Anda di halaman 1dari 3

TAJUK PIDATO : AJUK ALAM SEKITAR

TANGGUNGJAWAB BERSAMA
September 22, 2017 – by admin

AJUK PIDATO : ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,


Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana,
Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin hadirat sekalian.

Assalamualaikum pembuka bicara.


Kepentingan menjaga Alam Sekitar. Begitulah tajuk pidato yang akan saya
sampaikan pada hari ini.
Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya mendefinisikan dahulu tajuk pidato ini.

Mengikut kamus dewan, alam sekitar ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi
dan di langit.
menjaga pula ditakrifkan sebagai
amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh seseorang, manakala
bersama pula diertikan sebagai semua yang terlibat.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa menjaga kebersihan,


keindahan atau mencorakkan alam sekitar
merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak.
Bak kata pepatah hadirin-hadirat sekalian,
bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Maka segala usaha
untuk membersihkan dan
mencantikkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama.

Hadirin yang dihormati,

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada


kesejahteraan kehidupan.Negara kita
Malaysia sedang dilimpahi dengan arus pembangunan yang maha hebat. Di
sana sini mata dapat
menikmati bangunan pencakar langit. Kita amat berbangga dengan arus
pembangunan yang kita
nikmati. Namun di sebalik pembangunan yang semakin rancak,
janganlah pula kita leka dengan isu
pembangunan alam sekitar kerana sesungguhnya kedua-dua
pembangunan ini amat berkait rapat.

Hadirin yang dihormati,

Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan


ternakan. Rasa tanggungjawab itu lebih
daripada yang dituntut kerana
menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan secara sendirian. Semua
pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menuding jari
ke arah pihak lain sekiranya alam
sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan adalah melihat ke dalam diri
kita sendiri dan perlu
bertanggungjawab untuk memulihara alam. Tahukah hadirin sekalian, fenomena
tanah runtuh, jerebu,
sungai dipenuhi sampah-sampah sarap dan dipenuhi
toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam
sekitar mencerminkan sikap masyarakat kita yang tidak menyayangi alam sekitar.

Kita sewajarnya mencontohi


sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai semangat alam. Mereka
percaya sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia dan penghuninya juga
demikian.

Hadirin yang dikasihi.

Wajah kita sebenarnya dapat dilihat daripada alam sekitar. Alam sekitar
ialah imej kita. Alam yang cantik
akan menjadi daya penarik kepada pelancong luar. Keadaan ini
secara tidak langsung hadirin sekalian,
akan membantu dasar ekonomi Negara. Kita boleh beralih ke sector
pelancongan untuk menarik pelabur
luar. Oleh itu amat wajar sekiranya kita mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk
memelihara alam
sekitar.

Hadirin yang dihormati,

Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar


?Sudah tentulah jawapannnya merujuk kepada kanak-kanak
sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan supaya mencintai
alam sekitar.
Manakala golongan dewasa pula diingatkan supaya menjadi teladan kepada
golongan muda terhadap
kepentingan menjaga alam sekitar. Para pengusaha
perlu beringat dan jangan hanya memikirkan
keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha mencari
jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih
menarik. Mereka perlu berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk sama-sama
menjaga dan
memelihara alam sekitar agar
kelestariannya terpelihara. Jelaslah hadirin sekalian bahawa pendidikan
menjadi teras kepada rasa tanggungjawab ini. Benar kata seorang pujangga Yunani,
iaitu hanya
pendidikan sahaja yang dapat mengubah alam ini. Kata-kata itu mengingatkan kita
kepada rasa
tanggungjawab yang lebih besar maknanya dalam konteks mencintai alam sekitar.
Hadirin sekalian.

Malaysia juga sebenarnya sudah mulai sedar tentang pentingnya


pemeliharaan alam sekitar. Sambutan
Hari Alam Sekitar yang disambut pada setiap 23 April menunjukkan kepekaan kita
terhadap alam sekitar.

Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan
bahawa tanggungjawab
menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kita tentu
tidak mahu hidup kita diselubungi
pencemaran. Yang kita perlu untuk tubuh badan kita
ialah sumber makanan dan udara yang sihat. Oleh
itu, untuk memastikan tubuh kita sihat, semuanya bergantung pada
alam sekitar yang sihat.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar
sama-sama
bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar. Renungilah bait-
bait ini sebelum saya
menutup bicara :
Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa
Dia dikelar manusia, yang jahil tentangnya.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai