Anda di halaman 1dari 3

1.

Teacher's Diary (Thailand)


Filem mengenai kisah seorang guru lelaki yang baru ditugaskan untuk berkhidmat di
sebuah sekolah jauh di pedalaman. Penuh keboringan, satu-satunya peneman guru
ini adalah sebuah diari tinggalan seorang cikgu perempuan yang juga pernah
bertugas di sekolah ini.
2. To Sir With Love (Omputih)
Mengisahkan seorang guru yang berdepan dengan remaja sukar dikawal di sekolah
baharunya. Menjadi guru di sekolah terbuang seperti itu, guru tersebut berhadapan
dengan banyak kesukaran. Berjayakah beliau mendidik anak-anak nakal tersebut?
3. Laskar Pelangi (Indonesia)
Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel yang cukup meruntun jiwa pendidik.
Mengisahkan perjuangan 10 murid di sekolah kawasan pedalaman yang jauh dari
kota, dengan dua orang guru yang sangat menginspirasikan. Saya recommend
cerita ini untuk ditonton! Lagu soundtrack dia pun semua sangat best!

4. Freedom Writers (Omputih)


Filem ini diangkat daripada sebuah kisah benar, mengenai seorang guru muda
bernama Erin Gruwell. Berhadapan dengan kumpulan pelajar yang bermasalah,
motivasi beliau berjaya memberi inspirasi kepada muridnya untuk bertoleransi
sesama mereka, dan melanjutkan pelajaran.
5. Dead Poet Society (Omputih)
Filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat, Robin Williams dengan penuh gaya sekali.
Menjadi guru Sastera, bukan lah halangan untuk beliau menggunakan pendekatan
yang cukup dekat dengan pelajar beliau yang semuanya lelaki.
6. Taare Zameen Par (Hindi)
Filem lakonan Aamir Khan ini rasanya cukup dekat dengan guru Malaysia.
Mengisahkan kisah seorang guru, yang berdepan dengan pelajar yang 'bermasalah',
sehingga lah guru tersebut mengenalpasti punca sebenar masalah pelajar tersebut.
Guru Pendidikan Khas sesuai sangat tengok
7. Adiwiraku (Malaysia)
Mengisahkan mengenai cikgu muda, Cheryl Ann Fernando dengan cabarannya di
sebuah sekolah kampung di Kedah. Cabaran dan kejayaan anak-anak di SMK
Pinang Tunggal ini menjuarai pertandingan Choral Speaking digarap dengan baik
dan penuh penghayatan.
Filem adaptasi kisah benar dari Malaysia ini juga memenangi Anugerah Filem
Terbaik 2017.
8. 3 Idiots (Hindi)
Ini satu lagi cerita hebat lakonan Aamir Khan. Mengisahkan persahabatan 3 orang
sekawan yang digelar 'Si Bodoh' kerana cara berfikir mereka yang berbeza.
9. Aishah : Biarkan Kami Bersaudara (Indonesia)
Filem dengan tema keagamaan ini mengisahkan seorang guru yang mengajar di
sebuah sekolah jauh dari desanya, di komuniti yang jauh berbeza darinya. Menjadi
guru atas wasiat bapanya, dapatkah Aishah menunaikan janji kepada bapanya?
10. Great Teacher Onizuka (Jepun)
Great Teacher Onizuka atau lebih dikenali sebagai GTO ini memang sudah popular
menerusi siri manga nya. Kisah cikgu dengan niat pelik, tapi akhirnya menjadi guru
yang lucu dan juga berjaya memberi inspirasi kepada anak muridnya.
11. The Glove (Korea)
Filem Korea ini sangat menyentuh perasaan. Berapa kali saya dah tonton, tapi tetap
boleh mengalirkan air mata. Kisah bagaimana sekumpulan pelajar pekak dan bisu
yang struggle untuk berlatih dan menyertai pertandingan besbol untuk daerah
mereka. Sekalipun penuh dengan kekurangan, semangat mereka akhirnya
menyentuh hati coach mereka yang pada mulanya langsung melihat sebelah mata.
12. Chalk and Duster (Hindi)
Filem ini adalah lakonan hebat Juhi Chawla dan Shabana Azmi mengisahkan kisah
dua orang guru yang menyentuh perasaan. Kesungguhan dan minat mereka
terhadap kerjaya mereka mendorong mereka untuk buat yang terbaik. Dugaan
datang apabila, pentadbiran mengganggu urusan mereka.
13. Dangerous Mind (Omputih)
Filem lakonan Michelle Pfeiffer ini mengisahkan seorang Marine yang menjadi guru
di sebuah sekolah gangster. Tengok bagaimana coolnya cikgu perempuan nih
mengawal anak-anak muridnya yang ganas. Cikgu kat sekolah di bandar, sila tonton
untuk ambil inspirasi.

14. Beyond the Blackboard (Omputih)


Filem TV ini adalah kisah perjuangan guru muda yang berdepan dengan ketakutan
dan prejudis terhadap kanak-kanak homeless / gelandangan, sebelum beliau sendiri
yang menjadi inspirasi kepada anak-anak tersebut untuk make a difference!
15. The Ron Clark Story (Omputih)
Filem ini merupakan adaptasi kisah benar Ron Clark, guru di kampung yang ditukar
ke sebuah sekolah dengan cabaran terbesar, disiplin paling teruk. Apa yang beliau
buat dan mampukah beliau mengatasi masalah tersebut?
16. Suck Me Shakespeer (German)
Kisah lucu mengenai seorang pencuri yang terpaksa menjadi guru kerana
terperangkap di sebuah sekolah.
17. Lean on Me (Omputih)
Filem mengena perjuangan seorang pengetua sekolah yang berusaha bersungguh-
sungguh bagi memastikan sekolah nya berada dalam keadaan yang terbaik.
Lakonan hebat oleh Morgan Freeman.

18. Black (Hindi)


Filem lakonan hebat Amitabh Bachan dan Rani Mukherjee ini mengisahkan kisah
seorang gadis buta dan pekak, dan hubungannya dengan guru yang kemudiannya
menghidap sakit Alzheimer.
19. Blindside (Omputih)
Kisah sedih mengenai perjuangan seorang anak homeless dan trauma yang
kemudiannya dibela oleh seorang wanita yang sangat penyayang. Perjuangan
mereka sehingga anak homeless tersebut menempa kejayaan sehingga menjadi
pemain American Football. Lakonan hebat Sandra Bullock dan Quinton Aaron.
20. Cikgu Limau Kasturi (Malaysia)
Saya masukkan juga drama legend ini sebagai Filem Guru Wajib Tonton atas
kehebatan cerita ini dalam meninggalkan kesan kepada ramai orang, termasuk
saya. Dilakonkan oleh Harun Salim Bachik, watak cikgu di pedalaman yang penuh
dengan kejujuran dan sikap sebenar seorang pendidik. Generasi yang belum
sempat tonton, sila cari kat Youtube ok.

Anda mungkin juga menyukai