Anda di halaman 1dari 12

Asas Technical Analysis Pelaburan Saham

Kalau sebelum ini, kita tahu ada 2 jenis ilmu yang kena tahu sebelum boleh mula jual beli saham.

Apakah saham yang bagus untuk dibeli? (What to buy?)


Bila masa sesuai untuk beli saham tersebut? (When to buy?)
Untuk menentukan saham apa yang bagus untuk dibeli (what to buy?), kita kena tengok kepada
Fundemantal Analysis (FA) sesebuah syarikat tersebut. Kalau anda terlepas ilmu FA ini, boleh rujuk
kepada artikel Apa itu Fundamental Analysis yang selalu sifu saham sebut tu?

Dah tahu saham apa yang bagus untuk dibeli, tibalah masanya untuk beli saham tersebut. Tapi bila masa
yang sesuai nak beli saham ni? Salah timing, memang ke laut jawabnya. Jadi untuk bantu menjawab
soalan ini, kita kena dalami ilmu Technical Analysis (TA).

Apa Itu Technical Analysis?


Secara ringkasnya, Technical Analysis bermaksud mengkaji pergerakan saham dengan memberi
keutamaan kepada harga saham dan jumlah dagangan (price & volume) dengan menggunakan carta,
bagi menjangka pergerakan harga dan trend.

Trend pula bermaksud hala tuju saham, dan ada 3 trend iaitu Uptrend (pergerakan menaik saham),
Downtrend (pergerakan menurun saham) dan Sideways (pergerakan mendatar saham). Kebiasaannya ia
akan bergerak secara zig-zag.

Dalam mana-mana trend sekalipun; akan ada dua elemen utama yang kita kena tahu iaitu:

1. Support (Harga Sokongan)


Harga saham bergerak secara zig-zag, sama ada ianya sedang menaik atau menurun. Support ini
berguna tatkala harga sedang menurun.

Setiap saham anda kena kaji di mana nak letak Support, kerana anda perlu set alert jika ianya cecah
harga tersebut; maka anda dah boleh bersedia untuk menjual. Ini penting supaya anda tidak alami
kerugian yang melampau. (juga dikenali sebagai stop loss)

2. Resistance (Harga Rintangan)


Ianya adalah berlawanan dengan support, iaitu harga saham yang sedang menaik – akan ada satu
rintangan kuat yang menghalangnya daripada terus naik.
Apabila ia telah memecah resistance, maka boleh dikatakan anda telah capai target harga yang anda
nak. Jika harga saham menurun dan gagal memecah harga rintangan, sila jual. Jika ia berjaya melepasi
harga rintangan, boleh beli lebih banyak dan ikut saja trend tersebut.

Support & Resistance Umpama Rumah Bertingkat


Bayangkan anda sedang duduk di dalam rumah botingkek-tingkek dan kini berada di tingkat bawah.
Lantai di mana anda sedang pijak tersebut adalah Support atau harga sokongan yang sangat kukuh.
Kalau harga saham memecah Support, maka anda jatuh ke dalam tanah, silap-silap rumah anda sekali
runtuh. Seterusnya, untuk harga saham anda naik, ia perlu memecah Resistance atau harga rintangan. Ia
memerlukan daya yang kuat untuk menujah naik atau erti kata lain, saham tersebut memerlukan
volume yang banyak baru boleh pecah Resistance tersebut.

Apa Jadi Bila Resistance Pecah?


Kini anda telah berjaya naik ke tingkat 1 rumah tersebut, akibat daripada kombinasi harga + volume
yang telah memecahkan resistance tadi. Sepertimana anda berada di tingkat bawah tadi, kini Support
anda berada di lantai tingkat 1, manakala resistance pula berada di siling tingkat 1. Kalau pecah Support,
anda jatuh ke tingkat bawah. Pecah resistance pula, anda naik tingkat 2.

Begitulah keadaannya berulang-ulang!

Kaji Chart + Asas Candlestick


Tadi kita ada maklumkan yang ilmu TA ini melibatkan aktiviti mengkaji chart, dan untuk itu kita juga
perlu tahu apa itu candlestick. Jom kita tengok contoh-contoh chart:

Uptrend
saham uptrend

10 tahun tu saham Nestle dalam pergerakan Uptrend. Dah beli belum saham Nestle? Hehe…
Downtrend

saham downtrend

Saham UMW membuat downtrend sejak setahun yang lalu, tiba-tiba menjadi uptrend!

