Anda di halaman 1dari 26

AKHLAK ISLAM

7.1 Definisi Akhlak.

Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu)
bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama
itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya
ialah:
﴾٤ ‫ع ِظ ٖيم‬ ٍ ُ‫﴿ َو ِإنَّكَ لَ َعلَ ٰى ُخل‬
َ ‫ق‬
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.
(Al-Qalam:4)

Menurut istilah:
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang
mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa
yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.
Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan
akhlak yang mulia (Mahmudah). Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak
yang buruk (Mazmumah).

Pentingnya akhlak?

Akhlak sangat penting dan pengaruhnya sangat besar dalam membentuk tingkah laku manusia. Apa saja
yang lahir daripada manusia atau segala tindak-tanduk manusia adalah sesuai dengan pembawaan dan sifat
yang ada dalam jiwanya.

Tepatlah apa yang dikatakan oleh Al-Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin:

Sesungguhnya semua sifat yang ada dalam hati akan lahir pengaruhnya (tandanya) pada anggota manusia,
sehingga tidak ada suatu perbuatan pun melainkan semuanya mengikut apa yang ada dalam hati manusia.

Tingkah laku atau perbuatan manusia mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan pembawaan dalam
hatinya. Umpama pokok dengan akarnya. Bermakna, tingkah laku atau perbuatan seseorang akan baik
apabila baik hatinya, sepertimana pokok, apabila baik akarnya maka baiklah pokoknya. Apabila rosak akar,
maka akan rosaklah pokok dan cabangnya. Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:

ِ َ‫ف ۡٱۡل ٓ ٰي‬


﴾٥٨ َ‫ت ِلقَ ۡو ٖم يَ ۡش ُك ُرون‬ َ ُ‫ُث ََل يَ ۡخ ُر ُج إِ ََّل نَ ِكدٗ ۚا َك ٰذَلِكَ ن‬
ُ ‫ص ِر‬ َ ‫ب يَ ۡخ ُر ُج نَبَات ُ ۥهُ بِإ ِ ۡذ ِن َربِ ِۖۦه َوٱلَّذِي َخب‬ َّ ُ‫﴿ َو ۡٱلبَلَد‬
ُ ِ‫ٱلطي‬
Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak
subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda
kebesaran (Kami) bagi orang yang bersyukur.
(Surah Al- A’raf: 58)

Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk
akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan
cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-
sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai
kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman.
Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan
keadaan dalam jiwanya. Allah berfirman:
ُ َ َ ُ ‫َ َّ ى ُ َ ر‬ َ َ ُ‫َ َ َ َ ُ َر‬
ۡۗ‫ۗۡۗۡبأنف ِس ِهم‬
ِ ‫ا‬ ‫ۗۡۗۡم‬
‫وا‬ ‫ّي‬ِ ‫غ‬ ‫ۗۡۗۡي‬
‫ت‬ ‫ۗۡۗۡح‬
‫م‬ ‫و‬‫ق‬ ‫ۗۡۗۡب‬
ِ ‫ِإنۗۡۗۡٱّللۗۡۗۡلۗۡۗۡيغ ِّيۗۡۗۡما‬
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah Ar-Ra’d: 11)
Manusia sebelum berbuat sesuatu atau meninggalkan sesuatu terlebih dahulu
mempertimbangkan dan memikirkannya samada hendak membuatnya atau
meninggalkannya. Pertimbangan ini akan mengikut akhlak yang ada dalam jiwanya.
Apabila dia telah mengambil keputusan untuk melakukan atau tidak, maka barulah
lahir dorongan dan keinginan untuk membuat sesuatu atau meninggalkannya.
Pertimbangan itu kadang-kadang berlaku secara spontan sehingga lahir suatu
tindakan tanpa sengaja dan tanpa memikirkannya. Kadang-kadang pula
pertimbangan itu berlaku melalui satu proses pemikiran yang mendalam dan
mengambil waktu yang lama. Kadang-kadang manusia, dalam pertimbangannya
timbul keraguan samada ingin membuat sesuatu atau meninggalkannya. Namun,
dalam semua keadaan, tingkah laku atau perbuatan manusia didahului oleh
pertimbangan dan penilaian. Ini semua menunjukkan betapa pentingnya akhlak.
Sesungguhnya tingkah laku atau perbuatan manusia bergantung kepada akhlaknya.
Akhlak Islam perlu ditanam betul-betul pada jiwa manusia sehingga ia dapat
menguasai seluruh tindak-tanduk dan pemikirannya. Dan, sehingga manusia
sentiasa tertarik dengan akhlak Islam dan yakin bahawa kehidupan ini semestinya
disesuaikan dengan akhlak Islam.
Oleh itu Islam sentiasa mengingatkan manusia agar berpegang dan
mencintai akhlak yang baik. Juga berusaha untuk melaksanakan akhlak Islam
sehingga tercerna dengan jelas dalam semua amal perbuatannya.

Kedudukan akhlak dalam Islam


Akhlak dalam Islam sangat penting. Ini dapat dilihat dari beberapa sudut:
1. Tujuan risalah Islam itu adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia,
sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam:
ُ ُ ْ ُ
ِ‫إنماِِبعثتِِألت ِّممِِمكارمِۗۡاألخالق‬
Sesungguhnya aku dibangkitkan (diutus) untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.
(Riwayat Albani)[1]

2. Definisi Islam dihubungkan dengan akhlak yang baik. Dalam sebuah hadits
diterangkan seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah
Sallallahu‘alaihiwasallam:
ُ ُ ُ ِّ
ِ ‫ِِح ْسن‬:‫ِِياِِرسولِِهللاِِماِِالدينِِ؟ِقالِالرسولِصىلِهللاِعليهِوسلم‬:‫فقال‬
‫ِِالخلق‬
Maka telah berkata: Wahai Rasulullah, apakah din itu? Ar-
RasulSallallahu’alaihiwasallam menjawab: Akhlak yang baik.
(Riwayat al-Iraqi)[2]
Ini menunjukkan bahawa akhlak adalah salah satu tiang ad-din yang penting
dan mesti ditegakkan untuk mengukuhkan din. Ia sama seperti pentingnya wukuf di
Arafah sebagai salah satu amalan untuk sahnya haji. Dalam sebuah hadits
diterangkan bahawa haji adalah wukuf di Arafah. Oleh itu seseorang itu tidak boleh
dikatakan sudah berhaji jika tidak berwukuf di Arafah.

3. Akhlak akan memberatkan timbangan kebaikan seseorang di hari kiamat. Dalam


sebuah hadits diterangkan:
ُ ُ ُ ‫ز‬ ‫ز‬ ُ
ِ ‫ِِالميانِِالخلقِِالحس‬
‫ن‬ ‫أثقلِِشءِِف‬
Perkara yang paling berat timbangannya ialah akhlak yang baik.
(Riwayat Ibn Hibban)[3]

4. Orang yang beriman mempunyai darjat iman yang berbeza-beza dan orang yang
terbaik di kalangan mereka ialah yang terbaik akhlaknya. Dalam sebuah hadits
diterangkan: ً
ًُ ُ ُ
‫ِِأحسنهمِخلقا‬:ِ‫نيِِأكم ُلِِإيمانا؟ِقال‬ ُ ‫ِِأي‬:ِ‫قال‬
‫ِِالمؤم ز‬
Seorang lelaki bertanya: orang mu’min yang manakah yang paling
sempurna? Baginda menjawab: Orang yang akhlaknya paling baik.
(Riwayat at-Tabrani)[4]

5. Orang yang paling dikasihi dan paling dekat dengan Rasulullah


Sallallahu’alaihiwasallam di hari kiamat nanti ialah orang beriman yang paling
berakhlak baik. Dalam
ً sebuah hadits diterangkan:
ُ ً ِّ‫ز‬ ُ ‫ي‬ ِّ ‫ي‬
‫ِِمجلساِِيومِِالقيامةِِأحاسنكمِأخالقا‬
‫مِمن‬ ‫كمِإلِِوأقربك‬ ‫ِِمنِأحب‬
‫إن‬
Orang yang paling aku kasihi dan paling dekat denganku pada hari kiamat ialah
orang yang baik akhlaknya.
(Riwayat at-Tirmizi)[5]

6. Dengan akhlak yang baik manusia terhindar daripada api neraka dan
membawanya masuk ke dalam syurga. Ternyatalah, sangat tinggi nilai akhlak yang
baik dan tidak akan dapat diganti dengan ibadah-ibadah yang lain seperti
sembahyang dan puasa. Dalam hadits diterangkan:
ُ ُ ‫ي‬ ُ ُ ُ ً ‫ي‬ َّ َّ ِّ
ُ ‫ِِصىل‬
ِ‫ِِوتفعلِِوتصدقِِوتؤذي‬ ‫ِِوتصومِِالنهار‬ ‫ِِياِِرسولِِهللاِِإنِِفالنة‬:ِِ‫ِِهللاِِعليهِِوسلم‬
‫ِِتقومِِالليل‬ ‫قيلِللنن‬
‫ي‬ َّ ُ َّ ُ
ِ‫ِِلِِخيِِفيهاِِهِِمنِأهلِِالنار‬:ِِ‫جيانهاِِبلسانهاِِفقالِرسولِِهللاِِصىلِِهللاِِعليهِِوسلم‬
Beberapa orang sahabat berkata kepada Rasusulullah Sallallahu’alaihiwasallam:
wahai Rasulullah sesungguhnya seorang wanita yang solat pada malam hari dan
berpuasa pada siang hari, sedangkan akhlaknya buruk dan mengganggu jiran
tetangga dengan lidahnya. Maka Baginda bersabda: Tidak ada kebaikan padanya,
dia adalah ahli neraka.
(Riwayat Albani)[6]
7. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam selalu berdoa kepada Allah agar Allah
memperbaiki akhlaknya. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam berdoa:
ُ ُ ِّ َّ
ِ‫الل ي‬
‫همِِكماِِح يسنتِِخلق‬
ِ‫ِفحسنِخلق‬،ِِ
Ya Allah, sepertimana engkau perelokkan kejadianku maka hiasilah budi pekertiku
dengan akhlak yang baik.
(Riwayat Ibn Hibban)[7]

Juga doa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam:


ِّ ُ
‫ِِيرصف ز‬ ِّ ‫ف ز‬ ْ ‫ز‬
ِِ‫ِِعنِِسيئهاِِإل‬ ‫ِِل‬.ِِ‫ِِعنِِسيئها‬ ‫ِِوارص‬.ِ‫ِِلِِيهديِألحسنهاِِإلِِأنت‬.ِِ‫اللهمِاهدنِِألحسنِِاألخالق‬
‫أنت‬
Ya Allah, tunjukilah aku kepada akhlak yang baik, tidak ada yang dapat memberikan
petunjuk kepada yang lebih baik kecuali Engkau. Jauhkanlah aku dari akhlak yang
buruk, kerana tidak ada yang dapat menghindarkan aku dari akhlak yang buruk
kecuali Engkau.
(Riwayat Muslim)[8]
Sebagaimana yang kita maklumi Rasulullah tidak akan meminta kepada Allah kecuali
apa yang disukai dan disenangi oleh Allah, dan yang dapat mendekatkan diri kepada
Allah.

8. Allah Subhanahuwata‘ala telah memuji Rasul-Nya kerana akhlaknya yang baik.


Firman-Nya:
َ ُ ُ َ َ َ َ
٤ۡۗۡۗ‫َوِإنكۗۡۗۡل َع ىلۗۡۗۡخلقۗۡۗۡع ِظيم‬
Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung
(Surah Al-Qalam: 4)
Allah Subhanahuwata‘ala tidak akan memuji sesuatu itu melainkan ia suatu yang
baik. Olen itu akhlak yang baik sangat penting dalam din Islam.

9. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang berhubung dengan akhlak


samada ayat-ayat yang memerintah memperbaiki akhlak, memuji orang yang
berakhlak baik ataupun memberi pahala kepada orang yang berakhlak baik.
Terdapat juga ayat-ayat yang melarang berakhlak buruk, mencela akhlak yang buruk
dan mengancam orang yang berakhlak buruk.
Ayat-ayat berhubung dengan akhlak bukan saja turun di Mekah bahkan juga turun
sesudah Rasulullah berhijrah ke Madinah. Oleh kerana banyaknya ayat-ayat
mengenai akhlak, maka tidak diragukan lagi akan kepentingan akhlak dalam Islam.

