahun 11 hingga 40H atau 632 hingga 661M.

SISTEM PEMILIHAN KHALIFAH

Pada hakikatnya Islam tidaklah menetapkan sistem tertentu dalam pemilihan seseorang
khalifah atau pemimpin. Apa yang dituntut hanyalah agar dihormati konsep ‘syura’, iaitu
semacam sistem demokrasi menurut fahaman biasa. Bagaimanapun sistem demokrasi Islam ini
pun ada batasannya pula, iaitu permesyuaratan hanyalah dibenarkan dalam soal-soal yang
masih kabur hukumnya dalam Islam (Zhanni), sedangkan dalam soal-soal yang sudah jelas dan
tegas (Qat’i) hukum-hukumnya, seperti hukuman sebat dan potong tangan, mesyuarat tidak
perlu lagi. Yang diperlukan hanyalah setakat bagaimana hendak menjalankan hukuman-
hukuman yang sudah ditetapkan itu.
Justeru tiadanya sistem tertentu dalam pemilihan seseorang khalifah itulah maka timbulnya
berbagai cara dalam pemilihannya. Dalam konteks ini, terdapat empat cara yang dilakukan
ketika melantik Khulafaur-Rashidin. Pertamanya melalui Bai’at atau pemberian taat setia,
seperti yang dilakukan terhadap Abu Bakar AI-Siddiq, yang mana berlangsung dalam dua
peringkat. Peringkat pertama dinamakan ‘Al-Bai’ah Al-Khassah’, iaitu pemberian taat setia
dari golongan-golongan yang khas di dalam perhimpunan di Saqifah Bani Saidah saja.
Kemudiannya baru Abu Bakar menerima’AI-Bai’ah AI-‘Ammah; iaitu pemberian taat setia
oleh rakyat jelata pada hari yang kedua di Masjid Nabi.
Cara yang keduanya ialah melalui wasiat, seperti yang berlaku pada Umar AI-Khattab apabila
dia ditunjuk sebagai pengganti oleh Abu Bakar sendiri. Perlunya ditunjuk penggantinya lebih
dulu ialah memandangkan suasana genting ketika itu, baik di dalam mahupun di luar negeri.
Sebab itu Abu Bakar mencadangkan nama Umar, dan kebetulan nama ini jugalah yang
disetujui oleh sahabat-sahabat. Jadi dengan persetujuan ramailah baru diperintahkannya agar
Usman Affan menulis dikri yang menetapkan Umar sebagai penggantinya. Jadi sungguhpun
pemilihan Umar adalah menurut sistem wasiat, tetapi telah mendapat sokongan ramai juga.
Ketiganya melalui sistem Syura, iaitu pemilihan khalifah ditentukan oleh Majlis Mesyuarat.
Cara ini dilakukan oleh Umar dengan mencalonkan enam orang sahabat besar, iaitu Usman Aff
an, Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidullah, Zubair AI-Awwam, Saad bin Abi Waqas dan
Abdul Rahman bin Auf. Sedangkan anaknya Abdullah cuma layak sebagai seorang saksi dalam
mesyuarat sahaja, tidak sebagai calon. Setelah bemesyuarat sesama mereka, akhirnya Usman
dan Ali sahaja yang berjaya masuk ke peringkat akhir. Tetapi setelah ditinjau pendapat rakyat,
ternyata mereka lebih memilih Usman, kerana sebab-sebab tertentu sebagai contohnya yang
pertama usia Usman lebih tua daripada Ali. Yang kedua, keinginan rakyat untuk mengubah
selera dari corak pemerintahan yang tegas dan keras oleh Umar kepada corak yang lunak dan
toleransi. Sikap Ali yang keras hanya akan melanjutkan tradisi ketegasan Umar belaka. Yang
ketiga, kemungkinan menarik kembali jabatan khalifah nanti dari Usman (Bani Umayyah)
adalah lebih besar daripada Ali (Bani Hashim). Yang keempat, kemungkinan adanya lobi-
melobi dalam kalangan orang-orang Umayyah yang sangat menginginkan agar jabatan khalifah
itu dipegang oleh mereka.
Suatu hakikat yang perlu diperhatikan dalam pemilihan Umar dan Usman ialah bahawa
sungguhpun nama-nama mereka telah dicalonkan sebelumnya, namun mereka bukanlah putera
kepada khalifah sebelumnya. Abu Bakar tidak menetapkan puteranya, sedang Umar sendiri
hanya memberi hak saksi sahaja kepada anaknya Abdullah. Ini sejajar dengan pendapat Al-
Mawardy, bahawa “Apabila seseorang Imam bermaksud mengangkat seorang Putera Mahkota,
maka wajiblah ia berdaya upaya mencari yang lebih berhak dan lebih cukup syarat-syaratnya”.
Akhirnya perlantikan Khalifah juga dibuat melalui jalan kekerasan, iaitu apabila rakyat
bertindak menggulingkan pemerintah yang gagal menjalankan keadilan. Cara seperti ini
berlaku apabila saluran-saluran biasa untuk memilih pemimpin-pemimpin dengan bebas sudah
tertutup. Ini berlaku terhadap Usman sendiri yang didakwa telah membuat berbagai kesilapan
dan kezaliman. Dan apabila beberapa orang sahabat terkemuka cuba memberi nasihat agar dia
(Usman) beristirehat dan mengundurkan diri, dijawabnya: “Kenapa aku akan menanggalkan
pakaian yang telah dipakaikan Tuhan kepadaku?” Akibatnya kebencian rakyat tidak dapat
dibendung-bendung lagi, hingga meletuslah pemberontakan yang membawa kematiannya
sendiri. Dalam suasana inilah Ali dilantik oleh penduduk-penduduk Madinah yang
memandangnya sebagai tokoh yang paling layak untuk menjadi khalifah, di samping sokongan
dari pemberontak-pemberontak yang datang dari wilayah-wilayah Islam yang lain.
Pada mulanya Ali menolak pemilihan rakyat itu, sebab katanya: “Ini bukanlah urusan kamu.
Ini adalah urusan orang-orang yang ikut bertempur di Badar. Mana Talhah, mana Zubair, mana
Saad?” Bagaimanapun setelah didesak malah dipaksa oleh pemberontak-pemberontak tersebut,
akhimya Ali menerima juga pemilihannya. Dan atas kehendak pemberontak juga, Talhah dan
Zubair yang berada di Madinah turut membaiatnya. Jadi sungguhpun perlantikan Ali dilakukan
secara paksaan tetapi ianya menurut persetujuan rakyat terbanyak ketika itu yang mengira tidak
ada calon lain yang lebih layak daripada Ali. Dan penolakan Ali terhadap pencalonannya itu
pun menasabah juga, kerana urusan perlantikan bukannya dapat dilakukan secara sewenang-
wenang sahaja, sebaliknya haruslah diputuskan oleh tokoh-tokoh pembesar. Tetapi
penerimaannya selepas itu adalah juga wajar memandangkan suasana (darurat) ketika itu yang
sama tidak mengizinkan berlangsungnya mesyuarat seperti biasa.

Anda mungkin juga menyukai