Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Kokurikulum

Kelas : Tahun 4 dan 5

Tarikh : 1 Ogos 2018 (Rabu)

Masa : 1330 - 1530 ( Dua slot)

Tempat : Dewan

Tajuk : Badminton

Sub-tajuk : Hantaran Smesy

Pengalaman sedia ada: Murid-murid pernah bermain badminton

Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:

Psikomotor : Melakukan hantaran smesy dengan teknik yang betul sebanyak 8 dari 10 percubaan

Kognitif : Mengenalpasti dan menunjukkan kedudukan raket dan tangan sewaktu hantaran smesy.

Afektif : Menunjukkan perasaan seronok semasa menjalani aktiviti

Penerapan nilai : Bertoleransi dan bekerjasama

Bahan Bantu Mengajar : Bulu tangkis (60), Raket (20)


BAHAGIAN AKTIVITI BUTIR MENGAJAR/ ORGANISASI ALATAN/
/MASA FOKUS P&P CATATAN
Permulaan 1. Memanaskan 1. Setiap murid dibekalkan Bulu tangkis (20)
badan dengan sebiji bulu tangkis Bebas dan berselerak
(10 minit) 2. Memukul bulu tangkis ke Raket badminton
atas dengan menggunakan M M M M M (20)
teknik backhand dan
forehand. M M M M M

M M M M M

M M M M M

Petunjuk:
G = guru

M = murid
Perkembangan Pengenalan tentang isi Guru menerangkan dan Bulu tangkis (1)
(20 minit) pelajaran. menjelaskan mengenai kemahiran
hantaran smesy. Raket badminton (1)
Perkembangan
- Hantaran Demonstrasi guru Demonstrasi ansur maju teknik
smesy hantaran smesy ialah:
1. Pemain bersedia seperti untuk
melakukan pukulan atas
kepala
2. Raket diayun ke belakang
3. Ayun raket ke hadapan dengan
pantas dan pukul bulu tangkis
dengan kencang.
4. Pergerakan melakukan smesy
mestilah eksplosif.
5. Sentuh bulu tangkis di atas
dan hadapan kepala dan
badan pemain sebelah tangan
raket.
6. Semasa melakukan smesy,
pegangan mestilah relaks dan
tidak terlalu ketat.
Latih Tubi 1 1. Cari pasangan masing- Bulu tangkis (60)
- Umpan dan masing setiap seorang
melakukan 2. Setiap pasangan Raket badminton
hantaran smesy memegang sebiji bulu (20)
tangkis
3. Seorang akan memegang
tiga atau empat bulu
tangkis dan membuat
umpanan tinggi.
4. Pasangan perlu melakukan
hantaran smesy bagi setiap
umpanan
5. Lakukan sebanyak tiga set Petunjuk:
dan tukar peranan = guru

= murid
Latih Tubi 2 1. Cari pasangan masing- Bulu tangkis (60)
- Bergerak ke masing.
belakang dan 2. Pasangan akan Raket badminton
membuat memberikan umpanan (20)
hantaran smesy. tinggi kepada rakan
3. Rakan yang berada di
tengah akan bergerak ke
belakang dan buat pukulan
smesy
4. Kembali semula ke tengah
gelanggang
5. Tukar peranan dan ulang
langkah dua hingga empat.

Petunjuk:
= guru

= murid
Kemuncak Pertandingan Hantaran Smesy Berterusan Bulu tangkis (20)
(20 minit)
Hantaran Smesy 1. Cari pasangan masing- Raket badminton
Berterusan masing setiap seorang (20)
2. Setiap pasangan
memegang sebiji bulu
tangkis
3. Seorang akan membuat
umpanan tinggi kepada
pihak lawan.
4. Pasangan perlu melakukan
hantaran smesy bagi setiap
umpanan. Bilangan smesy
Petunjuk:
yang berjaya akan dikira.
= guru
5. Tukar peranan dan ulang
perlakuan no 4.
= murid
6. Pihak yang melakukan
bilangan pukulan smesy
yang terbanyak dikira
menang.
Penutup 1. Menyejukkan Badan 1. Berlari anak ke depan jaring
(10 minit) dan menyentuh jaring
2. Berlari mengiring ke
belakang gelanggang.
3. Menghayunkan raket tanpa
menggunakan bulu tangkis
ketika di di belakang
gelanggang.

2. Rumusan Pelajaran Guru mengulangkan teknik


2.1 Rumusan kognitif & hantaran smesy.
Psikomotor 1. Pemain bersedia seperti untuk
melakukan pukulan atas
kepala
2. Raket diayun ke belakang
3. Ayun raket ke hadapan dengan
pantas dan pukul bulu tangkis
dengan kencang.
4. Pergerakan melakukan smesy
mestilah eksplosif.
5. Sentuh bulu tangkis di atas
dan hadapan kepala dan
badan pemain sebelah tangan
raket.
6. Semasa melakukan smesy,
pegangan mestilah relaks dan
tidak terlalu ketat.

2.2 Rumusan Afektif Perlu bertoleransi dengan rakan


- Penerapan Nilai yang tidak begitu pandai atau
- Pujian / Teguran cepat dalam melakukan latihan.

Kerjasama dalam setiap kumpulan


memainkan peranan penting
dalam usaha untuk mahir
mempelajari kemahiran.
Refleksi Aktiviti Kokurikulum (1-8-18)

Isu yang difokuskan:


Pembahagian kumpulan yang kurang efektif

Analisis isu/ perkara yang difokus:


Kekuatan: Dalam sesi pengajaran yang dijalankan, saya telah membahagikan murid saya kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan diketuai
oleh seorang ketua yang berdiri di hadapan. Melalui cara ini, sesi p&p dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik. Selain itu, ini juga dapat
mengeratkan hubungan murid dalam satu kumpulan dan memupuk sifat bekerjasama.

Kelemahan:
Pembahagian kumpulan sebanyak empat kumpulan tidak cukup bagi memaksimumkan penglibatan murid dalam sesi p&p. Apabila sesi p&p
dijalankan, terdapat beberapa orang murid yang berada di bahagian belakang tidak menumpukan perhatian semasa kawan mereka sedang
menjalankan aktiviti. Mereka membuat bising di belakang dan menyebabkan sesi p&p diganggu.

Cadangan penambahbaikkan:
Saya perlu memperbanyakkan empat kumpulan kepada lapan kumpulan supaya semua murid dapat mengambil bahagian dengan kadar yang
lebih cepat. Selain itu, kumpulan yang lebih banyak boleh mengurangkan keadaan murid membuat bising di bahagian belakang.

Anda mungkin juga menyukai