Anda di halaman 1dari 49

1

TAJUK PROPOSAL:

PENUTUP LONGKANG DENGAN CAMPURAN FIBERGLASS DAN


BOTOL PLASTIK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO PENDAFTARAN
NUR SHAHIRAH FIKRIYAH BINTI ZAINAL 02DKA15F1054
FAIZZATUL AISYA BINTI MOHD IBRAHIM 02DKA15F1114
MOHAMAD NAZIRULDIN BIN ISMAIL 02DKA15F1179
AMIRUL ASYRAF BIN KAMARUDIN 02DKA15F1196

PENYELIA PROJEK:

PUAN SITI NORZAILINA BT MD. SOM

SESI DIS 2018


2

ISI KANDUNGAN

Bab Tajuk Muka Surat


1
3
4

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penutup longkang berfungsi bagi mengelakkan berlakunya pembuangan


sampah di dalam longkang. Selain itu berlakunya kemalangan. Dengan adanya
penutup longkang kadar pembuangan sampah dan kemalangan akan berkurang. Ini
adalah kerana dengan adanya penutup, permukaan longkang akan terlindung. Oleh
itu, kuantiti sampah yang jatuh kedalam longkang akan berkurang dan ianya boleh
5

mengelakkan daripada berlakunya longkang tersumbat dan pengaliran air akan


berjalan dengan lancar tanpa tersekat.

Situasi hampir terjatuh atau kaki tersadung dalam longkang mungkin pernah
dialami segelintir individu, ini kerana, kebanyakan penutup longkang sedia ada yang
diperbuat daripada besi, sering menjadi sasaran kecurian oleh individu tidak
bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan atas angin memandangkan logam
mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
1.2 Pernyataan Masalah

Masalah utama yang telah dikenalpasti dalam kajian ini adalah apabila
berlakunya kes kecurian penutup longkang, khususnya penutup longkang jenis besi.
Hal ini disebabkan nilai logam yang tinggi di pasaran menyebabkan sesetengah
pihak mengambil kesempatan dengan mencurinya. Beberapa kejadian kecurian yang
berlaku di sekitar Kuantan baru-baru ini di mana seorang, warga emas telah cedera
akibat terjatuh ke dalam longkang,yang tiada penutup. Pihak Majlis Perbandaran
Kuantan (MPK) membuat keputusan akan menggantikan semua penutup longkang
besi kepada binaan konkrit dalam usaha mengelakkannya daripada terus dicuri.
Menurut pihak MPK terdapat kira-kira 300 bilangan penutup longkang telah hilang
sepanjang tahun 2018

Di samping itu, penggunaan konkrit dan besi dalam pembuatan penutup


longkang juga menggunakan kos yang tinggi kerana ia menggunakan dua bahan
yang mempunyai nilai yang tinggi dipasaran. Konkrit mudah pecah dan besi yang
ada di dalamnya akan terkeluar dan ianya membahayakan pengguna jalan.

Selain itu, penggunaan botol plastik (PETE) yang terlalu banyak di pasaran
menyebabkan kadar peningkatan jumlah sampah di tapak pelupusan sampah
meningkat memandangkan botol plastik tidak dapat dilupuskan. Kesan daripada itu,
banyak pembaharuan telah dibuat dalam menghasilkan penutup longkang. Salah
6

satunya adalah memanfaatkan penggunaan botol plastik (PETE) dalam penghasilan


penutup longkang.

1.3 Objektif Kajian

Matlamat utama kajian ini adalah untuk:

i. Mereka bentuk dan menghasilkan produk inovasi Penutup Longkang


daripada campuran Fiberglass dan botol plastik (PETE)
ii. Menguji kekuatan sampel bahan iaitu ujian Bending Strenght,
berdasarkan ASTM D790.

1.4 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah tertumpu kepada penggunaan botol plastik jenis
PETE. Lokasi kajian yang dipilih adalah kawasan lot parking di Taska Polisas.
Jadual 1.1 menunjukkan skop kajian yang lebih terperinci.

Jadual 1.1: Skop kajian


Bahan – bahan yang digunakan Fiber Glass, Polyester Resin, Catalyst atau
pengeras, Gelcoat, Bahan Pelekang dan
Botol Plastik.
Pengujian Sampel Melakukan ujian Bending Strength (ASTM
D790)
Saiz Sampel Pengujian 125 mm x 12.7 mm x 3.2 mm
7

Rajah 1.1 Lakaran gambar penutup longkang.

1.5 Kepentingan Kajian

Inovasi ini penting untuk dijalankan kerana melalui kajian yang dibuat
penutup longkang menggunakan fiber glass amat membantu dari segi
ketahanan,kos,jisim dan dapat mengelakkan daripada penutup longkang terus dicuri.
Kepentingan seterusnya ialah produk ini boleh digunakan oleh mana-mana pihak
seperti sekolah, kawasan perumahan dan pelbagai tempat.

Selain itu, produk ini juga boleh dipasarkan kerana harga lebih murah
berbanding harga sebenar. Di harapkan produk ini dapat mengurangkan kadar kecurian
yang sering berlaku di sesetengah tempat, dan kawasan yang masih menggunakan
penutup longkang besi dapat menyelesaikan masalah ini.

.
8
9

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Penutup longkang ialah satu produk yang dihasilkan untuk penutup permukaan
longkang. Fungsi penutup longkang ialah memudahkan pengguna jalan untuk melalui
kawasan yang berlongkang. Selain itu, penutup longkang dibuat bagi mengelakkan
kemalangan seperti terjatuh ke dalam longkang dan sebagainya. Penutup longkang juga
amat penting bagi mengelakkan daripada bau busuk yang datang daripada longkang.

Inovasi-inovasi terkini yang berkaitan dengan penutup longkang ialah pihak


kerajaan kebanyakannya telah menggantikan penutup longkang besi kepada konkrit dan
10

Pvc. Ini adalah kerana penutup longkang besi sering mengalami masalah kecurian
sehingga merugikan beberapa pihak. Selain itu penghasilan penutup longkang boleh
laras juga telah dihasilkan dimana ia dapat lebih memudahkan pengguna bagi kerja
pemasangan. Seterusnya pembuatan penutup longkang jenis PVC juga telah dihasilkan
kerana ianya lebih ringan dan lebih murah.

2.2 Penutup Longkang Konkrit

Penutup longkang konkrit merupakan satu penutup yang dihasilkan melalui


bahan seperti simen, batu baur, pasir dan besi. Penutup longkang konkrit sering
digunakan di kawasan yang sering mengalami tekanan yang lebih berat. Ini adalah
kerana konkrit merupakan satu bahan yang boleh menampung sesuatu beban yang lebih
tinggi jisimnya.

