Anda di halaman 1dari 7

https://www.scribd.

com/document/138192669/Sumbangan-Tamadun-Cina#logout
penulis: Ultraman Nexus
SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA KETAMADUN MALAYSIA
PENGENALAN
Tamadunan China adalah antara yang terawal wujud di muka bumi ini. Tamadun China juga merupakan tamadun yang
terbesar selain Tamadun Islam dan Tamadun India. Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke
bahagian selatan China. Tamadun China suatu ketika dahulu juga dikenali sebagai Tamadun Hwang Ho. Berdasarkan
pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian
matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam
persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita
fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong
kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-
persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi
secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.
Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Ianya banyak
memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi dunia. Hasil daripada interaksi antara tamadun maka
munculnya pinjam meminjam antara tamadun. China dalam situasi ini banyak memberi beberapa pengetahuan kepada
dunia mengenai sains dan teknologi. Namun demikian China juga tidak ketinggalan menerima pengaruh sains dari
tamadun lain. Oleh itu, perkembangan ini menggalakkan perrkembangan sains dan teknologi dunia.
Pada dasarnya sains dan teknologi China adalah hasil daripada kepercayaan magik dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang
Cina cuba untuk memberi jawapan tentang fenomena-fenomena alam. Keadaan-keadaan banjir, hujan, pergerakan
matahari, bulan dan sebagainya merupakan perkara yang sukar difahami oleh masyarakat Cina. Oleh itu muncul nujum
atau bomoh yang bertindak untuk memberi beberapa jawapan kepada persoalan alam. Daripada pengkajian orang Cina
terhadap kulit kura-kura, tulang binatang dan daun pokok maka timbulnya pengetahuan mereka mengenai jawapan
alam.
Dengan erti kata lain, magik dan kuasa gahib masyarakat Cina secara tidak langsung membantu orang Cina mempelajari
atau menghasilkan pengetahuan mengenai bidang-bidang pengetahuan seperti sains, perubatan, matematik, astronomi
dan sebagainya. Sebagai contoh usaha yang berterusan dilakukan oleh nujum mengenai pentafsiran fenomena siang dan
malam telah membantu proses perkembangan sistem kalendar. Begitu juga dengan usaha mencari formula untuk hidup
lebih lama membawa penemuan kajian kimia dan perubatan.
Namun demikian penemuan sains mereka tidak dijelmakan sebagai satu perkembangan teknologi yang mampu
meningkatkan lagi tamadun mereka. Keadaan ini ternyata benar apabila China gagal menangani kemaraan Barat pada
abad ke-19. Usaha-usaha pemodenan mereka juga menemui kegagalan. Keadaan ini merupakan satu pengajaran besar
bagi China untuk maju ke hadapan bagi meningkatkan perkembangan tamadun mereka.

SUMBANGAN TAMADUN CHINA KEPADA KETAMADUNAN MALAYSIA DARI SEGI ASPEK:

ALAM SEKITAR
Hidup harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh semua agama. Berdasarkan pengajaran
sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Manusia pula
dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian tau Steward) yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi
Islam, Buddhisme (Antara agama Yang diamalkan oleh Tamadun China) dan beberapa aliran Kristian memelihara alam
sekitar sangat bermakna dan kita perlu menggunakan anugerah Tuhan ini secara bertanggungjawab. Tetapi dalam
tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat
sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umum tidak
memusnahkan alam sekitar. Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap
teknologi yang masih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan teknologi dan
penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu pengamalan budaya. Jadi, kita rakyat Malaysia
juga memelihara alam sekitar agar tidak pupus ditelan harus permodenan negara.

KELUARGA
Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun China. Keluarga
yang dimaksudkan pada lazimnya adalah keluarga yang terus berkembang. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki
kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum perempuan. Pengamalan seperti ini telah menjadi
warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat
merupakan onsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan
penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan.. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan
kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setiap
mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.
Oleh itu, nyatalah bahawa seluruh rakyat Malaysia juga mengamalankan konsep tersebut dalam institusi kekeluargaan
mereka.

