Anda di halaman 1dari 1

MPU3113 yakni Hubungan Etnik mengandungi 10 topik utama dimana modul ini diisi daripada

konsep Negara bangsa sehinggalah terbemtuknya Negara bangsa serta cabara-cabaran yang semasa
,sebelum dan selepas pembentukan Negara kita Malaysia. Daripada kursus Hubungan Etnik ini saya dapat
memahami pelbagai perkara berkaitan pembinaan Negara bangsa dan semasa proses pembelajaran tutor
banyak berkongsi kisah-kisah yang berlaku sebelum kemerdekaan kemudian beliau kaitkan dengan
pembentukan Negara bangsa yakni Malaysia Negara kita. Selain itu, melalui kursus ini saya cuba
mendalami dan menmahami bagaimana pemimpin terdahulu mencapai persepakatan daripada pelbagai
kaum untuk membentuk Negara bangsa dan saya rasa bersyukur dapat peluang untuk mengenali lagi
sejarah pembentukan Malaysia sekaligus dapat menambah semangat untuk cinta Negara.

Semasa dalam sesi pembelajaran Hubungan Etnik, saya dapati kursus ini merupakan satu lagi
medium pengenalan kepada saya,masarakat diluar sana tentang apa yang dialami oleh masyarakat
sebelum ini dan apa pula langkah yang diambil bagi mengatasi sebarang maslahat yang timbul. Kursus
ini telah membincangkan tentang hubungan ekonomi,pendidikan, polotik,perlembagann,agama dalam
aspek hubungan etnik serta cabaran-cabaran dalam usaha integrity Nasional. Perkongsia daripada tutor
dapat menambah kefahaman saya tentang kursus ini. Melalui kursus ini saya dapat mengetahui isi-isi
dalam Negara berkaitan etnik, Negara bangsa,integriti nasional dan banyak lagi dan pastinya dapat
membantu masyarakat di luar sana untuk memahami makna muafakat yang dibentuk sejak dahulu adalah
untuk dikekalkan dan diperhebatkan dari masa kesemasa.

Melalui kursus ini saya dapat berinteraksi dengan tenaga pengajar,rakan-rakan pelajar untuk
berkongsi pengetahuan tentang Negara kita Malaysia dan membincangkan isu-isu yang timbul semasa
proses pembentukan Negara. Tutor banyak member analogi yang bersesuaian yang dapat menambah
kefahaman serta membangkitkan semangat berjuang saya untuk mempertahankan permuafakatan dan
kerjasama yang terbentuk setelah pelbagai cabaran ditempuh dan dilalui Negara sebelum ini. Kursus ini
banyak mengajar saya tentang beberapa nilai yang mana boleh kita kongsikan kepada masyarakat diluar
sana seperti kesatuan hati, toleransi, semangat cinta akan Negara, dan banyak lagi. Matlamat saya untuk
masas hadapan adalah untuk berkongsi kepada masyarakat diluar sana supaya sama-sama berjuang untuk
memperkasakan kemerdekaan yang dituntut pejuang bangsa terdahulu dan jangan jadikan kepentingan
diri menjadi tukul yang menghancurkan perpaduan.