Anda di halaman 1dari 21

TEKS FORUM- REMAJA PEWARIS GENERASI BANGSA

PENGERUSI : NIK NURFATIN ADIBAH


BINTI NIK ZAWAWI
AHLI PANEL PERTAMA : ZUHAYRA FARHANAH
BINTI ZAINOREKHAN
AHLI PANEL KEDUA : NUR ATIKAH BINTI
RAHMAN
AHLI PANEL KETIGA : NURUL WAHIDA BINTI
HUSSEIN

Pengerusi Bismillahirahmannirrahim
Alhamdulillahirabbil alamin
Wassolatuwassalamu ala asrafil ambiya iwal
mursalin
Wa ala alihi wasohbihi ajmain
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera, salam satu Malaysia, salam forum
Malaysia

Ahli panel dan sidang hadirin yang dirahmati Allah

Segala puji-pujian ke hadrat Allah Subhanahu


Wataala kerana dengan limpah kurnia dan izin-
Nya dapat kita bersama-sama bersua dalam
pertandingan forum remaja negeri pada pagi
nirmala yang bening lagi ceria ini.

Hadirin yang dihormati

Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel


kita yang segak-segak lagi tampan bergaya pada
hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih
dahulu tajuk forum Malaysia kita pada hari ini.
Tajuk forum kita berkisar tema sosial iaitu
REMAJA PEWARIS GENERASI BANGSA

Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk


pimpinan negara pada masa hadapan dan
merupakan aset modal insan negara bak kata
pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara’. "Berikan saya sepuluh orang remaja,
nescaya akan saya gegarkan dunia ini,” begitulah
ungkapan retorik yang pernah dilontarkan oleh
bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang
menggambarkan betapa gahnya peranan remaja
sebagai penentu pembangunan dan kemajuan
negara pada masa hadapan.

Malangnya, dalam proses menongkah arus


globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil
ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin
membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu
masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan
remaja ialah gejala buli.

Baiklah sidang hadirin, sebelum kita


menelusuri lebih mendalam topik perbincangan
molek kiranya kita berkenalan dengan ketiga-tiga
ahli panel kita pada hari ini.

Di sebelah kanan saya, saudari ZUHAYRA


FARHANAH BINTI ZAINOREKHAN yang
merupakan ahli panel yang pertama, selamat datang
saudari, apa khabar ?
Ahli panel 1 Terima kasih saudari pengerusi. Alhamdulillah,
saya baik-baik sahaja .
Pengerusi Seterusnya, saya perkenalkan ahli panel kedua,
iaitu saudari NUR ATIKAH BINTI RAHMAN
selamat datang saudari
Saudari apa khabar ?
Ahli panel 2 Alhamdulillah, khabar baik saudari pengerusi.
Pengerusi Berada di sebelah ahli panel kedua, tak lain tak
bukan tentulah ahli panel kita yang ketiga iaitu
saudari NURUL WAHIDA BINTI HUSSEIN .
Walaupun nampak pemalu, namun petah bicaranya.
Apa khabar saudara?
Ahli Panel 3 Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan yang
baik. Salam forum buat semua.
Pengerusi Usai salam perkenalan dengan semua ahli
panel,kembali kita kepada topik forum kita iaitu
REMAJA PEWARIS GENERASI BANGSA

Sidang hadirin yang dihormati

Sidang hadirin, sebelum kita melangkah dengan


lebih jauh lagi, eloklah kiranya kita menelusuri
apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan
remaja dan apakah imej mereka pada pandangan
masyarakat?Kata orang tua Orang muda tidak
membesar dalam program, mereka membesar di
dalam masyarakat Bagi menjawab persoalan ini,
izinkan saya mengajukan soalan pertama kepada
ahli panel pertama. Saudari ZUHAYRA
FARHANAH BINTI ZAINOREKHAN mohon
saudari merungkaikan persoalan ini kepada semua.