KOMUNITI
Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam tamadun China khususnya. Tidak boleh dinafikan
bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga
dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu,
komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi
perseorangan (individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang pada
nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna
seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia,
dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam tradisi
Buddhisme. Terdapat juga rakyat Malaysia yang berpegang kepada agama Buddhisme ini, iaitu kaum Cina. Mereka
menjadi seseorang rakyat yang baik kerana dengan adanya kepercyaan seperti ini.

KERAJAAN
Falsafah tamadun China juga begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan
dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang
saksama dan adil merupakan tema utama tamadun China ini. Dalam tamadun China, tulisan Moh- Tze, Lao- Tze, Kung
Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Kesetiaan kepada raja dan
perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun China.
Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja
melanggar lunas-Iunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh membantah dengan tujuan untuk membetulkannya. Lelaki
merupakan ketua bagi sesebuah kerajaan.Tamadun Malaysia dan China sama-sama mengamalkan sistem beraja dimana
hanya lelaki saja yang boleh menjadi ketua Negara. Rakyat Malaysia juga setia kepada Raja dan Negara dan mereka tidak
akan sesekali derhaka atau membelot kepada negara sendiri.

KEGIATAN EKONOMI
Dalam tamadun china, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu
wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam eight fold path. Hakikat
ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga
wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan
sebagainya sangat dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah
bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti dalam kegiatan
ekonomi moden. Perkara ini yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu
pengukurnya. Negara kita juga, mengamalkan kegiatan ekonomi yang pelbagai demi mencapai kemajuan yang lebih
bermakna dan negara kita akan menjadi sebuah negara yang terkenal di mata dunia.

PENDIDIKAN
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan dengan matlamat utama
pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan
rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan
menghafal tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat menengah,
tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah
buku suci.
Pendidikan di China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap,
iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah
pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat
pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap
ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah
pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam
tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.
Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun China adalah pembinaan sifat-sifat seseorang (character-building).
Proses pengajaran ilmu mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan matlamat murni ini. Dengan menyedari perkara
tersebut, dimensi Inner Being begitu penting dalam konsep pendidikan Buddhisme. Manusia tidak digalakkan menguasai
persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam tanpa perubahan dalaman yang dapat dilakukan melalui
pengetahuan tentang dirinya. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Hal ini
membuktikan bahawa negara kita juga mempunyai sistem pendidikan dan terus memperkasakan sistem tersebut untuk
memacu pembangunan negara di masa akan datang.

KESIHATAN
Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan
dalam tamadun China tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep
kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu
pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih
menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan
besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan
keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan
seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya. Kebanyakan rakyat Malaysia juga amat menitikberatkan akan kesihatan
tubuh badan mereka agar mereka dapat menikmati kehidupan dengan sempurna.

ASAS SAINS.
Terdapat dua asas penting perkembangan sains Cina iaitu Yin dan Yang, dan teori lima unsur. Prinsip Yin dan Yang ini
merujuk kepada kestabilan alam. Walaupun dua unsur ini bertentangan namun ia memainkan peranan penting dalam
perkembagan dan imbangan alam. Jika tiada imbangan ini maka berlakulah masalah bagi alam semula jadi. Yin dan Yang
merupakan dua kuasa yang lengkap-melengkapi.
Manakala teori Lima Unsur tidak ketahui siapa penciptanya ia dimualai oleh ahli falsafah Tsou Yen pada abad ke-3 S.M.
(350-270 S.M.). beliau membuat andaian bahawa kebanyakan fenomena alam manusia berlaku berlaku berdasarkan
lima perkara. Warna misalnya datang dari warna kuning, hijau, merah, putih dan hitam. Arah datang dari lima arah iaitu
timur, barat, selatan, utara dan tengah. Begitu juga berlaku ke atas rasa. Terdapat lima rasa yang ketara iaitu pahit,
manis, pedas, masam dan masin. Kelima-lima unsur ini dikaitkan dengan satu kitaran supaya satu unsur tidak
mendomonasi keadaan.

