Anda di halaman 1dari 1

Insan yang bergelar ibu dan bapa amat dihargai oleh anak.

Tanpa ibu bapa, kita tidak akan lahir ke


dunia dan tidak berpeluang menikmati keindahan maya, melihat bintang dan cakerawala. Dengan
adanya ibu bapa, kita dapat membesar, mendapat Pendidikan dan kita disayangi bagai menatang
minyak yang penuh. Bagaimanakah caranya kita membalas kedua-dua orang ibu bapa kita?

Sebagai anak, kita dapat membalas jasa kedua-duanya dengan menghormati mereka. Kita mesti
hormat danpatuh akan nasihat yang diberikan oleh mereka. Layanlah kedua-dua orang ibu bapoa
kita dengan baik. Gunalah Bahasa yang bersopan santun semasa bercakap dengan mereka. Dengan
ini, ibu bapa akan berasa gembira dengan anak-anaknya yang tidak menyinggung perasaan mereka.

Selain itu, kita sewajarnya menggunakan peluang yang ada untuk belajar dengan bersungguh-
sungguh agar menjadi anak yang Berjaya. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran sudah tentu
mampu menyenang hati ibu bapa yang bersusah payah menyekolahkan kita. Kejayaan kita dalam
pelajaran dan alam pekerjaan juga membolehkan kita membantu ibu bapa ketika mereka sudah tua
atau tidak berdaya. Ibu bapa akan bangga dengan kejayaan kita dan kegembiraan ibu bapa itu sangat
tinggi nilainya.

Seterusnya. Sebagai anak yang tahu mengenang jasa, kita hendaklah mencurahkan kasih saying yang
sepenuhnya kepada mereka. Sekiranya ibu bapa sudah tua, peliharalah mereka dengan baik
sebagaimana ibu bapa memelihara kita semasa kecil. Jika kita sudah Berjaya dalam hidup
luangkanlah masa mengunjungi ibu bapa di kampung dan bertanya khabar mereka. Dengan cara ini,
ibu bapa akan berasa dihargai dan disayangi.

Sebagai intihanya, kita perlulah membalas jasa yang tidak dapat ternilai kerana pengorbanan ibu
bapa terlalu besar, tanpa mereka siapalah kita. Sebagai anal, hargailah pengorbanan mereka dan
janganlah menyinggung perasaan atau membuat mereka berasa kecil hati. Semoga kita semua
menjadi anak-anak yang penuh dengan kesyukuran.