Anda di halaman 1dari 17

KERTAS CADANGAN

INSTITIUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
BANGI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
AMBILAN JUN 2011 (KOHORT 1)

MINI KARNIVAL PERMAINAN


TRADISIONAL

TARIKH:
6 April 2014 (AHAD)

TEMPAT:
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI

ANJURAN:

KUMPULAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PRA 6.13 (B)


KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM,BANGI
1. MAKLUMAT PROGRAM

1.1 Nama Program : Mini Karnival Permainan Tradisional

1.2 Tema Program : ‘Permainan Tradisional Penyambung Warisan’

1.3 Penganjur : Kumpulan PPG Pra 6.13 (B)

1.4 Tarikh : 6 April 2014

1.5 Tempat : IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

1.6 Masa : 8.00 pagi – 12.00 Tengahari

1.7 Peserta yang Terlibat : Ahli Kelab Kebajikan Kumpulan Staf Pengurusan

IPG Kampus Pendidikan Islam.

2. PENGENALAN
Subjek PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan adalah
merupakan subjek elektif bagi Kumpulan PPG PRA 6.13 (B). Pada semester enam ini, kerja
kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan penganjuran sebuah karnival yang
dinamakan ‘Karnival Permainan Tradisional’. Penganjuran karnival sebegini adalah
merangkumi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah
peringkat pelaksanaan. Permainan Tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek
moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan
datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini.
3. RASIONAL PROGRAM
3.1 Matlamat program ini dijalankan adalah sebagai platform untuk guru-guru pelatih
menerokai serta mempelajari selok-belok pengurusan serta pentadbiran sesebuah
pertandingan terutamanya berkaitan dengan subjek ini iaitu pengurusan sukan serta
Pendidikan Jasmani.
3.2 Penganjuran program ini adalah memenuhi keperluan yang dikehendaki dalam
silibus subjek PJM3112.
3.3 Disamping itu, program yang sebegini juga akan dapat menerapkan kemahiran-
kemahiran dalam diri masing-masing.
3.4 Selain itu juga, penganjuran program karnival ini dapat menghidupkan kembali minat
dan pengetahuan masyarakat terhadap permainan tradisional dari pelbagai bangsa
yang semakin luput ditelan dek zaman.
4. OBJEKTIF
Dalam penganjuran program yang sebegini juga mempunyai objektifnya yang
tersendiri. Objektif inilah yang ingin diketengahkan dalam penganjuran karnival
ini. Antara objektifnya adalah seperti berikut;
4.1 Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran
untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.
4.2 Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.
4.3 Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui
penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.
4.4 Memperkenalkan dan mempromosikan permainan tradisional di kalangan
generasi akar umbi.
4.5 Mengeratkan hubungan dan silatullrahim di kalangan guru PPG dan Staf IPG.

5. SENARAI PERMAINAN TRADISIONAL DIPERTANDINGKAN


5.1 Galah Panjang
5.2 Sepak Raga
5.3 Konda Kondi
5.4 Baling Selipar

6. UNDANG-UNDANG & PERATURAN PERMAINAN.


6.1 Seperti di lampiran A
7. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk lampiran B

8. TENTATIF PROGRAM (KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL)

8.00 pagi - Ketibaan peserta dan pensyarah


- Pendaftaran peserta
- Taklimat permainan
- Pembahagian kumpulan
- Sesi Pemanasan Badan (IPG KTAR Exercise)

8.45 pagi Pertandingan Bermula


- Permainan 1 (Baling Selipar)
- Permainan 2 (Konda Kondi )
- Permainan 3 (Galah Panjang)
- Permainan 4 (Sepak Raga)

12.30 ptg - Ketibaan tetamu/undangan


- Ucapan penutupan
- Penyampaian Cenderamata
- Penyampaian Hadiah kepada peserta
- Jamuan

1.0 Ptg - Bersurai

9 . PERALATAN DAN TEKNIKAL


Rujuk lampiran D
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan

Anggaran
Bil Perkara Harga Kuantiti Jumlah
Seunit

1. Hamper RM15.00 6 RM90.00

2. Peralatan RM5.00 50 RM250.00

3. Cenderamata RM 2.00 50 RM100.00

4. Barangan Runcit RM220.00

5. Makan dan Minum Peserta RM 4.00 60 RM 240.00


RM
JUMLAH
900.00

Bagi menjalankan program ini pihak kami memohon sumbangan sebanyak RM 900.00
dari pihak pengurusan

14. JADUAL PERLAWANAN


Rujuk Lampiran F

14. PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa projek ini adalah sesuatu


yang amat perlu sebagai penambahan ilmu yang bermanfaat kepada guru-guru
Program Pensiswazahan Guru (PPG) bagi melengkapkan syarat untuk kumpulan PPG
ini mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal kanak-Kanak dengan Kepujian
sebelum mereka menamatkan pelajaran mereka di IPG. Diharap program ini dapat
memberi manfaat kepada guru-guru PPG dan dapat membantu dalam menghadapi
cabaran-cabaran yang kian mencabar pada masa akan datang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ...........................................
(HASNAH BINTI ABDULLAH) (EN.MOHD RIZAL BIN MOHTAR)
Setiausaha Penyelaras Program
Mini Karnival Permainan Tradisional Mini Karnival Permainan Tradisional
PPG PRASEKOLAH 6.13(B)

Disahkan oleh ,

..............................................
Cik Azizah Bte Md.Amin
Ketua Jabatan
Pendidkan Jasmani Dan Kesihatan
IPG Islam Bangi.

Ulasan :
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................