Sideways

saham sideways lama

Kita tengok pula saham Notion-WB, lama dia membuat sideways. Tapi apabila volume mula masuk,
mulalah saham tersebut naik turun dengan aktif.

Setiap saham samada ianya sedang uptrend, downtrend atau sideways ke, akan menghasilkan
candlestick. Oleh itu, kita juga perlu melihat kepada candlestick bagi memberi petunjuk arah pergerakan
saham pada masa akan datang.
Asas Candlestick

Biasa tengok candlestick ini? Ia terdiri daripada sumbu dan badan. Dengan berpandukan kepada
candlestick tersebut, kita boleh menjangka samada saham tersebut akan bergerak naik atau sebaliknya
pada keesokan harinya.
Jom Belajar Ilmu Technical
Analysis Dan 6 Kaedah
Trading Yang Popular

Penting ke pemilihan kaedah trading? Anton Kreil pernah menyebut “90% dari
pelabur runcit akan kehilangan 90% wang margin akaun mereka dalam masa 90
hari.” Statistik ini tidaklah sahih sumbernya walaupun dari Anton Kreil, namun
dapatlah kita simpulkan bahawa pelabur runcit selalu mangsa kerugian Mr Market.

Walau bagaimana pun , terfikir kita sejenak bagaimana orang boleh rugi dengan
begitu luarbiasa walhal di social media, paparan keuntungan (Screenshot) acapkali
dimuatnaik oleh ramai pelabur. Ada yang bercerita tentang teknik ini boleh jana
200% semalaman , ada yang 1000% sebulan .

Apakah teknik yang mereka guna? Artikel kali ini tidaklah menyelongkar tentang
teknik mereka tetapi lebih kepada mencerita kaedah perdagangan yang proven
sejak dahulu lagi.
1. Elliot Wave

Elliot Wave merupakan sebahagian dari technical analysis yang digunapakai oleh
pelabur dalam pasaran untuk mengkaji kitaran pasaran dan behavior pelabur dalam
pasaran waktu pada waktu itu.

Ralph Nelson Elliot yang merupakan seorang akauntan profesional telah menemui
dan mendapati pasaran sebenarnya bergerak dalam struktur yang tertentu. Pada
waktu itu, Mr Elliot telah mencipta satu alat mengalinasa pasaran pada awal tahun
1930an. Hasil kajian beliau itulah yang dipanggil Elliot Wave.

Mr Elliot telah menerbitkan hasil kajiannya dalam sebuah buku pada tahun 1938
yang bertajuk The Wave Principle dan pada tahun 1939, Ralph Nelson Elliot
menulis ringkasan Elliot Wave dalam majalah Financial World Magazine. Akan
tetapi theory Elliot Wave masih diperbahaskan untuk penambahbaikan sehingga
sekarang

Asas kepada Elliot Wave adalah terbahagi kepada dua bahagian :

Motive Wave
Motive wave adalah struktur pasaran yang sedang trending dalam keadaan menaik
atau menurun . Cara mengira wave nya adalah 1,2,3,4,5.

Corrective Wave
Selepas pasaran sudah menghabiskan motive trend, pasaran kemudiannya akan
disusuli dengan corrective wave atau dengan bahasa mudahnya pembetulan .
Sinonimnya adalah retracement , pullback dan profit taking. Cara mengira counting
wave adalah A,B, C.

Sebagai contoh:
Di Malaysia , ada beberapa guru yang sangat mahir dengan Elliot Wave dan proven
. Antaranya ialah Fising / Khairul Amirin dan juga dalam FCPO, Wafi Azian . Jika
berminat mendalami Elliot Wave dan ingin bergelar Elliotician silakan bertanya
mereka berdua .

2. Moving Average

Moving Average salah satu dari indicator dalam technical analysis yang diguna
untuk memastikan trend semasa sama ada betul atau fake. Kadangkala market
sering breakout support atau resistance malangnya sebelum harga ditutup, rupanya
ia adalah fake movement.

Moving Average merupakan ‘lagging indicator’ kerana ia bergerak berdasarkan


harga lepas dan terbahagi kepada dua iaitu , simple moving average (SMA) dan
expotential moving average (EMA).

