Anda di halaman 1dari 22

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 1 Februari 2009 Hasil tugasan ini adalah hak milik

saya dan tiada amalan plagiat dijalankan.


(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI) 891116-03-5558 IPKB/PPISMP/JUL/07-001297
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN MT/PJ/BI (II) JANUARI 2009
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 2 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 3 Februari 2009
Kandungan
Bil Perkara Muka
. surat
1. Penghargaan 4
2. Jadual pelaksanaan tugasan 6
3. Objektif 8
4. Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak 10
5. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak 14
6. Persamaan dan perbezaan antaran pertumbuhan dan 17
perkembangan kanak-kanak.

7. Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak 19


8. Faktor-faktor perkembangan kanak-kanak 24
9. Perkembangan fizikal kanak-kanak (6-12 tahun) 30
10. Perkembangan kognitif kanak-kanak (6-12 tahun) 35
11. Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran 47
12. Rumusan/cadangan 51
13. Refleksi 53
14. Rujukan 55
15. Lampiran 57
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 4 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 5 Februari 2009
Penghargaan
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya
akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi „Perkembangan Kanak-kanak‟. Jutaan
terima kasih saya tujukan buat Encik Zarawi bin Mat Noor selaku pensyarah
Perkembangan Kanak-kanak yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya hadiahkan buat kedua
ibu bapa saya, Madi bin Hussain dan Sanariah binti Ariffin yang telah banyak memberi
dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan yang banyak
membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa. Sekian, terima kasih. Yang
menghargai, (SITI FARAH IDAYU BINTI MADI) MT/PJ/BI (II)
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 6 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 7 Februari 2009
Jadual Pelaksanaan Tugasan
BIL TARIKH INPUT & TUGAS
.
1. 19 Februari Penerimaan tugasan.
2009
2. 20 Februari Membuat ringkasan sumber bahan untuk rujukan.
2009
3. 21Februari Membuat perancangan untuk mencari sumber bahan.
2009
4. 22 Februari Mencari sumber di perpustakaan.
2009
5. 23 Februari Memulakan penulisan draf pertama.
2009
6. 24 Februari Merujuk kepada pensyarah semasa dalam kuliah berhubung
2009 tugasan.
7. 25 Februari Perbincangan mengenai draf.
2009
8. 26 Februari Mempelajari cara menghasilkan portfolio.
2009
9. 27 Februari Menaip segala input yang diperlukan.
2009
10. 28 Februari Meneruskan tugasan dengan menyiapkan draf akhir.
2009
11. 1 Mac 2009 Merujuk pensyarah berhubung dengan subtopik yang
dimaksudkan.
12. 2 Mac 2009 Menyemak semula hasil tugasan yang telah siap.
13. 3 Mac 2009 Menyempurnakan tugasan.
14. 4 Mac 2009 Membuat semakan terakhir.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 8 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 9 Februari 2009
Objektif Tugasan Tugasan ini menyumbang kepada pelbagai manfaat untuk para
guru pelatih untuk meningkatkan ilmu pengetahuan guru pelatih mengenai
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Tugasan ini berdimensikan kanak-
kanak berusia 6-12 tahun. Ringkasan objektif tugasan ini adalah seperti berikut:
1. Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
2. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
3. Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
4. Prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.
5. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak.
6. Perkembangan fizikal kanak-kanak.
7. Perkembangan kognitif kanak-kanak.
8. Implikasi:

8.1 Perkembangan fizikal; 8.2 Perkembangan kognitif. 9. Rumusan/cadangan


EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 10 Februari 2009
1.1 Konsep pertumbuhan kanak-kanak.
1.2 Konsep perkembangan kanak-kanak
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 11 Februari 2009
1. Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi
merealisasikan sebuah kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan dan
pertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting untuk mematangkan
atau mendewasakan semua benda hidup. Perincian bagi perkembangan adalah
perubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup tersebut.
Pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad pada beberapa faktor.
1.1 Konsep pertumbuhan kanak-kanak