Ahli panel 1
1. Awal Bismillah pembuka bicara,
Terima kasih saudari pengerusi

Assalamualaikun dan salam sejahtera kepada


siding hadirin yang dihormati,

Masyarakat memandang remaja dalam dua


keadaan ekstrim. Satu pihak memandang remaja
sebagai satu golongan yang sering menimbulkan
masalah dan kerenah, tidak mendengar kata,
tidak menghormati orang tua, ikut kata dia saja,
melawan kata orang tua, suka merajuk dan
mengugut, pentingkan diri sendiri dan tidak
kisah orang lain, suka melepak dan berseronok
tidak tentu masa dan banyak lagi.

Satu lagi pihak telah melibatkan remaja sebagai


satu golongan yang mempunyai bakat dan
potensi yang tinggi di mana sekiranya diasuh dan
didik dengan baik akan dapat memberikan
sumbangan yang besar kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Remaja mempunyai
daya cipta dan daya fikir yang tinggi,
bermotivasi, bertenaga, ceria, suka membantu,
dan banyak perkara baik lain yang mampu
dilakukan oleh remaja. Persoalan yang mungkin
timbul di sini ialah mengapa dua pandangan ini
boleh mewujudkan mengenai dua subjek yang
sama. Tentu sekali berlaku kerana kita semua
mengalami perkara yang berbeza. Maksudnya,
sepasang ibu bapa mungkin menghadapi masalah
mendisplinkan anak-anak sehingga tidak mampu
utnuk menyuruh anak-anak remajanya
bersembahyang. Tetapi ada pasangan suami
isteri yang lain dapat mewujudkan suasana
kekeluargaan yang harmoni di mana anak-anak
mereka sendiri memberikan keceriaan dan
kecemerlangan dalam rumahtangga.

Keadaan yang wujud ini merupakan natijah dari


apa yang telah dilakukan oleh ibu bapa pada
anak-anaknya. Ini bermakna bahawa remaja
perlu dibentuk dari awal sehinggalah menuju ke
alam dewasa. Ibu bapa perlu mengetahui siapa
sebenarnya remaja. Relaitinya lebih ramai
anggota masyarakat yang memandang remaja
secara negatif berbanding dengan yang
memandang dari sudut positif. Berdasarkan dua
keadaan ini, siapa sebenarnya remaja? Berbagai
definisi telah cuba dipaparkan oleh para penulis
dan pengkaji mengenai remaja. Istilah remaja
dalam bahasa Inggeris ialah adolescence dan
perkataan ini berasal dari perkataan Latin yang
bermaksud membesar ke arah kematangan.
Keremajaan bukannya satu jangka masa bahkan
lebih merupakan satu proses ke arah
pembentukan sikap dan kepercayaan yang
diperlukan untuk penglibatan yang berkesan
dalam masyarakat. Tahap remaja merupakan satu
masa utuk pertumbuhan fizikal, satu rentangan
usia, satu tahap dalam pertumbuhan, satu titik
persinggahan dan sebagai satu fenomena
sosiobudaya.
Pengerusi Sidang hadirin, demikian tadi penjelasan tentang
takrif tentang remaja dan pandangan masyarakat
kepada mereka yang pada pandangan saya
merupakan penjelasan terperinci dan menarik
daripada saudari ahli panel pertama kita.
Seterusnya, saya mohon penjelasan daripada ahli
panel kedua,saudari ATIKAH tentang
tanggungjawab besar remaja kepada Negara kerana
pemuda harapan bangsa ,pemudi tiang Negara.
Ahli panel 2 1. Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih Saudari pengerusi .
Sidang hadirin yang dihormati.

Peranan pertama yang perlu dipegang oleh remaja


ialah mereka sendiri menjadi suri teladan kepada
rakan-rakan sebaya. Dalam hubungan ini setiap
remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan
semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya.
Remaja mesti menunjukkan sikap saling
menghormati rakan-rakan yang berbeza latar
belakang budaya dan agama. Contohnya, remaja
perlu menghormati amalan dan anutan agama
rakan-rakan. Di samping itu remaja perlu
mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu
yang sensitif dan dapat menaikkan kemarahan
rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain.
Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi
secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah
seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak
putus tepung tidak berselerak. Oleh yang
demikian, remaja perlu menjadi suri teladan untuk
memupuk semangat perpaduan.