Akhlak Islam secara umum


Islam dengan secara umumnya menyeru manusia agar berakhlak baik. Firman Allah
Subhanahuwata‘ala:
ٗ ُّ ٗ ُ َ ‫َ ى‬ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ َ‫َ ُ ُ َ ّ َ َ َ ُ َ َ َ ى َ َ ز ز‬ ِّ ُ َ
َ ‫لۗۡلع‬
٥٣ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡم ِبينا‬ ِ ‫ۗۡۗۡإنۗۡۗۡٱلشيط َٰىَٰنۗۡۗۡۗۡكان‬
‫ۗۡۗۡل ِۡلنسََٰٰنۗۡۗۡعدوا‬ ِ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ن‬‫ي‬‫ۗۡۗۡب‬
‫غ‬ ‫ّي‬‫ۗۡۗۡي‬
‫َٰن‬ َٰ ‫ط‬‫ي‬‫ۗۡۗۡٱلش‬
‫ن‬ ‫ۗۡۗۡإ‬
ِ ‫ن‬ ‫س‬‫ح‬ ‫ۗۡۗۡأ‬
‫ۗۡۗۡه‬
ِ
ِ ِ‫ت‬ِ ‫ۗۡۗۡٱل‬
‫وا‬ ‫ول‬‫ق‬ ‫يۗۡي‬ ‫اد‬
ِ ‫ب‬ ِ ‫وق‬
Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: Hendaklah mereka mengucapkan
perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan
perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata
bagi manusia. (Surah Al-Isra’: 53)

Islam menda’wahkan manusia agar berkata yang baik. Setiap orang harus berkata
baik dalam semua bentuk, baik semasa memanggil mahupun semasa berbicara.
Dalam ayat lain Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
َ َ َ َ ُ َ َ ُ ُ َ ‫ۡ ُ َى َ َ َ ى َ ۡ َ َ ٓ َ ۡ ُ َ َ َۡ ز‬
ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡي ِعظكمۗۡۗۡل َعلكمۗۡۗۡتذك ُرون‬
َٓ َ َ َ َ ۡ ‫ۗۡۗۡي ۡأ ُم ُر‬َ َ ‫۞إ َن‬
َ ‫ۗۡۗۡٱّلل‬
ِ ‫ۗۡۗۡبٱلعد ِلۗۡۗۡو ِٱۡلحسىََٰٰنۗۡۗۡوِإيتاي‬
‫ۗۡۗۡذيۗۡٱلقربۗۡۗۡوينهۗۡۗۡعنۗۡۗۡٱلفحشا ِءۗۡۗۡوٱلمنكرۗۡۗۡوٱلب ِغ‬ ِ ِ
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi
kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan
permusuhan, Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil
pelajaran. (Surah An-Nahl: 90)

Da’wah Islam menyeru manusia menghindarkan diri dari perbuatan-perbuatan keji


dan buruk. Da’wah seperti ini juga terdapat dalam beberapa hadits, seperti:
‫ي‬ ُ ِّ ‫ي‬ ُ َّ ‫ي‬
ِ‫ِوخالقِِالناسِِبخلقِِحسن‬،ِِ‫ِِالسيئةِِالحسنةِِتمحها‬
‫ِوأتبع‬،ِِ‫اتقِِاّللِِحيثِِمِاِِكنت‬
Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah kejahatan itu
dengan kebaikan, nescaya kebaikan dapat menghapuskan kejahatan. Berakhlaklah
(bergaullah) kepada manusia dengan akhlak yang baik.
(Riwayat Albani)[9]

Akhlak yang baik termasuk dalam kumpulan amal yang baik. Dalam hadits
diterangkan:
‫ي‬ ُ ُ ُ ْ َ ‫ي‬
ِ‫ِصائمِِالنهار‬،ِِ‫إنِِالرجلِِل ُيدركِِبحسنِِخلقهِِدرجاتِِقائمِِالليل‬
Seorang lelaki boleh mencapai dengan akhlak yang baik darjat orang yang
mendirikan qiamulail dan berpuasa di siang hari.
(Riwayat Albani)[10]

Islam tidak sekadar berda’wah agar manusia berakhlak baik secara umum dan
meninggalkan akhlak keji, tetapi juga menerangkan akhlak itu secara terperinci. Ini
supaya manusia tidak salah faham tentang erti akhlak. Islam menerangkan jenis-jenis
akhlak buruk yang harus ditinggalkan dan jenis-jenis akhlak baik yang harus
diamalkan.
Berikut akan dikemukakan contoh-contoh akhlak berdasar Al-Quran dan As-Sunnah.
Contoh akhlak dalam al-Quran
1. Menunaikan janji
ٗ َ َ َ َ َۡ َ
٣٤ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡمسۗۡول‬
‫ۗۡۗۡإنۗۡۗۡٱلعهدۗۡۗۡۗۡكان‬
‫د‬ ‫ه‬ َ ‫َو َأو ُفواۗۡۗۡب ۡٱل‬
‫ع‬
ِ ِ ِ
Hendaklah kamu menepati janji, sesungguhnya manusia itu akan
dipertanggungjawabkan (diperiksa) tentang janjinya.
(Surah Al-Isra’ : 34)

2. Larangan bercakap sesuatu yang tidak diketahui.


Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
ٗ َ ُ َ َ َ َ ‫ۡ َ َ َ َ ۡ َ َ َ َ ۡ ُ َ َ ُ ُّ ُ ْ َ َٰٓ ى‬ َ َ َ َ َ ُ َ ََ
٣٦ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡمسۗۡول‬
‫ۗۡۗۡإنۗۡۗۡٱلسمعۗۡۗۡوٱلبصۗۡۗۡوٱلفۗۡؤادۗۡۗۡۗۡكلۗۡۗۡأول َٰ ِئكۗۡۗۡۗۡكانۗۡۗۡعنه‬
ِ ‫ۗۡۗۡعلم‬
ِ ‫ۗۡۗۡب ِهۦ‬
ِ ‫ولۗۡۗۡتقفۗۡۗۡماۗۡۗۡليسۗۡۗۡلك‬
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan
dipertanggungjawabkan (diperiksa).
(Surah Al-Isra’ : 36)

3. Larangan berlaku sombong dan takabbur.


Allah Subhanahuwata’ala berfirman: َ َ ‫ز‬
ٗ ُ َ َ ۡ َ ُ َ ََ َ َ َ َ َ َ ً ََ َ ََ
٣٧ۡۗۡۗ‫الۗۡۗۡطول‬‫ۗۡۗۡإنكۗۡۗۡلنۗۡتخرقۗۡۗۡٱۡلرضۗۡۗۡولنۗۡتبلغۗۡۗۡٱل ِجب‬
‫ۗۡۗۡفۗۡۗۡٱۡلرضۗۡۗۡمرح ِا‬
ِِ ‫ش‬ ‫م‬ ‫ۗۡۗۡت‬
‫ول‬
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, Karena
sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu
tidak akan sampai setinggi gunung.
(Surah Al-Isra’: 37)

4. Larangan berlaku boros, membazir, tamak dan kedekut (bakhil).


Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
َ َ َ ‫َى َ َ َى ز‬
ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡوكان‬
‫ۗۡۗۡإخو نۗۡۗۡٱلشي َٰ َِٰط ِي‬ َٰٓ ُ َ َ ‫َ ۡ ُ َ ر‬ ً َ ‫ۗۡۗۡٱلسب َ َ ُ َ ر‬ َ ‫ۗۡۗۡوٱب َن‬
َ ‫ي‬َ‫ۗۡۗۡو ۡٱلمسك ز‬
َ ‫ۗۡۗۡح َق ُهۥ‬ ۡ َ
َ ‫ۗۡۗۡٱل ُقر َ ىب‬ ََ
ِ ‫ۗۡإنۗۡۗۡٱلمبذرينۗۡۗۡۗۡكانوا‬٢٦ۡۗۡۗ
ِ ‫يل َۗۡۗۡو ُلۗۡۗۡتب رذرۗۡۗۡتَب ُ ِذيرا‬ِ َ ِ ِ ِ ِ ‫اتۗۡۗۡذا‬
ِ ‫وء‬
٢٧ۡۗۡۗ‫ورا‬ٗ ‫ٱلشيط َٰىَٰنۗۡۗۡل َربهۦۗۡۗۡۗۡكف‬
ِ ِ
Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang
miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-
hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah
saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Rabnya.
(Surah Al-Isra’: 26-27)
ٗ ‫ۗۡۗۡم ُل‬ َ
َ ‫ۗۡۗۡف َتق ُع َد‬ ۡ ُ َ ََ َ ُ ُ ‫َ َ َ َ َ َ َ ُ ًَ َى‬
ً ‫ۗۡۗۡمح ُس‬
٢٩ۡۗۡۗ‫ورا‬ َ ‫وما‬ ‫ۗۡۗۡولۗۡۗۡتب ُسط َهاۗۡۗۡۗۡك َلۗۡۗۡٱل َبس ِط‬ ‫ۗۡۗۡإلۗۡۗۡعن ِقك‬
ِ ‫لۗۡۗۡتجعلۗۡۗۡيدكۗۡۗۡمغلولة‬
Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah
kamu terlalu mengulurkannya, nanti kamu menjadi tercela dan menyesal.
(Surah Al-Isra’: 29)

5. Suruhan berlaku adil dalam semua keadaan dan terhadap semua manusia bahkan
kepada orang yang kafir.
Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
َ َ ََ َُ َ ُ ‫َ َ ُ َى ُ َ َ ى‬ َ َ ُ َ َ َ ََ ُ َ ُُۡ َ َ
١٥٢ۡۗۡۗ‫مۗۡب ِهۦۗۡۗۡل َعلكمۗۡۗۡتذك ُرون‬ ِ ‫وِإذاۗۡۗۡقلتمۗۡۗۡفٱع ِدلواۗۡۗۡولوۗۡۗۡۗۡكانۗۡۗۡذاۗۡۗۡقر ىبۗۡۗۡو ِب َعه ِد‬
ِ ‫ۗۡۗۡٱّللۗۡۗۡأوفواۗۡۗۡذ ِلكمۗۡۗۡوصۗۡى‬
‫ك‬
Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, meskipun ia adalah
kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah, yang demikian itu diperintahkan Allah
kepadamu agar kamu ingat.
(Surah Al-An’am: 152)

6. Suruhan bantu membantu dalam melakukan kebaikan dan taqwa.


Firman Allah Subhanahuwata‘ala:
َ ُ َ َ ‫َ ۡ ُ َى‬ ََ َُ ََ ََ ‫َََ َُ ََ ۡ ر َ َ َ ى‬
َۡۗ ‫ۗۡۗۡوٱتقوا‬
‫ۗۡۗۡٱّلل‬ ‫ۗۡۗۡٱۡلث ِمۗۡۗۡوٱلعدو ِن‬
ِ ‫وتعاونواۗۡۗۡعلۗۡۗۡٱل ِّيۗۡۗۡوٱلتقوىۗۡۗۡولۗۡۗۡتعاونواۗۡۗۡع‬
‫ل‬
Tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertaqwalah kamu
kepada Allah.
(Surah Al-Maidah: 2)

7. Kezaliman membawa akibat yang buruk di hari kiamat dan membawa kepada
siksaan yang pedih. Kezaliman terdiri dari pelbagai jenis, manakala kezaliman yang
paling keji ialah melanggar peraturan Allah dan berdusta terhadap Allah. Orang
zalim terputus hubungan dengan Allah dan jauh daripada rahmat Allah. Islam
melarang kezaliman. Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
َ ُ َ َ َ َ ُ َ َ َٰٓ ُ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ
٢٢٧ۡۗۡۗ‫وسيعلمۗۡۗۡٱل ِذينۗۡۗۡظلمواۗۡۗۡأيۗۡۗۡمنقلبۗۡۗۡينق ِلبون‬
Dan orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan
kembali.
(Surah As-Syu‘ara’: 227)
َ َ ُ ُ َ ُ َ َٰٓ ‫َّ َ ى َ َ َ َ ً َ َ َ َ َ ى‬ َ ۡ َ َ َ
٢١ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡيف ِلحۗۡۗۡٱلظ َٰى َِٰل ُمون‬
‫ۗۡۗۡإنهۥۗۡۗۡل‬ ‫ۦ‬‫ه‬
ِ ِِ ِ‫َٰت‬ َٰ ‫اي‬ۡۗ
‫ۗۡۗۡب‬
‫ب‬ ‫ذ‬ ‫ۗۡك‬
ۡۗۡۗ
‫و‬ ‫ۗۡۗۡأ‬
‫ا‬‫ب‬ ‫ذ‬ ‫ۗۡك‬
ِ ِ ۡۗۡۗ
‫ۗۡۗۡٱّلل‬
‫ل‬ ‫ۗۡۗۡع‬
‫ى‬ ‫ّي‬‫ۗۡۗۡٱف‬
‫ن‬ َ
‫م‬ ‫ۗۡۗۡم‬ ُ
ِ ‫ومنۗۡۗۡأظ‬
‫م‬ ‫ل‬
Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang membuat-buat suatu
kedustaan terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya orang
yang aniaya itu tidak mendapat keberuntungan.
(Surah Al-An‘am: 21)
َ َ ُ َ َ َُ َ َ ُ ُ َ َ ََ َ َ َ ُ َ َ ََ َ ُ ُ ُ َ ۡ
٢٢٩ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡٱّللۗۡۗۡفأ ْولَٰٓ ىَٰ ِئكۗۡۗۡه ُمۗۡۗۡٱلظ َٰى َِٰل ُمون‬
ِ ‫ۗۡۗۡٱّللۗۡۗۡفلۗۡۗۡتعتدوهاۗۡۗۡومنۗۡيتعدۗۡۗۡحدود‬ ِ ‫ِتلكۗۡۗۡحدۗۡود‬
Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. barangsiapa yang
melanggar hukum-hukum Allah mereka Itulah orang yang zalim.
(Surah Al-Baqarah: 229)
َ َ َ َ
َ‫لظ َٰىَٰلم ز‬
٧١ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡمنۗۡن ِص ِ رّي‬ ِ ‫ي‬ ِ ِ ِ ‫ۗۡۗۡل‬ ِ ‫وما‬
Dan bagi orang yang zalim sekali-kali tidak ada seorang penolong pun.
(Surah Al-Hajj: 71)

