Anda di halaman 1dari 1

Bawang Putih dan Bawang Merah

Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang tinggal agak terpencil dari
orang ramai. Si suami bernama Pak Ali dan Si Isteri bernama Mak Labu. Sungguhpun
sudah lama mereka berumah tangga tetapi mereka masih belum mempunyai cahaya
mata.

Pada suatu hari Pak Ali telah berterus terang dengan isterinya. “Labu, aku berhajat
hendak beristeri seorang lagi kerana berkehendakkan anak, walaupun sudah lama
engkau menjadi isteri aku tetapi engkau tidak dapat melahirkan anak.”

“Kalau bergitu niat abang, saya relalah abang berkahwin lain walaupun berat rasa hati
ini,” beritahu Mak Labu terus terang.

“Terima kasih atas kerelaan engkau itu Labu. Aku akan bersifat sama adil bila aku
beristerikan seorang lagi nanti,” janji pak Ali.

Akhirnya Pak Ali pun beristeri baru. Isteri barunya itu bernama Mak Kundur. Walaupun
mereka bermadu tapi mereka tinggal serumah. Tepat seperti dijanjikan, Pak Ali
melayan isteri-isterinya itu seadil-adilnya.

Setelah setahun berkahwin, dengan tidak disangka-sangka isteri tuanya yang disangka
mandul itu mengandung empat bulan dan isteri mudanya mengandung tiga bulan.

Apabila sampai masanya, kedua-dua orang isterinya itu pun melahirkan anak. Kedua-
duanya anak perempuan belaka. Anak Mak Labu diberi nama Bawang Merah dan anak
Mak Kundur bernama Bawang Putih. Nama-nama itu diambil sempena dengan tanaman
Pak Ali yang sangat subur pada masa itu iaitu bawang merah dan bawang putih.
Semenjak itu juga nama kedua-dua isterinya ditukar menjadi Mak Bawang Merah dan
Mak Bawang Putih. Masa terus berlalu. Kini umur kedua-dua anaknya telah mencapai
dua belas tahun. Rupa kedua-dua gadis itu sangatlah cantik. Memang sukar anak-anak
gadis di kampung itu hendak mengatasi kecantikkan Bawang Merah dan Bawang Putih.

Anda mungkin juga menyukai