Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran Aktiviti

Tarikh/Hari 08 Julai 2019 (Isnin)

Masa 10.30 Pagi – 11.00 Pagi

Umur 4 tahun

Bilangan Kanak-kanak 10 orang

Tema Cuaca di Malaysia

Tajuk Aktiviti Mengenali Cuaca

Bidang Pembelajaran Perkembangan awal sains dan pemikiran logik.


Fokus

Pengetahuan Sedia Ada Kanak-kanak dapat mengetahui cuaca mendung.

Hasil pembelajaran 1. Kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran pemikiran


logik tentang cuaca.
2. Kanak-kanak dapat menyebut jenis-jenis cuaca di Malaysia.
3. Kanak-kanak dapat menyebut gambar cuaca yang
ditunjukkan.
4. Kanak-kanak dapat membezakan jenis-jenis cuaca yang
terdapat di Malaysia.
5. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti membuat awan yang
cerah.

Senarai bahan/alat Kad imbasan gambar cuaca panas, hujan dan berangin.

Ruang Aktiviti Ruang aktiviti Taska.

Langkah-langkah Pelaksanaan

Permulaan Aktiviti 1. Pendidik membawa kanak-kanak ke ruang aktiviti dan minta


kanak-kanak duduk dalam bulatan besar.
Set Induksi 2. Pendidik bermesra sambil bertanya khabar dengan kanak-
kanak.
3. Pendidik menarik perhatian kanak-kanak dengan
menunjukkan kad imbasan gambar cuaca.
4. Minta kanak-kanak untuk menyebut cuaca yang ada di
Malaysia mengikut gambar pada kad imbasan.
5. Bincangkan bersama kanak-kanak tentang cuaca.
Kandungan Aktiviti 1. Pendidik memulakan aktiviti dengan membawa kanak-kanak
ke ruang Taska dan minta kanak-kanak duduk di dalam
Perkembangan Akiviti bulatan besar.
2. Pendidik bertanya dengan murid-murid “Bagaimana cuaca
pada hari ini”?
3. Pendidik memberi penerangan tentang cuaca
Cuaca panas – orang akan memakai topi supaya tidak berasa
terlalu panas.
Cuaca hujan - orang akan menggunakan payung untuk
mengelakan diri dari terkena hujan.
Cuaca berangin – orang akan bermain laying-layang di
padang.
4. Pendidik meminta kanak-kanak memadankan kad imbasan
dengan gambar yang sesuai dengan cuaca.
5. Pendidik membimbing kanak-kanak untuk menjalanakan
aktiviti tersebut.
6. Kanak-kanak di minta untuk menyebut gambar cuaca yang di
padankan nya..
7. Selepas itu kanak-kanak di minta untuk menampal kolaj
awan yang cerah.
8. Beri peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba dan
menghasilkan sendiri kreativiti tersebut secara individu.
9. Pendidik mengagihkan kertas warna kepada setiap kanak-
kanak.
10. Beri peluang dan masa yang secukupnya untuk kanak-kanak
menampal kolaj tersebut.
11. Pendidik akan memberi bimbingan secara minimum dan
galakkan kanak-kanak untuk melakukannya sendiri supaya
dapat melihat hasil kerjanya.
12. Beri masa untuk kanak-kanak untuk melakukannya hingga
selesai.
Penutup 1. Sebelum mengakhiri aktiviti, pendidik menerangkan semula
tentang cuaca kepada kanak-kanak.
2. Minta juga kanak-kanak untuk menyebut cuaca yang telah di
pelajari nya.
3. Beri pujian dan ucapkan terima kasih kepada kanak-kanak
kerana dapat menjalankan aktiviti hingga selesai.
Perhatian 1. Pendidik menggunakan ayat yang mudah difahami oleh
kanak-kanak.
2. Pendidik memastikan ruang aktiviti adalah kondusif, selamat
dan selesa semasa menjalankan aktiviti dengan kanak-kanak.
3. Pendidik memastikan alat dan bahan yang digunakan semasa
menjalankan aktiviti adalah selamat, bersih dan sesuai untuk
kanak-kanak.
4. Pendidik memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan
sihat dan bersedia untuk melakukan aktiviti.
Refleksi

DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :

................................................ ...... .............................................................


( SUZANA BINTI ABDULLAH) (PUAN AZILA BINTI BASARUDDIN)