8. Sabar sebahagian dari iman sepertimana kepala sebahagian dari tubuh. Seorang
muslim harus bersabar dalam melakukan ketaatan, bersabar dalam meninggalkan
maksiat dan bersabar dalam menghadapi takdir Allah. Dengan bersabar, seseorang
akan menjadi orang yang baik dan berbuat baik. Orang yang bersabar akan
dicurahkan rahmat oleh Allah Subhanahuwata’ala. Justeru itu Islam memerintahkan
umatnya bersifat sabar. Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
َ ُ َُ َ ََ َُ َ ُ ََ ُ َ َ ُ ُ َ َ ُّ َ ‫َ َٰٓ ى‬
٢٠٠ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡٱّللۗۡۗۡل َعلكمۗۡۗۡتف ِل ُحون‬
‫ۗۡۗۡوٱتقوا‬ َ ‫ۗۡۗۡٱلذ‬
‫ينۗۡۗۡ َۗۡء َامنواۗۡۗۡٱص ِّيواۗۡۗۡوص ِابرواۗۡۗۡور ِابطوا‬ ِ ‫ي َٰأيها‬
Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap siaga dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.
(Surah Ali-Imran: 200)
َ ُ ُ َ َ َ َ ََ َ َ ََ َ َ َ َ َ َ
٦٠ۡۗۡۗ‫وقنون‬ ِ ‫ۗۡۗۡي‬
‫ۗۡۗۡل‬ ‫ين‬ ‫ذ‬ ِ ‫ۗۡۗۡٱل‬
‫ك‬ ‫ن‬‫ف‬ ‫خ‬ِ ‫ت‬‫س‬ ‫ۗۡۗۡي‬
‫ل‬ ‫ۗۡۗۡو‬
‫ق‬ ‫ۗۡۗۡح‬
‫ۗۡۗۡٱّلل‬
ِ ‫د‬ ‫ع‬‫ۗۡۗۡو‬‫ن‬ ‫ۗۡۗۡإ‬
‫ّي‬
ِ ِ ‫ٱص‬ ‫ف‬
Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali
janganlah orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu
menggelisahkan kamu.
(Surah Ar-Rum: 60)
9. Benar adalah tanda atau buah iman. Islam memerintahkan muslim agar bersifat
benar. Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
َ ‫ۗۡۗۡم َع‬
َ‫ۗۡۗۡٱلصىََٰٰدق ز‬ ُ ُ َ ََ
َ ‫ونوا‬ ُ َ ُ َ َ َ َ َ ُّ َ ‫َ َٰٓ ى‬
١١٩ۡۗۡۗ‫ي‬ ِِ ِ ‫ك‬‫ۗۡۗۡو‬
‫ۗۡۗۡٱّلل‬
‫وا‬ ‫ق‬ ‫ي َٰأيهاۗۡۗۡٱل ِذينۗۡۗۡۗۡءامنواۗۡۗۡٱت‬
Wahai orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu
bersama orang yang benar.
(Surah At-Taubah: 119)

10. Dusta adalah satu kehinaan. Pendusta akan dijauhkan daripada hidayah Allah
dan akan menjadi orang munafik. Islam melarang berdusta. Allah
Subhanahuwata’ala berfirman:
َ َ ُ َ
ُ ‫ۗۡۗۡه َو‬ َ ‫ۗۡۗۡل‬َ ََ َ
٢٨ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡمۡسفۗۡۗۡۗۡكذاب‬ ‫ۗۡۗۡيه ِديۗۡمن‬ ‫ِإنۗۡۗۡٱّلل‬
Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang melampaui batas
lagi pendusta.
(Surah Ghafir: 28)
َ ۡ َ ُ َ َ َ ُ ُ َ َ َ ََ َُ َ ٓ ُ َ ََۡ َ ‫َى‬ ُُ ‫ََ َ َُ َ ٗ ز‬
٧٧ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡيك ِذ ُبون‬
‫ۗۡۗۡب َماۗۡۗۡأخلفواۗۡۗۡٱّللۗۡۗۡماۗۡۗۡوعدوهۗۡۗۡو ِبماۗۡۗۡۗۡكانوا‬
ِ ‫ۥ‬ ‫ه‬ ‫ن‬‫و‬‫ق‬ ‫ل‬ ‫ۗۡۗۡي‬
‫م‬ ِ ‫و‬ ‫ۗۡۗۡي‬
‫ل‬ ‫ۗۡۗۡإ‬
ِ ِ ِ ‫ۗۡۗۡفۗۡۗۡق‬
‫م‬ ‫ه‬ َٰ ‫ب‬‫و‬‫ل‬ ِ ِ ‫ۗۡۗۡنفاقا‬
ِ ‫فأعقبهم‬
Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu
mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang
telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan juga kerana mereka selalu berdusta.
(Surah At-Taubah: 77)

11. Sombong, ujub, kikir dan riya’ adalah sifat-sifat atau penyakit-penyakit yang hina
dan merbahaya yang akan menghapuskan cahaya hati sehingga, pada akhirnya,
seseorang itu akan jauh daripada Allah. Islam melarang seseorang daripada memiliki
sifat-sifat tersebut. Allah Subhanahuwata’ala berfirman: َ ‫ز‬
ُ َ َ ُ َ ُ ُّ ُ َ َ َ َ ً َ َ َ ََ َ َ َ َ ‫ََ ُ َ ر‬
١٨ۡۗۡۗ‫ور‬
‫ر‬ ‫خ‬ ‫ۗۡۗۡف‬
‫ال‬ ‫ت‬‫خ‬ ‫ۗۡۗۡم‬
‫ل‬ ‫ۗۡك‬
ۡۗۡۗ
‫ب‬ ‫ح‬ِ ‫ۗۡۗۡي‬
‫ۗۡۗۡل‬‫ۗۡۗۡٱّلل‬
‫ن‬ ‫ۗۡۗۡإ‬
ِ ‫ا‬ ‫ح‬‫ر‬ ‫ۗۡۗۡم‬
‫ض‬ ‫ر‬ ‫ۗۡۗۡٱۡل‬
‫ۗۡۗۡف‬
ِِ ‫ۗۡش‬ ‫م‬ ‫ۗۡۗۡت‬
‫ل‬ ‫ۗۡۗۡو‬
‫اس‬ ‫لن‬ ‫ۗۡۗۡل‬
ِ ‫ولۗۡۗۡتصعرۗۡۗۡخدك‬
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan
janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak
menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.
(Surah Luqman: 18)
َ ٗ َ ُ َ َ َ ُّ ُ َ َ َ َ
ً ‫ۗۡۗۡف ُخ‬
٣٦ۡۗۡۗ‫ورا‬ ‫ِإنۗۡۗۡٱّللۗۡۗۡلۗۡۗۡي ِحبۗۡۗۡمنۗۡۗۡكانۗۡۗۡمختال‬
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membangga-
banggakan diri
(Surah An-Nisa’: 36)
ٗ ُّ ٗ َ َ َ ‫َ َ َ َ ۡ َ ى‬ َ ُ َ ‫ۗۡۗۡم ٓاۗۡۗۡ َۗۡء َات ىى ُه ُم‬
َ ‫ون‬ َ ُُۡ ََ ُ ‫اسۗۡۗۡب ۡٱل‬ َ َ ُ َُۡ َ َ ُ َ َ َ َ
َ ‫ۗۡۗۡٱلن‬
ۡۗ٣٧ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡم ِهينا‬
‫ۗۡۗۡللك َٰ َِٰفرينۗۡۗۡعذابا‬ ‫ا‬‫ن‬ ‫د‬ ‫ت‬ ‫ع‬ ‫أ‬‫ۗۡۗۡو‬
‫ۦ‬‫ه‬ ‫ل‬ ‫ض‬ ‫نۗۡف‬ ‫ۗۡۗۡم‬
‫ۗۡۗۡٱّلل‬ ‫م‬ ‫ت‬‫ك‬‫ي‬‫ۗۡۗۡو‬
‫ل‬ ‫خ‬ ‫ۗۡب‬ ‫ٱلذينۗۡۗۡيبخلونۗۡۗۡويأمرون‬
ٗ َ َٓ َ َ ٗ َ ُ َ ُ ‫َ َ ى‬
ِ ُ َ ِ ِ َ َ َٰٓ ِ َ ۡ َ َ َ َ ُ ُ ِ َ َ ِ َ َ ٓ َ ُ َ ‫َ َ ِ َ ُ ُ َ َ َ ى‬
ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡبٱليو ِمۗۡۗۡٱۡل ِخرۗۡۗۡومنۗۡيكنۗۡۗۡٱلشيط ََٰٰنۗۡۗۡلهۥۗۡۗۡقريناۗۡۗۡفساءۗۡۗۡقرينا‬ ِ ‫ٱّللۗۡۗۡول‬ ِ ‫ۗۡۗۡب‬ ِ ‫وٱل ِذينۗۡۗۡي ِنفقونۗۡۗۡأمو لهمۗۡۗۡرئاءۗۡۗۡٱلناسۗۡۗۡولۗۡۗۡيؤ ِمنون‬
٣٨
(Iaitu) orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir, dan menyembunyikan
kurnia Allah yang telah diberikan-Nya kepada mereka, dan Kami telah menyediakan
untuk orang kafir siksa yang menghinakan. Dan (juga) orang yang menafkahkan
harta-harta mereka kerana riya’ kepada manusia, dan orang yang tidak beriman
kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barangsiapa yang mengambil syaitan itu
menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya.
(Surah An-Nisa’: 37-38)

12. Orang yang beriman memelihara akhlak sewaktu berjalan dan bercakap.
Sewaktu berjalan, tidak terlalu lambat dan tidak pula terlalu cepat. Sewaktu
bercakap tidak terlalu nyaring, jika nyaring itu tidak diperlukan. Allah
Subhanahuwata‘ala berfirman: َ
ۡ ُ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ ‫َوٱقصد ز‬
١٩ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡإنۗۡۗۡأنك َرۗۡۗۡٱۡلص َ ىو ِتۗۡۗۡل َصوتۗۡۗۡٱل َح ِم ِّي‬
ِ ‫ۗۡۗۡمنۗۡصو ِتك‬
ِ ‫ۗۡۗۡفۗۡۗۡمش ِيكۗۡۗۡوٱغضض‬
ِِ ِ
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
(Surah Luqman: 19)

13. Tetap di atas kebenaran, beribadah dan menjalankan perintah din. Semua ini
adalah buah iman dan akan membawa manusia kepada kesolehan dan ketaatan
hingga mencapai keuntungan dan keredhaan daripada Allah. Allah
Subhanahuwata‘ala berfirman: َ َ ُ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ ُ َ َٰٓ َ َ ۡ ُ َ َ ُ َ‫َ َ َ َ ُ َ ُّ َ َ ُ ُ َ َ َ ُ َ َ زَ ز‬
ُ ُ َ َ ۡ
ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡبٱل َجن ِةۗۡۗۡٱل ِ ّ ِتۗۡۗۡۗۡكنتم‬
ِ ‫وا‬ ُ ِِ ‫ۗۡۗۡوأب‬
‫ۡس‬ ‫ِإنۗۡۗۡٱل ِذينۗۡۗۡقالواۗۡۗۡربناۗۡۗۡٱّللۗۡۗۡثمۗۡۗۡٱستق َٰىَٰمواۗۡۗۡتتّيلۗۡۗۡعلي ِهمۗۡۗۡٱلمل ىَٰ ِئكةۗۡۗۡألۗۡۗۡتخافواۗۡۗۡولۗۡۗۡتحزنوا‬
َ ُ َ ُ
٣٠ۡۗۡۗ‫توعدون‬
Sesungguhnya orang yang mengatakan: “Rab kami ialah Allah”, kemudian mereka
meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan
mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih, dan
gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu”.
(Surah Fushilat: 30)

14. Syurga adalah tempat orang yang soleh, bertaqwa dan berakhlak baik. Bakal
penghuni-penghuni syurga ialah mereka bertaqwa baik dalam keadaan lapang
mahupun sempit, menafkahkan harta dan tidak kikir meskipun harta yang dimiliki itu
sedikit. Mereka dapat menahan marah demi mentaati perintah Allah, takut kepada
kemurkaan-Nya dan mengharapkan pahala dari-Nya. Mereka tidak menuntut hak
orang lain, bahkan sebagian daripada hak mereka dikorbankan untuk kepentingan
dan kebaikan umat manusia. Allahُ Subhanahuwata‘ala berfirman:
َٓ َ ‫َ َ ُ ُ َ ز‬ َ ‫ز‬ َُۡ َ ُ َ َ ُ ‫َ َ ُ َٰٓ َ ى َ َ ر َ ر ُ َ َ َ َ ُ َ َ َ ى َ ى‬
ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡفۗۡۗۡٱلۡسا ِء‬
ِ ِ ‫ۗۡٱل ِذينۗۡۗۡي ِنفقون‬١٣٣ۡۗۡۗ
‫ۗۡۗۡللمت ِق ِي‬ ‫ۗۡۗۡإلۗۡۗۡمغ ِفرةۗۡۗۡمنۗۡربكمۗۡۗۡوجنةۗۡۗۡعرضهاۗۡۗۡٱلسم ََٰٰو تۗۡۗۡوٱۡلرضۗۡۗۡأعدت‬
ِ ‫۞وسارعوا‬
َ ‫ز‬ ُ ۡ ُّ ِ ُ ُ َ ِ َ َ َ َ‫زَ ۡ َ َ َ ۡ َ ز‬ ‫ى‬ َ ۡ َ ٓ َ َ‫َ ز‬
١٣٤ۡۗۡۗ‫وٱلصا ِءۗۡۗۡوٱلك َٰ َِٰظ ِم ِيۗۡۗۡٱلغيظۗۡۗۡوٱلع ِاف ِيۗۡۗۡعنۗۡۗۡٱلناسۗۡۗۡوٱّللۗۡۗۡي ِحبۗۡۗۡٱلمح ِس ِن ِي‬
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabmu dan kepada syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa. (Iaitu)
orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan
orang yang menahan marahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, Allah
menyukai orang yang berbuat kebajikan.
(Surah Al-Imran: 133-134)

15. Islam melarang umatnya berhasad dengki. Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:


ِّ ٗ َ ُ ُ ‫َ ى َ َ َ َ ز‬
َۡۗۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡل َلذين‬ َ ُ َ َ َ َ َ ‫َ َ َ َى‬ َََ َ ُ َُ َ ‫ۗۡۗۡج ٓا ُءوۗۡۗۡمن‬
َ ‫ين‬ َ ‫َو َٱلذ‬
ِ ‫ۗۡۗۡغل‬ ِ ‫وبنا‬
ِ ‫ل‬ ‫ۗۡۗۡق‬
‫ۗۡۗۡف‬
ِ ِ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ج‬ ‫ۗۡۗۡت‬
‫ل‬ ‫ۗۡۗۡو‬
‫َٰن‬ َٰ ‫يم‬‫ٱۡل‬
ِ ‫ۗۡۗۡب‬
ِ ‫ا‬ ‫ون‬ ‫ق‬ ‫ب‬‫ۗۡۗۡس‬
‫ين‬ ‫ذ‬ِ ‫ۗۡۗۡٱل‬
‫ا‬‫ن‬ ‫ن‬
ِ ‫و‬ ‫خ‬ ‫ۡل‬
ِ ‫ۗۡۗۡو‬
ِ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ۗۡۗۡل‬
‫ر‬ ‫ف‬ِ ‫ۗۡۗۡٱغ‬
‫ا‬ ‫ن‬ ‫ب‬
‫ۗۡۗۡر‬
‫ون‬ ‫ول‬‫ۗۡق‬
‫ۗۡۗۡي‬
‫م‬ ‫ه‬
ِ ‫د‬
ِ ‫ع‬ ‫ۗۡۗۡب‬ ِ ِ
َ ُ َ َ َ َََٓ ُ َ َ
١٠ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡإنكۗۡۗۡرءوفۗۡۗۡر ِحيم‬ ِ ‫ءامنواۗۡۗۡربنا‬
Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya
Rab kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman
terlebih duhulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian
dalam hati kami terhadap orang yang beriman, ya Rab kami, sesungguhnya Engkau
Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Hasyr: 10)

