Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN KOMBO SEKOLAH – SEKOLAH

MENENGAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran semua hadirin. Untuk makluman hadirin
sekalian, majlis kita akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
sekalian diminta untuk mengambil tempat masing-masing.

1. Yang berusaha, ______________________________________________________,

2. Yang dihormati, ______________________________________________________

3. Yang dihormati, ______________________________________________________

4. Yang dihormati, barisan hakim, guru-guru pengiring, para peserta, rakan-rakan


guru, murid – murid serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.

Anak burung bersiul-siulan,


Meriahkan rimba penghibur sejati,
Salam pembuka tirai pertandingan,
Bersua kita di arena negeri.

Majlis mengalu-alukan kehadiran, para hakim, guru-guru pengiring, para peserta serta hadirin-
hadirat yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, dengan izin dan aturanNya, dapat kita
dipertemukan dalam Pertandingan KOMBO sekolah – sekolah Menengah Negeri Sarawak
bagi tahun 2019. Untuk makluman awal semua hadirin, terdapat 11 pasukan KOMBO yang
akan berentap untuk merebut gelaran Johan Pertandingan KOMBO Sekolah – sekolah
Menengah Peringkat Negeri Sarawak.

PENGENALAN BARISAN HAKIM

Bagi melengkapkan pertandingan kita untuk kali ini, 3 orang hakim telah dilantik untuk
menerajui penghakiman pertandingan kali ini.

Barisan hakim pada hari ini akan diketuai oleh ____________________________________.

Hakim Kedua ialah ______________________________________.

Seterusnya, Hakim Ketiga ialah ____________________________________. Terima kasih


diucapkan.

Penjaga masa pertandingan ialah _________________________________. Setelah cukup tempoh masa yang
diperuntukkan, penjaga masa akan menekan loceng sebanyak dua kali.
SKRIP PERTANDINGAN BERLANGSUNG

Tirai pertandingan kini dibuka,


Harap peserta semuanya bersedia.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput peserta dari pasukan
KOMBO 1 untuk mempersembahkan persembahan mereka. Majlis mempersilakan.
Begitulah tadi persembahan ___________________dari peserta dari pasukan KOMBO 1 itu
tadi.

Seterusnya, dijemput peserta dari pasukan KOMBO ........................................ Majlis


mempersilakan.
Demikian tadi persembahan yang penuh kreativiti dan menarik peserta dari pasukan KOMBO
_____.

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.

PENGUMUMAN REHAT/JAMUAN

Hadirin sekalian,

Eloklah kiranya jika majlis ini ditangguhkan seketika dan berehat dahulu bagi memberi laluan
kepada semua hadirin untuk berehat seketika.

Untuk makluman hadirin, makanan untuk para peserta boleh diperolehi di _________.
Manakala barisan hakim pula dipersilakan untuk menikmati jamuan ______. Majlis ini
bersambung semula pada pukul 1.00 tengahari. Harap maklum.

SAMBUNGAN SKRIP PERTANDINGAN BERLANGSUNG

Tirai pertandingan kini di buka,


Mari kita teruskan acara.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput peserta dari pasukan
KOMBO __ untuk mempersembahkan persembahan mereka. Majlis mempersilakan.
Begitulah tadi persembahan ___________________dari peserta dari pasukan KOMBO 1 itu
tadi.

Seterusnya, dijemput peserta dari pasukan KOMBO ........................................ Majlis


mempersilakan.
Demikian tadi persembahan yang penuh kreativiti dan menarik peserta dari pasukan KOMBO
_____.

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi.


MAJLIS PENUTUPAN

KETIBAAN GURU BESAR SK BINTULU

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bintulu, Encik
Mohamed Khaidir Bin Mohamed Arebi untuk masuk ke dewan.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin dan hadirat sekalian,

Aturcara kita dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dipersilakan semua hadirin untuk
berdiri tegak.

Terima kasih diucapkan atas nyayian Lagu Negaraku itu tadi. Hadirin dijemput duduk.

UCAPAN ALUAN GURU BESAR

Dengan tiada melengahkan masa,


Kita mulakan atucara seterusnya..