Woolfolk dan Margetts (2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mensifatkan
pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, ini
bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan
bilangan saraf-saraf otak. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah
perubahan-perubahan fizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan
kuantitatif yang berlaku dalam diri manusia. Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan
bahawa pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan.
Kesimpulannya, pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu
perubahan fizikal manusia dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan
terus berlaku hingga ke satu tahap perubahan itu akan berhenti.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 12 Februari 2009
1.2 Konsep perkembangan kanak-kanak

Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan
sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula
daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Dr. Ragbir Kaur
(2008), perkembangan didenifnisikan sebagai perubahab-perubahan sistematik yang
berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-
perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri
manusia. Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu proses
yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep
perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Menurut Crow dan
Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara „kualitatif‟ serta cenderung ke
arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl E. Garrison pula
meyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait
antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada
berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah,
adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara
ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara
perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang
dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai
perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur
organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan
umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur
secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan
daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku
secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini
bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organism ke peringkat
matang, tetapi perkembangan
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 13 Februari 2009
berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya,
perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu
organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang
dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis
organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949)
menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global
semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang
biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan
sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan
sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan
mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 14 Februari 2009
2.1 Ciri-ciri pertumbuhan kanak-kanak
2.2 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 15 Februari 2009
2.1 Ciri-ciri pertumbuhan kanak-kanak

Pertumbuhan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


2.1.1 Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur.
2.1.2 Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar
secara fizikal.
2.1.3 Selain daripada itu, saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah.
Pertambahan saiz otak memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul
dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
2.1.4 Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan,
kesihatan ibubapa dan persekitaran individu tersebut.
2.1.5 Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu kepada individu dan ia
berlaku peringkat demi peringkat.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 16 Februari 2009
2.2 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri


perkembangan yang penting adalah seperti berikut:
2.2.1 Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang
saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran.
2.2.2 Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan
sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.
2.2.3 Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi.
2.2.4 Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang
sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil
berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum
berlari.
2.2.5 Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu.
2.2.6 Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan
menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
2.2.7 Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke
arah tertentu serta dijangkakan.
2.2.8 Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan
had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai
tahap yang maksimum.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 17 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 18 Februari 2009
3. Persamaan dan Perbezaan antara pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak

Persamaan

Proses ini membabitkan manusia.


Mempunyai corak tertentu.
Susunan sama bagi semua ahli.
Berlaku secaraberterusan

Perbezaan
Aspek Pertumbuhan Perkembangan
Jasman Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan Kemahiran menggunakan anggota
i gigi, urat daging dan saraf badan seperti merangkak, berjalan,
pancaindera melompat dan berlari.

Mental Keupayaan berfikir bertambah Kemahiran menggunakan bahasa,


termasuk perkara yang subjektif. angka dan membuat penaakulan.

Emosi Memiliki pelbagai ragam perasaan Memahami konsep perasaan,


sayang, gembira, riang, cemburu, menguasai dan mengawal perasaan
duka, marah dan takut. ketika marah, takut dan cemburu.

Sosial Kenalan semakin bertambah. Keupayaan memilih kenalan.


