Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KARNIVAL BELIA

1. Tujuan

Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan persetujuan Persatuan


Penduduk Keramat Pangsa (PPKP) dan Jawatankuasa Madrasah Keramat Pangsa
(Madrasah) untuk bekerjasama mengadakan Karnival Belia bersama IKRAM Daerah
Ampang Jaya dan Aqsa Syarif Daerah Ampang Jaya.

2. Objektif

2.1 Menyediakan medium kepada warga-warga di Keramat Pangsa terutamanya


golongan belia untuk menyertai aktiviti yang membawa kebaikan kepada
masyarakat dan alam semesta.
2.2 Mendidik golongan belia menjadi pemuda yang menjiwai Islam dan prihatin
akan keadaan/nasib masyarakat Islam yang lainnya.
2.3 Menjadikan surau sebagai nadi aktiviti masyarakat setempat serta
mengembangkan skop pemikiran masyarakat terhadap fungsi surau di kawasan
mereka.
2.4 Slogan ”Tak decide lagi daa..., any idea x?”

3. Anjuran

3.1 IKRAM Daerah Ampang Jaya


3.2 Aqsa Syarif Daerah Ampang Jaya
3.3 Persatuan Penduduk Keramat Pangsa
3.4 Jawatankuasa Madrasah Keramat Pangsa
Senarai ahli jawatankuasa adalah seperti di Lampiran A

4. Kumpulan Sasar

4.1 Masyarakat setempat terutama golongan belia yang berumur 18 hingga 40


tahun. Anggaran peserta ialah seramai 500 orang.

5. Kaedah Perlaksanaan

5.1 Pertandingan sukan yang meliputi futsal (lelaki dan wanita) dan acara kanak-
kanak.
5.2 Pertandingan muzik bertemakan perjuangan Palestin.
5.3 Pameran dan ceramah berkenaan perjuangan Palestin.
5.4 Pameran dan pemeriksaan kesihatan & pergigian.
5.5 Program kerohanian merangkumi qiyamullail dan kuliah subuh.

6. Tentatif Program

6.1 Program ini dicadangkan diadakan pada 18 hingga 19 Jun 2011 (sabtu & ahad).

6.2 Lokasi penganjuran adalah di padang Keramat Pangsa dan surau Keramat
Pangsa.

6.3 Masa penganjuran adalah dari jam 8.00 pagi (sabtu) hingga 5.00 petang
(ahad). Tentatif program yang dicadangkan adalah seperti dilampirkan B.
7. Anggaran Kos

7.1 Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM5000.00. Perincian adalah


seperti di Lampiran C.

8. Rasional Program Ini

8.1 Menyediakan medium kepada warga-warga di Keramat Pangsa terutamanya


golongan belia untuk menyertai aktiviti yang membawa kebaikan kepada
masyarakat dan alam semesta.
8.2 Mendidik warga-warga belia di Keramat Pangsa untuk menjadi pemuda yang
menjiwai Islam dan prihatin akan keadaan masyarakat Muslim yang lainnya.
8.3 Menjadikan surau sebagai nadi aktiviti masyarakat setempat serta
mengembangkan skop pemikiran masyarakat terhadap fungsi surau di kawasan
mereka.

9. Penutup

Kertas kerja ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Persatuan Penduduk
Keramat Pangsa dan Jawatankuasa Madrasah Keramat Pangsa.

DISEDIAKAN OLEH

Tarikh:

AHMAD YUSRI BIN AZME


Pengerusi
PEMUDA IKRAM
Daerah Ampang Jaya
LAMPIRAN A

Senarai Ahli Jawatankuasa


KARNIVAL BELIA

Pengarah : Abu Dzar Azme


Timb. Pengarah I (IKRAM) : Hj Othman Mahmud
Timb. Pengarah II (PPKP) :
Setiausaha : Akhawat Unit Belia
Bendahari : Akhawat Unit Belia
Program : Abu Dzar Azme
1) Futsal : Zulhazmi Khazin & PPKP
2) Acara kanak2 : Noursilawati Abdul Halim & PPKP
3) Hari Kesihatan : Dr Ahmad Sharifuddin
4) The Audience : Zulkarnain Hamzah
5) Palestin : Abdul Muhaymin Mahmud & Azian Anidin
6) MC : Idris Mohamad
7) Qiyam & Senam : Mohd Asri Mohd Nor & Madrasah
Tugas-Tugas Khas : Nahdia Ariffin
- Borang2 berkaitan, brochure IKRAM AJ & Aqsa Syarif dan fotografi
Makanan : Wanita IKRAM AJ & PPKP
Hadiah & Cenderahati : Akhawat Unit Belia & PPKP
Protokol : Wanita IKRAM AJ
Penajaan & Sumbangan : Ka’ab Azme & PPKP
Peralatan & Teknikal : Idris Mohamad & PPKP
Media : Nazri
Promosi I (IKRAM) : Ka’ab Azme & Idris Mohamad
Promosi II (Aqsa Syarif) : Azian Anidin
Promosi III (PPKP) :
LAMPIRAN C

Tentatif Program
KARNIVAL BELIA

Sabtu (18 Jun 2011)

8.00 pg : Pertandingan futsal (Wanita)


9.00 pg : Pemeriksaan kesihatan & pergigian
Pameran Palestin
10.00 pg : Acara kanak-kanak
5.00 ptg : Final futsal (Wanita)
5.45 ptg : Penyampaian hadiah
9.00 mlm : Ceramah Palestin
11.00 mlm : Bersurai

Ahad (19 Februari 2011)

4.30 pg : Qiyamullail
6.30 pg : Kuliah Subuh
7.30 pg : Senamrobik
9.00 pg : Perasmian The Audience dan Pertandingan futsal (Lelaki)
Pameran Palestin
5.00 ptg : Final futsal (Lelaki)
5.45 ptg : Penyampaian hadiah
6.30 ptg : Penutup
LAMPIRAN D

Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan


KARNIVAL BELIA

Anggaran Pendapatan

1. Kutipan yuran futsal & The Audience RM1150.00


2. Dana IKRAM AJ RM2150.00
3. Dana Aqsa Syarif RM1000.00
4. Dana PPKP RM700.00

JUMLAH RM5000.00

Anggaran Perbelanjaan

1. Sarapan pagi RM 3.00 x 30 x 2 RM180.00


VIP (ahad) RM 5.00 x 10 RM50.00
2. Makan tengahari RM 5.00 x 30 x 2 RM300.00
3. Makan malam RM 5.00 x 30 RM150.00
4. Minuman RM200.00
5. Publisiti
- Banner RM 100.00 x 10 RM1000.00
6. Peralatan program (Audio, Sukan & The Audience) RM1500.00
7. Hadiah & Upah RM1000.00
8. Kontigensi RM620.00

JUMLAH RM5000.00

Anda mungkin juga menyukai