Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA SEMPENA KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SIRI 2

TAHUN 2018

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َّ ِ‫س ِم هللا‬
ْ ‫ِب‬
‫ص َحا ِب ِه أَجْ َم ِع ْي َن‬
ْ َ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س ِيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َوال‬, ‫ب ا ْل َعالَ ِم ْي َن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِِّ ‫ا َ ْل َح ْم ُد ِ ََّلِلِ َر‬

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah
mengizinkan kami untuk berada dalam Majlis Penutup Kem
Kecemerlangan Akademik Siri 2 Tahun 2018.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul bagi


menghubungkan silaturrahim , bertukar-tukar pendapat di
samping menyumbang buah fikiran dalam membentuk generasi
yang berguna pada masa hadapan . Berkatilah usaha ini Ya
Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,


Engkau perbaikilah akhlak kami, Engkau hiasi kami dengan
akhlak-akhlak yang baik dan terpuji juga hindarilah kami dari
sifat-sifat keji . Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan
dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,


Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal , mental dan rohani
agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-
Mu Ya Allah. Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar
kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah
kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas
bersegera meninggalkan keburukan .

Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,.


Berkatilah usaha-usaha kami , berkatilah usaha guru-guru kami.
Mudah-mudahan segala ilmu yang diberikan sepanjang kem ini
berlangsung akan dapat memandu kami kearah kecemerlangan
diri baik dari segi akademik mahupun sahsiah diri kami. Mudah-
mudahan SMK Dato’ Ibrahim Yaacob akan menjadi sekolah
yang cemerlang dan disegani serta dihormati dalam semua
bidang.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu


perhimpunan yang dirahmati. ’JANGANLAH’ engkau jadikan
perpisahan ini sebagai pemutus silaturrahim antara kami.
Sebaliknya kekalkanlah ukhwah dan muhabbah yang sekian
lama terjalin antara kami. Ya Allah..... Engkau suburkanlah ia
menjadi satu jalinan yang di Redhai dan mendapat keberkatan
dari-Mu.

َ َ‫عذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
‫ب العَالَ ِمي َْن‬ ِ َّ ِ ‫ َوا ْل َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِ ‫ُّلِل َر‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ ِب ِه َو‬َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬َ ُ‫صلَّى هللا‬ َ ‫َو‬