Konkrit merupakan sejenis bahan komposit yang sering digunakan dalam


pembinaan. Ia merupakan gabungan simen dan aggregat seperti pasir, batu baur halus
dan kasar. Bahan-bahan ini ditambah mengikut kadar percampuran tertentu seperti yang
telah ditetapkan. Ia merupakan salah satu daripada bahan binaan yang paling penting
untuk dan paling banyak digunakan di dalam sesuatu projek pembinaan. Oleh sebab itu,
teknik yang digunakan bagi menghasilkan konkrit yang baik perlulah difahami dan
diberi perhatian dengan teliti.(Azizul, 2017)
11

Menurut Beskal Itam (2014) kualiti konkrit yang dihasilkan bergantung kepada
kualiti bahan-bahan mentah yang digunakan seperti simen, batu baur dan air, kadar
percampurannya, cara pembancuhannya, cara pengangkutannya dan cara-cara
pemadatannya. Jika bahan mentah yang digunakan tidak berkualiti, maka konkrit yang
dihasilkan akan mempunyai mutu yang rendah dan akan mengakibatkan konkrit tersebut
tidak kuat dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Merujuk kepada Panduan
Rekabentuk Sejagat Kemudahan Rekreasi Taman Awam, penutup longkang perlu
disediakan untuk memberi keselamatan semua pengguna

Semua penutup longkang perlu bertutup dengan grating atau menggunakan


papak konkrit. Bahan penutup longkang konkrit mestilah daripada bahan yang tidak
licin dan sama rata dengan laluan pejalan. Situasi hampir terjatuh atau kaki tersadung
dalam longkang atau lubang mungkin pernah dialami oleh segelintir individu.
Walaupun ada sesetengah kawasan menggunakan penutup longkang jenis konkrit,
namun begitu bahan ini tetap mengandungi unsur besi di dalamnya. (Herliana, 2017)
Rajah 2.1 menunjukan penutup longkang jenis konkrit yang biasa digunakan di kawasan
sekolah, birai jalan, parking kereta dan sebagainya.

Rajah 2.1 Jenis Penutup Longkang Konkrit


12

2.2.1 Kelebihan Penutup Longkang Konkrit

Kelebihan penutup longkang konkrit ialah, ia dapat mengelakkan dari bau busuk
yang kurang menyenangkan daripada longkang menurut. Menurut Mohd Azlan (2012).
Penutup longkang perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta
tidak menghalang laluan. Risiko penutup longkang konkrit dicuri amat rendah kerana
penutup jenis ini menggunakan bahan yang tidak mempunyai nilai pasaran yang tinggi

Selain itu, menurut Nurulfatiha (2015) penutup longkang konkrit juga


mengandungi campuran besi maka ia akan menyebabkan kesukaran untuk mengangkat
dan mengangkut penutup longkang tersebut, ini kerana beban yang terambil akibat
campuran besi. Oleh itu akan menyukarkan orang awam untuk mencurinya. Penutup
longkang konkrit biasanya menutup penuh permukaan longkang oleh itu risiko sepeti
tersepit kaki dan terjatuh ke dalam longkang tidak akan berlaku.

2.2.2 Kelemahan Penutup Konkrit

Kelemahan penutup longkang jenis konkrit ialah bahan yang digunakan


memerlukan kos yang tinggi kerana sekiranya membuat penutup longkang konkrit ia
memerlukan gabungan besi. Oleh itu nilai yang digunakan akan bertambah. Selain itu
keadaan penutup yang berat akan menyukarkan pemasangan dijalankan. Oleh itu, kerja
membaik pulih penutup longkang yang rosak juga akan mengalami kesukaran. Isu
keretakkan penutup longkang konkrit juga akan berlaku sekiranya acuan yang dibuat
tidak mengikut nilai yang betul, (Sharifah Nadzeha, 2015).
13

Selain daripada berlakunya kes kehilangan, penutup longkang sedia ada juga
didapati kerap dan mudah rosak. Kehilangan dan kerosakan penutup longkang menjadi
semakin serius apabila tempoh yang lama diambil bagi menggantikan penutup longkang
yang hilang atau rosak dan ini memberi kesan kepada keselamatan orang awam
khususnya pejalan kaki. (Mohamad Azrin Fahmi, 2017) Rajah 2.2 menunjukkan
kerosakan penutup longkang.

Rajah 2.2 Kerosakan penutup konkrit

2.2.3 Ukuran Penutup Longkang Konkrit

i. Bagi penutup longkang jenis konkrit yang biasa digunakan di Malaysia. Jadual
2.2 menunjukkan jenis ukuran yang digunakan.
14

Jadual 2.1 Ukuran Penutup Longkang Konkrit

Penutup Longkang Saiz (mm)

 600mm X 300mm X 50mm


 600mm X 600mm X 50 mm
 600mm X 600mm X 75mm
 600mm X 600mm X 100mm
 750mm X 600mm X 75mm
 750mm X 600mm X 100mm
 900mm X 600mm X 75mm
 750mm X 600mm X 100mm
Sumber : AG Promo Industries SDN. BHD

2.3 Penutup Longkang Besi

Penutup longkang besi adalah penutup yang sering digunakan kerana penutup
longkang besi ini mudah untuk didapati di pasaran. Selain itu, penutup besi juga sering
digunakan di kawasan umum seperti di kawasan sekolah, tempat letak kereta, kawasan
perumahan dan di pinggiran jalan. Penutup longkang besi menjadi pilihan utama kerana
harganya yang lebih murah, ini adalah kerana reka bentuk yang mudah dan sesuai untuk
digunakan.

Besi adalah logam yang berasal dari bijih besi (lombong) yang sangat berguna
dalam keperluan seharian. Besi berunsur daripada kimia dengan label FE ( berasal dari
bahasa latin : ferrum ) dan nombor atom 26 yang merupakan logam dalam siri peralihan
pertama. Besi adalah unsur keempat terbesar dalam kerak bumi.
15

Logam atau besi telah digunakan sejak zaman dahulu, meskipun ia memiliki
titik lebur lebih rendah. Besi tulen relatif lebih lembut tetapi susah untuk dileburkan.
Logam ini mengeras dan diperkuat secara signifikan oleh kotoran karbon khususnya
dalam proses peleburan. Dengan menggunakan karbon tertentu ( antara 0,002% dan
2,1% ) akan menghasilkan bahan yang lebih keras dari besi tulen mungkin mencapai
1000 kali ganda. (Hendry Irawan, 2015)

Menurut Muhammad Tsani (2017) menyatakan bahawa besi adalah logam yang
paling banyak dan paling luas penggunaannya. Hal itu disebabkan beberapa faktor yang
mempengaruhi di antaranya ialah penemuan besi di kulit bumi cukup besar. Selain itu,
pengolahannya yang relatif, mudah dan murah. Seterusnya, besi mempunyai sifat-sifat
yang menguntungkan dan mudah dimodifikasi.

