Anda di halaman 1dari 15

5 Kisah Mistik di Balik Tenggelamnya Kapal

Titanic
Diterbitkan Pada April 12, 2012

Kapal Titanic tenggelam pada tanggal 15 April 1912 setelah menabrak sebuah gunung es pada
pelayaran perdananya dari Southampton, Inggris ke New York City. Tenggelamnya Titanic
mengakibatkan kematian sebanyak 1.514 orang dalam salah satu bencana maritim masa damai
paling mematikan sepanjang sejarah. Tenggelamnya kapal penumpang terbesar pertama di dunia
Titanic menyimpan banyak misteri dan kisah berikut ini 5 Kisah Mistik di Balik
Tenggelamnya Kapal Titanic penasaran seperti apa simak berikut ini seperti di kutip dari
Yahoo.

Kisah di rumah duka

Paskatragedi Titanic, tim penyelamat menemukan 328 korban tewas dan membawa tubuh
mereka ke Rumah Duka Snow & Co di Halifax, Nova Scotia. Menurut Encompass Magazine,
rumah duka tersebut kini menjadi restoran Five Fisherman dan katrol yang digunakan untuk
menggerek mayat Titanic ke gedung ini hingga saat ini masih menggantung di langit-langit
restoran ini. Kejadian aneh seperti gelas melayang dari rak atau peralatan makan jatuh sendiri ke
lantai merupakan kejadian biasa yang sering terjadi di restoran ini.

Misteri akuarium

Pada 2008, Atlanta Constitution Journal menerbitkan sebuah cerita mengenai Akuarium Georgia
setelah pameran “Titanic Aquatic” dipamerkan di sana. Beberapa pegawai sukarelawan
melaporkan adanya penampakan-penampakan aneh di pameran yang menampilkan ratusan
artefak Titanic. Setelah diselidiki paranormal, ternyata benar memang pameran ini ada
’penunggu’nya.

’Diikuti ’ korban Titanic


Pada 1990an, seorang warga San Francisco bernama Jaime Rodriguez mengklaim bahwa dia
dihantui. Rodriguez kemudian menemukan bahwa apartemen yang dia tempati sebelumnya
dihuni oleh penumpang yang selamat dari tragedi Titanic, Dr Henry Washington Dodge.

Dr Dodge selamat setelah menelusup ke perahu penyelamat yang seharusnya dipersiapkan hanya
untuk anak-anak dan wanita. Meski selamat, setelah tragedi itu ia dicaci publik dan menghadapi
banyak tuntutan hukum. Karena depresi, Dr Dodge bunuh diri di apartemen tersebut pada 1919
dan menghantui penghuninya hingga kini.

Legenda sosialita Titanic

Sosialita legendaris, Margaret “Molly” Brown yang turut dalam pelayaran Titanic, selamat
dalam tragedi tersebut. Namun rumahnya di Denver, Amerika Serikat, menjadi salah satu tempat
paling berhantu di wilayah tersebut.

Beberapa penampakan kerap terlihat di rumah tersebut, termasuk penampakan Molly dan
suaminya, James Joseph Brown, yang juga tidak tewas dalam tragedi Titanic.

Rumah sang kapten kapal

Rumah Kapten Titanic, Edward John Smith di Inggris juga dikabarkan berhantu. Secara
misterius, rumah ini pernah mengalami banjir tiba-tiba, udara dingin yang menyeruak aneh, serta
beberapa penampakan.

rentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and
Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya.
Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu
kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat
puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.

Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana
laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic
dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia
“tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan
teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah
kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda
mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan
penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan
Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.


Pembinaan

Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan
Harland and Wolff di Belfast, Ireland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat
Cunard Line iaitu Lusitania dan Mauretania. Titanic, bersama kapal saudaranya kelas-Olympic,
Olympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk
menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina. Pembinaan RMS Titanic dibiayai
oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co.,
bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan
kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukukran
sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan
kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi
lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapal Titanic adalah sama panjang
dengan kapal Olympic. Titanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga
pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan
tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu
menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal
setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai
pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu). Kapal Titanic mampu
membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya
diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail
Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). Untuk masa itu, kemudahan dan
kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang,
gymnasium, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama
dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal
tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi
pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.

Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah
Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam." Titanic dibahagikan
kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan
hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead)
tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). Titanic mampu
terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi
air; sekiranya lebih dari itu, ia akan tenggelam.

Pelayaran pertama

Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England, untuk perjalanan
ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain
Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang
dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh
berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum
kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanic berlepas
satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat Inggeris, Titanic berhenti di
Cherbourg, France, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali
lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagai Cobh), Ireland, sebelum meneruskan
pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang.[1]

Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga
dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya
oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum
kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di
kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas
pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic.
Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.

Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini
termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang
Benjamin Guggenheim; pemilik Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver,
Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille
Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya
Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead;
Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen
Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah
Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain.
Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang
mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau
sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.

Malapetaka

Ketulan aisberg yang terdapat di Newfoundland.

Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan
tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan
aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih
selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi
amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke
dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak,
kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.
Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau
Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet
membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu,
"Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut
ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya
mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut
bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian
dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu
kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu
daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air
menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk
memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek
pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten
dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah
malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan
keselamatan mula dihantar.

Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan
kapal dengan hanya 28 orang di atasnya. Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan
keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua
penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan
oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot
penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang
dibawanya.

Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga
yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati
laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot
penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal
yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.

Titanic melaporkan kedudukannya pada 41° 46′ N, 50° 14′ W. Bangkai kapal dijumpai di 41° 43′ N, 49° 56′
W.

Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kod CQD, isyarat
kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount Temple, Frankfurt dan kapal
saudara Titanic, Olympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic
tenggelam. Kapal terdekat adalah RMS Carpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93
kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic.
Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles di
Cape Race, Newfoundland.

Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang
kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang
menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara
mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk
mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali
ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini
menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu
membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.

Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot
penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya
membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun
masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan
kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin
condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh
bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot
penyelamat yang lain telah dilancarkan.

Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan
pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot
penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak
lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan
mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau
melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal
perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut.
Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam.
Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua
serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung
di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM,
kesemuanya tenggelam ke dalam laut.

Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian
disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18
bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas
kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada
mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan
menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki
bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain
sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka
akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh
Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.
Mangsa dalam bot penyelamat.

Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara
berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah
permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam
dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap
dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke
dalam lumpur.

Diselamatkan

Hampir dua jam selepas Titanic tenggelam, RMS Carpathia tiba di tempat kejadian dan
mengambil bot penyelamat pertama. Dalam beberapa jam kemudian, mereka yang masih hidup
di selamatkan. Di geladak Carpathia, khidmat doa ringkas untuk mereka yang terselamat dan
bagi memperingati mereka yang mati diadakan, dan pada 8:50 AM, Carpathia menuju ke New
York, dan tiba pada 18 April.

Apabila kehilangan jiwa disahkan, White Star Line menyewa kapal MacKay-Bennett untuk
mengambil mayat. Sejumlah 338 mayat akhirnya didapati. Kebanyakan mayat dihantar ke
Halifax, Nova Scotia, di mana kebanyakan mayat yang tidak dituntut dikebumikan di Fairview
Cemetery.

Kesan selepas kejadian

Apabila berita mengenai malapetaka itu tersebar, ramai orang terkejut bahawa Titanic telah
tenggelam dengan jumlah kematian yang begitu tinggi walaupun dilengkapi dengan teknologi
yang maju. Akhbar dipenuhi berita dan gambaran mengenai malapetaka tersebut dan
kesemuanya tidak sabar-sabar untuk mendapatkan berita terkini. Banyak tabung amal ditubuhkan
untuk membantu mangsa dan keluarga mereka, ramai yang kehilangan orang yang merupakan
punca pendapatan, atau dalam kes penumpang kelas ketiga, kesemua barang yang mereka miliki.