Selain itu, remaja juga hendaklah


menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah
negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa
yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat
dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat
dihindarkan. Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969
merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang
berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ahli
falsafah George Santayana mengatakan orang yang
melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang
sama. Oleh itu remaja hari ini hendaklah
diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih
serius. Dengan mempelajari, memahami,
menghayati, dan mengambil iktibar daripada
sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara
yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan
berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah
negara majmuk seperti Malaysia. Jadi, remaja
mestilah mengambil iktibar daripada sejarah
sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.

Peranan yang berikutnya ialah remaja


mestilah mengasimilasikan budaya pelbagai kaum
dalam kehidupan seharian. Malaysia sangat unik
kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.
Contohnya, kaum Melayu, Cina, dan India
merupakan tiga kaum yang dominan di negara ini.
Selain itu, rakyat negara ini juga terdiri daripada
etnik peribumi yang tidak kurang pentingnya
seperti Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli, Penan,
dan termasuk juga golongan minoriti seperti
Portugis, Siam, dan seumpananya. Remaja
mestilah sanggup untuk menerima dan
mengamalkan budaya yang sesuai dengan
kehidupan. Misalnya daripada perayaan, rakyat
Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang
tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, remaja
mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang
disambut oleh rakan mereka dengan hati yang
ikhlas, bak kata pepatah masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan
semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan
remaja di negara ini.

Pengerusi Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar


tentang tanggungjawab remaja kepada Negara.
Sahabat-sahabat ahli panel dan sidang hadirin yang
dihormati terutama kali Ustazah Wahida
ustazah ....
,kita sebagai seorang muslim mestilah mempunyai
pewaris dari aspek agama kita iatu
islam.maka,Apakah ciri ciri utama pewaris bangsa
dalam agama ?. Dengan ini dijemput panel ketiga
kita iaitu ustazah wahidah untuk meperjelaskan
lagi soalan saya .

Ahli panel 3 1. Bismillahirahmanirrahim


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih Saudari pengerusi.

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Dan


hendaklah takut kepada Allah, orang yang jika
mereka meninggalkan keturunan yang lemah
di belakang yang mereka khuatir terhadap
kesejahteraannya. Oleh sebab itu, hendaklah
mereka bertakwa kepada Allah dan supaya
mereka berbicara dengan perkataan yang
benar.” (Surah an-Nisa’, ayat 9)

Ayat ini mengajar kita sentiasa


mempersiapkan pewaris bangsa atau generasi
pemuda yang berkeperibadian tinggi,
berakhlak mulia dan sihat.

seperti soalan yang dikemukan oleh pengerusi


tadi.Apakah ciri yang harus dimiliki generasi
muda supaya tidak termasuk golongan lemah.
Kriteria pemuda berkeperibadian mulia seperti
digambarkan dalam lapan perkara diwasiatkan
Lukman kepada anaknya diceritakan al-
Quran. Lapan perkara itu ialah larangan
mempersekutukan Allah yakni keimanan yang
teguh kepada Allah; berbuat baik kepada
kedua orang tua; memperbanyakkan amal
kebajikan walau kecil sekalipun; mendirikan
solat; menyuruh yang makruf dan mencegah
mungkar; bersabar; tidak sombong dan
angkuh serta bersikap sederhana dan lemah
lembut dalam tutur kata.
Mempersekutukan Allah adalah dosa besar
atau juga disebut sifat zalim yang maha besar.
Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan
Allah mengampuni dosa selain itu bagi siapa
yang Dia kehendaki. Pada era ini, pelajar atau
mahasiswa sebagai generasi pemuda yang
bakal memimpin negara perlu berwaspada
terhadap penyusupan unsur pengaburan akidah
melalui pelbagai pendekatan. Paling tidak
generasi yang lemah atau dangkal tafsirannya
mudah terlena dengan buaian serta umpanan
nafsu.