Tedi Mulyadi (2017) juga mengatakan bahawa besi digunakan lebih daripada
logam lain untuk menghasilkan aloi logam. Aloi besi adalah yang paling penting
termasuk besi tuang, besi kasar, besi tempa dan keluli. Terdapat pelbagai aloi keluli,
tetapi kebanyakkannya mengandungi besi sebagai logam utama. Karbon adalah salah
satu elemen mengaloi utama yang dicampur dengan besi untuk membuat keluli.
Elemen-elemen umum lain dalam keluli termasuklah mangan, fosforus, sulfur dan
silikon. Rajah 2.5 menunjukkan gambar penutup longkang jenis besi.

Rajah 2.3 Penutup longkang jenis besi


16

2.3.1 Kelebihan Penutup Longkang Besi

Kelebihan penutup longkang besi ialah harga yang lebih murah dan mudah
didapati. Jisim yang lebih ringan memudahkan pengguna untuk mengangkat penutup
bagi kerja pemasangan dan membaik pulih kerosakan. Reka bentuk yang sesuai dan
mudah digunakan oleh pengguna, hal ini demikian kerana penutup yang direka dapat
dipasang dan dicabut dengan mudah.

Seterusnya, dapat memudahkan pengguna untuk mencuci atau


membersihkannya. Bahan yang digunakan dapat menampung beban yang kuat. Ini
adalah kerana besi merupakan satu bahan yang mempunyai kekuatan yang sesuai bagi
menampung sesuatu beban.(Ibrahim, 2006). Rajah 2.6 menunjukkan kerja-kerja
pemasangan penutup longkang jenis besi.

Rajah 2.4 Menunjukkan aktiviti pemasangan penutup longkang


17

2.3.2 Kelemahan Penutup Longkang Besi

Kelemahan penutup longkang besi ialah sering berlakunya kes kecurian di mana
terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri penutup longkang besi.
Ini adalah kerana nilai logam yang tinggi di pasaran. Selain itu,penutup longkang hilang
dapat mengundang kemalangan, seperti terjatuh ke dalam longkang dan sebagainya.
(Noor Atiqah Sulaiman, 2019)

Seterusnya besi yang digunakan terlalu lama akan berkarat dan reput sekiranya
diletakkan di tempat yang terdedah kepada matahari dan hujan. Oleh itu kemalangan
seperti kaki tersekat di dalam lubang sering berlaku. Masalah ini juga boleh
menimbulkan kematian sekiranya tindakan segera tidak diambil.

Rajah 2.5 kerosakan penutup longkang


18

2.3.3 Ukuran Penutup Longkang Besi

Terdapat beberapa jenis saiz dan reka bentuk penutup longkang besi. Harga bagi
penutup longkang besi ini dipengaruhi oleh saiz dan jenis reka bentuk penutup longkang
tersebut.

Jadual 2.2 Menunjukkan ukuran penutup longkang besi dan harganya.


Jenis Penutup Longkang Besi Ukuran/ Harga

• 228.6mm X 750mm length.

• 203.2mm X 750mm lenght

• 177.8mm X 750mm lenght

• 400mm X 400mm

• 500mm X 600mm

• 800mm X 800mm

• 1000mm X 1000mm.

• 500mm X 500mm

• 600mm X 600mm

• 800mm X 800mm

• 1000mm X 1000mm.

(Sumber : Mfaidzul, Aladdin 3A Ventures,


Wpm Resouces SDN BHD)
19

2.4 Penutup Longkang PVC.

Penutup longkang PVC adalah salah satu penutup longkang yang telah diubah suai
bahannya dan mempunyai reka bentuk yang sama seperti penutup longkang besi. Selain
itu penutup longkang ini mudah didapati di pasaran dan telah diguna pakai secara
meluas di seluruh Malaysia.

Hal ini menyebabkan masalah penutup longkang besi dapat diatasi. Kebiasaannya
digunakan di kawasan pejalan kaki, kolam renang dan di kawasan padang golf. Penutup
longkang ini adalah jalan alternatif yang diambil oleh kerajaan bagi mengelakkan kes
kecurian penutup longkang besi yang telah banyak berlaku di Malaysia. PVC adalah
polimer yang tersusun atas monomer vinil klorida. PVC bersifat lebih tahan api dan
lebih kuat daripada polietilena. (Shafiqnana, 2015)

PVC adalah polimer yang terdiri daripada monomer vinil klorida. PVC lebih tahan
api dan lebih kuat daripada polietilena. PVC digunakan sebagai bahan bungkus kabel,
LP, paip, kayu dan salutan lantai. Polyvinyl chloride atau disingkat sebagai PVC adalah
polimer termoplastik jangka ketiga dari segi penggunaan di dunia, selepas polietilena
dan polipropilena. Lebih daripada 50% PVC di seluruh dunia yang dihasilkan
digunakan dalam pembinaan. PVC sebagai bahan bangunan agak murah, mudah
dipasang dan tahan lama. PVC boleh dibuat lebih fleksibel dan elastik dengan
menambahkan pemplastik, umumnya phthalates. Umumnya PVC fleksibel digunakan
sebagai bahan perpaipan, penebat kabel elektrik, bumbung, dan bahan
pakaian.(Mohammad Azwar , 2016)
20

2.4.1 Ciri-ciri Polyvinyl Chloride (PVC)

Ciri-ciri PVC ialah keras, kukuh, dan sedikit rapuh, dalam bentuk tepung atau
tepung putih yang mempunyai ketahanan yang baik terhadap air, asid, alkali, bukan
toksik, tidak mudah terbakar, penebat yang baik dan tidak mudah dileburkan dalam
beberapa larutan, dapat dibentuk pada pemanasan 80oC tanpa titik lebur yang
tinggi.( Raja surat, 2011)

2.4.2 Cara-Cara PVC Dihasilkan

PVC dihasilkan daripada dua jenis bahan mentah utama iaitu garam petroleum
dan dapur (NaCl). Petroleum diproses melalui proses memecahkan molekul yang
dipanggil kracking ke dalam pelbagai jenis, termasuk etilena (C2H4), manakala garam
dapur diproses melalui proses elektrolisis untuk menjadi natrium hidroksida (NaOH) dan
gas klorin (Cl2).

Kemudian etilena bertindak balas dengan gas klorin untuk menghasilkan etilena
diklorida (CH2Cl-CH2Cl). Proses retak atau molekul ethylenadychloride menghasilkan
gas vinil klorida (CHCl = CH2) dan asid hidroklorik (HCl). Akhirnya, melalui proses
pempolimeran (penggabungan molekul yang dipanggil monomer, dalam kes
vinilchloride ini) menghasilkan molekul gergasi dengan rantai panjang (polimer):
polivinil klorida (PVC), yang serbuk putih halus. Satu lagi langkah masih diperlukan
untuk menukar resin PVC ke dalam pelbagai produk akhir yang berguna.
21

Penampilan resin PVC sangat mirip dengan tepung gandum. dan resin PVC
sememangnya sama dengan tepung gandum. Kedua-duanya tidak boleh digunakan
dalam bentuk asalnya. Seperti tepung gandum yang mesti diproses dengan
mencampurkan pelbagai bahan lain ke dalam tart dan pelbagai jenis roti yang menarik.
Resin PVC juga mesti diproses dengan mencampurkan pelbagai jenis aditif supaya dapat
menjadi pelbagai jenis produk yang berguna dalam kehidupan seharian.(Kahyeang,
2015)

2.4.3 Penggunaan Polyvinyl (PVC)

Ciri-ciri fizikal PVC yang menarik menjadikannya sesuai untuk pelbagai


kegunaan. PVC adalah secara biologi dan tahan kimia, menjadikannya plastik yang
dipilih sebagai bahan untuk pelupusan paip dalam isi rumah dan paip lain di mana
pengaratan menjadi penghalang kepada paip logam.

Selain pelbagai bahan anti-tekanan dan penstabil, PVC adalah bahan yang
popular sebagai bingkai tingkap dan pintu. Dengan penambahan pelapis, PVC menjadi
cukup elastik untuk digunakan sebagai penebat kabel.
22

Terdapat beberapa penghasilan barang yang dapat dilakukan dengan menggunakan


Polyvinyl (PVC) antaranya :

i. Pakaian

PVC telah digunakan secara meluas dalam pembuatan pakaian, iaitu membuat
bahan seperti kulit. PVC lebih murah daripada getah, kulit atau lateks supaya
digunakan secara meluas. PVC juga kalis air, menjadikannya bahan untuk
membuat jaket, kot dan beg. (Senia Budiana, 2014)

ii. Kord kuasa

PVC yang digunakan sebagai penebat kabel elektrik mesti menggunakan


plasticizer untuk menjadikannya lebih elastik. Tetapi jika terdedah kepada
kebakaran, kabel yang dilindungi PVC akan menghasilkan asap HCl dan menjadi
bahan yang berbahaya kepada kesihatan. Aplikasi di mana asap adalah bahaya
utama (terutamanya dalam terowong), PVC LSOH (asap rendah, sifar halogen)
adalah bahan penebat yang pada umumnya dipilih. (Senia Budiana, 2014)

iii. Pipe

Secara kasar, sesetengah dari resin PVC dibuat menjadi paip untuk berbagai
keperluan perbandaran dan industri. Kekuatannya yang ringan, tinggi dan
kereaktifan yang rendah menjadikannya sesuai untuk pelbagai tujuan.. (Senia
Budiana, 2014) Rajah 2.5 menunjukkan contoh penutup longkang PVC.
23

Rajah 2.6 Menunjukkan Gambar Penutup Longkang PVC

2.4.4 Kelebihan Penutup Longkang PVC

Kelebihan penutup longkang PVC ialah penutup longkang PVC dapat bertahan
dalam masa yang lama kepada pendedahan cahaya matahari. Anti UV, rintangan
penuaan, rintangan asid dan alkali. Selain itu, Penutup longkang PVC juga lebih ringan
berbanding dengan penutup longkang yang lain dan mempunyai sifat yang tahan
lasak.(Nathalia,2018)

Seterusnya, disebabkan bahan untuk penghasilan penutup longkang PVC mudah


didapati, maka dari itu kos pasaran juga akan lebih rendah berbanding besi dan konkrit.
Penutup longkang PVC juga mempunyai ciri keselamatan yang tinggi kerana sifatnya
yang lembut dan kuat. Di samping itu, penutup longkang PVC juga mempunyai
rekabentuk yang lebih efisien dan cantik yang sesuai untuk perhiasan kawasan rumah
dan luar bangunan.

Penggunaan PVC memiliki kualiti yang baik dan dapat digunakan untuk jangka
masa yang panjang. Selain itu, proses pemasangan penutup longkang PVC juga mudah
dan cepat untuk dilakukan. Seterusnya, pemasangannya juga berjalan sangat cepat jika
dibandingkan dengan jenis penutup longkang yang lainnya. ( Jasa Bikin, 2017)
24

2.3.5 Kelemahan Penutup Longkang PVC

Kelemahan penutup longkang PVC ialah penutup longkang ini mudah terangkat
dan dibawa air sekiranya longkang itu dipenuhi air pada waktu hujan yang lebat. Selain
itu, penutup longkang ini mempunyai permukaan yang licin dan boleh mengakibatkan
orang awam tergelincir ketika berjalan semasa waktu hujan. Selain itu,ia dapat
menampung beban yang terlalu berat seperti beban lori yang boleh mengakibatkan
penutup itu rosak. ( Amir, 2017.)

Seterusnya, sifat yang lembut dapat mengakibatkan ianya meleding sinaran


cahaya matahari yang terlalu lama. Penutup longkang ini juga sukar untuk dilupuskan
kerana sifatnya lebih kepada bahan-bahan yang sukar untuk diuraikan.

Selain itu harganya yang sedikit mahal juga akan merugikan pengguna yang
membelinya. Pemasangan penutup longkang yang kadang kala tidak rapat, ini adalah
kerana reka bentuk yang direka mungkin tidak menepati ciri khas longkang.

Rajah 2.7 Penutup Longkang PVC


25

2.3.6 Ukuran dan Harga Penutup Longkang PVC.

Terdapat beberapa jenis saiz dan reka bentuk penutup longkang PVC. Harga
penutup longkang PVC dipengaruhi oleh dimensi dan jenis reka bentuknya.

Jadual 2.3 Ukuran produk dan harga

Jenis Penutup Longkang PVC Ukuran/Harga

• 228.6mm X 381mm

• 152.4mm X 381mm

Price : RM 15.00-RM 20.50

• 228.6mm X 431.8mm

• 152.4mm X 381mm

Price : RM 11.50-RM18.00

(
220mm X 430mm

• 220mm X 275mm

• 275mm X 430mm

• 305mm X 275mm

Price : RM 7.50-RM 15.50

Sumber : Auros Company)


26

2.5 Fiber Glass

Fiberglass atau sering diterjemahkan menjadi serat gelas adalah kaca cair yang
ditarik menjadi serat tipis dengan garis tengah sekitar 0,005 mm - 0,01 mm. Serat ini
boleh berputar ke dalam benang atau ditenun menjadi kain, yang kemudian diresapi
dengan resin sehingga menjadi bahan tahan kuat dan kakisan yang digunakan sebagai
badan kereta dan bangunan kapal. Ia juga digunakan sebagai agen penguat untuk
banyak produk plastik. Bahan komposit yang dihasilkan dikenali sebagai plastik
bertetulang kaca, GRP atau kaca bertetulang epoksi (GRE), yang dipanggil "gentian
kaca" secara umum.(Hazniza, 2015)

Pembuat kaca telah mencuba banyak eksperimen dengan kaca mata jed, tetapi
pengeluaran kaca fiberglass hanya dapat dilakukan setelah kemajuan enjin. Pada tahun
1893, Edward Drummond Libbey memaparkan pakaian di Pameran Dunia Columbian
menggunakan serat kaca dengan diameter dan tekstur serat sutera. Kini dikenali sebagai
"gentian kaca", ia telah diwujudkan pada tahun 1938 oleh Russell Games Slayter dari
Owens-Corning sebagai bahan yang digunakan sebagai penebat. (Heru Susilo, 2013)

Rajah 2.8 Menunjukkan Gambar Fiberglass


27

2.5.1 Fungsi Komponen-Komponen Fiberglass

i. Resin, adalah bahan utama dalam pembuatan aneka barang dari resin/fiberglass.
Ada beberapa pelbagai diantaranya, hiasan, lem, bahan hardware pengganti
plastic, kaca, mika, akrilic dan lain-lain.

ii. Katalis, adalah sebagai bahan aktif untuk mempercepat reaksi pengerasan resin.
Apabila menggunakan katalis terlalu sedikit akan melanjutkan tempoh
pengerasan resin. Apabila terlalu banyak menggunakan katalis pada adonan
resin juga menyebabkan resin lama kering pada masa- masa tertentu resin dapat
mengeras dalam waktu yang sangat singkat (dibawah 5 minit).

iii. Fiberglass, adalah untuk memberi kesan anti-pecah seperti tiang konkrit yang
berada di tengah. Dengan menggunakan fiberglass pada objek gentian kaca, ia
akan menguatkan produk, terutama di bahagian dalam produk

iv. Talk, adalah sebagai bahan pengisi dan penguat anti pecah bahagian luar. (Fiber
bahagian dalam,talk bahagian luar). Talk sebagai pengisi maksudnya adalah
dengan mencampurkan 1kg talk + 1 kg resin maka menghasilkan 2 kg adunan
resin. Apabila menggunakan talk hasil benda fiberglass semakin kukuh dan
tidak mudah retak. Dalam pembuatan bangunan talk itu ibaratkan 'Pasir' ,resin
ibaratkan 'simen'
28

v. Silicone rubber, adalah sebagai bahan untuk membuat cetakan. Hasil cetakan
yang dibuat berupa karet silicone yang lentur. Tidak hanya untuk cetakan
resin,namun silicone rubber juga dapat digunakan sebagai cetakan
gipsum,semen,clay dan lain-lain.

vi. Anti lengket, adalah untuk melapisi permukaan cetakan dengan bahan
adunan,sehingga tidak ada masalah antara cetakan dengan adunan (misalnya
adunan resin). Hal tersebut berfungsi agar lebih mudah melepaskan benda hasil
cetakan dengan cetakannya. Anti lengket seperti ini dikenal dengan Mold
release.(Specialis Fiberglass, 2015).

2.5.2 Alatan Dan Bahan

1)Polyester Resin 2) Catalyst/ Pengeras 3) Gelcoat 4) Fiberglass


29

2.5.3 Produk Yang Dihasilkan Menggunakan Fiber glass

i. Kapal/Perahu

Pada mulanya kapal-kapal terbuat dari kayu. Walau bagaimanapun, kayu


mudah rosak dan busuk, terutamanya jika ia bersentuhan dengan air untuk waktu
yang lama. Kemudian bersama dengan revolusi perindustrian, memulakan kapal
berasaskan besi dihasilkan. Walau bagaimanapun, jenis kapal ini tidak boleh
bergerak dengan cepat dan tiada nilai estetik yang tidak kelihatan cantik. Kapal
layar dan bot laju dihasilkan kerana keperluan untuk bergerak meningkat dengan
cepat. Beberapa istilah bot fiber glass atau ramai orang menyebutnya kapal fiber
glass. Bot fiber glass digunakan untuk pelbagai keperluan mengikut tujuannya
seperti, bot nelayan, kapal penumpang, kapal pelayaran, bot ronda, dan lain-lain.
(Ivanabdillah, 2014)

ii. Paip

Pada mulanya, paip itu diperbuat daripada timah atau plumbum (Pb).
Penggunaan paip adalah untuk mengalirkan bendalir dari satu tempat ke tempat
lain. Oleh kerana tahap toksisiti timah yang tinggi jika ia disalirkan cair, lebih
banyak pengeluar paip kini beralih ke bahan lain untuk menghasilkan paip. PVC
atau Polyvinyl Chloride lebih biasa digunakan sebagai bahan paip, tetapi terdapat
juga pengeluar yang menggunakan fiber glass sebagai bahan mentah mereka.
30

iii. Kotak Penghantaran

Kotak yang digunakan dalam perkhidmatan penghantaran makanan segera,


perkhidmatan kurier / pakej salah satu produk fiber glass, yang dikenali sebagai
kotak penghantaran.

Kelebihan mempunyai kotak penghantaran berbanding kotak kayu biasa,


kotak plastik atau rak yang dilindungi adalah dua perkara. Dari segi estetika
kotak penghantaran fiber glass, ia kelihatan lebih cantik dan menarik perhatian,
ia juga boleh dibentuk seperti yang dikehendaki oleh pelanggan; contohnya
dalam bentuk lambang syarikat. (Admin, 2012).

iv. Booth dan Gerai Besar

Kebanyakan gerai sekarang menggunakan salah satu produk fiber glass


yang paling biasa yang dijumpai di pusat membeli-belah. Lihatlah vendor
makanan kecil di pusat membeli-belah. Jika mereka menjual di meja yang
cerah dan unik, itu diperbuat daripada gentian kaca. Ini jenis gerai berhenti
yang lebih mudah bergerak kerana ia lebih ringan dari meja yang diperbuat
daripada kayu atau besi, dan lebih mudah untuk dibentuk.
31

v. Dalaman Kereta

Material komposit itu sendiri adalah material yang terdiri dari dua
komponen iaitu penguat (reinforcement) merupakan serat dan pengikat
(matrix) merupakan plastik, sehingga menghasilkan kombinasi sifat yang
kaku, kuat dan ringan (Untuk mempelajari material komposit secara umum.
Dengan ini ia dapat digunakan untuk mencipta dalaman kereta.

Bahan komposit (atau komposit) adalah jenis baru dari bahan teknik yang
terdiri dari dua atau lebih bahan di mana sifat masing-masing zat berbeza
satu sama lain baik sifat atau fisik dan tetap terpisah dalam hasil akhir bahan
(bahan komposit).