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohamed Khaidir Bin Mohamed
Arebi, Guru Besar SK Bintulu merangkap pengerusi induk Pertandingan KOMBO Sekolah –
sekolah Menengah Peringat Negeri Sarawak untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis mengucakan terima kasih kepada Yang Berusaha, Encik Mohamed Khaidir Bin
Mohamed Arebi, Guru Besar SK Bintulu atas ucapan itu tadi.

Ucapan tuan menyerikan majlis,


Warga pendidik tampak ceria,
Kesudian Tuan merasmikan majlis,
Bangga kami tidak terkira.

PERSEMBAHAN TARIAN

Baiklah hadirin dan hadirat sekalian. Bagi menyemarakkan lagi suasana pada hari ini, di jemput
Pasukan Tarian dari Sekolah Kebangsaan Bintulu untuk untuk mempersembahkan tarian Zapin
mereka. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diatas persembahan yang begitu menarik. Tarian ini di bimbing oleh Cikgu
Normah Jeffery Jalan.
ULASAN HAKIM

Hadirin sekalian

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya ingin mempersilakan _______________________


selaku ketua hakim untuk memberikan ulasan. Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________________________


atas ulasan itu tadi.

___________________________________________________________________________

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG

Hadirin yang dimuliakan,

Aturcara kita diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan sekali lagi Yang
Berusaha, ________________________________________________________ Sarikei
untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada barisan hakim dan para peserta.

SIJIL UNTUK PIHAK PENGELOLA

Bagi merakamkan rasa terima kasih atas kerjasama yang ditunjukkan oleh pihak pengelola,
majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha, Encik Mohamed Khaidir Bin Mohamed
Arebi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bintulu mewakili barisan pengelola untuk menerima
sijil penghargaan.

Terima kasih diucapkan.

SIJIL UNTUK BARISAN HAKIM

Hadirin sekalian,

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan dapat dijalankan. Sebagai
menghargai kesudian mereka meluangkan masa, pihak penganjur menyediakan sijil
penghargaan atas komitmen yang diberikan sepanjang penghakiman berlangsung.

1. Dengan ini, dijemput ___________________________________ selaku ketua hakim.


2. Seterusnya dijemput ___________________________________________________.
3. Dipersilakan _________________________________________________________.
SIJIL UNTUK GURU PENGIRING

Bagi menghargai jasa guru yang membimbing para peserta, dijemput guru-guru pengiring
untuk menerima sijil penghargaan.

1. Dengan ini, dijemput ________________________ dari SK __________________.


2. Seterusnya dijemput ___________________________ dari SK _________________.

SIJIL UNTUK PARA PESERTA

Penyampaian sijil penyertaan kepada saguhati. Diminta para peserta untuk kekal sahaja berdiri
di pentas selepas menerima sijil. Dijemput adik ( ikut giliran pertandingan )

PENGUMUMAN KEPUTUSAN

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan, untuk sama-sama kita mengetahui keputusan
pertandingan yang telah dilaksanakan. Majlis kita akan diteruskan dengan keputusan
pertandingan.

 Saguhati, tempat keenam disandang oleh pasukan KOMBO ____________________.


 Saguhati tempat kelima pasukan KOMBO ___________________.
 Saguhati tempat keempat menjadi milik pasukan KOMBO __________________.
 Diumumkan pemenang ketiga jatuh kepada _______________________________.
 Naib Johan menjadi _______________________________________________.
 Gelaran johan disandang oleh ________________________________________.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, ___________________________. Tahniah


diucapkan kepada semua pemenang dan tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang mengambil
bahagian. Kepada yang tidak berjaya, cuba jaya pada masa akan datang.

Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah sudah pertandingan


KOMBO Sekolah – sekolah menengah peringkat Negeri Sarawak. Terima kasih di atas
kerjasama yang diberikan sepanjang kelangsungan pertandingan ini dan mohon maaf dari kami
berdua selaku pengacara Majlis anda pada hari ini sekiranya berlaku sebarang kesilapan semasa
kami mengendalikan Majlis ini.
Madah diungkap santun bitara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seiklas hati.

Melarik halus papan di jawa


Tersergam kukuh di gerbang batu
Adat bertemu terpisah jua
Moga ketemu dilain waktu

Anda mungkin juga menyukai