Struktur Mengikut pola dari kepala ke kaki Mengikut kematangan dan
dan dari tengah ke sisi. pengalaman pembelajaran
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 19 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 20 Februari 2009
4. Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
4.1 Menurut Mook Soon Sang (2009) prinsip-prinsip perkembangan adalah
seperti berikut:
4.1.1 Pertumbuhan berlaku dalam dua arah
4.1.1.1 Dari atas ke bawah.
4.1.1.2 Dari tepi ke tengah.
4.1.2 Pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya.
4.1.3 Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus.
4.1.4 Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya
adalah berbeza pada setiap individu.
4.1.5 Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku
secara berterusan hingga hayat akhir.
4.1.6 Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan
jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
4.1.7 Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut
peringkat-peringkat berikut:
4.1.7.1 Peringkat pralahir (prenatal) (dalam kandung 9 bulan)
4.1.7.2 Peringkat bayi (0-2 tahun)
4.1.7.3 Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun)
4.1.7.4 Peringkat pertengahan kanak-kanak (6-9 tahun)
4.1.7.5 Peringkat akhir kanak-kanak (9-11 tahun)
4.1.7.6 Peringkat awal remaja (11-15 tahun)
4.1.7.7 Peringkat pertengahan remaja (16-18 tahun)
4.1.7.8 Peringkat akhir remaja (18-21 tahun)
4.1.7.9 Peringkat dewasa (21-60 tahun)
4.1.7.10 Peringkat tua (60 tahun ke atas)
4.1.8 Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak.
4.1.9 Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang
lain.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 21 Februari 2009
4.2 Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008), prinsip-prinsip pertumbuhan dan
perkembangan adalah seperti berikut:
4.2.1 Perkembangan fizikal, kognitif dan sosial manusai berlaku pada kadar yang
berlainan.
4.2.2 Perkembangan seorang manusia adalah disebabkan oleh pertumbuhan
dan kematangan.
4.2.3 Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku manusia yang berlaku
secara semulajadi, secara spontan dan tidak berada dalam kawalan manusia.
4.2.4 Pertumbuhan ialah perubahan fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggian
dan pertumbuhan rambut.
4.2.5 Pertumbuhan berlaku daripada umum kapada spesifik.
4.2.6 Pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan dalam
kompleksiti organ dan sistem saraf manusia.
4.2.7 Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam satu susunan yang boleh
diramal.
4.2.8 Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara perlahan-lahan.

4.3 Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) turut menyatakan bahawa prinsip-
prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut:
4.3.1 Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi
pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan
kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada
konkrit kapada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan
bahasa.
4.3.2 Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada
keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh menggengam objek
dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku
dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 22 Februari 2009
4.3.3 Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara
berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak akan menambah
kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas
untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
4.3.4 Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Misalnya, setengah kanak-
kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan
pada 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara
manusia yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.
4.3.5 Perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan
pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam
seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia
dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan,
proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
4.3.6 Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan
potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota
badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh
berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.

4.4 Mengikut sumber lain, prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan


adalah seperti berikut:
4.4.1 Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:
4.4.1.1 Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal)
4.4.1.2 Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)
4.4.2 Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada
yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum berdiri atau
berdiri sebelum berjalan.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 23 Februari 2009
4.4.3 Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya
umum kemudian khusus.
4.4.4 Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa
fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian.
4.4.5 Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi
beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud
pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental.
4.4.6 Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak
mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
4.4.7 Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,
kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses perkembangan berlaku dalam
keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah
laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan
sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah
proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan
perkembangan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan
kebijaksanaan di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-
cara seperti:
4.4.7.1 Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti;
4.4.7.2 Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal;
4.4.7.3 Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan
kognitif;
4.4.7.4 Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan
sosial.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 24 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 25 Februari 2009
5. Faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
5.1 Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), faktor-faktor pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak adalah seperti berikut:
5.1.1 Dua faktor utama yang mempengaruhi perkembangan seorang individu
iaitu baka dan persekitaran.
5.1.2 Faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik, perbezaan fizikal,
perbezaan kognitif dan perbezaan emosi dalam diri manusia.
5.1.3 Faktor persekitaran pula terdiri daripada keluarga, rakan sebaya, budaya,
teknologi, guru dan sekolah, media massa serta masyarakat.
5.1.4 Faktor keluarga terdiri daripada faktor suasana rumah pemakanan dan
taraf status sosio ekonomi serta kebudayaan.
5.1.5 Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam membentuk
pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.