Perbezaan dasar antara bahan komposit dengan bahan paduan adalah


bahawa ketika bahan paduan menggabungkan materialnya secara mikroskop,
itu tidak dapat dilihat oleh sifat-sifat dasar elemen pembuatannya. (Misran
Hutasuhut, 2013).

1) Struktur dan Elemen Utama dari Bahan Komposit

Secara umum, material komposit terdiri dari dua bahan utama: (Misran
Hutasuhut 2013)

a) Serat (fiber)
 Sebagai elemen utama dalam komposit
 Tentukan karakteristik bahan komposit, seperti kekuatan,
kakisan, dan sifat mekanis lainnya.
32

 Tahan sebagian besar gaya yang bekerja pada material


komposit.
 Bahan yang dipilih harus kuat dan rapuh, seperti karbon,
gelas, boron, dan lain-lain.

b) Matriks (resin)

 Lindungi dan ikat serat agar bekerja dengan baik.


 Bahan yaitu pemilihan bahan lunak.

vi. Bumbung

Serat bumbung - Dalam pelbagai jenis bahan bumbung kini terdapat


banyak kelebihan dan kekurangan yang boleh disesuaikan dengan keperluan
rumah anda. Dan setiap ramuan ini mempunyai ciri-ciri atau ciri yang
berbeza. Contohnya, bumbung yang diperbuat daripada tanah yang masih
kelihatan tradisional. Kemudian bumbung diperbuat daripada seramik yang
mengagumkan kemewahan. Selain itu, terdapat juga bumbung konkrit yang
kelihatan dan kelihatan sangat moden. ( Muhammad Ramadhani, 2017).

Bumbung fiber adalah bahan bumbung meliputi yang sering digunakan


untuk semua jenis bangunan. Sama ada untuk bangunan kediaman, untuk
bangunan perindustrian, atau ia boleh digunakan untuk bangunan pertanian.
Bumbung fiber / dinding juga merupakan pengganti untuk bumbung logam
yang diperbuat daripada bahan komposit matriks polimer khas yang tahan
karat dan tahan kimia. Yang telah direka bentuk dengan formula khas.
33

Supaya bumbung yang digunakan dapat tahan lama, dan tidak mudah
bocor.( Muhammad Ramadhani, 2017).

1) Kelebihan Bumbung Fiber

 Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis perubahan


cuaca, supaya mereka boleh menyesuaikan diri dengan keadaan
persekitaran.
 Boleh mengelak bunyi bising ketika hujan.
 Volume yang lebih ringan daripada bumbung lain.
 Dapat menahan pendedahan kepada cahaya ultraviolet (cahaya
UV) yang menyebabkan kanser.
 Reka bentuk yang baik dan mempunyai banyak variasi warna.
 Tidak mudah rosak, rapuh, dan rapuh supaya tidak mudah rosak.
 diperbuat daripada bahan polimer yang menjadikan Bumbung
Fiberglass tidak mudah karat dan anti-karat.

vii. Dinding Penebat

Menurut Sersrobert (2018), memasang dinding penebat gentian kaca di


loteng mungkin menjadi pekerjaan asas, tetapi bahan itu sendiri sangat
mengejutkan. "Dengan gentian kaca, anda dapat menjaga semua sifat termal,
kimia, dan mekanikal.Ketika gentian kaca dibuat menjadi roll atau batt,
mereka menghasilkan berjuta-juta beg udara kecil dan tidak teratur.. Poket ini
berfungsi bersama untuk melindungi tiga bentuk gerakan kuasa: aliran
(tenaga bergerak melalui angin), pergolakan (tenaga bergerak melalui gas
34

atau cecair), dan radiasi (pergerakan tenaga dalam bentuk gelombang atau
zarah, seperti cahaya).

viii. Tangki Air

Bahan gentian kaca adalah sangat terkenal dan kuat dan sememangnya
banyak permintaan ramai kerana banyak kelebihannya. Walau
bagaimanapun, masih terdapat ramai orang yang tidak tahu bagaimana
membuat barangan berasaskan serat, terutamanya tangki air serat yang
banyak digunakan oleh ramai orang. dalam pembuatan gentian kaca terdapat
tiga peringkat yang mesti diluluskan, iaitu, pertama membuat acuan induk,
membuat kedua hasil fiberglass dan penamat terakhir yang merupakan
peningkatan proses sebelumnya. Dalam hal ini, misalnya membuat tangki air
fiber.

Rajah 2.9 Menunjukkan jenis tangki air yang diperbuat daripada fiberglass
35

2.6 Polyethylene Terephthalate (PETE or Polyester)

PETE juga dikenali sebagai gentian anti-kedut. Jenis plastik ini berbeza dari beg
plastik yang biasanya kita lihat di pasar raya. PETE biasanya digunakan untuk
pembungkusan makanan dan minuman kerana keupayaannya untuk menjaga kedap
udara, juga memastikan integriti gas karbon dioksida dalam minuman berkarbonat.

Seterusnya, walaupun PETE adalah salah satu daripada bahan plastik yang
dikitar semula, PETE mengandungi antimoni trioksida yang dianggap karsinogen (boleh
menyebabkan kanser). Semakin lama cecair dalam pakej yang diperbuat daripada bahan
PETE, semakin besar potensinya untuk mengaktifkan antimoni. Suhu panas dalam
kereta, garaj, dan kabinet penyimpanan tertutup juga boleh meningkatkan kemungkinan
melepaskan bahan-bahan berbahaya ini. Rajah menunjukkan Rajah 2.9 menunjukkan
botol plastik jenis (PETE). (Amanda Bahraini, 2018)

Rajah 2.10 Botol Plastik Jenis (PETE)


36

2.6.1 Kelebihan Polyethylene Terephthalate (PETE or Polyester)

Kelebihan PETE ialah PETE plastik jenis polietilena biasanya digunakan sebagai
bahan sintetik. Selain itu, ia juga digunakan untuk bahan pembuatan minuman botol dan
bekas makanan yang dibungkus. Ia juga sesuai untuk digunakan sebagai hiasan kerana ia
mempunyai pelbagai pilihan warna dan warna plastik yang lebih jernih.

Seterusnya, menjadikannya lebih mudah dibezakan dari jenis plastik lain,


biasanya dalam produk makanan atau minuman pembungkusan akan ditandai dengan
kod nombor 1 atau kod PETE. (Chad Norman, 2007)

2.6.2 Kelemahan Polyethylene Terephthalate (PETE or Polyester)

Kelemahan PETE ialah ia tidak disyorkan untuk digunakan berulang kali. Ini
kerana ia hanya bertujuan untuk kegunaan tunggal dan tidak disyorkan untuk digunakan
sebagai bekas air panas kerana dikhuatiri PETE akan mengeluarkan bahan kimia. Selain
itu, Jenis plastik ini sangat mudah tercalar dan rosak kerana ia hanya dapat bertahan
dengan masa yang singkat sehingga jika digunakan sebagai bekas makanan atau
minuman lebih dari sekali dikhuatiri molekul kimia berbahaya akan terkikis dan
makanan atau minuman akan tercemar sehingga membahayakan kesihatan. (Shafira,
2018).
37

BAB III

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Tinjauan yang dilaksanakan adalah untuk memeriksa dan menganalisis


keberkesanan pembaharuan yang diberikan pada penutup longkang di sekitar parking
lot kuantan. Hasil kajian yang dilakukan akan menilai keberkesanan produk dalam
penyelesaian pernyataan masalah yang ditujukan. Lokasi kajian yang dipilih adalah
lot parking yang terletak di Kuantan, Pahang. Ujikaji yang terlibat dalam inovasi ini
adalah Ujian Kekuatan

3.2 Rekabentuk Kajian

Carta alir perincian projek adalah seperti Rajah 3.1 bermula dengan tajuk
iaitu Penutup Longkang dengan campuran Fiberglass dan Botol Plastik. Inovasi ini
38

melibatkan satu ujikaji iaitu ujian Kekuatan. Penutup longkang yang akan dibuat
mengandungi kandungan fiber glass sebanyak 90% dan botol plastic sebanyak 10%.

PENGUMPULAN DATA
DAN MAKLUMAT

PROSES MEREKA BENTUK


PRODUK

PENYEDIAAN BAHAN

PENYEDIAAN
ACUAN KAYU

PELAPISAN FIBER
GLASS

SUSUN PELAPISAN
BOTOL PLASTIK

PENUTUP LONGKANG SIAP

BENDING STRENGTH TEST

ANALISIS DATA

CADANGAN

KESIMPULAN

Rajah 3.1: Carta Alir Perincian Proje


39

3.2.1 Kaedah Pembuatan Penutup Longkang Fiber

1. Menyediakan Alatan dan Bahan

 Untuk membuat penutup longkang fiber kita perlu menyediakan


bahan-bahan termasuk kayu, fiberglass, polyester resin, catalyst atau
pengeras, gelcoat, bahan pelekang dan botol plastik (PETE)

2. Membuat Acuan (Mould)

 Untuk membuat acuan penutup longkang kami akan menggunakan


kayu dengan mengikut ukuran yang telah ditetapkan.

3. Pembersihan Mould

 Mould perlu dibersihkan dengan menggunakan kertas pasir wet/dry


200 grid. Setelah semuanya kelihatan rata gosok pula dengan
menggunakan kertas pasir wet/dry 600 grid. Ulangi lagi menggosok
dengan grade 1000 atau menggunakan 'rubbing compound' jika perlu

4. Penggunaan Wax (Bahan Pelekang)

 Setelah berpuas hati akan kerataan dan kelicinan mould bersihkan


daripada segala habok dan sapukan wax (mirror glaze wax) sebagai
bahan pelekang.
40

5. Penggunaan fiberglass dan Polyester Resin

 Fiberglass akan dicampurkan dengan polyester resin bagi menguatkan


produk yang dibuat. Setelah menyapukan wax (bahan pelekang)
letakkan fiberglass pada lapisan pertama. Di dalam keadaan cuaca
yang baik dan agak panas lapisan fiberglass akan mengering antara 10
hingga 20 minit dan lapisan kedua bolehlah disapukan. Biarkan ianya
kering dalam masa 20 hingga 25 minit. Permukaan akan nampak
berkilat dan serata. Sementara itu bolehlah disediakan 'Tooling
gelcoat'. dan lakukan secarang berulang.

6. Penggunaan Botol Plastik (PETE)

 Letakkan botol plastik (PETE) yang telah dipotong mengikut saiz


yang ditentukan pada akhir setelanh lapisan terakhir fiberglass
dilakukan.

7. Penggunaan Gelcoat

 Selesai dan puashati dengan kelicinan tadi maka bolehlah diteruskan


dengan menyapukaan 'tooling gelcoat'. Perlu di ingatkan campuran
untuk 'tooling gelcoat' adalah sekitar 1% MEKP atau hardener.
Sebelum itu 'cobalt' perlu dicampurkan terlebih dahulu bagi
mempercepatkan proses pengerasan.

8. Pengeluaran produk daripada Mould

 Setelah produk kering dan siap sepenuhnya serta kerja-kerja


pembersihan dan lebihan fiberglass maka bolehlah produk tersebut
dilekangkan daripada acuan.
41

3.3 UJIKAJI DI MAKMAL

3.3.1 Ujian Kekuatan (Bending Strength)

Ujikaji ini dilakukan untuk menguji kekuatan produk yang dibuat. Ini bagi
mengenalpasti produk yang dibuat dapat digunakan. Ujian ini akan mengenalpasti
kekuatan produk terhadap beban atau daya yang akan dikenakan keatas produk.

3.3.2 Peratus Penggunaan Fiberglass dan Botol Plastik (PETE)

Ujian Kekuatan di makmal ni akan menggunakan dua jenis bahan iaitu


fiberglass dan botol plastic (PETE).

Antara ujian yang akan dilakukan ialah

i. Ujian Kekuatan (Bending Strength) ASTM D790

Jadual 3.1 Penggunaan Fiberglass dan Botol Plastik (PETE)


No Fiber Glass Botol Plastik (PETE)
1 80% 20%
2 50% 50%
3 20% 80%
42

Rajah 3.2 Menunjukkan ukuran sampel yang digunakan

Rajah 3.3 Ujikaji Kekuatan Lenturan


43

3.4 Carta Gantt

Rajah 3.5 menunjukkan carta gantt inovasi yang bertajukPenutup Longkang


dengan campuran Fiberglass dan Plastik Botol.. Inovasi ini bermula pada sesi
Disember 2018 dan berakhir pada sesi Jun 2019.
44

RUJUKAN

Achmad Hasan, Aku Hanif, Fauzan Bakri, Sarifatul Hidayah. (2015). Kimia Dasar
Polimer Academia. Dicapai Pada Mei 2015, daripada
https://www.academia.edu/7853546/KimiaDasarPolimer

Admin. (2012). Fiber Glass Produk Apakah?. Fcfiberglass. Dicapai pada Januari 2012,
daripada http://fcfibreglass.com/fiberglass-produk/

Amanda Bahraini. (2018) 7 Tipe Plastik yang Perlu Anda Ketahui. Waste Management.
Dicapai pada 18 Julai 2018, daripada https://waste4change.com/7-types-plastic-
need-know/2/

Aqil Tamvan (2015). Tugas Makalah Kimia. Academia.Edu. Dicapai pada 12 Mac 2015,
daripada https://independent.academia.edu/aqiltamvan

Azizul Ismaon. (2018). Assignment konkrit. Academia.Edu. Dicapai pada, 17 September