PERKEMBANGAN ILMU SAINS


Dari dua unsur tadi golongan cerdik pandai Cina mula meneroka alam dan memperkembangkan ilmu pengetahuan
mereka. Antara bidang-bidang utama perkembangan ilmu sains Cina ialah bidang perubatan matematik, astronomi, fizik
dan biologi. Bidang sains yang terdapat di negara kita ini juga lahir hasil dari pengaruh tamadun China selain tamadun-
tamadun tradisional yang lain.

BIDANG PERUBATAN
Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan perubatan Cina berkembang
hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit.
Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang
ditajamkan sebelum peralatan dicipta. Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh
pengamal perubatan Cina. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang
merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod teori perubatan Cina. Namun Demikian karya teks klasik yang awal dan
terpenting ialah Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine. Ia disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini
membincangkan mengenai teori dan falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan
terapeutik dari akupuntur, herba, diet dan senaman.
Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu
lagi karya terbaik dalam perubatan ialah Metarial Medica (Pen TsÕao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen semasa
Dinasti Ming. Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya
ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah.
Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana ketidakseimbangan kedua-dua
unsur itu membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota
badan manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paru-paru
dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai
dengan keunsuran anggota tadi.
Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica, moksibusi dan akupuntur. Kaedah
pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan
kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya
menemui alkaloid dalam efedia (sejenis sayuran) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi
mengubati penyakit beguk dan sebagainya.
Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat
dari herba tertentu untuk dilekatkan.
Akupuntur pula merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu.

BIDANG MATEMATIK
Dua buah karya matematik tertua Cina iaitu Chou Pei Suan King yang membicarakan mengenai kalender, pengiraan
masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik. Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi
sembilan bab mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik. Semasa Dinasti Tang, matematik telah
dimasukkan dalam peperisaan. Pengajiannya mengambil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan
berdasarkan teks klasik berjudul Suanjing shi shu (sepuluh risalah panduan matematik). Pada tahun 1084 teks ini telah
dicetak. Namun demikian mata pelajaran matematik telah dikeluarkan dari peperiksaan awam kerajaan pada tahun
1230.
Namun demikian, ini bukan bermakna matematik tidak penting dalam kehidupan masyarakat Cina. Ia tetap menjadi satu
unsur penting kepada tamadun Cina. Ini kerana setiap dinasti di China cuba membentuk sebuah pemerintahan yang
lengkap. Sebagai contohnya gerakan penyatuan China yang dilakukan oleh Shih Huang-ti menjelaskan bagaimana beliau
ingin mengadakan satu sistem sukat, ukur dan timbang yang standard bagi China.
Antara ahli matematik Cina yang terkenal ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun 1300), Li Zhi (1192-1279) dan Li Shanlan
(1811-1882). Liu Hui yang tidak diketahui riwayat hidupnya pernah menerangkan mengenai teorem matematik semasa
meletusnya era Negeri-negeri Berperang (220-267 Masihi). Manakala Zhu Shijie merupakan sarjana pengembara yang
pernah ke segenap pelusuk China bagi mengajar ilmu yang dibawa oleh beliau.
Dengan terjumpanya tulang-tulang binatang dan kulit kura-kura pada abad ke 14 S.M maka tulisan angka-angka yang
mudah telah diketahui. Pada abad ke 3 Masihi muncul pula sistem tulisan yang stabil.
Perbincangan awal mengenai matematik Cina adalah berkenaan dengan segi empat ajaib. Perkara yang menariknya
mengenai segi empat ajaib ini ialah apabila angka-angka baris yang menegak, mendatar atau miring di campurkan ia
akan mendapat jumlah yang sama iaitu 15.
Orang Cina juga kewujudan angka positif dan negatif. Biasanya angka positif disukai kerana ia memberi makna
keuntungan. Manakala angka negatif memberi keburukan iaitu mengenai hutang. Begitu juga dengan angka genab dan
ganjil. Orang Cina menyukai angka genab yang membawa kabaikan, manakala angka ganjil memberi makna sial. Selain
itu juga orang Cina juga elah pandai menggunakan angka perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar. Jelaslah bahawa
bidang matematik yang kita guna pakai pada masa kini juga adalha hasil penemuaan ahli-ahli matematik tamadun china
itu sendiri.