16. Seorang yang berakhlak tidak menghabiskan masanya melayani orang jahil
(melainkan jika orang itu ingin memahami Islam). Allah Subhanahuwata‘ala
berfirman: ََ
ۡ َ
َ‫ۗۡۗۡٱل َج َٰىَٰهل ز‬ ۡ َُۡ َ َۡ ُ
١٩٩ۡۗۡۗ‫ي‬ ِِِ ‫ۗۡۗۡبٱل ُعر ِف‬
‫ۗۡۗۡوأعرضۗۡۗۡعن‬ ِ ‫خ ِذۗۡۗۡٱلعفوۗۡۗۡوأمر‬
Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta
berpalinglah dari pada orang yang jahil.
(Surah Al-A’raf: 199)

17. Islam melarang mencaci, menghina dan memperolok-olokkan antara sesama


muslim. Allah Subhanahuwata‘ala berfirman: َ
َ َ ُ َ َ َ ٓ َ ‫َ ُ ُ َ ٗ ر ُ ََ َ ٓ ر ر‬
َٰٓ‫ۗۡۗۡع َ ى‬ َ
َٰٓ‫ۗۡۗۡع َ ى‬ َ ‫َ َٰٓ ى َ ُّ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ ر‬
ۡۗۡۗ‫سۗۡۗۡأ ُنۗۡيكنۗۡۗۡخ ِ ّٗيا‬ ‫ۗۡۗۡنساءۗۡۗۡمنۗۡنساء‬‫ل‬
ِ َ ُ ‫ۗۡۗۡو‬‫م‬ ‫ه‬ ‫ن‬‫ۗۡۗۡم‬
‫ا‬
‫ّي‬ِ ‫ۗۡۗۡخ‬
‫وا‬ ‫ون‬‫ك‬ ‫نۗۡي‬ ‫ۗۡۗۡأ‬
‫س‬ ‫م‬ ‫و‬‫نۗۡق‬ ‫واۗۡۗۡلۗۡۗۡيسخرۗۡۗۡقومۗۡۗۡم‬‫ي َٰأيهاۗۡۗۡٱل ِذينۗۡۗۡۗۡءامن‬
ُ َ ‫َ ى َ َ َ َ ُ َ ْ َ َٰٓ ى‬
ُۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡهم‬ َ ُ ُۡ ُ ِ َ ‫ى‬ َ َۡ ُ َ َ َ َ َ ُ َ ُ َ َٰٓ ُ ۡ َ َ َ َ ُ ‫ر‬
‫ۗۡۗۡٱۡليم ََٰٰنۗۡۗۡومنۗۡلمۗۡۗۡيتبۗۡۗۡفأول َٰ ِئك‬
ِ ‫ۗۡۗۡٱل َۗۡسمۗۡۗۡٱلفسوقۗۡۗۡبعد‬ ِ ‫ۗۡۗۡبئس‬ ‫ۗۡۗۡبٱۡللق ََٰٰب‬
ِ ‫منهنۗۡۗۡولۗۡۗۡتل ِمزواۗۡۗۡأنفسكمۗۡۗۡولۗۡۗۡتنابزوا‬
ُ ‫ى‬ َ ِ ِ
١١ۡۗۡۗ‫ٱلظ َٰ َِٰلمون‬
Wahaiorang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan
kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik daripada
mereka.dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya,
boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu
sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-
buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang
tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.
(Surah Al-Hujarat: 11)

18. Akhlak mu’min adalah tanda keimanan orang beriman.


Allah Subhanahuwata‘ala berfirman:
َ ُ َ َ َ َ ُ ُ َ َ ُ َ َ َ َ ُ ‫َى‬ َ َ ‫َ َ َ َ ُۡ ُ َ َ َ ُ ز‬
ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡل َلزك ىو ِة‬ ‫م‬ ‫ۗۡۗۡه‬‫ين‬ ‫ذ‬ ‫ٱل‬ ‫ۗۡو‬٣ۡۗۡۗ‫ون‬ ‫ض‬ ‫ر‬‫ع‬ ‫ۗۡۗۡم‬ ‫و‬ ‫غ‬ ‫ۗۡۗۡٱلل‬
‫ن‬ ‫ۗۡۗۡع‬
‫م‬ ‫ۗۡۗۡه‬‫ين‬ ‫ذ‬ ‫ٱل‬‫ۗۡۗۡو‬٢ۡۗۡۗ ‫ون‬ ‫ع‬ ‫َٰش‬ َٰ ‫ۗۡۗۡخ‬
‫م‬ ‫ه‬ ‫ت‬‫ل‬ ‫ٱل ِذينۗۡۗۡهمۗۡۗۡفۗۡۗۡص‬١ۡۗۡۗ‫قدۗۡۗۡأفلحۗۡۗۡٱلمؤ ِمنون‬
َ َ ِ َ‫ِ ِ َ ى ُ ِ ِ َ َ ِ َ َ ىَٰٓ َ َ ى ِ َ َ َ َ َ َ َ ى ُ ُ َ َ ُ َ ُ ِ َ ُ ز‬ ُ ‫ۗۡۗۡل ُف‬ ُ َ َ َ َ ُ ‫َى‬
ۡۗۡۗ‫ۗۡفمن‬٦ۡۗۡۗ‫وم ِي‬ ‫ل‬ ‫ۗۡۗۡم‬
‫ّي‬ ِ ‫ۗۡۗۡغ‬
‫م‬ ‫ه‬‫ن‬
ِ َ َ ُ َ َِ َ َ ُ َ ‫إ‬‫ۗۡۗۡف‬‫م‬ ‫ه‬ ‫َٰن‬ َٰ ‫م‬ ‫ي‬ ‫ۗۡۗۡأ‬
‫ت‬ ‫ك‬ ‫ل‬ ‫ۗۡۗۡم‬
‫ا‬ ‫ۗۡۗۡم‬‫و‬ ‫ۗۡۗۡأ‬
‫م‬ ‫ه‬
ِ ِ َ َ ُ َ ِ َ َ َ ُ ۡ ِ ِ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ ٓ َ َ ‫ف َٰ َِٰعَل‬
‫ج‬ ‫و‬ ‫ز‬‫ۗۡۗۡأ‬‫ل‬ ‫ۗۡۗۡع‬
‫ل‬ ‫ۗۡإ‬٥ۡۗۡۗ‫ون‬ ‫ظ‬ ‫َٰف‬
ِ َٰ ‫ۗۡۗۡح‬
‫م‬ ‫ه‬ ‫وج‬ ‫ر‬ ِ ‫م‬ ‫ۗۡۗۡه‬
‫ين‬ ‫ذ‬
ِ ‫ٱل‬ ‫ۗۡۗۡو‬٤ۡۗۡۗ ‫ون‬
َ َ َ َ
َ
ۡۗۡۗ‫ۗۡوٱل ِذينۗۡۗۡهمۗۡۗۡع ىلۗۡۗۡصل ىو ِت ِهم‬٨ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡرعون‬ ‫ۗۡۗۡۡل َم َٰىَٰن َٰى َِٰت ِهمۗۡۗۡوعه ِد ِهم ى‬
ِ َ ‫ۗۡو ُٱل ِذينۗۡۗۡهم‬٧ۡۗۡۗ ‫ۗۡۗۡه ُمۗۡۗۡٱل َعادون‬
ُ ‫غۗۡۗۡو َرا َءۗۡۗۡذ ى ِلكۗۡۗۡفأولَٰٓ ىَٰ ِئك‬
‫ٱبت ز ى‬
َ ُ َ َ ُ َ َ ۡ َ َ َ ُ َ ۡ
َ ُ ُ َ َٰٓ ْ َ َ ُ َ ُ
١١ۡۗۡۗ‫ۗۡيهاۗۡۗۡخ َٰى َِٰلدون‬ِ ‫ۗۡٱل ِذينۗۡۗۡيرثونۗۡۗۡٱل ِفردوسۗۡۗۡهم‬١٠ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡأول ىَٰ ِئكۗۡۗۡهمۗۡۗۡٱل ىو رثون‬٩ۡۗۡۗ‫يح ِافظون‬
‫ۗۡۗۡف‬
Sesungguhnya beruntunglah orang beriman. (Iaitu) orang yang khusyu’ dalam
solatnya. Dan, orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang sia-
sia. Dan, orang yang menunaikan zakat. Dan, orang yang menjaga
kehormatannya. Kecuali terhadap isteri-isteri atau hamba yang mereka miliki.
Maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela. Barangsiapa mencari yang
di balik itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang yang
memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang yang
memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi. (Yakni) yang akan
mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya.
(Surah Al-Mu’minun : 1-11) َ ََ َ ُ َ َ َ ‫َ َ ُ َ َى‬
َ ُ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ ‫َ ٗ َ َ َ َ َُ ُ ۡ َ ى‬
ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡل َر رب َٰ ِهم‬
ِ ‫ۗۡۗۡوٱل ِذين‬٦٣ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡسل َٰى َٰٗما‬
‫ۗۡۗۡي ِبيتون‬ ‫ۗۡۗۡيمشونۗۡۗۡعلۗۡۗۡٱۡلرضۗۡۗۡهونۗۡاۗۡۗۡوِإذاۗۡۗۡخاطبهمۗۡۗۡٱلج َٰ َِٰهلونۗۡۗۡقالوا‬ ‫و ِعبادۗۡۗۡٱلرحم ََٰٰنۗۡۗۡٱل ِذين‬
ٗ ََ ُ َٓ َ ََ ً َ َ َ َ ََ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ َََ َ ُ َُ َ َ َ َ ‫ُس َج ٗدا‬
ٗ ‫ۗۡۗۡوق َي َٰى‬
ۡۗۡۗ‫ۗۡۗۡإنهاۗۡۗۡساءتۗۡۗۡمستقرا‬٦٥ۡۗۡۗ
ِ ‫ا‬‫ام‬ ‫ر‬ ‫ۗۡۗۡغ‬ ‫ان‬ ‫ۗۡك‬
ۡۗۡۗ
‫ا‬ ‫ه‬ ‫اب‬ ‫ذ‬ ‫ۗۡۗۡع‬
‫ن‬ ‫ۗۡۗۡإ‬
ِ ‫م‬ ‫ن‬‫ه‬ ‫ۗۡۗۡج‬
‫اب‬ ‫ذ‬ ‫ۗۡۗۡع‬‫ا‬ ‫ن‬‫ۗۡۗۡع‬
‫ف‬ ‫ۗۡۗۡٱۡص‬
‫ا‬ ‫ن‬ ‫ب‬
‫ۗۡۗۡر‬
‫ون‬ ‫ول‬‫ق‬ ‫ۗۡۗۡي‬
‫ين‬ ‫ذ‬
ِ ‫ٱل‬‫ۗۡو‬٦٤ۡۗۡۗ‫ا‬‫َٰم‬ ِ
ٗ ‫َو ُم َق‬
٦٦ۡۗۡۗ‫ۗۡاما‬
Dan hamba-hamba Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang yang berjalan di atas
bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka
mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan. Dan orang yang melalui
malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rab mereka. Dan orang yang berkata:
“Ya Rab kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah
kebinasaan yang kekal”. Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat
menetap dan tempat kediaman.
(Surah Al-Furqan : 63-66)

Contoh-contoh akhlak dari sunnah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam


1. Tidak bersifat pemarah. َ َّ َّ ِّ
ُ ‫ِِصىل‬ ً ‫ي‬
ِ ْ ‫ِِلِِتغض‬:ِ‫ِقال‬،ِِ‫ِِأوص زن‬:ِ‫ِِهللاِِعليهِوسلم‬
‫ب‬ ‫أنِِرجالِِقالِللنن‬
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam, “Wahai
Rasulullah, berikanlah wasiat kepadaku.” Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam
menjawab, “Janganlah kamu marah.”
(Riwayat al-Bukhari)[11]

2. Bersifat malu. Dalam beberapa buah hadits diterangkan:


‫ي‬ ُ
ِ‫الحياءِِلِِيأنِِإلِِبخي‬
“Tidak ada yang datang dari sifat pemalu itu kecuali kebaikan.”
(Riwayat al-Bukhari)[12]
ُ ُّ ُ
ِ‫الحياءِِكله ر‬
‫ِِخي‬ ِ
“Sitat pemalu itu semuanya baik.”
(Riwayat Muslim)[13]
ُ ُ ُ ًُ ُ ُ ‫ي‬
ُِ ‫ِوخلقِِاإلسالم‬،‫إنِِلك ِّلِِدينِِخلقا‬
‫ِِالحياء‬
“Sesungguhnya semua agama itu mempunyai akhlak dan akhlak Islam itu ialah
pemalu.”
(Riwayat Albani)[14]
ْ ْ
ِ‫إذاِِلمِت ْستحِِفاصن ْعِِماِِشئت‬
“Apabila engkau tidak merasa malu lagi maka perbuatlah apa yang engkau
kehendaki.”
(Riwayat al-Bukhari)[15]

