KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
TAJUK/TITLE :
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih mengenai prosedur untuk menggunakan borang arahan kerja dan teknik
penyediaan laporan teknikal.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE
2
NO.
Drpd / of :
PENERANGAN/INFORMATION :
Pesanan kerja disediakan untuk memastikan semua kakitangan yang terlibat di dalam
kerja–kerja pembaikan mempunyai maklumat yang cukup untuk membolehkan kerja
pembaikan dijalankan dengan lancar dan tersusun. Sebuah pesanan kerja yang baik
haruslah memenuhi ciri–ciri berikut:
iii. Pergerakan dokumen yang lancar dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
iii. Terdapat masalah atau keperluan pelanggan yang perlu untuk rujukan pada masa
hadapan.
ii. Penyelarasan
Lebih cepat bahagian alat ganti memperoleh maklumat mengenai sesuatu kerja
pembaikan yang dilakukan, lebih cepat alat ganti yang diperlukan boleh
diperoleh.
iii. Kawalan
Pesanan kerja perlu disusun mengikut nombor dan dikira untuk mengelakkan
kehilangan. Kehilangan pesanan kerja perlu dilaporkan dan dicari punca
kepada masalah berkenaan.
iv. Ketepatan
ii. Maklumat berkaitan kenderaan – tahun, model, jenama, VIN (vehicle indetification
number), perbatuan dan lain–lain.
iv. Arahan pemeriksaan (jika perlu), biasanya borang yang berasingan digunakan.
vi. Keterangan lengkap mengenai pembaikan yang telah dijalankan oleh juruteknik.
Rekodkan jarak perbatuan semasa pandu uji, jika perlu.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE
4
NO.
Drpd / of :
Pesanan pembaikan manual yang ditunjukkan di dalam Rajah 1 di isi di atas kertas
dan disimpan di dalam fail.
Muka Surat / Page :
NO. KOD / CODE
5
NO.
Drpd / of :
Pelanggan mengharapkan maklumat yang tepat mengenai setiap item yang perlu
dibayar oleh mereka. Bil pembaikan terperinci juga akan dapat memastikan bahawa
segala kerja–kerja pembaikan yang telah dilakukan telah dicas kepada pelanggan
seperti mana yang sepatutnya ini termasuklah kos alat ganti, upah buruh, kos trak
penunda dan lain–lain. Langkah berikut hendaklah dilakukan sebelum menutup
sesebuah pesanan kerja:
ii. Periksa setiap cas yang dikenakan dan kira jumlah keseluruhan cas adalah tepat
dan betul.
iv. Perhatikan kerja–kerja tambahan yang dicadangkan yang masih belum dapat
dilaksanakan dan senarai alat ganti yang perlu dibuat pesanan.
v. Periksa untuk memastikan bahawa jumlah masa yang tercatat di dalam pesanan
pembaikan sama dengan jumlah masa yang diambil untuk melakukan pembaikan.
LAPORAN
Laporan merujuk kepada sesuatu yang dilaporkan seperti keadaan semasa berkaitan
sesuatu perkara atau maklumat berkaitan sesuatu masalah yang sedang dihadapi dan
sebagainya. Laporan digunakan untuk memberi maklumat, cadangan, hasil kajian dan
cadangan tindakan.
Laporan boleh dipersembahkan di dalam bentuk tulisan atau lisan. Laporan lisan
biasanya digunakan untuk berkongsi maklumat mengenai sesuatu masalah atau
keadaan semasa sesuatu aktiviti. Laporan bertulis digunakan untuk melaporkan
keputusan analisis terhadap sesatu proses kerja bagi membolehkan penambahbaikan
atau perubahan dilakukan.
Laporan terbahagi kepada dua jenis iaitu laporan bersifat informasi dan laporan
berbentuk analisa.
Laporan teknikal digunakan untuk melaporkan mengenai sesuatu kerja teknikal secara
lengkap dan jelas. Laporan teknikal mengandungi maklumat seperti skop kerja yang
telah dijalankan, justifikasi kenapa kerja tersebut perlu dilakukan dan hasil yang
diperolehi. Laporan teknikal berfungsi untuk membekalkan maklumat yang diperlukan
untuk membolehkan pihak lain meneruskan sesuatu kerja atau dijadikan sebagai
rujukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah pada masa akan datang. Data di dalam
laporan teknikal perlu disusun dengan kemas supaya pembaca dapat memahami
maklumat yang ingin disampaikan dengan mudah dan cepat. Laporan teknikal juga
perlu mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membolehkan pembaca
mendapatkan hasil yang sama apabila mereka melakukan langkah-langkah yang
diterangkan di dalam laporan tersebut. Jika sesuatu keputusan atau data hendak
dipersembahkan di dalam bentuk graf atau carta, penulis laporan hendaklah
menerangkan mengenai keputusan yang diperolehi di dalam bentuk ayat dan
menerangkan kaitan keputusan tersebut dengan kerja yang dilakukan.
Muka hadapan laporan atau halaman tajuk laporan merupakan halaman yang
berada di bahagian hadapan sesebuah laporan. Tiada sebarang maklumat
standard yang perlu diletakkan pada halaman ini. Maklumat yang biasa ditulis
pada halaman tajuk terdiri daripada tajuk laporan, nama pihak yang akan
menerima laporan, nama penyedia laporan dan tarikh laporan di sediakan.
Halaman ini tidak mempunyai nombor muka surat.
sukar untuk difahami dalam abstrak. Data yang ingin dimasukkan di dalam abstrak
hendaklah berbentuk penerangan umum dan bukan dalam bentuk angka.
Halaman isi kandungan mengandungi maklumat berkaitan topik, sub topik dan
nombor halaman di dalam sesebuah laporan.
iv. Pengenalan
v. Kajian ilmiah
Kajian ilmiah ialah menerangkan mengenai teori yang mempunyai kaitan dengan
skop laporan. Teori ini digunakan untuk membantu pembaca memahami perkara-
perkara asas berkaitan skop kerja yang dilaporkan.
Bahagian ini perlu ditulis jika skop kajian melibatkan kerja-kerja reka bentuk
seperti penghasilan produk baru, penambahbaikan produk atau menyelesaikan
masalah berkaitan reka bentuk atau fungsi sesuatu produk.
vii. Prosedur
Menerangkan hasil yang berjaya dicapai dan analisa keputusan atau data yang
diperolehi dan membuat perbandingan hasil berbanding objektif asal skop kerja.
Maklumat di dalam laporan boleh disusun dengan salah satu dari tiga kaedah iaitu
sama ada mengikut aliran masa (chronological), mengikut isu atau mengikut susunan
kepentingan (priorities).
SOALAN/QUESTION :
RUJUKAN/REFERENCE :