BIDANG ASTRONOMI
Dalam bidan astronomi, orang Cina mempunyai tiga pandangan ynag berlainan tentang alam semestar. Pendangan
pertama dekenali sebagai Kai Tien atau Gai Tain iaitu mempercayai alam berbentuk kubah. Manakala pandangan keda
menggambarkan alam berbentuk sfera. Pandangan kedua adalah teori sfera sawami atau Hun Tien. Teori ketiga ialah
teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori Hsuan Yeh.
Kajian astronomi Cina mempunyai kaitan dengan kepercayaan kepada alam ini sebagai makhluk yang hidup, apa jua
kesakitan yang timbul daari satu bahagian alam akan dirasai oleh alam yang lain. Dalam kepercayanan roh nenek
moyang, orang Cina percaya bahawa roh-roh yang telah mati akan berhimpun secara kekal di langit. Oleh itu mereka
mengadakan hubuangan dengan roh ini menerusi upacara pemujaan nenak moyang.
Orang Cina juag pecaya bahawa jika anak cucu yang melakukan perkara tidak baik maka nenek moyang mereka akan
marah dan akan menurunkan malapetaka. Selain perkara ini orang Cina mengkaji astroomi juga kerana keperluan
mengadakan kalendar. Kalendar adalah penting bagi urusan-urusan pentakbiran, menetapkan misim dan apa-apa juga
pekerjaan.
Oleh kerana itu ahli astronomi merupakan pegawai kerajaan. Mereka percaya bahawa langit atau syurga akan
memerhati maharaja dan kerajaannya. Oleh itu apabila wujudnya pentakbiran yang gagal maka wujudnya kekacauan
dalam negeri. Pemerhatian alam semesta telah berlaku kira-kira 1300 S.M Contohnya kexing atau guest star yang
sekarang dikenali sebagai Crab Nebula talah direkod pada abad ke-11 di China. Manakala komet Halley hanya boleh di
kesan menerusi rekod Cina. Orang Cina juga mempelajari matahari dan merekodkannya secara sistematik. Selain itu
gerhana bulan dan matahari juga direkodkan. Hal ini juga membuktikan bahawa bidang astronomi ini telah wujud pada
zaman tamadun China lagi.

BIDANG FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI


Bidang fizik Cina yang paling penting adalah perkembangan tentang magnet. Ahli nujum China telah menggunakan
papan nujum yang bermagnet dengan melambangkan bahagian atas sebagai langit dan bahagian bawah sebagai dunia.
Manakala penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utara-selatan yang diletakkan batu
lod. Manakala penggunaan jarum besi agak lewat dijumpai.
Manakala bidang kimia dimajukan oleh pengikut Tao. Kerja-kerja mereka dalam bidang kimia dikaitkan dengan dua
tujuan. Tujuan pertama ini telah menggalakkan aktiviti sihat manusia seperti bersenam, pemakanan dan pernafasan.
Selain itu juga mereka telah berjaya dalam mencegah mayat dari reput. Bukti mengenai kejayaan ini telah dapat di
bongkar dalam satu penggalian di Wilayah Hunan pada tahun 1972. Penemuan mayat Puteri Dai yang meninggal dunia
pada tahun 168 S.M membuktikan kejayaan ahli kimia. Cina dalam proses mengelakkan mayat menjadi reput. Mayat
yang ditemui itu kelihatan masih segar dan tidak reput.
Manakala tujuan kedua ialah usaha untuk menukar logam-logam bermutu rendah kepada emas dan perak. Usaha ini
disertai dengan kepercayaan Yang dan Yin. Mereka percaya bahawa logam yang bermutu rendah boleh ditukarkan
kepada logam berharga dengan menukarkan kandungan Yang dan Yin logam tersebut. Oleh kerana ketekunan mereka
dalam ini maka mereka juga telah mencipta beberapa peralatan penting bagi kajian kimia. Antaranya pengenalan alat
dacing bagi mengukur berat bahan tertentu.
Salah satu ciri umum Tamadun China ialah ia merupakan sebuah tamadun pertanian. Oleh kerana itu juga berlakunya
perkembangan dalam bidang biologi Cina. Secara tidak lansung, kita dapat melihat bagaimana binatang-binatang
tertentu digunakan untuk tujuan ekonomi dan harian. Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda
sebagai binatang tunggangan dan ikan mas dan anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka juga memelihara
serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan
mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan.
BIDANG PENCIPTAAN