3. Tolong menolong. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


‫ُ ز‬ ‫ي ز‬ ‫ُ ي‬
‫ِِوجلِِفِِعونِِالعبدِِمِاِِكانِالعبدِِفِِعونِِأخيه‬
‫هللاِِعز‬
“Allah memberikan pertolongan kepada hamba itu selama hamba itu menolong
saudaranya.”
(Riwayat at-Tabrani)[16]

4. Tidak melanggar hak seorang muslim. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam


bersabda :
َّ َ ُ ُ
ِِ‫ِوكونواِِعبادِِاّلل‬،ِِ‫ِولِِيب ْعِِبعضكمِعىلِِبيعِِبعض‬،ِِ‫ِولِِتدابروا‬،ِِ‫ِولِِتباغِضوا‬،ِِ‫ِولِِتناجشوا‬،ِِ‫ِِتحاسدوا‬
ً ‫ل‬
‫ي‬ ُ ُ ‫ُ ُ ي‬ ُ ُ ُ ُ ُ
ِِ‫ِولِِيحقرهِِالتقوىِههناِِويشيِِإلِصدرهِِثالثِِمرات‬،ِِ‫ِلِِيظلمهِِولِِيخذله‬،ِِ‫إخواناِِالمسلمِِأخوِِالمسلم‬
ُ ُ ُ ُ ُ ُ َ ُ ِّ ‫بحسبِِامرئِِمن ي‬
‫ِِكلِِالمسلمِِعىلِِالمسلمِِحر رام‬،ِِ‫ِِالمسلم‬
‫ِوع ْرض ِه‬،ِِ‫ِوماله‬،ِِ‫ِدمه‬،ِِ ُ ‫ِِأخاه‬ ‫ِِالشِِأنِيحقر‬
Janganlah kamu berlaku berhasad (dengki), suka mengintip-intip kawan, suka marah
memarahi, berkelahi, berlaku durhaka sebagian kamu atas sebagian yang lain,
jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara dengan
seorang muslim yang lain, janganlah dia menzalimi, merendah dan menghina
saudaranya, dan taqwa itu disini (sambil menunjuk dadanya tiga kali). Termasuklah
dalam kejahatan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Seorang muslim
mempunyai hak atas saudara muslim yang lain, diharamkan darahnya, harta dan
kehormatannya.
(Riwayat Muslim)[17]

5. Tidak bersifat munafik.ُ Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda ُ :


َ ‫ي‬ ‫ر‬
ِ‫ِوإذاِِاؤتمنِِخان‬،ِِ‫ِوإذاِِوعدِِأخلف‬،ِِ‫ِِإذاِِحدثِِِكذب‬:ِِ‫آيةِِالمنافقِِثالث‬
“Tanda orang yang munafik itu ada tiga, apabila berbicara maka ia berdusta, apabila
berjanji maka ia tidak menepati janji dan apabila diberi amanat maka ia berkhianat.”
(Riwayat al-Bukhari)[18]
‫َر‬ ‫ر‬ ً
ِِ‫ِومنِِكانتِفيهِخ ْصلةِِمنهنِِكانتِفيهِخ ْصلةِِمنِالنفاقِِحن‬،ِِ‫ِِخالصا‬
ً ‫ِكانِمنافقا‬
ُ ِ ‫ِكنِفيه‬
ِ‫ِِمن‬
‫ع‬‫أرب ر‬
‫ي‬
ِ‫ِوإذاِِخاصمِِفجر‬،ِِ‫ِوإذاِِعاهدِِغدر‬،ِِ‫ِوإذاِِحدثِِِكذب‬،ِِ‫ِِإذاِِاؤتمنِِخان‬:‫يدعها‬.
“Empat perkara, barangsiapa ada pada dirinya maka jadilah dia orang munafik yang
sebenarnya, dan barangsiapa ada salah satu perkara pada dirinya, maka dia
mempunyai tanda orang yang munafik sehingga dia melepaskannya. Apabila diberi
amanat dia berkhianat, apabila berbicara dia berdusta, apabila berjanji tidak
menepati janji dan apabila bertengkar dia bersikap keras (dengan pendapatnya).”
(Riwayat al-Bukhari)[19]

6. Bersifat malu dan berhati-hati. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam berkata


kepada As-Yad bin Abdil Qais :
ُ ُ ‫ْ ْ ز‬
ُ ‫ِِيحبهما‬
ُ ‫ِِهللاِِالح‬ ‫ي‬
ِ
‫ِِواألناة‬
‫لم‬ ‫إنِِفيكِِخصلتي‬
“Sesungguhnya ada dua sifat yang ada padamu, yang akan dikasihi (disenangi) oleh
Allah, iaitu pemalu dan berhati-hati.”
(Riwayat Ibn Hibban)[20]

7. Bersifat kasih sayang. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


ِّ ‫ز‬ ُ ‫ر‬ ‫ي‬
‫ِِاألمرِِكله‬
ِ ‫ِيحبِِالرفقِِف‬،ِِ‫إنِِهللاِِرفيق‬
“Sesungguhnya Allah bersifat kasih sayang, mengasihi sifat kasih sayang dalam
semua perkara.”
(Riwayat Albani)[21]

8. Tidak bersifat
َ ً ُ riya’ ً dan sum’ah.ً Malah, mengamalkan sifat ikhlas.
‫ز‬ ُ ُ ُ ُ ‫ي‬ َّ َ ُ َّ َّ َّ ُ ُ
ِِ‫ِويقاتلِِرياءِِأيِِذلكِِف‬،ِِ‫ِويقات ُلِِحمية‬،ِِ‫ِِالرجلِِيقات ُلِِشجاعة‬
‫ي‬ ‫ِِاّللِِعل ْيهِِوسلمِِعن‬ ‫ولِِاّللِِصىل‬ ‫ُسئلِِرس‬
‫ْ ْ ُ ز‬ َّ ُ َ ُ ْ َّ َ ُ َّ َّ َّ ُ ُ َّ
ِِ‫ِِ”ِمنِِقاتلِِلِتكونِِِكلمةِِاّللِِهِِال ُعلياِِفهوِِفِِسبيل‬:ِِ‫ِِاّللِِعل ْيهِِوسلم‬ ‫ولِِاّللِِصىل‬ ‫سبيلِِاّللِِ؟ِفقالِِرس‬
َّ
ِ
‫اّلل‬
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ditanya tentang seorang lelaki yang berperang
kerana berani, berperang kerana membela diri dan berperang kerana riya’
(mengharap pujian orang), siapakah di antara mereka yang benar-benar berperang
di jalan Allah?. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:
“Barangsiapa berperang demi untuk meninggikan agama Allah, sesungguhnya dia
telah berperang di jalan Allah.”
(Riwayat Muslim)[22]
Sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam : ‫ي‬
ُ ُ ْ ِّ ُ
ِ‫ِومن‬،‫ِِورسولهِفهجرتهِإلِهللاِِورسوله‬ ُ ‫هِإلِهللا‬ ‫ِِهجرت‬ ‫ِكانت‬ ِ ‫ن‬ ‫ِفم‬،‫ِِنوى‬ ‫ا‬ ‫ِِم‬
‫ِِامرئ‬
ُ ‫ِولكل‬، ‫ِِبالنية‬‫ِِاألعمال‬ ‫ا‬ ‫م‬‫إن‬
ُ ‫ز‬ ُ ‫ِِي‬ُ ْ
ِ‫ِفهجرتهِإلِماِِهاجرِِإليه‬،‫ِِييوجها‬ ‫صيبهاِِأوِِامرأة‬ ‫كانتِِهجرتهِلدنيا‬.
“Sesungguhnya amal perbuatan itu sesuai dengan niat, setiap orang akan mendapat
sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa berniat berhijrah kerana Allah
dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul, dan barangsiapa hijrahnya
kerana dunia nescaya dunia didapatinya atau wanita yang ingin dikahwininya. Maka
hijrahnya sesuai dengan apa yang menjadi tujuan hijrahnya.”
(Riwayat al-Bukhari)[23]

9. Tidak bertengkar dan berdebat. Raslullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :


‫ز‬ ‫ز‬
ِ‫ِوببيتِفِِوسطِالجنةِلمنِتركِالكذب‬،ِِ‫أناِِزعيمِببيتِفِِربضِالجنةِلمنِتركِالمراءِوإنِِكانِمحقا‬
‫ز‬
‫ِوببيتِفِِأعىلِالجنةِلمنِحسنِخلقه‬،ِِ‫وإنِِكانِمازحا‬
Aku menjamin dengan rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan
pertengkaran walaupun dia di pihak yang benar, Aku menjamin dengan rumah di
tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun untuk ketika
bergurau, Aku menjamin dengan rumah di syurga yang paling tinggi bagi orang yang
baik akhlaknya.
(Riwayat Abu Daud)[24]
Sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam ُ َ: ً ُ
ُ ُ ‫ي‬ ‫ماِِض يل ر‬
ِ‫ِِقومِِبعدِِهدىِِكانواِِعليهِِإلِِأوتواِِالجدل‬
“Tidak akan tersesat suatu kaum sesudah mendapat petunjuk dari Allah, kecuali
mereka mendatangkan jidal (debat).”
(Riwayat Tirmizi)[25]

10. Mengawal lidah. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :


َّ ‫ُ ي‬
ِ‫ليسِالمؤمنِِبالطعانِِولِِاللعانِِولِِالبذيءِِولِِالفاحش‬
“Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang suka menyalahkan (orang lain),
melaknat, mencela dan mencaci.”
(Riwayat Ibn Hibban)[26]

11. Tidak bersifat ‘ujub (bangga diri) dan kikir. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam :
ُ ‫ىِم يت ر‬
ُ ‫ِوهو‬,ِِ
ً ‫ر ُ ُ ر‬ ‫ر‬
ُ ‫ثالث‬
‫ِوإعجابِِالمرءِِبنفسه‬,ِِ‫بع‬ ‫ِِشح‬:ِِ‫ِِمهلكات‬
‫ِِمطاع‬
“Tiga perkara yang membinasakan – orang kikir yang dita’ati, orang yang mengikuti
hawa nafsu dan orang yang berbangga dengan pendapatnya.”
(Riwayat Ibn Hibban)[27]

12. Meninggalkan kata-kata yang tidak berfaedah. Rasulullah


Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :
ُ ُ ُ ْ
ِ‫منِِح ْسنِِإسالمِِالمرءِِت ْركهِِماِِلِِي ْعنيه‬
“ (Adalah) dari kebaikan Islam, (seseorang) meninggalkan apa-apa yang tidak
menjadi kepentingannya.”
(Riwayat Tirmizi)[28]

13. Meninggalkan kata-kata yang berlebih-lebihan. Rasulullah


Sallallahu’alaihiwasallam bersabda :
ْ ُ
‫طونِِلمنِعملِبعلمهِوأنفقِالفضلِِمنِمالهِوأمسكِِالفضلِِمنِقوله‬
“Berbahagialah bagi sesiapa yang beramal dengan imu pengetahuannya, dan
bersedekah pada lebihan daripada hartanya, dan berdiam lebih daripada berkata-
kata.”
(Riwayat Ibn Hibban)[29]

14. Menimbangkan terlebih dahulu sesuatu kata-kata agar bersesuaian dengan


Islam. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :
ُ ُ ْ ُ ُ ْ ْ ّ
ِِ‫ِِفيكتبِهللاِِلهِِبهاِِرضوانهِِإلِيوم‬
‫إنِأحدكمِليتكلمِبالكلمةِِمنِرضوانِِهللاِماِِيظنِِأنِتبلغِِماِِبلغت‬
ُ ُ ‫ِِبلغتِفيكتب‬
ُ ّ ُ ُ
ِِ‫ِِهللاِِعليهِِبهاِِسخطه‬ ‫ِوإنِأحدكمِليتكل ُمِِبالكلمةِِمنِسخطِهللاِِماِِيظنِِأنِتبلغِِما‬،ِِ‫يلقاه‬
‫إلِيومِِيلقاه‬
“Apabila seorang lelaki berkata-kata dengan kata-kata yang diredhai Allah, sedang
dia tidak dapat menjangkakan sejauh mana kesan percakapannya, maka Allah
menulis kata-kata itu sebagai yang diredhai-Nya hingga hari kiamat. Apabila
seorang lelaki berkata-kata dengan kata-kata yang menyebabkan kemurkaan Allah,
sedang dia tidak dapat menjangkakan sejauhmana kesan percakapannya, maka
Allah menuliskan kemurkaanNya kerana kata-kata itu hingga hari kiamat.”
(Riwayat Tirmizi)[30]

15. Bersifat amanah dan memenuhi janji. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam


bersabda :
‫لِِإيمانِِلمنِلِِأمانةِِلهِولِِدينِِلمنِلِِعهدِِله‬
“Tidak beriman orang yang tidak amanah dan tidak beragama orang yang tidak
berpegang kepada janjinya.”
(Riwayat Ibn Hibban)[31] ُ
ُ ُ َّ َّ
ُ ‫ِِصىل‬ ُ
‫عتِاألمانةِِفانتظر ي‬
ِِ‫ِِِكيفِإضاعتهاِِياِِرسول‬:ِ‫ِِقال‬.ِِ‫ِِالساعة‬ ‫ِِهللاِِعليهِوسلمِإذ ُاِِض ِّي‬ ‫قالِرسولِِهللا‬
‫ِِاألمرِِإلِغيِِأهلهِفانتظر ي‬
ِ‫ِِالساعة‬ ُ ‫ِِإذاِِأِسند‬:ِ‫هللاِِ؟ِقال‬
“Rasulullah bersabda: Apabila telah hilang sifat amanah, maka nantikanlah masa
kehancuran. Lelaki itu bertanya lagi: Bagaimanakah sifat amanah itu hilang ? Jawab
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: Apabila suatu urusan disandarkan kepada
yang bukan ahlinya tunggulah kehancurannya.”
(Riwayat al-Bukhari)[32]