Kertas Kerja Ini diluluskan / Tidak Diluluskan oleh,

………………………………….
(TUAN HAJI OSMAN BIN HUSSEIN)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Tn.Hj.Osman Bin Hussein


Penasihat : Cik Azizah Binti Md. Amin
Penyelaras : En. Mohd Rizal Bin Mohtar

AJK PROGRAM KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

Pengarah Program : Mohd.Solleh Halim Bin Mohd Sokhi


Pen. Pengarah Program : Norhashmah Binti Majuhor
Setiausaha : Hasnah Binti Abdullah
Naib Setiausaha : Mariam Binti Selamat
Bendahari : Norfaezani Binti Katan
Persiapan Tempat / : Nang Noraini Bte Nik Ahmad
Promosi Nurnazatulliza Bte Abas
Hasnah Binti Abdullah
Peralatan : Norhashmah Bte Majuhor
Nadhira Binti Mohamed Arop
Che Nurul Lily Binti Che Mohd Arifin
Cenderamata : Siti Sharmila Bte Mohd.Shariff
Norlela Binti Ahmad Sapian
Jurugambar & : Norfadzillah Binti Abu
Dokumentasi Nismalita Binti Alang Ismail
Izu Hana Zilza Binti Imran
Shazalinda Binti Sharin
Buku Program / : Mariam Binti Selamat
Pendaftaran Ku Noorul Ain Bte Tuan Mat
Norfaezani Binti Katan
Makanan : Normalini Binti Ramli
Siti Dayana Binti Mohd Tap

Pengadilan & : Mohd.Solleh Halim Bin Mohd Sokhi


Penghakiman Norlidyawati Binti Mat Daud
Anizah Binti Osman
Siti Suraida Binti Jamari
Halimatun Saadiah Bte Hassan

LAMPIRAN C

(PERALATAN)

Bil Perkara Kuantiti


1. Healer 1 buah
2. Papan Markah ( White Board ) 1 buah
3. Skitel 10 Buah
4. Batang Mop 10 Batang
5. Extension Cable 3 Unit
6. Tape 4 Unit
7. Selipar Getah 3 Pasang
8. Bola Getah 3 Biji
9. Wisel 4 Biji
10. Bola Takraw 2 Biji
Borang penyertaan

Nama acara/permainan : Galah Panjang (P)


Penyelia acara/permainan : Noorlela Bte Ahmad Safian

KUMPULAN 1

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 2

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 3

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4
Borang penyertaan

Nama acara/permainan : Sepak Raga (L)


Penyelia acara/permainan : Mohd.Soleh Halim Bin Mohd Sokhi

KUMPULAN 1

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 2

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 3

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4
Borang penyertaan

Nama acara/permainan : kONDA (P/L)


Penyelia acara/permainan : Noorlela Bte Ahmad Safian

KUMPULAN 1

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 2

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 3

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 4

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

Borang penyertaan

Nama acara/permainan : Baling Selipar (L/P)


Penyelia acara/permainan : Ku Noorul Ain Bte Tuan Mat

KUMPULAN 1

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 2

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 3

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

KUMPULAN 4

BIL NAMA PESERTA NO. KAD PENGENALAN TANDATANGAN


1
2
3
4

Borang Keputusan Perlawanan

Nama Acara/Permainan : _____________________________

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN/KUMPULAN CATATAN


1
2
3
4

Nama Acara/Permainan : _____________________________

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN/KUMPULAN CATATAN


1
2
3
4

Nama Acara/Permainan : _____________________________

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN/KUMPULAN CATATAN


1
2
3
4

Nama Acara/Permainan : _____________________________

KEDUDUKAN NAMA PASUKAN/KUMPULAN CATATAN


1
2
3
4

LAMPIRAN A

UNDANG-UNDANG DAN CARA PERMAINAN

KONDA-KONDI

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran,
l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran
2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu.
Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan
pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang


lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke
udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli
pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu
sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain
daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih
pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana
ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena
kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan
melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang
dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain
tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang.
Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.

Permainan Kedua

Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian
memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika
pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh
mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan
mata daripada langkah pertama tadi.

Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain
menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu
dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke
udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh
ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira
mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama
seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan
ini.

GALAH PANJANG

Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran,
kecekapan dan kepantansan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar
bergantung kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak
galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter.
2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua.
Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan
dan siapa yang menempuh gelanggang.
3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjagaa gelanggang akan menjaga
gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan
menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau
belakang.
4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua
akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari
masuk ke dalam gelanggang.
5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan
yang dijaganya.
6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa
disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik.
7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir
melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain
yang ingin berhenti.

Syarat permainan

1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan
mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.
2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan
tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.
SEPAK RAGA

Cara Bermain

Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali
atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang
membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.

BALING SELIPAR

Peralatan yang diperlukan adalah 3 pasang selipar. Dan 1 lagi selipar untuk membaling
atau menjatuhkan susunan selipar tersebut (seperti dalam rajah) . Pemain pertama
daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara membaling 1 selipar ke
arah selipar yang telah disusun. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran
untuk menjatuhkan kesemua selipar.

Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melontar
bola bagi menjatuhkan baki selipar yang ada.Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan,
maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat
balingan bola dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama.Satu mata
diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula kesemua selipar
tersebut.
LAMPIRAN F (JADUAL PERLAWANAN)

BALING SELIPAR & KONDA KONDI

KUMPULAN 1
JOHAN A
KUMPULAN 3

KUMPULAN 2
JOHAN B
KUMPULAN 4

SEPAK RAGA & GALAH PANJANG

PERLAWANAN 1

KUMP 1 LWN KUMP 3

AKHIR
PERLAWANAN 2
JOHAN LWN N.JOHAN
KUMP 2 LWN KUMP 1

PERLAWANAN 3

KUMP 2 LWN KUMP 3

Anda mungkin juga menyukai