Hasil daripada pengetahuan orang Cina ini maka terciptalah beberapa benda yang mempunyai pengaruh tertentu
kepada dunia, antaranya ialah magnet. Orang Cina telah mengetahui mengenai magnet sejak zaman klasik China lagi.
Namun penemuan sifat-sifat magnet telah dikembangkan lagi pada zaman Dinasti Han.
Selain itu, penciptaan mesin cetak dan kertas. Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman Dinasti Tang. Manakala
kertas dicipta lebih awal daripada penciptaan mesin cetak. Ia telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105.
Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup. Ia dimulai oleh pengikut-pengikut Tao yang mencampurkan arang
kayu dengan kalsium nitrat dan sulfur. Perkara ini di sentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan bahan-
bahan ini terutama menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan membawa kebakaran. Namun demikian bahan
letupan yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api. Manakala hubungan China dengan kuasa asing membawa
kepada pengaruh penciptaan bahan peletup sebagai satu senjata. Kita juga telah menggunakan pelbagai hasil ciptaan
tamadun Chian pada hari ini,seperti kertas, jarum dan mesin pencetak akan tetapi kita juga telah melakukan penambah
baikan terhadap bahan ciptaan tersebut.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Salah satu kemajuan teknologi Cina yang memberangsangkan ialah dalam sektor perkapalan. Ini kerana China bukan
sahaja mempunyai dua sungai terpenting iaitu Sungai Yangtze dan Sungai Kuning tetapi mempunyai kawasan perairan
yang luas. Sementara itu terdapatnya bahan-bahan utama untuk pembinaan pengangkutan air seperti giant bamboo
yang mempunyai ketinggian sehingga 24 meter. Pengangkutan air ini tetap digunakan sehingga sekarang dengan adanya
rakit buluh yang digunakan di Sichuan.
Namun demikian buluh bukan sahaja digunakan untjuk membuat rakit, ia juga berguna untuk tiang-tiang dan layar
kapal. Pembinaan Jong-jong Cina merupakan salah satu binaan perkapalan yang unik. Selain reka bentuk jong-jong yang
unik ini, ia juga mempunyai kedudukan yang kukuh.
Satu lagi kemajuan teknologi dalam Tamadun China ialah kincir air. Ia mencul pada sekitar tahun 30 S.M bagi kerja-kerja
pegisaran bijirin dan kira-kira pada 30 Masihi bagi kerja-kerja membersihkan bijih. Perkara ini juga membuktikan
bahawa manusia pada hari ini kebanyakan mencipta sesuatu berdasarkan penemuaan tamadun China terdahulu selain
tamadun-tamadun tardisional yang lain

IDEA INTELEKTUAL
Juga dapat dtinjau melalui idea para intelektual dalam tamadun Malaysia dengan tamadun China.Ini kita dapat lihat dari
segi pemilihan pemerintah dimana Malaysia dipilih oleh semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas.Malaysia juga
mengamalkan demokrasi dimana pemilihan pemerintah ditangan rakyat. Di China,pemilihan dibuat melalui kuasa
tertinggi bergantung kepada tahap pendidikan seseorang itu.
Walaupun berbeza tamadun namun penyuaraan pendapat yang sama dalam beberapa perkara penting seperti soal
kerajaan dan sistem pemerintahan

