Anda di halaman 1dari 1

Apakah kesan setiap gaya keibubapaan ke atas kanak-kanak itu?

Cara Yang Terbaik Mendisiplinkan Kanak-Kanak

Pada pendapat saya, cara yang terbaik untuk mendisiplinkan kanak-kanak ialah dengan menggunakan
disiplin yang sederhana iaitu tidak longgar dan tidak terlalu ketat seperti autoritatif. Dengan kata lain,
setiap sesuatu disiplin yang hendak digunakan kepada kanak-kanak mestilah bersesuaian dengan tahap
perkembangan mereka supaya kanak-kanak tersebut dapat mengembangkan sifat-sifat kendiri yang
positif. Dalam agama Islam, perkara ini sudah lama diajar. Iaitu melalui sabda Rasulullah S.A.W, “suruhlah
anak-anak kamu bersolat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukul kerana meninggalkan solat ketika
berusia sepuluh tahun” (Riwayat Abu Daud, sahih).

Mengikut Dr. MAZA (2012), dalam menerangkan hadis tersebut, kita diperintahkan menyuruh kanak-
kanak bersolat ketika berusia tujuh tahun sebelum memukulnya dengan tujuan mendidik pada usia
sepuluh tahun. Jika dia dipukul setelah berusia sepuluh tahun, dia akan faham, itu adalah pukulan kasih
sayang dan cinta kerana sudah 3 tahun ibu bapanya menyeru tanpa kekerasan dan paksaan supaya solat.
Dengan ini, dia akan mengambil iktibar terhadap hukuman yang diberikan kepadanya tanpa merasakan
dirinya didera atau dizalimi oleh ibu bapanya sendiri. Hal ini secara tidak lansungnya, dapat membentuk
disiplin yang kukuh dan seimbang dengan perkembangan diri kanak-kanak tersebut dengan hanya seruan
solat yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Kesimpulan

Kesimpulannya, corak didikan autoritatif adalah corak didikan yang terbaik untuk perkembangan
seseorang individu. Menurut Baumrind (1971), corak didikan Autoritatif merupakan didikan yang tegas
tetapi mesra. Selain itu, ibu bapa yang mengamalkan corak didikan ini sentiasa bersedia memberi
penjelasan dan mempertimbangan terhadap peraturan yang dikenakan kepada anak-anaknya. Hal ini
disebabkan ibu bapa mahu melahirkan perkembangan kendiri yang positif terhadap anak-anak mereka.
Berbanding dengan corak didikan permisif dan autoritarian iaitu corak didikan permisif terlalu memberi
kebebasan kepada seseorang individu sehingga merosakkan kendiri anak-anak mereka seperti terlibat
dengan gejala seks bebas, penagihan dadah dan lain-lain lagi. Manakala, corak didikan autoritarian pula
adalah sangat menyekat kebebasan anak-anaknya dengan menggunakan disiplin dan hukuman yang
terlampau sehingga melahirkan perkembangan kendiri yang pasif, mudah cemas, bimbang dan kurang
berdikari.

Anda mungkin juga menyukai