16. Berlaku benar dan tidak berdusta. Rasulullah SAWbersabda :


‫ي‬ ُ ُ ُ ‫ِِالر‬ ‫ي‬
ُ ‫ِِوماِِيز‬.ِِ‫ِِيهديِإلِالجنة‬
‫ال ي‬ ‫ي‬
‫ِِوإن ي‬ ِّ ‫ي‬
ِّ ‫ِِفإن‬ ِّ
ِ‫ِِويتحرى‬
‫جلِِيصدق‬ ‫ِِالي‬ .ِِ‫ِِيهديِإلِالي‬ ‫ِِالصدق‬ .ِِ‫عليكمِبالصدق‬
‫ي‬ ‫ي‬
.ِِ‫ِِفإنِِالكذبِِيهديِإلِالفجور‬.ِِ‫ِِوإياكمِوالكذب‬ ‫ ي‬. ً ِّ ُ ‫ي‬ ِّ
ِ‫ِِوإنِِالفجورِِيهدي‬ ِِ
‫ا‬ ‫يق‬ ‫د‬ ‫ِِص‬
‫ِِهللا‬ ‫د‬ ‫ِِعن‬ ‫كتب‬ ‫ِِي‬
‫ِِحن‬ ‫دق‬‫الص‬
ً ‫ي‬ ُ ‫ي‬ ‫ي‬ ُ ُ ‫ِِالر‬
‫ال ي‬ ‫ي‬
ُ ‫ِِوماِِيز‬.ِِ‫إلِالنار‬
‫ِِويتحرىِالكذبِِحنِِيكتبِِعندِِهللاِِِكذابا‬ ‫جلِِيكذب‬
“Lazimilah berlaku benar, kerana kebenaran itu membawa kepada kebaikan dan
kebaikan menyebabkan masuk syurga. Seseorang yang benar dan sentiasa dalam
kebenaran, maka Allah menulis di sisi-Nya sebagai seorang yang benar. Jauhilah
dusta, kerana dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan menyebabkan
masuk neraka. Seseorang yang berdusta dan sentiasa dalam kedustaan, maka Allah
menulis di sisi-Nya sebagai seorang pendusta.”
(Riwayat Muslim)[33]

17. Kuat dan tabah. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :


ُ ‫ِاحرصِعىلِما‬،ِِ‫ِِخي‬ ‫ز‬
‫ِوفِِكل ر‬،ِِ ‫ي‬ َّ ُ
‫المؤمنِِالقوي ر‬
ِ‫ِواستعن‬،ِِ‫ِِينفعك‬ ِ ‫ِِخيِِوأحبِِإلِاّللِِمنِِالمؤمنِِالضعيف‬
‫ي‬
ُ َّ ‫ِِقدر‬ َ َ ُ ِّ‫ز‬ ُ ْ َّ
ِِ‫ِوماِِشاء‬،ِِ‫ِِاّلل‬ :ِ‫ِولكنِقل‬،ِِ‫ِِفعلتِِكانِِكذاِِوكذا‬
ِ ‫ِِلوِِأن‬:ِ‫ِفالِِتقل‬،ِِ‫ِوإنِأصابكِِش رء‬،ِِ‫باّللِِولِِتعجز‬
‫ي‬ ُ ‫ي‬
ِ‫ِفإنِِلوِِتفتحِِعملِِالشيطان‬،ِِ‫فعل‬
“Mu’min yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mu’min yang lemah,
namun kedua-duanya ada kebaikan. Carilah sesuatu yang mendatangkan kebaikan
kepada kamu serta mohonlah bantuan kepada Allah dan janganlah kamu merasa
lemah. Dan jika telah menimpa kepada kamu sesuatu musibah, maka janganlah
kamu mengatakan: Kalau aku berbuat begini nescaya akan jadi begini. Tetapi
katakanlah: Allah telah mentakdirkan dan apa yang dikehendaki-Nya pasti terjadi.
Sesungguhnya ‘kalau’ hanya akan membuka pintu syaitan.”
(Riwayat Muslim)[34]

18. Menurut atau mengikut yang baik, bukan yang jahat. Rasulullah
Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :
ِّ ُ ُ ُ ً ‫ي‬ ُ
ِِ‫ِولكنِوطنوا‬،ِِ‫ِوإنِأساؤواِِأسأت‬،ِِ‫ِإنِأحسنِالناسِِأحسنت‬،ِِ ‫ِِمعِالناس‬
‫ا‬ :ِ‫ِيقول‬،ِِ‫كمِإمعة‬
‫ِِأن‬ ‫ِِيكنِأحد‬
‫ل‬
ُ ُ ُ
‫ِوإنِأساؤواِِألِِتظلموا‬،ِِ‫ِإنِأحسنِالناسِِأنِتحسنوا‬،ِ‫أنفسكم‬
“Hendaklah kamu jangan seperti ‘pak turut’ yang mengatakan: Aku mengikuti
manusia ramai, kalau mereka baik maka aku pun baik dan kalau mereka jahat maka
aku pun menjadi jahat. Tetapi kawallah dirimu, jika manusia baik hendaklah kamu
juga baik dan jika manusia jahat, hendaklah kamu menjauhi kejahatan mereka.”
(Riwayat Albani)[35]

19. Berhati-hati dan berwaspada. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam


ُ bersabda :
ُ ُ ُ
ِ‫ز‬
‫ِمرتي‬،ِِ
‫ِمنِجحرِِواحد‬،ِِ‫لِِيلدغِِالمؤمن‬
“Tidak akan terjatuh seorang mu’min dari satu lubang sebanyak dua kali.”
(Riwayat al-Bukhari)[36]

20. Tidak boleh menghina diri sendiri. Rasulullah SAW bersabda :


ُ ُ ‫ي‬ ُ ُ
:ِِ‫ِقالوا‬،‫ِِأنِيذ يلِِنفسه‬
:ِ‫ِِوكيفِيذلِِنفسهِ؟ِقال‬ ‫ل ز‬
ِ ‫ِِأنِيتعرضِِمنِالبالءِِماِِلِِي‬
‫طيق‬ ‫ِِينبغِِللمؤمن‬
“Tidaklah sepatutnya bagi seorang mu’min menghinakan dirinya sendiri. Sahabat
berkata : Bagaimana seseorang itu menghina dirinya sendiri? Rasulullah menjawab
: Iaitu tidak mendedahkan diri kepada ujian yang tidak mampu dia hadapi.”
(Riwayat al-Baihaqi)[37]

21. Hidup berkasih sayang dan saling bantu membantu. Rasulullah


Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda :
ُ ‫ر‬ َ ُ
ُ ‫ِم‬،ِ‫همِوتعاطفهم‬ ُ ِّ ‫ز ز‬ ُ ‫م‬
ِِ‫ِِلهِسائر‬ ‫ِِإذاِِاشتك‬.ِِ‫ثلِِالجسد‬
‫ِتداع‬،ِِ‫ِِمنهِعضو‬ ‫ِِالمؤمنيِِفِِتوادهمِوتراحم‬
‫ثل‬
ُ ‫الجسد ي‬
ِ ‫ِِبالسهرِِوالح ي‬
‫ّم‬
“Perumpamaan orang yang beriman dalam berkasih sayang dan bertolong-tolongan
adalah laksana satu tubuh, apabila menderita satu anggota tubuhnya maka seluruh
tubuhnya turut berjaga dan merasakan sakit panasnya.”
(Riwayat Muslim)[38]

Penutup – kesyumulan akhlak islam


Salah satu ciri khusus sistem akhlak Islam ialah syumul dan lengkap. Syumul di sini
bermaksud akhlak Islam itu luas bidangnya dan meliputi semua aspek perbuatan
manusia, baik yang mengenai diri individu mahupun mengenai orang lain, baik
mengenai hubungan individu, masyarakat mahupun negara. Tidak ada suatu pun
perbuatan manusia yang terkeluar dari peraturan akhlak Islam. Setiap muslim
diwajibkan memelihara akhlak Islam.
7.2 PEMBAHAGIAN AKHLAK

7.2.1 AKHLAK TERHADAP ALLAH.

Pada dasarnya, akhlak kepada Allah SWT itu ialah bahawa manusia hendaklah:

1. Beriman kepada Allah.


2. Beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah dengan tulus ikhlas.

Beriman kepada Allah ialah mengakui, mempercayai atau meyakini bahawa Allah itu ada dan bersifat
dengan segala sifat yang baik dan Maha Suci dari segala sifat yang buruk. Tetapi beriman kepada
Allah, tidak cukup hanya sekadar mempercayai akan adanya Allah sahaja, melainkan harus juga diikuti
dengan beribadah atau mengabdikan diri kepada Allah dalam kehidupan sehari-hari, mengamalkan segala
perintah Allah dan dijauhinya segala larangan Allah. Semua ini dikerjakan dengan tulus ikhlas, semata-
mata hanya kerana Allah sahaja. Akhlak juga boleh diterangkan seperti berikut: (6 perkara)

1. Tidak Mempersekutukan Allah Dengan Apa Juga.

Mempersekutukan Allah maksudnya ialah mempertuhankan sesuatu yang bukan Tuhan, sehingga selain
Tuhan yang sejati (Allah) dianggap ada lagi Tuhan yang lain. Perbuatan demikian disebut syirik, dan orang
yang melakukannya dinamakan sebagai Musyrik.

Firman Allah SWT:


﴾١١٦ ‫ض ٰلَ ا ََل بَ ِعيدًا‬ َ ‫ٱَّللِ فَقَ ۡد‬
َ ‫ض َّل‬ َ َ‫ٱَّللَ ََل يَ ۡغ ِف ُر أَن ي ُۡش َركَ ِبِۦه َويَ ۡغ ِف ُر َما دُونَ ٰذَلِكَ ِل َمن ي‬
َّ ‫شا ٓ ۚ ُء َو َمن ي ُۡش ِر ۡك ِب‬ َّ ‫﴿ ِإ َّن‬

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia
mengampuni dosa yang selain dari itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa mempersekutukan
(sesuatu) dengan Allah, sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”
(An-Nisaa’: 116)

2. Takut Kepada Allah.

Agama Islam memang mengajar umatnya takut kepada Allah. Takut di sini bermakna taat dan patuh pada
segala perintah dan larangan Allah SWT, bukan bermaksud lari daripada Allah.

Firman Allah SWT:


ٓ
﴾٥٢ َ‫ٱَّللَ َويَت َّ ۡق ِه فَأ ُ ْو ٰلَئِكَ ُه ُم ۡٱلفَآئِ ُزون‬
َّ ‫ش‬ َ ‫سولَ ۥهُ َويَ ۡخ‬ َّ ِ‫﴿ َو َمن ي ُِطع‬
ُ ‫ٱَّللَ َو َر‬
Maksudnya:
“Orang yang patuh kepada Allah dan RasulNya, takut dan bertakwa kepadaNya, itulah orang-orang yang
memperolehi kemenangan.”
(An-Nur: 52)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ada tiga perkara yang dapat menyelamatkan manusia, iaitu:


1. Takut kepada Allah di tempat yang tersembunyi mahupun di tempat yang terang.
2. Berlaku adil pada waktu rela atau waktu marah.
3. Hidup sederhana pada waktu miskin mahupun pada waktu kaya.”

3. Cinta Kepada Allah.

Sebagai manusia, selain harus bertakwa dan takut kepada Allah, mereka harus cinta dan kasih kepadaNya.
Firman Allah SWT:
َ‫ظلَ ُم ٓواْ ِإ ۡذ يَ َر ۡون‬
َ َ‫َّللِ َولَ ۡو يَ َرى ٱلَّذِين‬ َ َ ‫ٱَّللِ َوٱلَّذِينَ َءا َمنُ ٓواْ أ‬
ِۗ َّ ِ ‫شدُّ ُح ٗبا‬ ِ ‫ٱَّللِ أَندَادٗ ا ي ُِحبُّونَ ُه ۡم َك ُح‬
ۖ َّ ‫ب‬ َّ ‫ُون‬ ِ ‫اس َمن يَت َّ ِخذُ ِمن د‬ ِ َّ‫﴿ َو ِمنَ ٱلن‬
﴾١٦٥ ‫ب‬ ۡ
ِ ‫شدِيدُ ٱلعَذَا‬ َ
َّ ‫يعا َوأ َّن‬
َ َ‫ٱَّلل‬ ُ ۡ َ َ‫ۡٱلعَذ‬
ٗ ‫اب أ َ َّن ٱلق َّوة َ ِ ََّّللِ َج ِم‬
“Dan di antaranya manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah. Mereka
menyintainya sebagaiman mereka menyintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat menyintai
Allah.”
(Al-Baqarah: 165)

Seseorang yang cinta kepada Allah, tentu ada tanda-tandanya. Siti Aisyah r.a. berkata yang bermaksud:
“Barang siapa cinta kepada Allah SWT, ia akan memperbanyakkan ingat (zikir) kepadaNya, dan sebagai
ganjarannya Allah akan ingat pula kepadanya dengan rahmat dan ampunanNya, memasukkannya ke
dalam syurga bersama Nabi-nabinya dan hamba-hamba kecintaanNya dan memberi kehormatan melihat
keagunganNya. Dan barang siapa menyintai Nabi Muhammad SAW, ia akan memperbanyakkan bacaan
selawat kepada baginda, dan sebagai ganjarannya orang itu akan memperolehi syafaat baginda dan
menemani baginda di syurga.”

4. Redha dan Ikhlas Kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT.

Qadha’ dan Qadar (Takdir) apa pun yang telah ditentukan kepada kita wajib kita menerimanya dengan
redha dan ikhlas, walaupun yang ditakdirkan untuk kita itu mungkin merugikan atau menyedihkan kita,
sebab kita menerima (dengan baik) atau tidak, takdir Allah itu pasti terjadi juga dan tentu berlaku pada diri
kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikuti besarnya cubaan. Dan sesungguhnya Allah apabila senang
pada suatu golongan, dicubanya golongan itu (dengan sesuatu cubaan). Siapa yang redha terhadapnya,
ia akan mendapat keredhaan Allah, dan siapa yang marah, ia juga akan memperolehi kemurkaan Allah.”

5. Bertaubat Kepada Allah SWT.

Erti taubat dari segi bahasa ialah: kembali.


