Anda di halaman 1dari 10

TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Peta Konsep

KOORDINAT

Titik tengah
Koordinat suatu titik
 Titik yang membahagikan
suatu garis lurus kepada
A(1,2) dua bahagian yang sama
panjang.
x y
 Titik tengah =
Jarak antara dua titik x1 + x2 y1 + y2
,
Jarak = √ (x2 - x 1)2 + (y2 - y1)2 2 2

Pengenalan

Teorem Pithagoras

 Ia boleh digunakan untuk mengira panjang satu sisi sebuah segitiga bersudut
tegak apabila panjang dua sisi yang lain diberikan.

Sisi c adalah sisi yang


paling panjang dan
bertentangan dengan c
sudut tegak. a
Ini adalah segi tiga
bersudut tegak dengan
Sisi paling panjang
sisi-sisi a, b dan c.
suatu segitiga bersudut
tegak dinamakan b
hipotenus.

 Berdasarkan segi tiga bersudut tegak itu :

c2 = a2 + b2 b2 = c2 - a2 a2 = c2 - b2

c = √ a2 + b2 b = √ c2 - a2 a = √ c2 – b2

1
TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Contoh 1 :
c
a

Diberi a = 3 dan b = 4, cari nilai bagi c.

Penyelesaian :

c2 = a2 + b2

c = √ a2 + b2
= √ a2 + b2
= √ (3)2 + (4)2
= √ 9 + 16
= √ 25
= 5 unit

Geometri Koordinat
 Sistem Cartesan merupakan satu sistem yang digunakan untuk menetapkan
kedudukan titik pada satah Cartesan.

Gambarajah 1 menunjukkan contoh sistem koordinat pada satah Cartesan.

Skala pada paksi x adalah 1 : 1 Skala pada paksi x adalah 1 : 1


Skala pada paksi y adalah 1 : 1 Skala pada paksi y adalah 1 : 5

Gambarajah 1 : Contoh sistem koordinat pada Satah Cartesan


2
TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Mencari jarak

 Jarak di antara sebarang dua titik ialah panjang garis lurus yang menyambungkan
dua titik itu.

Contoh 2 :

Cari jarak antara titk A ( 5 , 5 ) dan B ( 1 , 1 )

y Garis lurus
ini adalah
A(5,5)
5 hipotenus.
AB = Jarak
4

1
B(1,1) C(5,1)
x
0 1 2 3 4 5

Penyelesaian :

Berdasarkan Teorem Pithagoras :

AB2 = AC2 + BC2


AB = √ AC2 + BC2
= √ (5 - 1)2 + (1 – 5)2
= √ (4)2 + (-4) 2
= √ 16 + 16
= √ 32
= 5.66 unit

3
TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Cara penyelesaian lain :

y x 2 y2

A(5,5)
5

1 B(1,1)
x1 y1
x
0 1 2 3 4 5

Jarak = √ (x2 - x 1)2 + (y2 - y1)2

= √ (5 - 1)2 + (5 - 1)2

= √ (4)2 + (-4) 2
= √ 16 + 16
= √ 32
= 5.66 unit

4
TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Contoh 3 :

A (3 , 3), B (2, -4) dan C (-4 , 4) ialah bucu-bucu bagi sebuah segitiga. Tunjukkan bahawa
segitiga ABC ialah sebuah segitiga sama kaki.

Penyelesaian :

i. Buat gambarajah satah cartesan.


ii. Plotkan titik-titik koordinat A, B dan C.
iii. Buat pengiraan untuk titik AB, BC dan AC

Titik A (3 , 3) dan B (2, -4) Titik A (3 , 3) dan C (-4, 4)

x 1 y1 x 2 y2 x 1 y1 x 2 y2

AB = √ (x2 - x 1)2 + (y2 - y1)2 AC = √ (x2 - x 1)2 + (y2 - y1)2

= √ (2 - 3)2 + (-4 - 3)2 = √ (-4 - 3)2 + (4 - 3)2

= √ (-1)2 + (-7) 2 = √ (-7)2 + (1) 2


= √ 1 + 49 = √ 49 + 1
= √ 50 = √ 50
= 7.07 unit = 7.07 unit

Titik B (2 , -4) dan C (-4, 4)

x 1 y1 x 2 y2

BC = √ (x2 - x 1)2 + (y2 - y1)2

= √ (-4 - 2)2 + (4 – (-4) )2

= √ (-6)2 + (8) 2
= √ 36 + 64
= √100
= 10 unit

Di dapati bahawa AB = BC.

Maka segitiga ABC ialah sebuah segitiga sama kaki.

5
TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Mencari Titik Tengah

Titik tengah  Titik yang membahagikan suatu garis lurus kepada dua bahagian yang
sama panjang.

