Anda di halaman 1dari 5

1.

Faedah-faedah amalan berjimat cermat


Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat _____1_____ masa dengan
sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan
menjadikan tubuh kita sihat dan___2___. Ini dapat mengelakkan kita daripada
selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada ___3___ kesihatan.
Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk
mendapatkan ____4____.

Selain itu, ___5___ berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang


sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini
boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu ___6____ yang kurang perlu
sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu
merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada ___7____


dengan masalah hutang. Orang yang ____8____ dengan boros biasanya tidak
berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup ____9___. Ini
menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan
diri mereka sendiri.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan


__10___ berjimat- cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan
menguntungkan kita. Tambahan lagi dapat mengelakkan kita ditimpa pelbagai
masalah.

barangan amalan berbelanja masalah terjebak


sikap memanfaatkan rawatan cergas berhutang
2.Cara-cara memupuk semangat kejiranan
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Jiran
memberi kesan baik atau buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang
baik akan mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan
menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Oleh itu,
sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-


menegur dan kunjung-mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan
semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan
mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling mengambil berat antara
satu sama lain.

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan


gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat berkenalan, bertanya khabar
berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan lebih
rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap


masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan
sebagainya, kita mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu jika
diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan
kasih.sayang.sesama.jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga.


Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada
aktiviti hari keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar
hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman dan harmoni. 2.Cara-cara
memupuk semangat kejiranan
3.Cara-cara menggembirakan/menghormati ibu bapa
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga. Tanpa
mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang memberikan kita
kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi
kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk
menggembirakan hati mereka.

Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka


belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan
mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah
rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa
depan.yang.lebih.cerah.

Di samping itu, kita juga haruslah membantu ibu bapa. Kita boleh
membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti mendidik
adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan
beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.

Selain itu, kita hendaklah berusaha menjadi anak yang taat dan patuh
kepada ibu bapa. Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati
mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan,
mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa
berhadapan dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu bapa.
Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anak-anak.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat ibu
bapa kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua ibu bapa agar hidup kita lebih diberkati.
4.Cara-cara menceriakan kawasan sekolah
Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Kawasan
sekolah yang kondusif akan mempengaruhi pelajar menuntut ilmu. kita
seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan
berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria.

Salah satu langkah cara untuk menceriakan kawasan sekolah adalah


mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus
diadakan berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu
melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan
setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah.

Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata
pepatah,yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing.
Seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. Program sekolah
dalam taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan
tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Persekitaran sekolah lebih nyaman dan
berudara segar. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan
gunung-gunungan buatan serta pondok untuk membaca. Nescaya pelajar lebih
selasa dan minat untuk menuntut ilmu.

Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula.


Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa
seronok untuk datang ke sekolah yang berseri- seri. Cogan kata ada
menyatakan , Sekolahku Syurgaku. Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Kelab atau
persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis mural pada dinding sekolah.
Suasana Nampak lebih cantik.

Kesimpulannya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk


menceriakan sekolah. Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan
sekolah perlu bersama-sama menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan
ceria.
5.Faedah-faedah mempelajari Komputer
Komputer amat penting pada masa ini kerana banyak perkara
terpaksa dilakukan dengan menggunakan komputer. Oleh sebab itu, wajarlah
murid-murid berusaha menguasai ilmu komputer sejak dari sekolah rendah lagi,
bagi membantu mereka dalam pembelajaran.

Antara faedah mempelajari komputer ialah memudahkan kita


memperoleh pelbagai maklumat yang dikehendaki. Kita boleh mencari pelbagai
maklumat melalui komputer dengan melayari internet.

Selain itu, komputer juga membolehkan kita belajar dengan


menggunakan perisian tertentu atau secara dalam talian. Ini memudahkan
pelajar memahami pelajaran dan menambahkan minat mereka untuk terus
mengikuti pelajaran. Zoom Interaktif ialah suatu kaedah pembelajaran
berkomputer.

Di samping itu, kerja-kerja pendokumenan akan lebih mudah apabila


dilaksanakan oleh seseorang yang mahir komputer.Tambahan pula, dengan
komputer sebarang kesilapan semasa menaip dapat dibetulkan dengan lebih
mudah dan pantas. Kemahiran dalam penggunaan komputer juga dapat
membantu seseorang menguruskan fail atau data-data penting dengan lebih
mudah dan selamat. Ini penting untuk menghindari kita daripada masalah dan
kerugian akibat kehilangan data-data atau fail-fail tersebut.

Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita. Pelbagai aktiviti
yang menghiburkan dapat dilakukan seperti bermain melalui perisian komputer.
Ini boleh merehatkan minda kita setelah penat belajar, asalkan tidak dilakukan
secara berlebih- lebihan hingga mengabaikan pelajaran. Aktiviti secara santai
ini mampu memupuk emosi yang lebih stabil.

Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedahnya.


Tambahan pula, pada masa ini banyak perkara perlu dilakukan dengan
menggunakan komputer.Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer
agar kita tidak ketinggalan dalam arus permodenan.

Anda mungkin juga menyukai