Dari segi istilah: kembali taat kepada Allah setelah sebelumnya durhaka kepadaNya. Imam Al-Ghazali
berkata, bahawa taubat itu ialah kembali mengikuti jalan yang benar dari jalan sesat yang telah
ditempuhnya.

Firman Allah SWT:

﴾٣١ َ‫ٱَّللِ َج ِميعًا أَيُّهَ ۡٱل ُم ۡؤ ِمنُونَ لَ َعلَّ ُك ۡم ت ُ ۡف ِل ُحون‬


َّ ‫َوتُوب ُٓواْ ِإلَى‬
Maksudnya:
“Bertaubatlah kamu semua kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.”
(An-Nur: 31)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya aku sendiri
bertaubat dalam seharinya 100 kali.”

Abu Zakaria Muhyidin Yahya An-Nawawi di dalam bukunya “Riyadhu-as-Salihin “menerangkan,


bahawa taubat itu hendaknya dilakukan dengan mengerjakan rukun-rukun taubat yang terdiri dari:
a. Berhenti dari maksiat.
b. Menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan.
c. Berjanji dengan bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi berbuat dosa.
d. Dalam hal dosa itu ialah dosa kepada orang lain hendaklah ditambah dengan menyelesaikan persoalan
dengan orang lain yang bersangkutan.

6. Bersyukur kepada Allah SWT.


Bersyukur adalah satu hal yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya.
Firman Allah SWT:
﴾١٢ ٞ‫ي َح ِميد‬ َّ ‫َّللِ َو َمن يَ ۡش ُك ۡر فَإِنَّ َما يَ ۡش ُك ُر ِلن َۡف ِس ِۖۦه َو َمن َكفَ َر فَإ ِ َّن‬
َ َ‫ٱَّلل‬
ٌّ ِ‫غن‬ ۡ ‫﴿ َولَقَ ۡد َءات َۡينَا لُ ۡق ٰ َمنَ ۡٱل ِح ۡك َمةَ أ َ ِن‬
ۚ َّ ِ ‫ٱش ُك ۡر‬
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, iaitu: Bersyukurlah kepada Allah.
Barangsiapa bersyukur (kepada Allah), sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa
tidak bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.”
(Luqman :12)

Syukur boleh diertikan sebagai mempergunakan nikmat atau pemberian yang ada di tangan kita, sesuai
dengan yang dikehendaki oleh yang memberi kenikmatan itu. Syukur juga boleh diertikan seperti berikut:

• Merasa gembira atas sesuatu pemberian/kebaikan orang lain yang kita terima.
• Menyatakan kegembiraan itu dengan ucapan dan perbuatan.
• Memelihara pemberian/ kebaikan itu dengan sebaik-baiknya dan mempergunakannya sesuai dengan yang
dikehendaki oleh si pemberi kebaikan itu.
• Membalas pemberian/ kebaikan itu. Membalas pemberian Allah ialah dengan mempergunakan kurnia
Allah itu menurut yang diredhai oleh Allah, sedangkan membalas pemberian manusia ialah dengan
membalas pemberian itu dengan pemberian pula, sekurang-kurangnya dengan doa.

7.2.2 AKHLAK TERHADAP RASUL.

Sebagai seorang nabi dan utusan Allah kepada sekalian umat manusia di dunia ini, maka setiap individu
muslim perlu mempunyai akhlak yang perlu dipelihara sesuai dengan martabat baginda.

Antara akhlak yang perlu ada pada setiap individu muslim kepada nabi Muhammad SAW ialah:

1. Beriman Kepada Rasullullah SAW.

Seperti juga akhlak kepada Allah, maka akhlak manusia kepada Nabi Muhammad SAW yang pertama
sekali ialah beriman kepada baginda SAW, iaitu percaya bahawa baginda adalah Nabi dan Rasul (utusan)
Allah kepada seluruh manusia dan mempercayai segala ajaran yang disampaikan oleh baginda adalah
merupakan wahyu Allah SWT yang benar. Kepercayaan yang sepenuh hati tanpa ada sedikit keraguan yang
boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim. Tanpa keimanan yang sepenuhnya kepada baginda SAW
tidak mungkin seseorang itu menjadi muslim dan tidak sah serta terbatallah keislamannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


َّ ‫فَٔٔ ِامنُواْ ِب‬ ۖ ‫ي وي ُِم‬ ٰ َٓ ‫ض‬ ۖ ِ ‫ت َو ۡٱۡل َ ۡر‬ َّ ‫ٱَّللِ ِإلَ ۡي ُك ۡم َج ِميعًا ٱلَّذِي لَ ۥهُ ُم ۡلكُ ٱل‬ ُ َّ‫﴿قُ ۡل ٰيَٓأَيُّ َها ٱلن‬
ِ‫ٱَّلل‬ َ ُ‫يت‬ َ ِ ‫َل ِإلَهَ ِإ ََّل ُه َو ي ُۡح ۦ‬ ِ ‫س ٰ َم ٰ َو‬ َّ ‫سو ُل‬ ُ ‫اس ِإنِي َر‬
َّ ‫سو ِل ِه ٱلنَّ ِبي ِ ۡٱۡل ُ ِمي ِ ٱلَّذِي ي ُۡؤ ِم ُن ِب‬
﴾١٥٨ َ‫ٱَّللِ َو َك ِل ٰ َمتِِۦه َوٱت َّ ِبعُوهُ لَ َعلَّ ُك ۡم تَهۡ تَد ُون‬ ُ ‫َو َر‬
Maksudnya:
“Katakanlah hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu semuanya, iaitu Tuhan
yang mempunyai kerajaan langit dan bumi. Tiada Tuhan selain daripadaNya, yang menghidupkan dan
mematikan. Sebab itu, hendaklah kamu beriman kepada Allah dan UtusanNya, Nabi yang ummi yang
percaya kepada Allah dan perkataan-perkataanNya. Ikutilah ia supaya kamu mendapat petunjuk.”
(Al-A’raaf: 158)

2. Tunduk dan Patuh Kepada Rasullullah SAW.

Beriman kepada Nabi Muhammad membawa kepada tunduk dan patuh kepadanya. Ketaatan yang
sepenuhnya kepada baginda adalah kewajipan yang perlu dibina dalam diri individu muslim. Tunduk
dan patuh juga memberi makna menjadikan Rasulullah SAW sebagai manusia pertama yang perlu
ditaati berbanding sekalian manusia dan makhluk yang wujud di muka bumi ini dan menerima segala apa
yang disampaikan baginda dengan ketaatan yang sepenuhnya serta tidak membantah, mempertikaikan,
menghina, mempersenda, memperolok-olokkan atau memperkecilkan walaupun satu daripada percakapan,
sifat, tingkahlaku, pengakuan dan segala apa yang disampaikan oleh baginda di samping meninggalkan
segala tegahan dan larangannya. Dalam erti kata lain meletakkan ketaatan kepada segala suruhan dan
meninggalkan segala larangan baginda lebih utama berbanding yang lain selepas Allah dengan hati yang
penuh ikhlas.

Firman Allah SWT:

ِ ‫شدِيدُ ۡٱل ِع َقا‬


﴾٧ ‫ب‬ ۖ َّ ْ‫ع ۡنهُ فَٱنت َ ُهو ۚاْ َوٱتَّقُوا‬
َّ ‫ٱَّللَ ِإ َّن‬
َ َ‫ٱَّلل‬ َ ‫سو ُل فَ ُخذُوهُ َو َما نَ َه ٰى ُك ۡم‬ َّ ‫َو َما ٓ َءات َٰى ُك ُم‬
ُ ‫ٱلر‬
Maksudnya:
“Apa yang dibawa oleh Rasul kepadamu hendaklah kamu terima, dan apa yang dilarangnya hendaklah
kamu jauhi.”
(Al-Hasyr: 7)

3. Cinta Kepada Rasulullah SAW.

Sebagai seorang Nabi dan Rasul Allah yang telah bersusah payah menyampaikan ajaran Allah yang
membawa manusia kepada jalan yang benar dan kebahagian yang hakiki, maka setiap umat Muhammad
SAW bukan sahaja perlu berterima kasih kepada baginda tetapi perlu menyayangi dan mencintai
baginda. Seperti kecintaan kepada Allah SWT, kasih dan sayang umat kepada baginda hendaklah di tahap
cinta yang tertinggi setelah rasa cinta kepada Allah SWT. Cinta kepada Allah SWT dan RasulNya tidak
boleh dikalahkan oleh cinta kepada apa jua. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“ Tidak beriman salah seorang di antara kamu, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri,
orang tuanya, anaknya dan manusia semuanya.”

Cinta kepada Nabi Muhammad SAW tidak cukup sekadar dilahirkan dalam bentuk pengakuan kata-kata,
tetapi perlu dibuktikan dalam bentuk perbuatan yang nyata, antara lain dengan:

1. Mengamal dan mematuhi agama Islam yang diajarkannya, baik yang terdapat dalam Al-Quran mahupun
dalam hadis atau sunnahnya.

2. Berjuang menegakkan, mengembangkan dan membela ajaran-ajarannya, termasuk juga menjaga


kemurniannya dari segala bid’ah dan khurafat.

3. Memuliakan Nabi Muhammad SAW dan memperbanyakkan berselawat kepadanya.

4. Memuliakan keluarga dan sahabat-sahabatnya.

5. Berselawat Kepada Rasullulah SAW.

‘Selawat’ adalah dari perkataan ‘solat’ yang mempunyai dua erti, iaitu doa dan keberkatan. ’Solat’ atau
’Selawat’ dalam erti doa ialah ibadat sembahyang, manakala dalam erti yang kedua (keberkatan) ialah nama
permohonan keberkatan untuk Nabi Muhammad SAW. Kerana itu berselawat kepada Nabi ialah
menyampaikan permohonan keberkatan kepada Allah untuk Rasulullah SAW. Berselawat kepada Nabi
Muhammad SAW merupakan penghormatan kepada baginda dan suatu perkara yang sangat penting dalam
Islam. Setiap muslim yang mempunyai kesempatan untuk berselawat, diminta berselawat contohnya ketika
menyebut nama Nabi Muhammad SAW atau ketika mendengar namanya disebut orang lain. Malah pada
ketika tertentu berselawat ke atas baginda menjadi wajib seperti ketika sembahyang, berkhutbah dan
sebagainya.

Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. Hai orang-
orang yang beriman, berselawatlah kamu dan sampaikan salam kepadanya dengan sepenuh penghormatan.”
( Al-Ahzab : 56 )

7.2.3 AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA.

A. Ibubapa.

Ibubapa adalah insan yang wajib ditaati selepas Allah SWT dan RasulNya. Tidak ada seorang pun yang
menyamai kedudukan ibubapa yang sangat terhormat ini, apa lagi menandinginya. Jasa ibubapa yang sangat
besar kepada kita iaitu menghamilkan, melahirkan, membesarkan, mendidik dan dicukupi segala keperluan
hidup dengan penuh kasih sayang, tanggung jawab dan keikhlasan yang mana semua jasa mereka ini tidak
akan dapat terbalas. Demikian keistimewaan dan terhormatnya kedudukan ibubapa sehingga Nabi
Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan
ibubapa.” ( Riwayat Tirmidzi )

Wajib berbuat baik atau berbakti kepada ibubapa hendaklah diberi keutamaan yang pertama daripada
berbuat baik kepada manusia lain selain Nabi Muhammad SAW. Berbuat baik ini meliputi apa sahaja
pekerjaan yang dapat disebut ‘baik’ yang berupa perkataan, perbuatan dan lain-lain. Contohnya berkata
dengan sopan dan hormat, merendahkan diri dengan kasih sayang, berdoa kebaikan untuk kedua-duanya,
mengikuti dan taat segala perintah dan larangannya selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Islam dan
sebagainya.

Firman Allah SWT :

Maksudnya:

“Kami perintahkan kepada kamu jangan menyembah selain Dia dan supaya kamu berbuat baik kepada
ibubapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya ada dekat denganmu (dalam
pemeliharaanmu) hingga berumur lanjut, sekali-kali janganlah kamu berkata kepada keduanya “ah” jangan
pula kamu bentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang hormat Dan rendahkanlah
dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan katakanlah “ Wahai Tuhanku, kasihanilah
keduanya, sebagaimana keduanya mengasihani aku ketika aku masih kecil”. ( Al-Isra’ : 23-24 )

Berbuat baik tidak sahaja ketika mereka masih hidup tetapi juga setelah mereka meninggal dunia. Antara
perkara yang boleh dilakukan kepada ibubapa yang telah meninggal dunia ialah :

1. Mengerjakan solat jenazah.


2. Berdoa untuk al-marhum, memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa-dosanya.
3. Melaksanakan dan menyempurnakan hutang, janji, nazar dan segala perkara yang tidak dapat
disempurnakan oleh al-marhum.
4. Memuliakan dan meneruskan silaturrahim dengan sahabat-sahabat baik al-marhum.
5. Memberi pertolongan kepada mereka yang hidupnya bergantung kepada al-marhum.