BAHASA DAN KESUSASTERAAN


Pengaruh tamadun China ke dalam tamadun Melayu dapat dilihat melalui serapan beberapa istilah dan perkataan Cina
ke dalam bahasa Melayu, seperti berikut (Za'ba, 1962 : 275) :
(a) Makanan dan buah-buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kine am (sayur kering),
lai (buah), laid, teh, behon, to'yu, samsu.
(b) Pakaian dan barang-barang dagangan
Cukin, tocang, joseh, 10' cuan, kekwa (bunga), koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, ci (1/10 tahil), hun (1/100 tahil, 1
inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci.
(c) Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, ang oh, loceng, langkan, kangka, bangs aI, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia,
tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan), cacing.
(d) Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cine au, amp au, taijin, kuntau, gua, lu, sengse singkek,
samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokang, tekong, band, cuak, culai, lancong.
(e) Permainan
Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai dan mahjong

BUDAYA DAN KESENIAN


Kemunculan komuniti Baba dan Nyonya terutama sekali di Melaka dan Cina peranakan di Kelantan suatu interaksi yang
ketara dalam masyarakat Melayu. Mengikut catatan De Eredia orang Cina telah menetap semenjak tahun 1613 di
Melaka dan membentuk komuniti tersendiri pada awal kurun ke-17 dan telah berkahwin dengan wanita tempatan. Oleh
sebab itu mereka terpaksa menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja semasa berjual beli tetapi juga semasa
berinteraksi dengan masyarakat tempatan dan kalangan keluarga mereka sendiri. Dengan demikian proses
pembudayaan Melayu telah berlaku ke atas mereka lalu melahirkan budaya kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan
Baba dan Nyonya.
Satu ragam atau dialek bahasa Melayu telah muncul menjadi bahasa pertuturan mereka yang dikenali sebagai Melayu
Baba walaupun mereka sendiri mengenalinya sebagai bahasa Melayu sahaja. Dialek Melayu Baba ini diasaskan atas
ragam bahasa Melayu pasar dalam perdagangan di kalangan pelbagai kaum dan bangsa bandar-bandar utama di Alam
Melayu seperti Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Jakarta. Dialek Melayu Baba Melaka berbeza dengan bahasa
Melayu baku dari beberapa sudut. Kata pinjaman dari bahasa Cina telah banyak terserap terutamanya dari dialek
Hokkien iaitu berkaitan dengan adat, kekeluargaan dan agama orang Cina. Kini ramai di kalangan komuniti Baba telah
berkahwin dengan komuniti Cina yang lain dan menyerap kembali ciri-ciri budaya Cina Di samping komuniti Baba dan
Nyonya terdapat satu lagi komuniti peranakan Cina di Kelantan.
Mengikut kajian, mereka telah menetap di kawasan tebing Sungai Kelantan dari Kuala Krai di hulu sehingga ke Tumpat di
muaranya. Kewujudan hubungan yang rap at antara Melayu Kelantan dengan komuniti peranakan Cina menyebabkan
penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan
jenis pakaian yang serupa. Wujudnya perasaan saling hormat-menghormati dan cita rasa yang sepunya misalnya
kegemaran kepada wayang kulit, wayang gedek, menora dan bagi kumpulan pinggiran dan permainan mahjong.
Namun ciri budaya Cina yang menjadi kekangan penyerapan sepenuhnya peranakan Cina ke dalam masyarakat Melayu,
bahkan yang menjadi faktor pengekalan budaya Cinanya, ialah agamanya. Orang Cina tetap mengekalkan amalan
kepercayaan dan agama mereka yang berasaskan politeisme, kepercayaan kepada roh nenek moyang dan juga amalan
agama Buddha,. membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasaskan agama Islam