5.2 Mengikut sumber lain, faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-


kanak dihuraikan seperti di bawah:

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan


dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang
dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna
mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had
keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai.
Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa
setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-
peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu,
walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal,
kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak
ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka
berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar
perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 26 Februari 2009
Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu
pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan
kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet
jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat
23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di
antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka
tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah
berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom
berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.
27 MAC 2008
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 27 Februari 2009
Rajah 1: Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan
perempuan
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 28 Februari 2009
27 MAC Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan
ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetic
terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu
dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak
berkembar, mempunyai cirri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan,
bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah
menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria
adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865),
Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap
individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan
sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada
prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan
perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu
bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian
ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa.
Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah
akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti
keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan
individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan
pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang
pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status
sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah,
makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut
perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya;
5.1 Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan
kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 29 Februari 2009
5.2 Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak
memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.
5.3 Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami
perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna.
5.4 Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini
berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan
pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya


dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul
dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan
potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya
yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),
perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang
melingkunginya, seperti rumah dan sekolah.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 30 Februari 2009
6.1 Konsep perkembangan fizikal kanak-kanak;
6.2 Prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak;
6.3 Peringkat-peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak;
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 31 Februari 2009
6.1 Konsep Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

(6-12 tahun) Menurut Woolfolk & Margetts (2007), perkembangan fizikal merujuk
kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi
anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak
akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan
dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan
ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung
(Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-
kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya
dalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih
banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan,
iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa
yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang
kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip.
Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi
pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Menurut Buss dan Plomin (1985)
dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), kajian mendapati kanak-kanak yang
kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian
berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri.
Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan
dan perkembangan individu.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 32 Februari 2009
6.2 Prinsip Perkembangan Fizikal Kanak-kanak
(6-12 tahun)
6.2.1 Prinsip asas perkembangan fizikal kanak-kanak adalah seperti berikut:
6.2.1.1 Perkembangan bermula daripada kepala hingga kaki bayi.
6.2.1.2 Pertumbuhan bermula daripada bahagian tengah badan.
6.2.1.3 Kebolehan kanak-kanak semakin jelas dan spesifik.
6.2.1.4 Aspek perkembangan fizikal pada peringkat yang berbeza.

6.2.2 Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), prinsip asas
perkembangan fizikal kanak-kanak dihuraikan seperti berikut:
6.2.2.1 Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki.

Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan
perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal
pergerakan kepalanya terlebih dahulu kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya
kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam
masa dua bulan selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap
dan mengangkat badanya menggunakan lengan. Pada usia 6 tahun hingga 12 bulan,
bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya
berjalan.
6.2.2.2 Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke
luar.

Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. Pada
peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan.
Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal
badan. Seorang bayi selepas kelahiran akan cuba mencapai obkel yang dilihatnya
tetapi gagal kerana masih tidak dapt mengawal otot-otot tnagannya. Selepas beberapa
bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 33 Februari 2009
menggengam objek sengan sebelah tangan menggunakan jari tanagan kerana otot
tangan sudah berkembang.
6.2.2.3 Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.

Sebagai contoh nya, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis
dengan kuat. Selepas beberapa bulan, jika inseden yang sama berlaku, bayi masih
akan menangis tetapai bolah menunjuk kepada kepala yang sakit. Seterusnya, apabila
bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan memberitahu kepalanya sakit.
6.2.2.4 Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.

Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja
tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya berkembang
dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan
menaakul berkembang dengan lebih perlahan.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 34 Februari 2009
6.3 Peringkat-peringkat Perkembangan Fizikal Kanak-kanak (6-
12 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat
jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan
perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahan kemahiran-kemahiran
psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan
gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8
sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-
kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun
akan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya
kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak
menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai
keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kapada mereka.
Perkembanagn otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk
kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajr bermain alat-alat muzik seperti piano
dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan
olahraga. Kanak-kanak lelaki cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan
di padang.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 35 Februari 2009
7.1 Konsep perkembangan kognitif kanak-kanak;
7.2 Peringkat operasi konkrit;
7.3 Teori perkembangan kognitif Jean Piaget;
7.4 Teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky.
7.5 Teori-teori metakognisi
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 36 Februari 2009
7.1 Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

