Anda di halaman 1dari 1

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)


Jabatan Perdana Menteri
No. Telefon: 03-80642400 (24 jam)
No. Fax: 03-80635420
E-mel: opsroom@nadma.gov.my; ndcc@nadma.gov.my

NOTIS KESIAPSIAGAAN OPERASI BENCANA


Berdasarkan Jadual Ramalan Air Pasang Surut Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM) bagi bulan Oktober 2018, air pasang tertingi dijangka berlaku
pada 10 hingga 12 Oktober 2018 dengan bacaan 4.84m hingga 4.91m. Sekiranya
fenomena air pasang besar ini bertembung dengan hujan lebat dan angin kencang,
maka, risiko kejadian banjir adalah tinggi terutamanya di persisiran pantai di
beberapa kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sehubungan dengan itu, semua Pusat Operasi/Kawalan Bencana Peringkat Pusat


seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan
Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri dan Daerah di
seluruh negara bersiapsiaga menghadapi pelbagai bencana yang dijangka berlaku
terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi seperti banjir, tanah runtuh, ribut, tanah
mendap, hakisan pantai dan sebagainya.

NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) sentiasa memantau


keadaan cuaca dan kejadian bencana yang berlaku di seluruh negara. NDCC juga
sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana di seluruh negara
melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80635420 dan alamat e-mel
opsroom@nadma.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC)


Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
8 Oktober 2018

Anda mungkin juga menyukai