Anda di halaman 1dari 2

Pada hari ini, saya telah mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas 3 Ibnu

Khaldun iaitu pada jam 10.15 pagi sehingga jam 11.15 pagi. Sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung, kekuatan yang dikenalpasti ialah kesemua langkah
pengajaran yang dirancang dapat dilakukan sepenuhnya mengikut perancangan yang telah
dibuat. Hal ini kerana pelaksanakan aktiviti pengajaran selari dengan had masa yang telah
diperuntukkan. Selain itu, kekuatan yang kedua ialah penglibatan murid amat memuaskan.
Murid-murid di kelas tersebut aktif melibatkan diri dalam aktiviti setiap yang dilakukan. Apabila
saya meminta wakil murid untuk menjawab soalan yang diberikan, kesemua murid
bersemangat untuk menjawab soalan tersebut.

Kelemahan yang dikesan antaranya ialah penggunaan bahasa dari segi laras dan
istilah. Contohnya penggunaan perkataan “ok” yang terlalu kerap ketika saya sedang
bercakap. Pada dasarnya, kelemahan ini berlaku tanpa saya sedari, mungkin disebabkan
ianya sudah menjadi kebiasaan. Penggunaan perkataan “ok” yang terlalu kerap boleh
menyebabkan murid-murid terikut dengan gaya bahasa tersebut. . Selain itu, kawalan kelas
juga tidak terkawal apabila saya mengarahkan mereka untuk bekerja secara berkumpulan.
Apabila saya menyuruh mereka untuk bergerak dalam kumpulan, mereka tidak melakukannya
sehingga arahan yang kedua diberikan. Hal ini menunjukkan bahawa pengurusan kumpulan
tidak berkesan dan perlu diberi penekanan dan penambahbaikan agar pendekatan koperatif
dapat diaplikasikan secara efektif kepada murid-murid.

Berdasarkan kelemahan dan kekurangan semasa pengajaran saya, beberapa aspek


penambahbaikan perlu dilaksanakan. Penambahbaikan yang pertama perlu saya lakukan
adalah memperbaiki penggunaan bahasa dari segi laras dan istilah. Penggunaan bahasa
seperti penggunaan perkataan “ok” yang berulang perlu dielakkan. Saya juga boleh
menggunakan perkataan lain seperti “baiklah” dan diselangselikan dengan perkataan lain.
Penggunaan dialek dalam pengajaran juga perlu dihindarkan agar murid tidak mudah terikut-
ikut dengan bahasa guru yang boleh mengelirukan murid-murid. Seterusnya, saya bercadang
untuk membahagikan kumpulan agar mempunyai murid yang lemah, sederhana bijak dan
bijak dalam setiap kumpulan tersebut. Sehubungan dengan itu, saya akan mengasingkan
murid yang sentiasa membuat bising dengan rakan semejanya agar tidak mengganggu
pembelajaran di dalam kelas sekaligs menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar.
Secara keseluruhannya, objektif pengajaran dapat dicapai dan saya berpuas hati
terhadap pengajaran kali ini walaupun timbul beberapa kelemahan yang mencacatkan sedikit
proses pengajaran dan pembelajaran. Saya berharap dapat memperbaiki diri dan
menghasilkan pengajaran yang lebih berkualiti di masa akan datang walaupun saya perlu
memaksimumkan usaha saya, kerana kemanisan akan dikecapi oleh guru apabila melihat
murid-muridnya mencapai kefahaman terhadap apa yang diajar dan memperolehi kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai