Anda di halaman 1dari 7

SOTONG MASAK KARI

SOTONG MASAK KICAP RINGKAS

Bahan-bahannya:
600g sotong - dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya.
1 biji bawang besar - dimayang bulat
3 biji cili merah/hijau - dihiris kasar
2 keping asam gelugor
Kicap lemak manis secukupnya
Sedikit garamBahan tumbuk/hiris halus:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar saiz sederhana

Cara-caranya:

1. Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga
wangi.
2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan
sotong masak. (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan
liat.)
3. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
SOTONG MASAK TIRAM

Bahan-bahannya:

2 ekor sotong
1 biji bawang besar
1/2 cawan sos cili
1/4 cawan sos tiram
Secukup rasa garam
Secukup rasa gula
Secukupnya air
SOTONG MASAK MERAH

Bahan-bahannya :

6 ekor sotong (saiz sedang)~potong bulat-bulat


4 camca besar bawang kisar
4 camca besar cili boh
1/4 keret gula melaka
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 camca besar gula
3 camca besar minyak masak

Cara memasak :

1. Masukkan sotong dalam kuali dan semua bahan (kecuali minyak masak) dan
gaul sehingga sebati. Masak sotong ini menggunakan api sederhana.

2. Setelah kuah sotong agak pekat (lebih kurang 20 minit), masukkan minyak
masak. Gaulkan hingga sebati, kemudian angkat.
IKAN MASAK KICAP

 1 ekor ikan kayu saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
 8 ulas bawang merah - kisar
 3 biji cili hijau - hiris
 1/2 biji bawang besar - hiris
 4 ulas bawang putih - kisar
 2 sudu besar cili - kisar
 1 inci halia - kisar
 sos tiram
 sos tomato
 sedikit cuka
 kicap
 gula dan garam secukup rasa
IKAN MASAK MERAH 3 RESEPI

Bahan-bahan:

Ikan 4 ekor yang sudah di goreng


2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit
garam
gula secukup rasa
serbuk perasa
Minyak

Cara:

Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung.
Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng
sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik
bau.
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika.
Kemudian, masukkan pula nenas. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam,
bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.