Serangan itu bukan saja melemahkan, malah


menjadikan generasi muda meninggalkan
kegiatan yang jelas makruf seperti solat,
belajar dan perkara positif lain sebaliknya
mengutamakan perkara melalaikan serta
merosakkan pemikiran. Allah melarang kita
tunduk kepada hawa nafsu kerana boleh
membawa kepada perbuatan syirik yang
akhirnya tertutup daripada hidayah
Allah. Umpan ditabur bukan hanya bertujuan
memesongkan akidah dan pemikiran, malah
kandangkala memberikan sedikit kekeliruan
yang boleh membuatkan generasi muda mulai
mempertikaikan nilai Islam, sunnah
Rasulullah SAW dan hukum agama yang jelas
termaktub dalam al-Quran.
Jangan kerana terpana dengan teori
diperkenalkan atas nama Barat dan moden,
kita tersesat secara sedar atau tidak. Paling
membimbangkan ialah ini boleh
menjerumuskan kita kepada syirik yang
akhirnya tidak akan mendapat pengampunan
Allah.

Satu perbuatan jelas makruf yang


diperintahkan Allah adalah berbuat baik
kepada kedua orang tua kerana pengorbanan
mereka mendidik dan membesarkan kita tidak
ternilai harganya.
Setinggi mana pun pencapaian serta
kedudukan, kita tentu tidak terlepas daripada
sokongan dan dukungan orang tua. Oleh itu,
hendaklah berbuat baik, mematuhi nasihat,
membahagiakan serta mendoakan ibu bapa
walaupun mereka sudah tiada.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu
memerintah supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepada-Nya semata-mata dan
hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu
bapa. Jika salah seorang daripada kedua-
duanya atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu, maka jangan engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan ‘Ah’, dan jangan engkau
menengking mereka tetapi ucapkan kepada
mereka perkataan mulia (yang bersopan
santun).” (Surah al-Isra’, ayat 23)

Memperbanyakkan amal kebajikan sangat luas


maknanya. Bagi remaja, amal paling pokok
adalah menuntut ilmu di samping ibadah yang
menjadi kewajipan semua seperti solat dan
puasa. Bagi mereka yang mampu, wajib
mengeluarkan zakat dan menunaikan haji ke
Baitullah. Berdasarkan keilmuan, keimanan
dan ketakwaan yang kukuh dan mantap,maka
baru generasi muda menjadi pewaris
bermanfaat kepada masyarakat. Ditambah
apabila kita berbuat sesuatu semata-mata
kerana Allah bukan kerana ujub, riak dan
takbur, pasti Allah mengangkat darjat
seseorang beriman lagi berilmu pengetahuan
beberapa darjat lebih tinggi daripada lain.

Pemuda yang sentiasa terpaut hatinya kepada


masjid antara golongan yang mendapat
perlindungan Allah di hari kiamat kelak, pada
hari itu tidak ada perlindungan kecuali
perlindungan Allah. Kenapa Allah masukkan
pemuda ini ke dalam golongan istimewa?
Sudah tentu apabila menjadi ahli masjid,
mereka akan menjadi jemaah solat lima serta
amalan lain seperti belajar agama, al-Quran
dan iktikaf. Apabila mereka istiqamah dalam
solat, ia mempengaruhi perilaku sekali gus
mencegah perbuatan keji dan mungkar. Oleh
itu, antara pendekatan berkesan membentuk
keperibadian baik di kalangan pemuda adalah
menjadikan mereka Muslimin dan Muslimat
yang istiqamah.