Penenggelaman itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Southampton. Menurut
Hampshire Chronicle pada 20 April 1912, hampir 1,000 keluarga tempatan terjejas secara
langsung. Hampir setiap jalan di daerah Chapel bandar tersebut kehilangan lebih dari satu
penduduk dan hampir 500 rumah kehilangan keluarga.

Sebelum penumpang yang terselamat tiba di New York, siasatan telah dirancang bagi
mengetahui apa yang berlaku kepada Titanic, dan apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan
dari berulang. Senat Amerika Syarikat memulakan siasatan mengenai kemalangan Titanic pada
19 April, sehari selepas Carpathia tiba di New York dengan mereka yang terselamat. Pengerusi
penyiasatan, Senator William Alden Smith, ingin mengumpul gambaran penumpang dan anak
kapal semasa semuanya masih jelas dalam fikiran mereka. Smith juga perlu sepina warganegara
British semasa mereka masih berada di tanah Amerika. Penyiasatan Amerika berlangsung
sehingga 25 Mei. Lord Mersey dilantik bagi mengetuai penyiasatan Lembaga Perdagangan
British - British Board of Trade's mengenai kemalangan tersebut. Penyiasatan British
berlangsung antara 2 Mei dan 3 Julai. Setiap penyiasatan mengambil kenyataan daripada kedua-
dua penumpang dan anak kapal Titanic, anak kapal Californian dan pakar lain.

Para penyiasat mendapati kebanyakan peraturan keselamatan ketinggalan zaman dan dengan itu
pelbagai langkah keselamatan baru dilaksanakan. Kedua-dua penyiasatan mengenai kemalangan
tersebut mendapati kapten dan kapal Californian gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada
Titanic. Penyiasatan tersebut mendapati bahawa Californian lebih hampir dengan Titanic
berbanding 31 km (19 ½ batu) yang dianggarkan oleh Kapten Lord dan bahawa Lord sepatutnya
membangunkan operator selepas roket dilaporkan kepadanya. Disebabkan operator Californian
tidak bertugas, 29 negara mengesahkan Akta Radio 1912, yang menyelaraskan komunikasi radio,
terutamanya dalam keadaan kecemasan.

Kemalangan tersebut turut mendorong kepada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di


Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea di London, England, pada 12
November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh persidangan tersebut dan
menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa -
(International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini
memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada
laluan laut yang merentasi Atlantik. Ia turut dipersetujui dalam peraturan baru bahawa semua
kapal penumpang perlu mempunyai bot penyelamat yang mencukupi bagi semua orang di atas
kapal, dan latihan keselamatan yang bersesuaian dilakukan, dan semua komunikasi radio
dikendalikan 24 jam sehari bersama punca kuasa kedua, agar tidak terlepas panggilan
kecemasan. Sebagai tambahan, telah dipersetujui bahawa tembakan roket merah daripada kapal
mestilah dianggap sebagai isyarat kecemasan.
RMS Titanic adalah sebuah kapal penumpang super Britania Raya yang tenggelam di Samudra
Atlantik Utara pada tanggal 15 April 1912 setelah menabrak sebuah gunung es pada pelayaran
perdananya dari Southampton, Inggris ke New York City. Tenggelamnya Titanic mengakibatkan
kematian sebanyak 1.514 orang dalam salah satu bencana maritim masa damai paling mematikan
sepanjang sejarah. Titanic merupakan kapal terbesar di dunia pada pelayaran perdananya. Satu
dari tiga kapal samudra kelas Olympic dioperasikan oleh White Star Line. Kapal ini dibangun
pada 1909 sampai 1911 oleh galangan kapal Harland and Wolff di Belfast. Kapal ini sanggup
mengangkut 2.224 penumpang.