Contoh 4 :

Cari titik tengah bagi A ( 5 , 5 ) dan B ( 1 , 1)


y x 2 y2

A(5,5)
5

Titik tengah ( 3 , 3 )
3

1 B(1,1)
x1 y1
x
0 1 2 3 4 5

Penyelesaian :
x1 + x2 y1 + y2
Titik tengah AB = ,
2 2

1+5 1+5
= ,
2 2

6 6
= ,
2 2

=(3,3)

6
TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Contoh 5 :

Diberi P ( m , -3 ), Q (- 4 , n) dan titik tengah bagi garis PQ ialah ( 3 , -2 ). Cari nilai m


dan n.

Penyelesaian :
x1 + x2 y1 + y2
Titik tengah PQ = ,
2 2

m + (-4) -3 + n
= ,
2 2

Di beri titik tengah PQ = ( 3 , -2 )

Maka :

m + (-4) -3 + n
= 3 = -2
2 2

m + (-4) = 3x2 -3 + n = -2 x 2
m + (-4) = 6 -3 + n = -4
m = 6+4 n = -4 + 3
m = 10 n = -1

7
TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Mencari Titik Tengah Jika Di beri Kadar Nisbah

Formula yang digunakan ialah :

n x1 + m x2 n y1 + m y2
,
m+n m+n

Di mana m : n adalah kadar nisbah

Contoh 6 :

Cari koordinat bagi titik P yang membahagi dalam garis lurus yang menyambungkan
A ( 5, 4 ) dan B ( -5 , -6 ) dengan nisbah 3 : 2.

Penyelesaian :

i. Buat gambarajah satah cartesan.


ii. Plotkan titik-titik koordinat A dan B .

iii. Buat pengiraan


n x1 + m x2 n y1 + m y2
,
P =
m+n m+n

2 (5) + 3 (-5) 2 (4) + 3 (-6)


= ,
3+2 3+2

= ( -1 , -2 )

8
TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Contoh 7 :

Cari nisbah P (3 , 4) yang membahagi dalam garis lurus yang menyambungkan A ( -1 , 2 )


yang membahagi dalam garis lurus yang menyambungkan B (9 , 7).

Penyelesaian :

Katakan P membahagi dalam AB dengan nisbah m : n.

n x1 + m x2 n y1 + m y2
Maka, P = ,
m+n m+n

n (-1) + m (9) n (2) + m (7)


= ,
m+n m+n

Diberi titik P ialah (3 , 4)

Maka, n (-1) + m (9) = 3 n (2) + m (7) = 4

m+n m+n
n (-1) + m (9) = 3m + 3n n (2) + m (7) = 4m + 4n

- n + 9m = 3m + 3n 2n + 7 m = 4m + 4n
9m–3m = 3n+n 7m–4m = 4n- 2n
6m = 4n 3m = 2n
m = 4 m = 2
n 6 n 3

m = 2
n 3

Jadi, P membahagi dalam AB dengan nisbah 2 : 3.

9
TOPIK 3 : GEOMETRI KOORDINAT

Latihan :

1. Cari jarak di antara titik-titik berikut :

a. A ( -1 , 2 ) dengan B ( 2 , 6 )
b. C ( 15 , 4 ) dengan D ( 3 , -1 )
c. E ( 4 , -3 ) dengan F ( -5 , -3 )

2. P ( -1 , 7 ), Q ( 5 , 6 ) dan R ( 6 , 0 ) ialah bucu-bucu bagi sebuah segitiga.


Nyatakan sisi terpanjang bagi segitiga itu.

3. Jika jarak di antara titik D ( 3 , 3 ) dengan titik F ( k , 18 ) ialah 17 unit, cari nilai-
nilai yang mungkin bagi k ?

4. Cari koordinat titik tengah bagi garis lurus yang menyambungkan titik-titik berikut :

a. A ( 8 , 2 ) dengan B ( 0 , -6 )
b. C ( 3 , -5 ) dengan D ( 9 , -5 )
c. E ( -3 , 4 ) dengan F ( -2 , - 4 )

5. Diberi P ( 3 , a ) dan Q ( b , 4 ). Jika R ( 3 , 5 ) ialah titik tengah bagi garisan PQ,


cari nilai a dan b.

6. Cari koordinat bagi titik yang membahagi dalam garis lurus yang menyambungkan
setiap setiap pasangan titik yang berikut dengan nisbah yang diberikan.

a. A ( -2 , -2 ) dan C ( 3 , 10 ) , nisbah 2 : 3
b. E ( 2 , 3 ) dan F ( -6 , 11) , nisbah 5 : 2.

10

Anda mungkin juga menyukai