(6-12 tahun) Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif
merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti
mental seperti ingatan, mengketogeri, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan
hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan
terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran
kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang
seterusnya. Mok Soon Sang (2008) menyatakan, maksud kognitif adalah berkaitan
rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau
pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan
rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan
sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal)
serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial.
Tambahan pula, perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripada
kemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi.
Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak
kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut mengenal,
membanding beza dan berfikir tentang sesuatu. Ia juga selari dengan perkembangan
fizikal dan sosial kanak-kanak tersebut.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 37 Februari 2009
7.2 Peringkat Operasi Konkrit (6-12 tahun)

Kanak-kanak peringkat operasi konkrit juga secara beransur-ansur berubah daripada


pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (slavin, 1997).
Pemikiran decentered membolehkan kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang
lain berlainan daripada mereka. Contohnya bila seseorang kanak-kanak peringkat
operasi konkrit ditanya, apakah bentuk awan yang dia lihat pada masa itu? Jawapannya
mungkin arnab. Sementara kawannya nampak burung dan yang lain jawab pokok. Dia
dapat menerima jawapan rakan-rakannya kerana dia memahami orang lain masing-
masing mempunyai persepsi tersendiri. Satu lagi kebolehan yang diperolehi oleh kanak-
kanak peringkat konkrit ialah individu tersebut boleh memikirkan secara serentak
tentang keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antara subordinate atau sub-
kumpulan yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehan ini dinamakan 'class
inclusion'.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 38 Februari 2009
7.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

7.3.1 Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat


perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau
berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-
kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya.
Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih
lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama:
7.3.1.1 Skema (Schema)
7.3.1.2 Penyerapan (Assimilation)
7.3.1.3 Pengubahsuaian (Accomodation) dan
7.3.1.4 Keseimbangan (Equilibrium)

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet
yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi
dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang
diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses
mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila
seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan
menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya.
Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan
yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu
sahaja skema iaitu menghisap.
Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan
maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang
sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 39 Februari 2009
dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin
membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku
adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. Akomodasi atau penyesuaian diri dan
menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of
schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan
diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu
akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku
apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-
maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman
ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan
sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-
satu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak
menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila
seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke
dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai.
Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui
pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu
dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara
berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget
mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah
melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan
empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan
operasi formal.
7.3.2 Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)

Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami
dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan,
seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-
kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambing yang mudah. Kanak-kanak
cuba belajar koordinasi di antara deria
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 40 Februari 2009
motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-
objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.
7.3.3 Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun)

Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan


akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh
mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh
memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan
kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit
sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh
itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini,
kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek
konkrit dan pengalaman secara langsung.
7.3.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang
lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan
menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat
rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh
menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak,
mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk
menyelesaikan masalah matematik.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 41 Februari 2009
Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat
dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang
objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental
dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej
dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran
yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah
pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta
juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic). Pengekalan ( conservation )
Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak
mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti
cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di
bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B'
yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep
pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter)
iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan
proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas
yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama
banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B'
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 42 Februari 2009
Mengklasifikasi Kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-
benda mengikut ciri-cirinya ke dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat
terdiri daripada kenderaan seperti kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulance.
Cirinya beroda 2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT,
Putera RT yang merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya.
Perkaitan Logik
Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih
baik tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan
"berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahami
oleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehan
membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusun
dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat. Mereka juga
berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara elemen dalam
sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza pula lebih
tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Mereka
yang talah berada di peringkat operasi konkrit akan boleh memberi jawapan yang betul
iaitu Fadlullah lebih tinggi daripada Firdaus.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 43 Februari 2009
7.4 Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky
7.4.1 Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli
psikologi Russia. Beliau mendalami bidang ilmu perubatan dan
kemudian beralaih kepada pengajian undang-undang dan pada
masa yang sama mendalami bidang kesususteraan. Penerbitan
dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk “The
Psychology of Art”.

Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu berlaku dlam persekitaran


sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. Beliau memberi
alternatif kapada idea Piaget tentang perkembanagn kognitif kanak-kanak di mana dia
menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.
Perkambangan mental kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum
berkembang dan matang. Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan Joy N.
Samuel (2009), pemikiran kanak-kanak berkembang akibat pergaulan dengan orang
lain. Baginya, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri melainkan
dengan interaksi bersama individu-individu di persekitarannya. Perkembangan kognitif
berlaku dalam dua peringkat:
7.4.1.1 Peringkat sosial

Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan


individu lain di persekitarannya.
7.4.1.2 Peringkat individu (peribadi)

Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada


interaksi sosial kepada kefahaman individu (peribadi). Maklumat yang diperolehi ini
bileh menukar skemata individu.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 44 Februari 2009
7.4.2 Zon Perkembangan Proksimal

HAD ATAS Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan
individu yang lebih mahir. Contohnya: Boleh membuat penambahan angka 1-1000
sendiri.
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL Contohnya: Membuat penambahan
angka 1-1000 dengan bantuan.

HAD BAWAH Kemahiran yang boleh/telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak.


Pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Contohnya: Kanak-kanak sudah mahir
menambah angka 1-1000.

7.4.3 Perancah (Scaffolding)

Bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Menurut Santrock (2007)


dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), apabila seseorang pelajar
mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi
bimbingan penuh tetapi pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi
dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 45 Februari 2009
Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), selain
berkomunikasi denagn orang lain, kanak-kanak sekitar usia 3-7 tahun berkomunikasi
dengan diri mereka sendiri. Komunikasi ini seterusnya bertukar kepada suara hati atau
dorongan pemikiran dewasa kelak. Komunikasi sebegini memberi impak yang positif
untuk kanak-kanak tersebut (Berk & Spuhl, 1995) dalam Haliza Hamzah dan Joy N.
Samuel (2009).
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 46 Februari 2009
7.5 Teori Perkembangan Metakognisi

Berdasarkan Mok Soon Sang (2008) antara teori matakognisi adalah seperti berikut:
7.5.1 Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam
sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
7.5.2 Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis
kibolehan atau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir.
7.5.3 Teori Roger Sperry (1979) nghuraikan otak manusia yang menggunakan
bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif.
7.5.4 Mayor (1977) manfsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi mental
dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaiakn masalah.
7.5.5 Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar,
perkataan, pengamatan dan konsep. Melalu pemikiran, rangsangan luar yang diterima
oleh deria akan ditafsirkan dengan peggunakan perkataan atau simbol untuk
membentuk konsep terhadap rangsanagn tersebut.
7.5.6 Beyer (1991) memberi erti pemikiran sebagai operasi mental terhadap
input deria dengan menggunakan maklumat ingatan untuk menaakul, mengadaptasi
dan mengasimilasikannya dengan tujuan membentuk untuk mencari sesuatu makna.
7.5.7 Menurut pandangan Islam, pemikiran ialah sesuatu proses ynag
menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu
keraguan untuk masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara, membuat
pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap
proses yang dialami.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 47 Februari 2009
8.1 Implikasi perkembangan fizikal terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran;
8.2 Implikasi perkembangan kognitif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran;
8.3 Kesimpulan implikasi perkembangan fizikal dan kognitif kanak-
kanak (6-12 tahun).
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 48 Februari 2009
8.1 Implikasi Perkembangan Fizikal kanak-kanak

(6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran. Pada peringkat ini


kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik pada aktiviti-aktiviti seperti melukis.
Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permeianan dan latihan-latihan seperti
berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan
yang lebh cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak
lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak
perempuan misalnya bola jaring. Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai yang
perlu siterapkan kapada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan
sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih berat badan bolh
menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.
8.2 Implikasi Perkembangan Kognitif kanak-kanak

(6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran. Implikasi daripada


teori Jean Piaget.
8.2.1 Teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutamanya untuk mempelajari
kemhiran tertentu.
8.2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-
objek yang diajar.
8.2.3 Memastikan pembentangan dan pembacaaan adalah rngkas dan tersusun.
8.2.4 Menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan
pengalaman pelajar untuk mengajar mereka perkara-perkara yang lebih kompleks.
8.2.5 Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang
memerlukan pemikiran logik dan analitik.