Para penumpangnya terdiri dari sejumlah orang terkaya di dunia, serta lebih dari seribu emigran
dari Britania Raya, Irlandia, Skandinavia, dan negara-negara lain yang mencari kehidupan baru
di Amerika Utara. Kapal ini dirancang senyaman dan semewah mungkin, dengan dilengkapi
gimnasium, kolam renang, perpustakaan, restoran kelas atas dan kabin mewah. Kapal ini juga
memiliki telegraf nirkabel mutakhir yang dioperasikan untuk keperluan penumpang dan
operasional kapal. Meski Titanic mempunyai perlengkapan keamanan yang maju seperti
kompartemen kedap air dan pintu kedap air yang bisa dioperasikan dari jarak jauh, kapal tersebut
tidak memiliki sekoci yang cukup untuk menampung seluruh penumpang kapal. Karena regulasi
keamanan laut yang sudah kuno, Titanic hanya mengangkut sekoci yang hanya mampu
menampung 1.178 penumpang – sepertiga dari total penumpang dan awak kapalnya.

Setelah meninggalkan Southampton pada 10 April 1912, Titanic berhenti di Cherbourg, Perancis
dan Queenstown (sekarang Cobh), Irlandia sebelum berlayar ke barat menuju New York. Pada
tanggal 14 April 1912, empat hari pasca pelayaran, tepatnya 375 mil di selatan Newfoundland,
kapal menabrak sebuah gunung es pukul 23:40 (waktu kapal; UTC-3). Tabrakan agak
menggesek ini mengakibatkan pelat lambung Titanic melengkung ke dalam di sejumlah tempat
di sisi kanan kapal dan mengoyak lima dari enam belas kompartemen kedap airnya. Selama dua
setengah jam selanjutnya, kapal perlahan terisi air dan tenggelam. Para penumpang dan sejumlah
awak kapal diungsikan ke dalam sekoci, kebanyakan sudah diluncurkan dalam keadaan setengah
penuh. Banyak pria dalam jumlah yang tidak sepadan – hampir 90% di Kelas Dua – ditinggalkan
karena para petugas yang memuat sekoci mematuhi protokol “wanita dan anak-anak dahulu”.
Tepat sebelum pukul 2:20, Titanic patah dan haluannya tenggelam bersama seribu penumpang di
dalamnya. Orang-orang di air meninggal dalam hitungan menit akibat hipotermia karena
bersentuhan dengan samudra yang sangat dingin. 710 penumpang selamat diangkat dari sekoci
oleh RMS Carpathia beberapa jam kemudian.

Musibah ini ditanggapi dengan keterkejutan dan kemarahan dunia atas jumlah korban yang besar
dan kegagalan regulasi dan operasi yang terjadi. Penyelidikan publik di Britania dan Amerika
Serikat mendorong perbaikan besar-besaran keselamatan laut. Salah satu warisan terpenting dari
bencana ini adalah penetapan Konvensi Internasional untuk Keselamatan Penumpang di Laut
(SOLAS), yang masih mengatur keselamatan laut sampai sekarang. Banyak korban selamat
kehilangan seluruh kekayaan dan harta benda mereka dan menjadi miskin; banyak keluarga,
terutama keluarga awak kapal dari Southampton, kehilangan sumber nafkah utamanya. Mereka
semua dibantu oleh banjirnya simpati dan sumbangan amal dari masyarakat. Beberapa pria yang
selamat, terutama kepala White Star Line, J. Bruce Ismay, dicela sebagai pengecut karena
meninggalkan kapal ketika penumpang lain masih di atasnya, dan mereka diasingkan oleh
publik.

Bangkai Titanic masih ada di dasar laut, perlahan hancur di kedalaman 12.415 kaki (3,784 m).
Sejak ditemukan kembali pada tahun 1985, ribuan artefak diangkat dari dasar laut dan
dipamerkan di berbagai museum di seluruh dunia. Titanic telah menjadi salah satu kapal ternama
dalam sejarah. Keberadaannya terus diingat oleh sejumlah buku, film, pameran, dan tugu
peringatan.