2018, daripada https://www.academia.edu/18989362/Assignment_konkrit
45

Beskal Itam. (2014). Mind Under Construction. LinkedIn Learning. Dicapai pada, 10
Mei 2014, daripada https://www.slideshare.net/beskalitam/konkrit

Chad Norman. (2007). Plastik #1: PETE atau PET. GMCKS Prana. Dicapai pada 18
September 2018, daripada https://pranaindonesia.wordpress.com/pemanasan-
global/plastik-1-pete-atau-pet/

Caesar Wiratama. (2017). Material Fiberglass Serat Kaca. Aero Engineering. Dicapai
pada 6 September 2017, daripada http://aeroengineering.co.id/2017/09/material-
fiberglass-serat-kaca/

Dr. Andrzej Fertala,( 2019). Bending Test. Test Resources,Dicapai pada Julai 2019,
daripada https://www.testresources.net/applications/test-types/bend-test

Herliana Binti Hassan. (2017). Acuan Penutup Longkang Boleh Laras, Politeknik
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Tesis tidak diterbitkan. PSA: Selangor

Hasniza Binti Abu Bakar dan Nurfiza Binti Tahir (2010). Penggunaan Kaca serat (Fiber
glass) dalam pembuatan dinding bot. Politektik Kuching Sarawak. Tesis tidak
diterbitkan. PKS: Sarawak.

Heru Susilo. (2013). Cara Membuat Patung Fiberglass. Ruang Seni. Dicapai Pada 5
April 2013, daripada http://ruangseniku.blogspot.com/2013/04/cara-membuat-
patung-fiberglas.html
46

Ivan Abdillah. (2014). Penggunaan Fiber Glass Pada Konstruksi Kapal. KifliSani Boat
Builder,Nusa Dua Bali. Dicapai pada 6 November 2014, daripada
https://kiflisani.wordpress.com/2014/11/06/fiber-glass-pada-konstruksi-kapal/

Kahyeang. (2015). Kimia Polimer. Course Hero. Dicapai pada, 24 Ogos 2015, daripada
https://www.coursehero.com/file/11371337/Polymer-Chemistry-Part-2/

krizalid2411. (2013). Fungsi Penutup Longkang. Attribution Non Commercial (BY-


NC) . Dicapai pada 3 Januari 2013, daripada
https://www.scribd.com/doc/118817230/Sistem-Longkang

Kandau Sidi. (2018). Warga Emas Nyaris Jadi Korban Penutup Longkang. Berita
Harian. Dicapai Pada 4 Februari 2018, daripada
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/0
2/34345/warga-emas-nyaris-jadi-korban-penutup-longkang/amp

Mfaidzul. (2018) . Metal Drain Cover Penutup Longkang Besi. Corousell. Dicapai pada
Desember 2018, daripada https://my.carousell.com/p/metal-drain-cover-
penutup-longkang-besi-194843282/?hl=en

Misran Hutasuhut. (2013). Bahan Komposit. ESKY COMM. Dicapai pada 7 Januari
2013,daripada http://misranindustri.blogspot.com/2013/01/bahan-komposit.html
47

Muhammad Ramadhani. (2017). Atap Fiber Tahan Lama Sebagai Penerangan Ruangan
Bangunan. Dicapai pada 2 Jun 2017, daripada
https://www.ramdhanijaya.com/news/atap-fiber

Noor Atiqah Sulaiman. (2019). Kes Kecurian. Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari
2019,daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/413712/pencuri
besi-longkang-diburu

NurulFatiha Muah. (2015). C-Drac Ganti Penutup Longkang Besi. Kumpulan Media
Karangkraf. Dicapai pada 22 Ogos 2015, daripada
https://www.karangkraf.com/berita/c-drac-ganti-penutup-longkang-besi-
1.422097

Nathalia. (2019). 11 Kelebihan Dan Kekurangan Plafon PVC. RumahLia.com. Dicapai


pada10 March 2019, daripada https://rumahlia.com/tips-trik/info-dasar/kelebihan
dan-kekurangan-plafon-pvc

Putra Pandu. (2018). Fungsi Dan Kegunaan Paip PVC. PT. Lintas Sinergy Mandiri.
Dicapai Pada 29 Oktober 2018, daripada
https://www.lintassinergymandiri.co.id/fungsi-dan-kegunaan-pipa-pvc/

PakLang, (2011). Pembuatan Bot Fiberglass Sendiri. On-line D.I.Y Boat Building.
Dicapai pada, 14 Januari 2011, daripada http://boatsendiribuat.blogspot.com/
48

Quzhou Shifang. (2018). Beberapa Kelebihan Daripada PVC Longkang. Quzhou


Shifang Pipe IndustryCo.Ltd. Dicapai pada 27 Jun 2018, daripada
http://my.sfchinapipe.com/info/several-advantages-of-pvc-gutters
27285344.html

Raja Surat. (2017). Pengertian Polivinil Klorida (PVC) Ciri Ciri/ Fungsi / Kegunaan /
Contoh.RajaSurat.com. Dicapai pada April 2017, daripada
https://www.rajasurat.com/polivinil-klorida-pvc/

Sharifah Nadzeha. (2006). Kerosakan Dan Kemerosotan Struktur Konkrit Di Malaysia.


Scrib. Dicapai Pada Julai 2006, daripada
https://www.scribd.com/doc/61124520/Kerosakan-Dan-Kemerosotan-Struktur-
Konkrit

Shafira. (2018). Jenis Jenis Plastik Lengkap dengan Kelebihan dan Kekurangannya.
Dicapai pada, 30 Mac 2018, daripada https://tokokebab.com/jenis-jenis-plastik/

Sersrobert. (2018). Bagaimana Untuk Memasang Penebat Fiberglass?. Shenyang Sers


Energy Technology Co., Ltd. Dicapai pada 17 Mei 2018, daripada http://my.sers-
tech.com/news/how-to-install-fiberglass-insulation-15194893.html

Spesialis Fiberglass. (2015). Apa Itu Fiberglass?. Fiberglass. Dicapai pada 1 Jun 2015,
daripada http://spesialisfiber7.blogspot.com/2015/06/apa-itu-
fiberglass.html
49

Sylvester Saragih. (2011). Tugas Kimia Besi. LinkedIn Learning. Dicapai pada 14
November 2011,daripada https://www.slideshare.net/vestersaragih/tugas-kimia-
dasar-1-besi-fe-part-3

Senia Budiana. (2014). PVC (Makromolekul). Education. Dicapai pada 1 Januari 2014,
daripada https://www.slideshare.net/seniabudiana1/pvc-makromolekulWira

Plastic Marketing SDN BHD (2014). Drain Cover. WPM Resources. Dicapai pada
Mac 2014, daripada http://www.wiraplas.com/garden.php

Anda mungkin juga menyukai