Anda di halaman 1dari 3

Kata Tanya

Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.


Partikel –kah mesti digunakan di belakang kata Tanya sekiranya kata
Tanya diletakkan di pangkal ayat.

Kata Tanya Penggunaan Ayat Contoh


Apa Digunakan untuk Apakah warna bekas makanan
menanyakan tentang kamu?
benda
Siapa Digunakan untuk Siapakah yang ingin membeli
menanyakan tentang majalah ini?
orang.
Bila Digunakan untuk Bilakah abang pulang?
menanyakan tentang
masa.
Mengapa Digunakan untuk Mengapakah Aziz tidak hadir
menanyakan tentang ke sekolah?
sebab.
Bagaimana Digunakan untuk Bagaimanakah kamu membuat
menanyakan tentang kek coklat ini?
cara.
Di mana Digunakan untuk Di manakah beg sekolah saya?
menanyakan tentang
tempat.
Berapa Digunakan untuk Berapakah umur adik?
menanyakan tentang
harga atau bilangan.
Latihan 1 – Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.

Apa, Siapa, Mengapa, Bagaimana, Di mana, Berapa, Bila

1. ______________kah kamu ketawa?

2. ______________kah harga pensel warna?

3. ______________kah makanan kegemaran kamu?

4. ______________kah nama abang kamu?

5. ______________kah buku cerita saya?

6. ______________kah kamu dapat memancing ikan yang besar?

7. ______________kah bas sekolah kamu akan tiba di sekolah?

8. ______________kah yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini?


Bulatkan jawapan yang betul .

1. ( Bilakah , Berapakah ) cuti sekolah akan bermula ?

2. (Siapakah , Berapa ) biji duriankah yang ada di dalam bakul itu ?

3. ( Mengapakah , Bagaimanakah ) awak berdiam diri sahaja


apabila ditanya ?

4. ( Bagaimanakah , Siapakah ) keadaan nenek awak ?

5. ( Apakah , Siapakah ) yang mengait buah rambutan ini ?

6. ( Ke manakah , Bilakah ) awak akan pergi hujung minggu ini ?