Anda di halaman 1dari 7

PUISI MODEN

AKU HANYA MAHU KE SEBERANG

Maksud

Rangkap Maksud
Persediaan dan persiapan rapi dan teliti daripada setiap aspek fizikal,
1 mental dan emosi untuk mencapai impian yang murni dalam merancang
kehidupan masa hadapan.
Bersedia untuk berhadapan/menempuh cabaran yang telah dijangka dan
2 tidak terduga sepanjang perjalanan untuk meraih kejayaan.
Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/
3 kelemahannya sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal
dan mental dan emosinya.
Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam
4 keadaan terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental
dan emosi supaya berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang
kejadian yang tidak diingini yang boleh menggagalkan usahanya sekian
lama untuk mencapai impiannya.
Bertawakal dan berserah kepada tuhan semoga cita-cita/ impian yang kecil
5 itu dimakbulkan

Tema

Bertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan keazaman
yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai /dan ketelitian /
dalam mengubah kehidupan. Keyakinan dalam doa dan bertawakal kepada tuhan
agar segala usaha tidak sia- sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita.

Persoalan

1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang terbaik


(sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan.
Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma
PUISI MODEN

2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu


berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin
diceburinya.
Contoh :- Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma

3. Pengetahuan dan persediaan yang mantap mengenai keadaan persekitaran


yang menjadi cabaran dan halangan perlu diketahui dengan sebaik-baiknya.

Contoh :- mengharung samudera


melawan ombak dan pantai

4. Mengetahui keupayaan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan


persekitaran supaya dapat terus berdaya tahan.

Contoh :- Perahuku kecil, lautnya ganas.

5. Bertawakal dan berdoa dan pengharapan yang tinggi kepada tuhan yang maha
menguasai alam semesta sangat perlu untuk meredakan tekanan dan
mengawal emosi supaya dapat terus bertahan (sebagai terapi- tidak hilang
punca/ dapat mengawal keadaan) dalam menghadapi saat-saat genting dalam
kehidupan.
Contoh :- Tenanglah laut, kuala dan muara.
Ombak jangan gila melanda
Tiuplah bayu pada layarku laju
Dayung jangan patah.
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah

6. Tidak mudah patah semangat walaupun menemui pelbagai kesukaran dalam


merealisasikan cita-cita.
Contoh :- Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang
PUISI MODEN

1. Mempunyai lima rangkap


1.1 Rangkap pertama mempunyai enam dua baris
1.2 Rangkap kedua mempunyai tiga baris
1.3 Rangkap ketiga mempunyai sebaris
1.4 Rangkap keempat mempunyai enam baris
1.5 Rangkap kelima mempunyai dua baris

2. Terdiri daripada dua hingga 15 suku kata.


3. Terdiri daripada satu hingga tujuh perkataan dalam sebaris.
4. Rima akhirnya berbentuk bebas

Gaya Bahasa

1. Repitisi - pengulangan perkataan jangan


contoh :- Dayung jangan patah
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah

2. Asonansi - pengulangan vokal ‘a’


Contoh :- Tenanglah laut, kuala dan muara

3. Aliterasi - pengulangan konsonan ‘n’


Contoh :- meninggalkan pantai

4. Imejan - imej alam


Contoh :- samudera, pantai, ombak, pantai, bayu, laut,
kuala, muara
cengal, tembusu, kapas, nibung
5. Sinkop - ‘ku’
Contoh :- ku pahat
Layarku
PUISI MODEN

6. Personafikasi - Contoh :- Ombak jangan gila melanda


Tenanglah laut, kuala dan muara
Perahuku kecil, lautnya ganas

‘7. Perlambangan - benda

Contoh : - perahu, dayung, layar, tiang

keadaan

Contoh :- Kupahat cengal menjadi perahu

melawan ombak dan badai

Perahuku kecil, lautnya ganas.

peristiwa

Contoh :-

Esok, perahu akan ke air, mengharung samudera,

meninggalkan pantai

melawan ombak dan badai

Nilai

1. Keberanian – semangat juang yang tinggi dan sanggup menanggung kerja berisiko
tinggi dalam mengubah kehidupan.

Contoh :- Esok, perahu akan ke air, mengharung samudera,


meninggalkan pantai
melawan ombak dan badai.

Contoh :- Perahuku kecil, lautnya ganas


PUISI MODEN

2. Kerajinan - Berusaha bersungguh dan tekun untuk merealisasikan impian dan


mengubah kehidupan
Contoh:- Kupahat cengal menjadi perahu

3. Kebersihan fizikal dan mental – Bertawakal dan berdoa mengharapkan segala


usaha tidak dipersiakan dan mohon dipekenankan tuhan atas segala usaha yang
dikerjakan.
Contoh :- Dayung jangan patah
Layar jangan rekah
Tiang jangan rebah

4. Kesabaran : - Tabah dan tenang memujuk diri sendiri (kemahiran interpersonal


yang tinggi) ketika menghadapi peristiwa getir dalam kehidupan. Tidak
menyalahkan keadaan sebaliknya berusaha mengawal emosi untuk mencapai
impian.
Contoh :- Tenanglah laut, kuala dan muara
Ombak jangan gila melanda.
Tiuplah bayu pada layarku laju

Pengajaran

1. Kita haruslah sentiasa menghasilkan/ melakukan perkara yang terbaik untuk


mengubah keadaan kehidupan yang lebih baik .
Contoh :- Kupahat cengal menjadi perahu
dayungnya teras tembusu
Layar bertingkat kapas gulung
tiangnya tegap kayu nibung
Panjinya kain suluk atma
PUISI MODEN

2. Kita sepatutnya bertawakal dan redha kepada Tuhan dalam menghadapi


peristiwa mencabar dalam kehidupan
Contoh :- Tuhan,
Aku hanya mahu ke seberang

3. Kita sewajarnya sentiasa tenang dalam menghadapi keadaan yang sukar dan
mencabar dalam kehidupan supaya boleh mengawal keadaan dan tidak hilang
haluan/focus/tidak tersasar/ supaya usaha dan penat lelah tidak menjadi sia-sia.

Contoh :- Dayung jangan patah - (Dayungnya teras tembusu)


Layar jangan rekah - (Layar bertingkat kapas gulung)
Tiang jangan rebah - (Tiangnya tegap kayu nibung)

4. Kita hendaklah pandai membuat pilihan dan menentukan hala tuju dengan
menguasai dan bersedia dengan kepelbagaian ilmu dan kemahiran sesuai
dengan keadaan semasa untuk membina kehidupan yang lebih baik.

Contoh :- Esok, perahu akan ke air, mengharung samudera,


meninggalkan pantai
melawan ombak dan badai.

Soalan

Jawapan
PUISI MODEN