Anda di halaman 1dari 10

Bab 7: Dinamik

Apa yang anda akan pelajari:

i. Memahami daya
ii. Memahami penyukatan daya
iii. Memahami aplikasi daya geseran
iv. Memahami aplikasi konsep kerja
v. Memahami aplikasi konsep kuasa
vi. Menganalisa kepentingan daya dalam kehidupan

7.1: Daya

1
2
Jenis – jenis daya

Jenis daya Penerangan ringkas


Daya geseran Dihasilkan apabila dua permukaan bergeser antara satu sama
lain. Daya ini menentang gerakan objek.
Daya graviti Daya yang menarik objek – objek ke arah bumi (Daya tarikan
bumi)
Daya elektrostatik Disebabkan oleh cas – cas elektrik yang tidak bergerak.
Dihasilkan apabila dua bahan yang berlainan digosok bersama.
Cas – cas yang sama saling menolak manakala cas – cas yang
berlainan saling menarik
Daya magnet Daya tarikan atau tolokan yang dihasilkan oleh magnet. Dua
kutub magnet yang sama saling menolak manakala dua kutub
magnet yang berlainan saling menarik
Daya elektrik Dihasilkan apabila elektron ( cas negatif) bergerak melalui
konduktor

7.2: Penyukatan Daya

 Daya disukat dalam unit newton (N)


 Daya dapat disukat dengan menggunakan neraca spring
 1 N yang ditunjukkan oleh neraca spring adalah lebih kurang sama dengan
100 g.

Berat 100 g = 1 N
Berat 1 kg = 10 N

Oleh sebab itu,


X 10
Jisim (kg) Berat /Daya (N)
÷ 10

3
7.3: Aplikasi Daya Geseran

4
Penambahan dan penguragan daya geseran

Kelebihan dan keburukan daya geseran

5
7.4: Aplikasi Konsep Kerja

 Kerja ialah tenaga yang digunakan untuk memindahkan sesuatu objek dari suatu
tempat ke tempat yang lain atau mengubah bentuk objek itu.
 Kerja dilakukan apabila daya bertindak untuk menggerakkan sesuatu objek.
 Hubungan antara daya, kerja dan jarak yang dilalui objek diwakili oleh rumus
berikut:

Kerja (joule/J) = Daya (newton/N) X Jarak ( meter/m)

 Kerja dilakukan apabila:


i. Menolak kereta sorong
ii. Memanjat tangga
iii. Membaling bola mengarah ke atas
iv. Menggosok gigi
v. Memampatkan spring

 Kerja tidak dilakukan apabila


i. Duduk di atas kerusi
ii. Berdiri di atas tangga
iii. Menolak ke arah dinding
iv. Menekan keatas permukaan meja
v. Tidur di atas katil

PANDUAN PENYELESAIAN MASALAH BERKAITAN KERJA

1. Tulis rumus untuk kerja


2. Gantikan nilai – nilai untuk daya dan jarak
3. Darabkan nilai – nilai untuk mendapatkan jawapan

6
Contoh 1:

Suatu bongkah kayu diheret sejauh 2 m dengan daya 3 N. Kira kerja yang dilakukan

Penyelesaian:

Kerja = Daya X Jarak

= 3 N X 2m

= 6 Nm atau 6 J

Contoh 2:

Seorang pelajar yang mempunyai berat badan 400 N dengan beban di tangannya

100 N menaiki tangga dengan tinggi 3 m. Hitung kerja yang dilakukan.

Penyelesaian:

Kerja = Daya X Kerja

= (400 + 100) N X 3m

= 1 500 J

Contoh 3:

Ali mengangkut sebuah kotak berjisim 10 kg dari lantai ke atas almari. Berapakah kerja
yang dilakukan oleh Ali? (1 kg = 10 N)

Penyelesaian:

Berat kotak = 10 X 10 = 100 N

Kerja = Daya X Jarak

= 100 N X 2 m

= 200 J

7
Contoh 4

Seorang pekerja menolak sebuah kereta sorong yang berjisim 20 kg dan bergerak
dalam suatu jarak. Jika kerja yang dilakukan oleh pekerja itu ialah 2000 J, hitungkan
jarak yang dilalui olehnya. (anggapkan 1 kg = 10 N)

Penyelesaian:

Kerja = Daya X Jarak

2000 J = (20 X 10) N X jarak

Jarak = 2000 Nm
20 X 10 N

= 10 m

Soalan latihan

1. Tenaga sebanyak 200 J digunakan untuk menolak sebuah kotak sejauh 2 m.


Berapakah magnitud daya yang dikenakan pada kotak itu?

(jawapan: 100 N)

2. Seorang pelajar meletakkan yang berisi buku di atas sebuah almari. Setiap kotan
berjisim 5 kg dan almari itu mempunyai tinggi tegak 1.5 m. Berapakah kerja yang
dilakukan oleh pekerja itu? (anggapkan 1 kg = 10 N)

(Jawapan: 150 J)

8
7.5: Aplikasi Konsep Kuasa

 Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan, iaitu kerja yang dilakukan dalam masa
satu saat.
 Dengan kata lain, kuasa ialah penggunaan tenaga per saat.
 Hubungan antara kuasa dengan kerja dan masa ialah:

Kuasa (Watt/W) = Kerja (Joule/J)


Masa (saat/s)

 Kuasa disukat dalam unit Js-1 atau Watt (W).


 Panduan menyelesaikan masalah berkaitan kuasa
(a) Tulis rumus untuk kuasa
(b) Gantikan nilai untuk kerja dan masa
(c) Bahagikan kerja dengan masa

Contoh 1: Masa 5 saat diambil untuk menolak sebuah kotak. Jika kerja 30 J dilakukan,
hitung kuasa yang dijanakan.

Penyelesaian:

Kuasa = Kerja
Masa
= 30 J
5s
= 6W

Contoh 2: Seorang pelajar menaiki tangga dan menggunakan kuasa 400 W dalam
masa 10 saat. Hitung kerja yang dilakukan.

Penyelesaian:

Kuasa = Kerja
Masa
400 W = kerja
10 s
Kerja = 400 W X 10 s
= 4000 J

9
Soalan Latihan

1. Seorang pelajar menolak sebuah meja dengan daya 100 N sejauh 2 m dalam
masa 5 s. Hitung kuasa yang dijanakan oleh pelajar itu.

(Jawapan: 40 W)

2. Seorang pelajar dengan berat 400 N mengangkat satu beban 50 N naik ke atas
tangga yang mempunyai tinggi tegak x m dalam masa 9 s. Jika kuasa yang
dijanakan olehnya 100 W, berapakah nilai x?

(Jawapan: 2 m)

7.6: Kepentingan Daya dalam Kehidupan Harian


 Daya adalah penting untuk membolehkan kita melakukan aktiviti – aktiviti harian
 Jika ketiadaan
(a) Daya graviti, kita akan terapung – apung di udara
(b) Daya geseran, kita akan tergelincir semasa berjalan dan kenderaan tidak
dapat diberhentikan
(c) Daya elektrik, kita tidak dapat menggunakan alat – alat elektrik yang memberi
keselesaan dalam hidup kita
(d) Daya magnet, kompas tidak dapat berfungsi

10

Anda mungkin juga menyukai