MA juga berperanan sebagai support resistance semasa dalam trading dan


kebiasaanya MA disetting mengikut bilangan hari hari tertentu , ada yang guna 13
hari , 14 hari , 5 hari , 21 hari . Tiada masalah asalkan tahu kegunaannya. MACD
yang kita ketahui dalam platform perdagangan itu juga mengguna Moving Average.
Salah seorang yang memang diketahui dengan “Setup Lejen” iaitu Tuan Ridzuan
Ibrahim, seorang all round trader (forex, commodity, saham) dan juga pemegang
CFTe , MSTA(UK) serta trainer bagi pasaran tempatan.
Jemput bertanya kepada beliau mengenai penggunaan Tuan RI dalam “Setup
Lejen” atau terus hubungi beliau laju laju !

3. Bollinger Band
Bollinger Bands antara yang indicator technical analysis yang popular di kalangan
pedagang, tapi tahukah anda asal usul Bollinger Bands? BB merupakan paten
mutlak John Bollinger pada tahun 1980. Menurut John Bollinger, Bollinger Bands
boleh diguna untuk mengukur tahap ketinggian dan paras rendah harga dalam
sesuatu instrumen.

Bollinger Bands diguna secara meluas di Malaysia dan cara penggunaannya pun
ada yang berbeza beza. Tiada masalah untuk meraikan bab itu, ada yang terus buy
bila price melebihi Mid-BB , ada yang sell bila price melebihi low BB.

BB juga diguna untuk mengukur kadar turun naik dalam pasaran. Bila BB
menguncup maksudnya volatility dalam keadaan rendah dan bila mengembang,
price dilihat lebih ke arah trending.

Antara pakar dalam penggunaan BB adalah Tuan Oma Ally , Ridzuan Rahman .
Boleh terus sertai kelas anjuran mereka ya, inshaAllah anda dah jumpa guru BB
yang betul.

4. Ichimoku Kin Hyo

Ichimoku Kin Hyo adalah teknik yang digunapakai oleh pedagang Jepun pada
zaman dahulu. Antara matawang yang gemar diterapkan teknik ini ialah matawang
Jepun sendiri iaitu Yen (JPY).
Moving Averages yang ada dalam teknik ini disebut “tankan-sen dan kijun-sen”
untuk menunjukkan titik persilangan antara bullish dengan bearish point. Awan
kumo terbentuk antara span purata antara tankan-sen dan kijun sen untuk
menganggarkan 6 bulan mendatang ( senkou span B) and titik tengah 52 week high
dengan senkou span B pula boleh menganggarkan keadaan pasaran 6 bulan akan
datang.

5. Supply Demand
Menurut economist dan merujuk mana mana buku ekonomi, prinsip asas ialah
permintaan dan pengeluaran,dalam inggerisnya disebut supply and demand rule.

Demikian juga konsep Supply Demand diterapkan dalam trading, semakin tinggi
demand , semakin tinggi harga ( bullish ) begitu juga hal yang sebaliknya. Kini ,
SND juga menjadi sebahagian dari Technical Analysis.

Terdapat beberapa setup SND yang dilihat sangat menarik dan lumayan risk
rewardnya. Antara nama yang sinonim dengan SND ialah Sam Seidin , If Myante .
Jika di Malaysia , sudah tidak asing lagi nama guru ini iaitu Mansor Sapari .
Hasil kajian dan pembelajaran beliau mengenai SND inilah, anak muridnya kini
ramai yang sudah mampu menguasai pasaran dengan baik. Silakan rujuk beliau
berkenaan Supply Demand Trading.

6. Pivot Trading

Pivot dalam bahasa pasarnya disebut sebagai middle atau tengah tengah. Dalam
technical analysis, Pivot diguna untuk mengukur harga average dan melihat harga
breakout support atau resistance.

Kebanyakkan pivot traders adalah intraday traders tetapi ada juga yang
menggunakan pivot weekly. Antara orang yang terkenal dengan pivot trading
adalah Tuan Ridzuan Ibrahim dengan setupnya NPC.
NPC merupakan setup simple tetapi powerful dan terbukti dengan statistic data
yang boleh tuan puan minta dengan beliau. Jika tuan puan masih keliru dengan
setup apakah yang sesuai, digalakkan mengguna teknik di atas. Bukan bermaksud
teknik lain tidak berkesan tetapi yg di atas sudah terbukti bertahun lamanya.

Kesimpulan

Jadi bagaimana pula dengan anda? Kaedah trading mana satukah yang anda
sedang gunakan atau sedang pelajari? Ingat, kaedah trading, biarlah daripada
mereka yang pakar dan mahirkan diri dalam kaedah trading itu sebagai sistem dan
setup anda sendiri.