Implikasi daripada teori Lev Vygotsky.


8.2.6 Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan
Proksimal setiap kanak-kanak.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 49 Februari 2009
8.2.7 Menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran.
8.2.8 Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir.
8.2.9 Mengawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa
menyelesaikan sesuatu masalah.
8.2.10 Memberi arahan yang bermakna.

8.3 Kesimpulan Implikasi Perkembangan Fizikal dan Kognitif


kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia


melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara
satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik
dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti
pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus
menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,
pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi
jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.
Gambar 1: Setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 50 Februari 2009
Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai
daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima
pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan
dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk
membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program
pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling
berkesan. Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas
berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan
sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di
dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini
sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya.
Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru
terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam
keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak
boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di
belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan.
Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan
serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke
peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran
mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani
aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini
biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara
menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga
mudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat
berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Murid-
murid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada
secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah
disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka
hadapi.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 51 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 52 Februari 2009
9. Rumusan/Cadangan

Pertumbuhan melibatkan aspek fizikal seperti perubahan ketinggian dan saiz badan.
Pertumbuhan berlaku secara berperingkat yang selari dengan perkembangan kognitif
dan perkembangan sosial. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa aspek perubahan.
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif
tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam
keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu
serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka
menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu
mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling
berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan
jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza di mana semua
kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-
kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan
kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak
merupakan insan yang mudah menerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara
dengan cepat. Sehubungan dengan itu, induksi utama yang wajar menuntun kanak-
kanak ini adalah ibu bapa dan guru. Ini kerana, mereka merupakan insan paling hampir
dengan kanak-kanak tersebut. Tindakan utama yang harus dilakukan ialah membentuk
sahsiah kanak-kanak tersebut melalui pengajaran nilai-nilai murni untuk menguatkan
jati diri kanak-kanak. Kanak-kanak ialah individu yang mudah dibentuk. Oleh yang
demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kanak-
kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting untuk melahirkan insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 53 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 54 Februari 2009
Refleksi Ringkasan refleksi:
1. Mengenal subjek Perkembangan kanak-kanak;
2. Mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak;
3. Boleh membanding beza antara pertumbuhan dan perkembangan;
4. Mendalami psikologi kanak-kanak;
5. Memantapkan ilmu mengenai kanak-kanak;
6. Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak;
7. Persediaan untuk peperiksaan.
Sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat
pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat mengenal subjek perkembangan kanak-kanak
dengan lebih terperinci. Saya sebelum ini tidak begitu mengambil berat mengenai
subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan.
Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui konsep perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak semakin jelas difahami. Saya juga telah
dapat membuat perbandingan antara perkembangan dan pertumbuhan . mengetahui
perbezaannya adalah merupakan perkara yang penting untuk mengenal konsep
sebenar yang telah dipelajari. Saya dapat mendalami psikologi kanak-kanak. Sebagai
seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai psikologi
kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain
mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu
pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa
bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kritir, kreatif dan
inovatif. Secara tidak langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam mengenai
kanak-kanak. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada
akhir semesta nanti. “Berilmu, Beriman dan Bertawakal”
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 55 Februari 2009 EDU3102 Perkembangan Kanak-
kanak 56 Februari 2009
Rujukan Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan
Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah
dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd. Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2009), Perkembangan
Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nor‟aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria,
Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak.
Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi
Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi
Perkembangan. Subang Jaya: Longman
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=2005&dt=0501&pub=utusan_malaysia&sec=kesihatan&pg=kn_01.htm&arc=hive
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=2007&dt=0403&pub=utusan_malaysia&sec=dalam
%5Fnegeri&pg=dn_08.htm&arc=hive
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=2007&dt=0405&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive
EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 57 Februari 2009

Anda mungkin juga menyukai