Anda di halaman 1dari 19

Pasti ramai yang sukakan pizza lebih-lebih lagi kanak-kanak yang semakin

membesar dan didedahkan dengan bermacam jenis makanan segera. Kepada


ibu yang mempunyai anak-anak yang gemar makan pizza dinasihatkan belajar
cara membuat pizza sendiri di rumah kerana resepi pizza homemade sangat
mudah dan simple tanpa oven.
Sebenarnya berbagai jenis resepi pizza homemade boleh dibuat mengikut
citarasa masing-masing serta mengikut perasa dan sebagainya. Lebih
menyeronokkan jika pizza yang dimasak sendiri anda boleh menambahkan
kuantiti dan juga pasti berpuas hati jika pizza yang dibuat itu menjadi dan
sedap dimakan.
Share

Pizza yang dah masak ditabur Oregano memang sedap kalah Pizza Hut dan Domino.
Perkongsian rezepi pizza homemade yang lembut dan dibuat tanpa
menggunakan oven dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat menerusi laman
sosial. Beliau juga menunjukkan cara-cara membuat dan resepi doh pizza
berserta dengan gambar supaya senang untuk diikuti oleh sesiapa sahaja.
Pizza yang dimasak pada kali ini tak menggunakan oven tetapi guna kuali dan
secara 100% dimasak di atas api dapur gas sahaja. Ikuti perkongsian beliau cara
buat pizza sendiri di rumah.

Resepi Pizza Homemade Sedap dan Simple


Ini antara bahan-bahan untuk membuat pizza untuk 5 orang. Cheese perlu
gunakan Mozzarela untuk dapatkan effect tarik. Kalau tak kisah boleh
guna cheese apa pun, sedap je tapi tak boleh nak main tarik-tarik.
Share

Saya guna cheese Mozzarela dan Cheddar.


Berikutnya adalah resepi doh pizza yang mudah, lembut dan gebu mengikut
sukatan cawan menggunakan yis yang boleh menjadikan ia sedap dan rangup
selain boleh juga dibuat roti dan donat mengikut cara buat yang sama.
Resepi Doh Pizza
o Tepung gandum sekilogram
o Air suam dua cawan
o Mauripan 1 paket
o Minyak masak dua sudu
o Gula satu susu
o Secubit garam
Cara membuat:
Pertama sekali anda perlu uli semua bahan-bahan di atas sekurang-kurang 5
minit.
Share

Selepas uli doh pizza, rehatkan dan tutup dengan kain lembab, biarkan selama sejam.
Bahan Topping untuk Pizza
Sos pasta tradisional (jenama bebas). Boleh letak bermacam
jenis toppingmengikut kehendak sendiri seperti hot dog, ayam, cendawan
butang, nenas, tomato, cheese, seafood dan sebagainya.

Share

Pilihan topping pizza juga akan menyedapkan lagi rasa pizza yang lazat.
Kemudian tumiskan bawang holland dan bawang putih. Apabila berbau wangi
masukkan bahan basah yang lain seperti ayam, hot dog dan cendawan. Tumis
sampai masak ya. Masukkan garam dan lada hitam mengikut selera masing-
masing.
Tapi kalau nak masukkan black pepper sos kena pilih yang sedap sebab
kadang-kadang rasa sos black pepper ini agak pelik, masam cuka dia kuat
sangat nanti lari rasa pizza tu. Nak selamat tabur black pepper tumbuk, macam
ni pun dah cukup sedap.
Resepi Sos Pizza Homemade Paling Sedap
Untuk sos pizza kalau nak mudah, anda boleh beli apa-apa jenis sos pasta
perisa original atau pun tradisional. Tetapi kalau nak buat sendiri sos pizza ini
boleh buat seperti berikut.
Share

Resepi sos pizza ini memang sedap jika kena dengan caranya.
Bahan-bahan sos pizza:
o 3 ulas bawang putih
o 1 biji bawang besar atau bawang Holland
o 1 sudu kecil Mix Herbs
o 1 kiub ayam
o 2 sudu besar tomato Puree
o 3 biji buah tomato
Cara membuat sos pizza:
1. Potong halus bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang dan tomato kisar.
3. Masak sampa pecah minyak.
4. Masukkan tomato puree atau sos tomato.
5. Tambah Mix Herbs dan kiub ayam.
6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Langkah demi langkah cara buat resepi pizza homemade.
1. Gaul tepung dengan minyak.

2. Tambah air, uli tepung sekurangnya 5 minit. Apabila sudah tak melekat di
tangan, tutupkan dengan tuala dan rehatkan selama satu jam.
Share

Doh pizza selepas siap diuli dibiarkan selama satu jam, gemuk dan gebu.
*Sukatan air perlukan dua cawan tapi satu cawan air itu tuangkan mauripan ke
dalamnya dan masukkan secubit gula. Selepas dua hingga tiga minit, dah
muncul seperti buih-buih, barulah campurkan dan uli adunan tepung jadi doh
pizza.

3. Selepas satu jam, doh tadi akan naik dan menjadi semakin besar secara
mendadak. Tumbukkan doh itu supaya angin di dalamnya keluar.

4. Bahagikan doh tersebut kepada 5 bahagian atau lebih.


Share

Anda boleh buat bentuk besar atau kecik, nama pun pizza home made.
5. Bentukkan doh, apabila dah sesuai dan elok menjadi bulat serta leper seperti
ditunjukkan dalam gambar, letakkan ke atas kuali.
Share

Masak dengan api yang kecil dan perlu ditutup.


6. Masak dengan menggunakan api yang kecil dalam jangka masa 10 hingga 15
minit mengikut ketebalan pizza yang dibuat. Tutupkan dengan tudung periuk.
Tak perlu letak minyak atau letak pelapik. Masakkah doh itu ke atas kuali
sahaja.
7. Jika anda suka kerak pizza itu menjadi lebih rangup, anda perlu masakkan
doh itu terlebih dulu sebelum mengisi topping pizza.

Share

Susun topping dan letak apa yang kita suka. Mozzarela cheese boleh diparut lebih cantik.
8. Jika anda sukakan pizza yang lembut dan gebu seperti roti,
letakkan topping pizza di atas doh mentah dan kemudian baru masak. Susunkan
siap-siap di atas kuali dan nanti akan senang sebab tak perlu nak angkat lagi
doh tersebut sebab topping itu berat. Bila berat akan susah nak letak atas kuali
atau pan pulak.
Share

Untuk cairkan cheese masa masak perlu letak penutup dalam masa 3 atau 4 minit.
9. Cheese akan mengambil masa selama 3 hingga 4 minit untuk cair
sepenuhnya.
Share

Pizza yang berlainan bahan dimasak dalam masa lebih kuramg 10 minit mengikut
ketebalan pizza.
*Jika anda nak cepat, anda boleh buat menggunakan roti nan atau roti Arab.
*Resepi doh pizza ini juga boleh digunakan untuk membuat donut, roti dan
juga kuih pau.
Share

Sama ada pizza mini atau pizza apa saja kalau buat sendiri pasti berbaloi-baloi.
Semoga perkongsian resepi pizza homemade dan cara buat pizza sendiri di
rumah ini akan membantu anda untuk memasak pizza selain bermanfaat untuk
mengelakkan anak-anak anda yang suka makan makanan segera yang
dikatakan membahayakan kesihatan itu. Selamat mencuba.