Kewajiban berbuat baik kepada mereka berdua adalah sangat ditekankan dalam Islam dan menduduki
tempat kedua sesudah kewajiban untuk mentaati Allah dan RasulNya. Sesuai dengan itu, pelanggaran atas
kewajiban tersebut membawa kedurhakaan kepada mereka yang membawa akibat bukan sahaja balasan
buruk di akhirat tetapi juga di dunia. Antara akibat penderhakaan kepada ibubapa :

1. Merupakan dosa besar yang menyebabkan mendapat azab seksaan di neraka.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Sebesar-besar dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, membunuh orang, durhaka kepada ibubapa dan
berkata dusta ( menjadi saksi palsu ). ( Riwayat Bukhari )

2. Semua amal menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Tiga perkara yang menyebabkan segala amal tidak bermanfaat lagi ialah menyekutukan Allah, durhaka
kepada ibubapa dan lari dari medan perang.”
( Riwayat Thabrani dalam Al-Kabir )

3. Akan disegerakan pembalasannya oleh Allah SWT di dunia di samping kemungkinan masih ada
pembalasannya lagi di akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Dua kejahatan akan disegerakan pembalasannya di dunia ini juga, iaitu zina dan derhaka kepada ibubapa.”
( Riwayat Thabrani )

B. Guru.

Guru ialah orang yang memberi pengajaran dan pendidikan sama ada secara formal atau tidak formal.
Sesuai dengan pengertian ini, pelajar merupakan orang yang memperolehi pendidikan dan pengajaran dari
orang lain baik formal mahupun tidak formal. Islam mengajar umatnya agar memelihara akhlak bersama
guru dengan menghormati dan memuliakan mereka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“ Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya.”
( Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi )

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :

“Muliakanlah guru-guru agama, kerana barang siapa memuliakan mereka, bererti ia memuliakan aku.” (
Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi )

Penekanan akhlak seorang pelajar kepada gurunya diambil perhatian dalam Islam agar ilmu yang diperolehi
akan mendapat keberkatan dan seterusnya membimbing pelajar tersebut kepada jalan yang benar dan
mendapat kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Seorang pelajar perlu memelihara adab dalam tingkah laku,
percakapan, pergaulan dan sebagainya sama ada di hadapan mahupun di belakang gurunya. Di samping itu,
anjuran Islam agar seorang murid menghormati gurunya adalah kerana :

1. Guru adalah orang yang sangat mulia.

Kemuliaan guru adalah kerana pekerjaan mengajar atau mendidik. Selain itu kemuliaan guru disebabkan
juga kerana kealiman dan kepandaiannya. Rasulullah SAW dalam hadith-hadithnya menerangkan bahawa
orang alim adalah pewaris para nabi. Kelebihan orang alim atas orang yang beribadah seperti bulan
purnama di antara sekalian bintang-bintang. Dan bahawa matinya satu kabilah dipandangnya lebih ringan
daripada meninggalnya seorang yang berilmu pengetahuan. Memelihara akhlak dan menghormati guru
mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Barang siapa memuliakan orang alim, bererti memuliakan Tuhannya.”


( Riwayat Abul Hasan Al-Mawardi )

2. Guru adalah orang yang sangat besar jasanya.

Pekerjaan guru adalah menyampaikan ilmu, sedangkan ilmu adalah satu mekanisma yang sangat penting
dalam kehidupan manusia, bahkan juga membezakan manusia dari haiwan. Dengan ilmu pengetahuan,
kehidupan manusia di dunia akan maju, mempunyai peradaban yang tinggi dan pelbagai kesulitan yang
mengancam hidupnya dapat diatasi. Seterusnya dengan ilmu manusia dapat menduduki berbagai
kedudukan yang mulia dan terhormat. Bahkan nasib kehidupan manusia di akhirat nanti antara lain juga
ditentukan oleh ilmu pengetahuan. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

“ Siapa menghendaki dunia, wajib ia mempunyai ilmu. Siapa menghendaki akhirat, wajib mempunyai ilmu.
Dan siapa menghendaki dunia dan akhirat kedua-duanya, wajib juga ia mempunyai ilmu.”

C. Rakan.

Pergaulan yang baik bersama rakan-rakan merupakan hasil daripada kemurniaan budi pekerti dan ia dapat
memenuhi tuntutan jiwa manusia untuk melengkapkan hidupnya, kerana sebagai manusia kita tidak dapat
hidup tanpa pertolongan orang lain.

Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih kawan: Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah kamu memerhatikan siapa yang harus
dipilih menjadi rakan)”

Rakan-rakan yang dipilih hendaklah memiliki beberapa sifat seperti waras fikiran, baik budi pekerti, tidak
fasik dan tidak mementingkan hal-hal keduniaan.

Abu Sulaiman Ad-Darani rahimahullah berkata: Jangan sekali-kali engkau bersahabat melainkan dengan
salah seorang dari dua orang berikut:

1. Orang yang engkau merasa senang dengannya dalam menguruskan hal-ehwal keduniaanmu.
2. Orang yang engkau dapat menambah faedah dan manfaat dalam hal-ehwal keakhiratanmu.

Adab bersama rakan:


Di antara adab pergaulan bersama rakan ialah:

1. Mengamalkan sikap tolong menolong.

Kita hendaklah memenuhi hajat dan keperluan rakan bila ia meminta dan hendaklah memberi dengan muka
yang manis dan rasa senang, serta melahirkan tanda kegembiraan, kerana kawan itu sanggup menerima
bantuannya.

Al-Atha’ berkata : Perhatikanlah sahabat-sahabatmu itu di dalam tiga persoalannya iaitu :

a. Jika mereka sakit, hendaklah segera menziarahi mereka.


b. Jika mereka terlalu sibuk dengan urusan-urusan maka berilah bantuan.
c. Jika mereka terlupa maka hendaklah mengingatkan mereka.

Kita juga hendaklah menjadikan hajat dan keperluan kawan seperti hajat dan keperluan sendiri dan
menunjukkan perasaan simpati dan hormat-menghormati dan kasih-mengasihi antara sesama rakan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Tidak beriman seseorang itu sehingga ia menyintai saudaranya seperti ia menyintai dirinya sendiri.”

2. Memelihara lidah.

Di dalam pergaulan bersama rakan kita hendaklah memelihara lidah dari menyebut keburukkan kawan,
mencela atau membocorkan rahsia kawan kepada orang lain.

Al-Abbas, bapa saudara nabi pernah berpesan kepada puteranya Abdullah : maka peliharalah nasihatku
yang lima:

a. Janganlah engkau bocorkan rahsianya sama sekali.


b. Janganlah engkau mencaci orang lain di hadapannya.
c. Janganlah engkau membiasakan bohong kepadanya .
d. Janganlah engkau melanggar perintahnya.
e. Janganlah sampai ia melihat sesuatu pengkhianatan berlaku daripadamu.

3. Memaafkan kesalahan.

Sekiranya terdapat keterlanjuran daripada rakan hendaklah kamu memaafkannya atau menanggung dengan
sedaya upaya keterlanjurannya, malah harus dibalas dengan cara yang baik.
Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“ Moga-moga Allah akan menukarkan keadaan kamu bermusuhan itu dengan kasih sayang.” ( Al-
Mumtahinah : 7 )

4. Mendoakan rakan.

Sewajarnya, seorang rakan mendoakan rakannya dengan doa yang baik-baik, bagi diri sahabat itu dan ahli
keluarganya sebagaimana dia mendoakan bagi dirinya sendiri; sama ada sahabat itu masih hidup atau sudah
mati.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“ Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka Malaikat akan
berkata:Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.”

Abu Darda’ berkata: Aku sentiasa mendoakan untuk 70 orang dari sahabatku ketika aku dalam keadaan
sujud terhadap Allah, aku sebutkan nama mereka satu-satu.
Setengah para salaf mengatakan bahawa: Mendoakan orang-orang yang sudah mati itu, samalah seperti
mengirimkan hadiah-hadiah kepada orang-orang hidup.

5. Ikhlas dalam menjalinkan persahabatan

Dalam menjalinkan hubungan sesama rakan, hendaklah disertai dengan niat kerana Allah Taa’la di mana
apabila seseorang itu berkasih sayang pada jalan Allah, jangan biarkan kasih sayang itu bercampur aduk
dengan dengki dan hasad, baik dalam perkara agama ataupun dunia.

Firman Allah SWT :

Maksudnya:
“ Mereka tiada menyimpan keinginan dalam hati, terhadap apa yang diberikan kepada mereka, dan mereka
mengutamakan orang lain dari diri sendiri.”
( Al-Hasyr : 9 )

Ikhlas juga bermaksud, kita tidak menyetujui rakan kita menjejaki jalan kebatilan dalam perkara-perkara
yang berkaitan dengan agama, malah hendaklah kita menentangnya serta menasihatinya kerana Allah.
Antara tanda keikhlasan lagi ialah, ia tidak mengendahkan celaan orang lain terhadap kawannya, ataupun
berkawan dengan musuh kawannya.

7.3 ISU-ISU BERKAITAN AKHLAK.

7.3.1 Tidak Menghormati Orang Tua.

Tidak menghormati orang yang lebih tua sama ada ibu bapa sendiri, guru ataupun orang yang lebih tua dari
segi umur adalah bercanggah dengan prinsip akhlak Islam. Malah menghormati golongan ini adalah
menjadi tuntutan kepada setiap individu muslim. Islam menggalakan umatnya menjaga hubungan dengan
orang tua, mengambil berat, berbuat baik dan membantu mereka walaupun tidak mempunyai hubungan tali
persaudaraan. Nabi Muhammad SAW mengingatkan bahawa bukanlah seseorang itu dari golongannya
apabila tidak menghormati orang tua. Sabda rasulullah SAW yang bermaksud :

“Bukanlah dari golongan kami, siapa yang tiada menghormati orang tua kami dan tiada pula mengasihi
anak kecil kami.”

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

“Hak saudara yang tua ke atas saudara yang muda, adalah seperti seorang ayah ke atas anak-anaknya.”

7.3.2 Menipu.

Menipu sama ada perkara besar mahupun kecil adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Menipu atau
berdusta adalah haram dan pelakunya akan mendapat dosa dan dikeji oleh Allah SWT. Menipu membawa
bahaya dan kezaliman ke atas orang yang ditipu atau ke atas orang lain dan membawa ketegangan di dalam
masyarakat Islam. Banyak hadith Nabi yang mengingatkan agar menjauhi sifat ini malah dusta merupakan
salah satu sifat-sifat munafik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Jagalah dirimu dari sifat dusta, sebab dusta itu setingkat dengan kecurangan, dan kedua sifat ini akan
dihumbankan ke dalam neraka.”

Sabda Nabi Muhammad lagi yang bermaksud:

“Adalah suatu pengkhianatan yang besar, iaitu apabila anda menyampaikan sesuatu berita kepada
saudaramu, sedang ia mempercayai kata-katamu itu, manakala anda membohonginya.”

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

“Tiga perkara, barang siapa yang berada di dalamnya, maka ia dicap munafik, sekalipun ia puasa,
sembahyang dan mengaku dirinya seorang muslim, iaitu: Bila berbicara ia berbohong, bila berjanji ia
mungkiri dan bila menerima amanat ia khianat.”

7.3.3 Mengumpat.

Mengumpat bererti menikam peribadi seseorang dengan memburukkan dan melukai hati. Ia termasuklah
menyebut sesuatu yang boleh menimbulkan kebencian atau kemarahan orang yang dikata apabila dia
mendengarnya, sama ada yang disebut perkara-perkara berkaitan dengan kekurangan anggota badan,
perkataannya, keturunannya, bentuk kejadiannya, perbuatannya, perkataannya, agamanya, perkara
dunianya, pakaiannya, rumahnya atau kenderaannya. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Ghibah (mengumpat ) itu adalah anda menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang dibencinya.”

Mengumpat sama seperti seseorang yang melanggar perintah atau larangan Allah SWT yang membawa
kepada dosa dan akan mendedahkan diri kepada kemurkaan Allah SWT. Di dalam Al-Qu’ran Allah SWT
telah menaskan celaan kepada orang yang suka mengumpat dan menyamakan orang tersebut dengan orang
yang memakan daging saudaranya yang telah mati.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati, tentulah kamu sekalian benci memakannya.” ( Al-Hujurat : 12 )

Firman Allah SWT:


Maksudnya:
“Celakalah untuk setiap pengumpat, pendusta.” ( Al-Humazah : 1 )

7.3.4 Pergaulan Bebas.

Pergaulan bebas merujuk kepada gaya pergaulan tanpa batas dan peraturan diantara lelaki dan perempuan
yang menimbulkan banyak masalah sosial dan keruntuhan akhlak. Ia juga merupakan segala bentuk
perlakuan manusia yang bertentangan dengan kehendak syariat Islam dan akal murni kemanusiaan.

Pergaulan yang baik adalah amat dituntut oleh Islam. Malah ia merupakan kemurnian budi pekerti yang
menjadi pokok pengajaran agama Islam kepada manusia. Walau bagaimanapun dalam pergaulan sesama
manusia, Islam telah menggariskan peraturan-peraturan yang bertujuan untuk menjamin akhlak,
kehormatan dan kemuliaan manusia khasnya kepada umat Islam yang menjadi umat contoh kepada sekalian
manusia.

Setiap pergaulan perlulah sejajar dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bercanggah
dengan syariat Islam serta nilai akhlak dan adap kesopanan. Manusia perlu sentiasa mengawal nafsu dan
berhati-hati terhadap syaitan dan iblis yang akan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia dan
tidak akan melepaskan peluang menggoda dan menyesatkan manusia yang lalai.

Pergaulan yang melampaui batas-batas yang telah ditetapkan mengundang perkara-perkara yang tidak baik
atau maksiat yang seterusnya mendedahkan kepada kemurkaan Allah SWT. Berdasarkan kajian di
Malaysia, menunjukkan pergaulan bebas merupakan penyebab utama kepada pelbagai bentuk keruntuhan
akhlak dan masalah sosial yang terjadi dalam masyarakat seperti fenomena kehamilan dan kelahiran anak
luar nikah, pembuangan bayi, pelacuran, bohsia, bohjan, lesbian, gay dan sebagainya. Islam menegah
pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi seperti berbonceng motosikal, berkhalwat,
bersentuhan dan sebagainya sama ada berdua-duaan sahaja atau di tempat umum. Ini kerana perlakuan-
perlakuan sumbang ini akan mendorong individu tersebut melakukan perkara yang bertentangan dengan
akhlak Islam, maksiat dan boleh terjerumus kepada melakukan zina. Allah SWT dengan tegas melarang
manusia melakukan zina dan perkara-perkara yang boleh mendorong ke arah tersebut. Larangan ini adalah
untuk memelihara keimanan, ketaqwaan, kemurniaan akhlak dan peribadi manusia dan seterusnya
menjamin kesucian keturunan manusia di muka bumi agar hidup dalam batas-batas keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu
jalan yang buruk.” ( Al-Israa’ : 32 )