Usaha paling efektif untuk mengubah akhlak


pemuda tentu datang di kalangan generasi itu
sendiri. Pemuda cemerlang mampu
menyampaikan dakwah amar makruf nahi
mungkar (mengajak kepada kebajikan dan
mencegah mungkar) dalam kelompok mereka
sendiri. Menerusi dakwah dan mengingatkan
orang lain ke jalan lurus, pendakwah termasuk
pemuda memberikan manfaat kepada orang
lain. Apabila ini diamalkan, pemuda tergolong
sebaik-baik manusia kerana selalu bermanfaat
kepada manusia lain. Generasi pemuda
cemerlang juga memerlukan gandingan
amalan yang dilaksanakan secara
berkelompok atau berjemaah. Gerakan secara
berjemaah mewujudkan kesatuan fikiran yang
mampu mencorakkan perjalanan generasi
muda atas nama iman dan amal.

Kesatuan fikiran bukan saja melahirkan watak


dan imej, malah mempersiapkan generasi
muda untuk menghadapi apa juga cabaran.
Allah sentiasa menguji keimanan dan
ketakwaan seseorang dengan rasa takut,
kelaparan dan kekurangan harta. Mereka yang
sabar memperoleh rahmat, pengampunan dan
petunjuk dari Allah. Pemuda yang
mengamalkan seluruh nasihat Lukman di atas,
pasti menjadi tulang belakang pembangunan
negara pada masa depan. Semakin banyak
pemuda berkeperibadian tinggi dan berakhlak
mulia, semakin cepat negara menjadi makmur
dan sentiasa dalam pengampunan serta reda
Allah, insya-Allah.

Sekian. Terima kasih. Kembali semula kepada


saudari Pengerusi Majlis.
Pengerusi Terima kasih Ustazah wahida

Ya sidang hadirin yang dihormati dan


dirahmati Allah. Kita masih lagi berada dalam
majlis Forum Malaysia tahun 2019 di SMK Sinar
bintang yang ceria dan indah ini. Pada ketika dan
saat ini, kita masih lagi mengupas tajuk REMAJA
PEWARIS GENERASI BANGSA

Selamat datang kepada saudara dan saudari


yang baru saja mengambil tempat di dewan ini.
Kita teruskan bual bicara kita pada hari yang
berbahagia ini dengan soalan daripada penonton.

Ada sesiapa yang mempunyai soalan???.

Penonton Terima kasih saudari pengerusi

Saya
_____________________________________
saya ingin bertanya apakah peranan remaja
dalam membangunkan Negara.saya menginkan
penjelasan yang kukuh dari panel yang pertama
Ahli panel 1 Terima kasih saudari _________________
Menjawab pada soalan saudari tentang peranan
remaja dalam membangunkan Negara.
Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu
belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dari aspek akademik.
Kecemerlangan akademik merupakan salah satu
elemen yang maslahatuntuk melahirkan remaja
yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek
merupakan faktor perdana untuk menjana
kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan
dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba
ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga
menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu
Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana,
seperti membaca buku, melayari lebuh raya
maklumat di dunia maya dan sebagainya.
Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk
mencapai kecemerlangan akademik dan akan
menjauhi gelaran katak di bawah tempurung.
Remaja juga tidak harus terbuai dalam dunia
yangmengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam
dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme.
Ingatlah peribahasa,ikut hati mati, ikut rasa
binasa. Tegasnya, tanpa remaja yang bijak pandai
maka pembangunan negara akan terbantut.
Walau bagaimanapun, kecemerlangan
akademik semata-mata tidak dapat menjamin
pembangunan negara jika remaja kita tidak
memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja
yang ingin membangunkan negaea perlu memiliki
kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi
segala kekangan. Pada alaf baharu yang penuh
dengankompetitif, remaja kita perlu memiliki
kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa
mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di
negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan
mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan
seimbang, menjaga kebersihan diri dan
persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan
tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti
minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis
dadah dan lain-lain lagi kerana terlajak perahu
boleh diundur, terlajak laku buruk padahnya.
Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan
merupakan aset yang tidak ternilai. Tanpa
kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa
makna. Hal ini sangat bertepatan dengan
slogan rakyat sihat, negara maju. Jadi, remaja yang
sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru
dapat melaksanakan pembangunan Negara.Sekian
daripada sya .harap dpat memenuhi soalan
saudari________sebentar tadi.

Ahli Panel 2 Saudari pengerusi, izinkan saya menyuarakan buah


fikiran tambahan berdasarkan ulasan saudara ahli
panel yang pertama tadi.
Pengerusi Silakan saudari. Kita masih lagi membicarakan
tentang peranan remaja dalam membangunkan
Negara..

Ahli Panel 2 Terima kasih saudara pengerusi


Para remaja perlulah juga mestilah
memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja
kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral
sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak
sekolah memainkan peranan yang penting untuk
mendidik remaja menjadi modal insan kelas
pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri
unggul. Selain menitikberatkan ajaran agama dan
pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing
supaya melakukan kerja amal dan memberikan
khidmat sosial, misalnya bergotong-royong,
menziarahi rumah kebajikan orang-orang tua dan
kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk
membantu mangsa bencana alam serta terlibat
dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja
yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus
ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja
berkepemimpinan harus bersahsiah mulia,
berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang
agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada
secara luarannya dan dalamannya pada suatu hari
nanti.
Akhir sekali, remaja juga dapat memainkan
peranan mereka untuk membangunkan negara
dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana
apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian,
mereka lazimnya dapat menerima teguran dan
pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa,
remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada
negara kita. Mereka dapat menjamin kestabilan
politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan
menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan
negara atau integrasi nasional demi mewujudkan
kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan
sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai
misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu
bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu
bangsa satu bahasa dan satu negara. Maka, sifat
keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan
mereka menjadi pemimpin yang mampu
membangunkan negaranya dengan penuh komited
dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya.

Pengerusi Terima kasih ahli panel yang kedua. Ahli panel ke-
3 pastinya mepunyai buah fikiran yang tidak
kurang hebatnya. Silakan saudari.
Ahli Panel 3 Terima kasih saudara pengerusi majlis

Ahli panel dan sidang hadirin yang dihormati,

Intihanya, semua remaja mempunyai


tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk
menjana pembangunan negara kerana pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja
sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan
negara kita haruslah merdeka daripada belenggu
angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti
akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika
remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik
dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi
negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan
tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita
perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta
melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia
supaya dapat menempatkan diri sebagai modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di
pentas antarabangsa bergandingan dengan negara
maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.

Pengerusi Terima kasih saudari Wahida

Demikian perbincangan daripada semua ahli


panel kita tentang REMAJA PEWARIS
GENERASI BANGSA negara kita.Kita perlulah
mengetahui lebih bant=yak tentang remaja .
Menuding jari menyalahkan satu-satu pihak
memanglah mudah tetapi menyelesaikan gejala ini
bukanlah semudah kita berbicara. Oleh itu, banyak
langkah yang dapat diimplementasikan agar pelajar
dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan
harmoni. Kita tidak seharusnya mengharapkan
usaha pihak berautoriti sahaja tetapi perlu
berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni.
Dengan berkat daya usaha yang gigih,Insya- Allah
kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat
menjulang nama negara dan mengangkat martabat
bangsa di persada dunia agar duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju
yang lain.

Sidang hadirin yang dihormati.

Kalau berjalan dah sampai ke batas


kalau berkayuh dan sampai ke pulau
Kalau mendaki dah sampai ke puncak
Kita telah sampai kepada penghujung bicara
Entah sireh salah sarung
Entah kata salah tutur
Entah maksud salah sampai

Terimalah salam, salam bersantun,


Salam yang minta maaf, salam yang minta ampun

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan


setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin
yang sudi hadir menyaksikan pertandingan forum
Malaysia ini.

Lantaran keterbatasan waktu, saya mohon


mengakhiri bicara ini. Mohon mengundur diri.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalam


mualaikum warah matullah , salam sejahtera,
salam 1 Malaysia.